Followers

Thursday, 30 May 2013

Dari muka2 barisan EXCO Selangor......hanya 2 orang yang memenuhi "citarasa"


Berikut ialah senarai penuh jemaah EXCO Kerajaan Negeri Selangor : [sumber .]

ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim memegang memegang jawatan sebagai Menteri Besar.  Antara bidang tugas termasuklah urusan  Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan dan Jawatankuasa Adat Melayu.

Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad
-Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali
-Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan

Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi
-Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Adun Sabak, Sallehen Mukhyi
-Hal Ehwal. Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim
-Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah
-Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram

Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman
-Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail
-Kebajikan, Hal Ehwal Wanita

Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong
-Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar

Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi
-Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Walaupun jemaah EXCO itu ada 4 orang EXCO Wanita dan seorang Speaker Wanita menjadikan 5 orang Wanita kesemuanya, namun 2 eorang EXCO yang memenuhi "citarasa" penulis.

Ini didasarkan berasaskan kepada perwatakan mereka yang lembut tetapi tegas dan fungsi tugas tanpa memperendahkan peribadi dan fungsi tugas EXCO-EXCO yang lain..

Yang pertama ialah bidang kemanusiaan dan kehidupan yakni Agama dan jugak keperluan warga sub-urban iaitu YB Sallehen Mukhyi yang menjaga fortfolio Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa.

Adalah diharapkan Masjid-Surau lebih diimarahkan serta perkembangan dakwah yang tersusun selari dengan tuntutan Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar dan jugak perancangan infrastruktur yang boleh mempertingkatkan lagi kehidupan yang selesa untuk warga sub-urban setanding dengan mereka yang di urban.

Yang  kedua ialah bidang keperluan warga urban dan keperluan membuat kajian dan penyelidikan yang merangkumi kehendak-kehendak warga urban dan sub-urban iaitu YB Datuk Teng Chang Khim yang menjaga fortfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

Nota penting untuk YB Datuk Teng ialah hal-hal yang berkaitan PBT terutama pengutipan sampah sarap, masalah pengurusan sumber air dan air terawat dan juga kajian bagaimana hendak mengurangkan banjir kilat dalam bandar yang melibatkan saliran di bawah bidang PBT disamping mendapat kerjasama dari JPS.

Keperluan untuk membuat kajian penurunan cukai pintu amat dialu-alukan.

albrangionline:

Berdesing telinga apabila beberapa kerat karat amenu dengan suara sinis dalam hal kutip sampah.

p/s Awas PBT bukan tempat mengejar ghanimah....