Followers

Thursday, 13 June 2013

Ku Li Sasar jawatan PM 24 Jun?......jangan sasar tukar jadi 'sasau'


Kalau kat orang kampong Ali Lasterm, pagar disebut pagau
Kalau ular jadi ulau
Kalau sasar jadi sasau ke?......kalau salah tolong betulkan.

Sekarang mana orang kata PRU13 adalah yang paling kotor.....ini semuannya kerana SPR...SPR...SPR.
Hinggakan ada yang kata boikot Majlis Angkat Sumpah Parlimen.....ada yang kata udah buat U-turn...tak jadi boikot......walau apapun ramai mengatakan PRU13 menghsailkan buah yang 'haram'.

Setelah PR gagal ke Putrajaya yang bermakna Anwar pun turut gagal jadi PM yang baru, timbul pulak cerita Ku Li veteran Gua Musang men'sasar'kan jawatan PM dengan bantuan sekian jumlah MP dari Sabah dan Sarawak dan cuba memujuk sekian jumlah MP PAS dan DAP.

Teorinya yang nampak semudah makan keropok lekor iaitu ahli BN yang frust dengan Najib dari Sabah dan Sarawak dan dalam masa yang sama ahli BN dari Semenanjung yang tidak suka kepada Muhyiddin dan Anwar, dengan bantuan PAS dan DAP akan 'me'nobat'kan otai berdarah Raja ini menjadi Perdana Menteri dengan cara ala-ala "Anwar sasar PM-16 September 08" apabila Parlimen bersidang 24 Jun nanti.

Saya tidak bercadang mencongak dengan kaedah mathematik sasaran berapa jumlah MP dari PAS, DAP serta BN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) bagi menjayakan sasaran yang berkemungkinan akan menjadi 'sasau' kerana dari awal-awal lagi saya tidak bersetuju kaedah 'merompak di tengahari buta' ini.

Secara prinsipnya umum bersetuju PRU13 itu sendiri menghasilkan buah yang 'haram'......jadi menghasilkan PM yang baru dengan cara 'merompak ditengahari buta' itu bagi saya jugak secara 'haram', maka jadi dua kali haram...lepas itu akan lantik Jemaah Kabinet, yang juga tempias 'haram'nya...maka akan jadi 3 kali haram iaitu...haram...haram...haram...dan berkemungkinan di masa akan datang akan berulang-ulang lagi 'precedent' ini...dan tiap sesuatu yang 'haram' itu tidaklah sihat.

al-brangionline:

Jangan sasar bertukar jadi 'sasau'. [sumber .]