Followers

Tuesday, 7 May 2013

MB Selangor: Diserah kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

Gambar hanya sebagai hiasan

Mengikut pengiraan mana parti politik dalam dunia mana sekalipun...mana parti politik yang memenangi lebih kerusi dalam sesuatu pakatan atau sesebuah parti itu sendiri yang lebih kerusi dalam sesuatu pilihanraya, maka parti itu layak diketengahkan menjadi Menteri Besar (peringkat DUN) atau Perdana Menteri (peringkat Parlimen).

Namun dalam kes Negeri Selangor...atas semangat kesetiaan dalam 'pakatan' serta keikhlasan pembangunan negeri diteruskan daripada terlepas kepada seteru yang sudah lama di'kenali' yakni Umno serta kepakaran...ketokohan...serta prestasi tinggi (yang sudah pun teruji kurang lebih 5 tahun menjulangkan Selangor) yang ada pada individu Tan Sr
i Abdul Khalid Ibrahim yang walaupun dari parti PKR...maka jawatan Menteri Besar Selangor pada pandangan al-brangionline seharus dan selayaknya diberi kepada beliau.

Kita perlu memiliki Selangor bukan setakat 5 tahun lagi tapi kita perlu 'menyimpan' Selangor daripada dirampas oleh Umno dalam PRU14 nanti.

Soal pembahagian kerusi EXCO kita serah kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat di Selangor......akar umbi seharusnya melihat ini dari sudut 'keperluan' dan 'kepentingan' politik jauh sekali daripada sudut emosi.

al-brangionline:

Ada sorang hamba Allah yang sampai sekarang masih meleleh air liurnya sedang rancak meniup api 'hasutan' dan 'ancuman' di kalangan akar umbi PAS.

p/s Tak jauh beza rupanya dengan 'syaitan' yang dikenali.