Followers

Friday, 31 May 2013

Khalid bakal PM Malaysia bukannya Anwar?......pulak.....

Gambar sebagai hiasan sahaja

Sekarang ramai orang bercakap pasal kebebasan bersuara......kebebasan mengkritik.....kebebasan menulis......semuanya nak bebas.

Dikatakan tidak ramai yang berani mengkritik pimpinan yang ramai hanyalah 'pembodek-pembodek'.

Ada dalam FB, sorang penyokong dan pendokong PKR kata, "Tidak ada dalam PKR pemimpin peringkat apa pun seberani Sdr.YB Khalid Samad yang mengkritik para pembodek pemimpin - Atau dalam PKR memang tidak ada si pembodek pemimpin".

Saya mula bersetuju dengan pendapat ini kerana Khalid Samad memanglah "singa PAS"......cuma dalam hal Kota Damansara dia cakap berlapik dan 'play safe' sikit......dia tidak menyerang Presiden secara 'direct' sebab tu dia hanya menyerang 'pembodek-pembodek' Pimpinan saja bukanya menyerang 'direct Presiden PAS tapi bahasa badannya dan umum semua tahu siapa yang dia cuba keneng......takut jugak kau rupanya.....mahu tak takut nanti tak menyangkut dalam AJK PAS Pusat nanti sasau dibuatnya...alamat kempunanlah melihat bumbung Putrajaya.

Bercakap pasal dalam PKR tiada yang seberani Khalid Samad tadi...saya tak nak sentuh kerana itu hal dalam kelambu mereka...mereka nak bergurau manja ke nak bercakar rimau ke tu dia punya pasal...cuma saya nak mencadangkan apa kata saya mencadankan Khalid di pinjamkan kepada PKR...ye macam di Kota Damansara, kan PKR pinjamkan kerusi itu kepada PSM walaupun Pakatan Rakyat tiada buat sebarang perjanjian yang melibatkan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Jadi bila Khalid Samad duduk dalam tempoh tertentu dalam PKR, maka dia akan kritik Datuk Seri Anwar Ibrahim...dia akan kritik Datin Seri Wan Azizah...ketika itu Azmin Ali akan menikus tak angkat muka.....pendekkan cerita apabila tiba PRU14, ketika itu semua akan sokong Khalid Samad jadi Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.

Lagi pun kelebihannya ialah dia pandai bercakap bagi pihak PKR dan dalam kes perlantikan EXCO Selangor dia seolah bercakap bagi pihak Sultan sehingga Istana ada buat pembetulan.....jika dia dalam PKR berkemungkinan dia akan bercakap bagi pihak PAS kerana dia sudah jadi orang besar PKR.....cuma 2 tempat yang dia lupa bercakap iaitu dia terlupa bercakap bagi pihak DAP seperti di DUN Jelapang dan bagi pihak PKR iaitu di DUN Semenyeh.....maklumlah bukan semua orang perfect itu kita maklum.

al-brangionline:

Kalaulah aku duduk dalam Lajnah Politik PAS atau pun AJK PAS Pusat akan aku cadangkan serta curahkan segala ketidakpuas hati aku semua perkara ini.......maaf...perkataan "kalau-kalau" ni kerja Syaitan...marilah kita sama-sama muhasabah diri kita.
p/s tolong jangan buat2 faham selapis je......
[sumber .] [sumber .]