Followers

Tuesday, 28 May 2013

Tolong selamatkan wanita ini......kesiankan dia.....



Wanita Islam warga Pakistan ini akan menempa sejarah.

Mereka akan menjadi pasangan lesbian wanita Islam yang pertama yang akan berkahwin di United Kingdom secara pendaftaran sivil.

Mereka juga akan memohon suaka politik kerana bimbang nyawa mereka terancam sekembali ke Pakistan.

Rehana, 34 tahun dan 'kekasih'nya Sobia Kamar 29 nekad dengan keputusannya.

Selaku saudara se Islam kita patut sedih dan terharu dengan keputusan itu dan yang paling malang pemikirannya telah diresapi oleh kebebesan berfikir dan bertindak (Hak Asasi Manusia) seperti dalam kata-katanya selepas diberi nasihat oleh Pendaftar Perkahwinan yang lebih kurang bermaksud, "Negara (UK) ini memberi hak (memilih) dan ia merupakan satu keputusan serta tindakan yang terlalu personal kami ambil. Bukan urusan orang lain untuk masuk campur kehidupan personal kami."

Pasangan yang berasal dari Lahore dan Mirpur ini mula ber'kenalan' di Birmingham sebelum jatuh cinta......cinta songsang.....cinta yang terlarang dalam Islam. { sumber .}

al-brangionline:

Ya Allah selamatkan pasangan ini dan seluruh zuriat umat Islam di dunia ini daripada bala ini. Campakkan hidayat kepada mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

p/s Sebelum ini kita dikejutkan apabila seorang Islam keturunan Melayu dari Malaysia telah ber'kahwin' dengan seorang lelaki 'Mad Sale' seperti [DI SINI ]