Followers

Wednesday, 12 June 2013

Ketua Pembangkang: Awas!!! PAS jangan masuk 'jerat politik'

Daripada dulu sampaikan sekarang, saya cuba memahami apa makna perkataan "shrewd".

Saya cuba memahami kenapa M.Kuppan, bekas jurulatih Harimau Malaya pada era 70an yang sekarang mungkin sudah di'lupa'kan peminat disifatkan sebagai ......a 'shrewd tactician' oleh sebuah akhbar berbahasa inggeris.......perlahan2 saya cuba memahami sedikit demi sedikit......jurulatih yang mendapat penghormatan yang tinggi daripada pemain hinggakan setiap kali berselisih dengannya pemain dikatakan akan wish, Good Evening Sir...Good Morning Sir......jurulatih ini banyak dan berani membuat kombinasi pemain di bahagian pertahanan, tengah dan serangan yang tepat dan menjadi.....tak tahulah mungkin nasibnya baik kerana ketika itu banyak pemain yang berkualiti seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Allahyarham SuperMokh dll.....tapi ada jugak jurulatih yang gagal walaupun ada pemain berkualiti.......rupan2nya 'smart', tajam pengamatan, berani serta berpengetahuan tinggi adalah ciri2 'shrewd tactician.

Selepas itu bila mencebur diri dalam bidang 'blog' ini saya didedahkan lah ungkapan "shrewd" oleh sorang sahabat blogger (mentor politik) yang menulis tentang sorang politician tersohor yang digelarnya.....a 'shrewd politician'......bila saya cuba menyelami apa sebab musabab orang itu digelar a 'shrewd politician'......lama kelamaan baru saya cuba nak faham apa itu a 'shrewd politician' dengan tindak tanduknya seperti bertindak pantas menyekat royalti minyak sebaik sahaja PAS memerintah Terengganu tahun 1999...menyekat bantuan per kapita Sekolah Agama Rakyat (SAR)...mengguna Akta ISA secara optimum untuk mengunci mulut musuh politiknya dari pembangkang...mencantas malah menge'luar'kan sesama ahli parti sehingga tertubuhnya parti lain agar tidak mencabar jawatannya dalam parti......mengenalkan pengswataan yang bersifat ada' udang di sebalik mee' dan bermacam-macam lagi dan yang paling 'nakal' ialah insiden ter'lebam'nya mata musuh politiknya yang sama se'kapal'.....wal hal 'musuh'nya itu pun tak kurang 'shrewd' kalau tak melebihinya pun mungkin setaraf dengannya......maka dengan itu barulah saya faham apa itu 'shrewd politician'......rupa2nya licik...'cunning' (nakal2 baik dan 'nakal' jaha?)...smart...cepat bertindak...tajam pengamatan...'astute' yakni panjang dan tajam akal adalah ciri2 a 'shrewd politician'.

Mutakir ini suhu politik negara menjadi semakin panas......sebaik saja habis PRU13, timbul pula 'Black-out505)......boikot Majlis Taklimat Parlimen dan yang paling panas ialah anjuran kalau pun tak 'hasutan' memboikot Majlis Angkat Sumpah.

PAS dan DAP mengambil ketetapan untuk tidak turut serta anjuran boikot itu.

PKR lebih daripada tahu akan implikasi tindakan itu.

Persoalannya, adakah PKR akan boikot terus menerus hingga tempoh 6 bulan dikatakan MPnya akan hilang kelayakan MP.

PKR tentu lebih daripada waras akan akibatnya......pilihanraya kecil berlaku...menang kalah satu perkara yang tidak pasti....kalau PKR kalah, Umno senyum melebar mendapat hadiah 2/3 tongkat sakti idaman mereka...kalau PKR menang berkemungkinan akan boikot lagi....maka rakyat akan tanya, "Sampai bila da?"

Umno cuba memasang 'jerat politik' dengan memainkan isu 'Ketua Pembangkang' akibat tindak tanduk yang mungkin akan di'lakon'kan oleh PKR......Umno sentiasa mengadu domba jawatan Ketua Pembangkang tidak layak diberi kepada Anwar dari PKR.

Walaupun PKR mendapat hanya 30 kerusi berbanding DAP yang mendapat 38 kerusi dan PAS yang paling tersedikit iaitu 21 kerusi, PR sudah mengambil ketetapan bahawa Anwar mewakili PKR dilantik sebagai Ketua Pembangkang......jika PKR jadi boikot untuk tempoh 6 bulan maka ikut rangking MP dari DAP layak  dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Jika ini berlaku adakah DAP akan menerima jawatan itu?

Tapi pada hemat saya, DAP tidak akan ambil jawatan itu kerana Lim Kit Siang adalah otai politik yang dalam 'bacaan'nya......DAP tidak mahu dikatakan atau mengesahkan apa tuduhan Umno selama ini bahawa DAP suatu hari akan perintah Malaysia. Kata-kata ini ter'makan' oleh orang 'Melayu Umno' Johor sehingga majoriti 'Melayu Umno' di Johor duduk dibelakang Umno apabila Lim Kit Siang turun ke Gelang Patah dan Pakatan Rakyat gagal merampas Johor dari Umno/BN.

Jika ini berlaku, adakah jawatan itu di tawar kepada PAS oleh DAP, walaupun hanya memperolehi 21 kerusi?
Bagi saya walau seikhlas mana pun DAP, PAS tetap akan dipandang sebagai tergila-gila akan jawatan...tamak...menikam dari belakang...khianat dan seumpamanya oleh penyokong PKR dan Umno akan menangguk di air yang keruh menggunakan apa yang terdedah sebagai canang politiknya.

Atau PKR mahu menguji sejauh mana kesetiaan PAS dalam 'political understanding' ini (Tahaluff Siasyi)?
Ini bertolak dari isu Kota Damansara dan beberapa tempat lain yang bertindih di mana PAS dikecam hebat kononnya KHIANAT. [Bagi saya kalau di Sukan Sea Pingat Emas Bolasepak dianggap sebagai ibu segala pingat (biar pingat emas lain tak dapat asalkan bolasepak dapat) maka dalam PRU13 baru-baru ini pengKHIATan di Lumut adalah ibu segala pengkhianatan...ini realiti...semua orang tahu bagaimana seorang ahli PAS dirunding bertanding di bawah lambang PKR......setelah semuanya bersetuju....tup...tup di'kecek' (bahasa Terengganu, kecek itu adalah tipu hakiki) suruh isi borang keahlian PKR......INI pun belum selesai lagi pencerahan untuk akar umbi PAS dan PKR tahu dan faham kenapa ia berlaku.....Siapa KHIANAT Siapa?]

Amboi, tak kan sampai ketahap itu pengorbanan yang diambil oleh PKR sehingga sanggup mengorbankan Anwar bersama 29 MP PKR yang lain?......Tak mungkin.....mungkin PKR hanya boikot untuk suatu tempoh tertentu sehingga Ketua Pembangkang dilantik, selepas itu baru PKR muncul kembali dan datang balik mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen yang sah.

Ini macam kisah filem 'Musang Berjanggut' lah nampaknya.

Dalam 'politik Machiavelli'.....'the end justifies the means'......matlamat menghalalkan cara......apa-apa pun tidak mustahil.

Tetapi saya mempunyai keyakinan yang ama tinggi kepada pimpinan PAS untuk menangani perkara ini.

al-brangionline:

"Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang" Al-Quran, Surah Ali-Imran: Maksud Ayat 54.