Followers

Monday, 27 May 2013

EXCO Selangor: Senarai sudah dalam tangan.....siapa tercicir?


Barisan EXCO Selangor sudah diperkenankan oleh Tuanku Sultan.
Mengikut TS Khalid, majlis mengangkat sumpah akan diadakan pada Khamis ini.

Adakah format 4-3-3 akan digunapakai oleh TS Khalid? (4-PAS, 3-DAP dan 3-PKR)

Apa pun diharapkan formasi baru itu akan lebih mantap sehingga Umno tercunggap2 pada PRU14 InsyaAllah.

al-brangionline:

Jangan ada parasit dan anai-anai membuat onar hingga mengwujudkan 'perjanjian setan'.

p/s Mendapat perkhabaran ramai orang nak bermaustautin di Selangor sekarang.....ini cerita benar.
_____________________________________________________________________

Isnin Mei 27, 2013

Barisan Exco Selangor Angkat Sumpah Khamis Ini - Khalid
Abdul Khalid menjawab soalan pemberita ketika meninggalkan Istana Kayangan selepas menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di Shah Alam, Isnin. Sultan Selangor telah memberi perkenan kepada senarai calon Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan majlis angkat sumpah jawatan exco akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang, Khamis ini. -fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor akan mengangkat sumpah pada Khamis, selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan terhadap senarai tersebut.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghadap Tuanku pada Isnin, dan kemudiannya memberitahu pemberita bahawa senarai exco itu telah dimuktamadkan.
"Majlis angkat sumpah untuk semua ahli exco yang terpilih akan diadakan Khamis ini pada pukul 9.30 pagi di Istana Alam Shah, Klang," katanya.
Walau bagaimanapun, Khalid enggan mendedahkan nama-nama mereka yang dipilih untuk exco, ataupun komposisi parti bagi dalam barisan itu.
"Saya akan mengumumkan komposisi selepas saya telah memaklumkan kepada ketiga-tiga parti.
"Ia tidak adil kepada mereka jika saya mengumumkannya sekarang sebelum bercakap dengan mereka," katanya sambil menambah beliau akan bertemu pemimpin-pemimpin parti DAP, PAS dan PKR kemudian.
Khalid dilihat memasuki Istana Kayangan di sini pada pukul 10.15 pagi Isnin, dan meninggalkan istana sekitar pukul 11.30 pagi.
Dalam barisan exco sebelumnya, DAP dan PAS mempunyai tiga wakil manakala PKR mempunyai empat orang wakil.
PKR mempunyai tiga wakil pada masa ini, tetapi masih tidak diketahui jika DAP atau PAS akan mendapat kerusi Exco tambahan.
DAP telah mengumumkan dua wakil Exco, Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang) dan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan). [sumber .]