Followers

Thursday, May 16, 2013

Lawak sekupang atau licik meneran mantan TPJ di negeri 'Raja Bersiong'

Apabila Persuruhjaya baru dilantik, terpulang kepada beliau samada hendak kekalkan keseluruhan ahli lama termasuk beberapa Timbalan Persuruhjaya lama.

Tidak timbul Timbalan Persuruhjaya lama buat lawak sekupang nak tarik perhatian ramai kononnya hangpa ni ikhlas.

Kalau hangpa dilantik dan hangpa betul-betul ikhlas menolaknya itu tak jadi soal kerana kawan chek pun pernah menolak jawatan itu di Selangor dulu.

Lainlah kalau diri sendiri terasa tak akan dilantik lagi dan demi menjaga maruah ditolak awal-awal.

Bercakap pasal marwah......bermarwah ke kalau tak bersependapat dengan Ketua?......Hangpa buat perangai ala-ala perangai penyamun tarbusy ketika Ketua hangpa sedang sakit sebelum PRU dulu.....tak elok kami nak buat tohmohan yang nakal tapi zahirnya umum nampak begitu.

Sekarang bila Ketua hang sudah hilang anggota yang penting daripada anggota badan, hangpa cuba bermain silap mata dan menari ala-ala rambong Siam.....nampak lemah gemalai tapi hangpa cuba nak kilas dalam lembut.....hangpa cuba nak kilas tengkok Presiden dan beberapa orang lagi yang hangpa perasan hangpa lebih baik dari mereka.

Kalau hangpa nak tunjuk licik......sini bukan gelanggangnya.....tunjuklah kelicikan hangpa di arena yang depa suka bermain 'keris telanjang'......hangpa tau kan mana arenanya?

al-brangionline:

Kita pernah berjiran di Asrama Blok B UTM dulu kalau tak silap kan?.

[sumber .]