Followers

Monday, 20 May 2013

TS Khalid 'ikut' se'seorang' guna formasi 4-3-3?


Zaman 60an formasi 2-3-5 sangat popular dalam bolasepak. Kedua2 pasukan serang menyerang dengan permainan sayap kanan dan kiri yang lincah meng'getel' bola dan akan membuat hantaran silang untuk disudahi oleh tiga rangkaian penyerang memasukan bola ke dalam gawang.

Apa bila masa beredarterutama pada tahun2 70an formasi jugak berubah kepada 4-2-4. Permainan jugak tidak kurang menariknya dengan permainan sayap dan pengukuhan pada bahagian pertahanan.

Di zaman sekarang formasi turut berubah lagi kepada 4-3-3. Pasukan2 di negeri2 di Malaysia termasuk Pasukan Harimau Malaya mengamalkan formasi 4-3-3. Formasi ini menekankan penguasaan di bahagian tengah untuk mengumpan bola kepada 'striker'.

Tidak terkecuali kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor yang mengambil formasi Rajagopal (Jurulatih skuad Harimau Malaya) untuk mengemudikan serta memacukan 'pasukan'nya.

TS Khalid menggunakan formasi 4-3-3 dalam barisan EXCOnya......dan umum amat menggemari formasi ini tetapi ada sedikit kekeliruan serta ketidakpuashati oleh rakan sepasukan iaitu DAP. Jika DAP dan PKR memahami formasi ini dan tanggunjawab kebersamaan, Insya Allah, Negeri Selangor akan digemari penonton, yakni pengundi dan rakyat Selangor dan PRU14 akan membuahkan hasilnya samada Selangor dapat mempertahankan kedudukannya di 'Carta Liga'.

Apalah ada pada formasi 2-3-5 ke atau 4-2-4 ke atau 4-3-3 ke jika 'penonton' ( dalam kesi ini rakyat jelata khasnya dan pengundi umumnya) tidak memberi sokongan pada pasukan.

al-brangionline:

Turut sedih mengenangkan kita duduk dalam sebuah 'pasukan' yang sama. [sumber .]