Followers

Monday, 6 May 2013

Intai dari tingkap: Kenapa gagal ke Putrajaya?

Mata masih mengantuk tapi masih mampu mengetuk 'key-pad' untuk mahu mencoretkan sedikit apa yang berdetik dan mengetuk hati ini.

Secara kasarnya bolehlah diterjemahkan di sini kenapa PR gagal ke Putrajaya.

Secara matematiknya memang PR gagal setelah hanya memperolehi 89 kerusi walaupun ada peningkatan 7 kerusi manakala BN memperolehi 133 kerusi walaupun hilang 7 kerusi berbanding PRU12.

Secara amnya PR gagal ke Putrajaya kerana masih ada orang Melayu yang majoritinya dari Saluran 1 yang masih selesa dengan kehidupan ber'hibur'......suka akan video lucah......boleh terima keadaan walaupun tahu rasuah serta khazanah negara bocor sana-sini......masih bersabar walaupunpun kehidupan terhimpit dek beban hutang PTPTN, beban harga barang tinggi, tidak pernah merasa kesempitan hidup anak-anak mereka yang terpaksa membayar harga petrol yang tinggi...beban hutang keliling pinggang...tol yang mencengkam kerana mereka hanya bersenang lenang di kampong menunggu wang pos dari anak-anak setiap bulan...bagi mereka yang sudah terasa sedikit senang di ladang sawit...mereka lupa akan keperitan hidup anak-anak di Kota...mereka hanya berpuashati setakat dapat buat Umrah setiap tahun......Itulah sebabnya masih ada warga dari Saluran 1 masi tergamak memberi kemenangan kepada BN.

al-brangionline:

Syabas Saluran 5......andalah Warga Harapan yang Insyaallah akan merobah peta politik Malaysia 5 tahun dari sekarang.