Followers

Sunday, 9 June 2013

Kenapa sedari awal lagi tak boikot PRU13?......perangai bebudak hingusanlah pulak.....alahai.....

Gambar sebagai hiasan......kanak di kaki Pergunungan Everest

Memang tidak dapat dinafikan dari sebelum PRU13 lagi, PR menghadapi double-standard dari parti pemerintah.....seluruh Agensi Kerajaan dijadikan alat pemerintah.....berbagai bantahan seperti pembersihan daftar pemilih yang meragukan tidak mendapat layanan yang sewajarnya.

Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0......himpunan rakyat dan sebagainya sebagai tanda protes untuk membaik-pulih sistem pilihanraya yang nampaknya berat sebelah, namun pihak berkuasa semacam membuat pekak-badak.

Namun dalam keadaan sedari dulu, kini dan mungkin selamanya pembangkang tidak pernah dilayan serta diberi gelanggang yang tidak sama rata, pembangkang tetap mengambil keputusan menyertai jugak PRU13.

Tagline 'Ini kalilah' sudah bertukar menjadi 'Lain kalilah' sebaik tamat PRU13......terbukti SPR sudah gagal mengendalikan pilihanraya secara profesional dan terbukti banyak keputusan yang men'curiga-ragu'kan dengan parti pemerintah menfailkan puluhan petition, begitu jugak dengan pembangkang.

Maka sebagai protes, 'Blacout-505' diadakan di seluruh negara dengan penuh emosi tanpa mengambilkira hati nurani pengundi yang telah memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka yang sudah bergelar YB atau yang hanya sedikit lagi jumlah undi diperlukan untuk jadi YB dan yang paling penting bakal pengundi yang tidak berkesempatan mengundi tempoh hari.

Sekarang sudah dengar desas-desus Parlimen akan diboikot......sehingga takat ini masih lagi kabur adakah mereka akan memboikot Majlis Taklimat Parlimen atau Majlis Angkat Sumpah....dan sebagainya......tuan-tuan dan puan-puan Yang Berhormat yang paling arif apa implikasi akibat pemboikotan itu.

Saya tidak berminat apa implikasi akibat perbuatan yang saya sifatkan sebagai 'budak kecik hingusan' yang belum akil-baligh.......samada nasib Ahli Parlimen itu hilang kelayakan ke...tidak mendapat elaun ke...samada pilihanraya kecil akan diadakan ke.....yang saya khuatir ialah sokong rakyat yang sudah sekian ramai dan padu menyokong PR akan hilang sorang demi sorang.

PRU14 masih jauh......inilah masa untuk mereka yang bergelar Yang Berhormat untuk menunjukkan serta menyakinkan pengundi di luar sana bahawa PR memang berhak dan layak mengambilalih Umno/BN untuk menerajui negara, bukan dengan membuat gimik di Parlimen......kasihan kepada petugas parti serta penyokong dan pendokong parti yang berpenat lelah untuk menaikkan parti hingga calon mereka bergelar Yang Berhormat jangan pulak nanti bertukar menjadi 'Ya Badut'.

Blog ini bukan penganalisis yang ada kepakaran seperti mereka yang sudah tersohor, memadailah setakat luahan untuk mereka yang boleh berfikir......untuk mereka yang sudah nampak semacam sudah dekat sangat dengan Putrajaya....seolah-olah dalam hati mereka berkata, "alah....sikit aje lagi....kenapa tidak buat lagi aggresif..."...mintak maaf posting ini bukan untuk anda.....kalau anda rasa dengan cara anda, anda boleh ke Putrajaya...silakan......cuma blog ini ingin mengingatkan......PRU14 (2018) masih jauh.....mood 1999 tidak sama dengan mood 2004...gelombang 2008 tidak sama dengan gelombang 2013......tsunami 2013 adakah anda boleh jamin akan sama dengan apa yang berlaku pada 2018?......sekali air bah...sekali pasir berubah......dengan satu saja lagi 'big blunder' dari mana-mana pihak......jangan diharap untuk menagih 'ghanimah' di PRU14. [sumber .][sumber .]

al-brangionline:

Yang anihnya DUN yang menang, tak pulak nak boikot.....berebut-rebut 'ghanimah' lagi......adesss....hehe.

p/s Tunggu posting seterusnya mungkin bertajuk 'Perjanjian Setan" antara si anu dengan si anu......jika keadaan mendesak.....dan jika dikurniakan 'ilham'.

p/s Blog ini masih menaruh sepenuh kepercayaan kepada PR sekiranya pemimpin dan penyokong saling hormat menghormati di antara parti-parti yang ada political understanding iaitu PAS-PKR dan DAP.