Followers

Wednesday, 13 March 2013

Siapa jadi MB Selangor jika amenu menang PRU13?......ada aku kisah...tapi kalau si-mamad tu habis le.....


Siapa calon MB Selangor jika amenu menang PRU13?

Sudah tentu bukan Ibn Toyo mahupun Mike Tyson.

Tapi kalaulah si-mamad 'tu' dipilih......siaplah rakyat Selangor.

Si-mamad yang paling 'gedebe' di antara yang lima tu hampir pasti terpilih......yakni panglima 'padi'...atau panglima 'air'...atau panglima 'dirham'...atau panglima 'batu-bata-jalan raya' atau yang kononnya panglima muda 'hartanah?

al-brangionline berkeyakinan penuh, Insyaallah TS Abdul Khalid Ibrahim akan terus memimpin Selangor bila Pakatan Rakyat sekali lagi berjayan mempertahankan Selangor berdasarkan prestasi lima tahun yang baru berlalu.

al-brangionline:

Jangan nak tunjuk 'gedebe' sangatlah wahai amenu.
___________________________________________________________________________


KUALA LUMPUR: Teka-teki siapa bakal menjadi Menteri Besar Selangor selepas 
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya 
merampas kembali negeri itu terus menjadi persoalan bukan sahaja kepada pemimpin,
 malah rakyat Selangor juga tertanya-tanya siapa bakal menteri besar mereka.
Jika dilihat kepada kedudukan negeri Selangor sebagai sebuah negeri 
industri yang kaya dengan pelbagai hasil, BN perlu menyediakan senarai 
calon-calon yang memiliki latar belakang korporat seperti Menteri Besar, 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ini.
Terdapat beberapa tokoh korporat yang mula diintai BN Selangor 
yang dilihat mampu menandingi keupayaan Abdul Khalid untuk menguruskan 
ekonomi sekaligus negeri Selangor.
Tan Sri Rozali Ismail
Tan Sri Rozali Ismail

Antara tokoh korporat yang sering dikaitkan bakal menjadi menteri besar adalah Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismai.

Beliau yang juga merupakan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor
(DPMMS) dikatakan mempunyai pengaruh yang besar dikalangan ahli perniagaan 
di dalam dan luar negara, dan mampu menaikkan keyakinan pelabur untuk melabur 
di Selangor. Tidak seperti Abdul Khalid Ibrahim yang kurang berpengalaman dalam politik, 
Rozali dilihat mempunyai pakej lengkap kerana beliau juga aktif berpolitik dan
 pernah memegang jawatan sebagai Bendahari Umno Selangor.

Bagaimanapun, imej beliau sedikit tercalar apabila Syabas dikatakan menjadi 
punca krisis air yang kini melanda Selangor.

Kerajaan negeri Selangor bukan sahaja menuduh Syabas telah mensabotaj 
bekalan air Selangor sebagai usaha terakhir untuk merampas kembali negeri itu
 pada PRU13 nanti, malah Rozali telah diberi amaran oleh pemimpin Selangor, 
kononnya mereka akan mendedahkan gaya hidup mewah Rozali kepada rakyat 
dan memotong gaji beliau sebanyak RM10 juta.


Tan Sri Fateh Iskandar
Tan Sri Fateh Iskandar
Selain Rozali, seorang lagi tokoh korporat muda yang dilihat mempunyai potensi 
besar yang boleh dikembangkan ialah Datuk Fateh Iskandar.

Beliau yang merupakan pengerusi syarikat hartanah terkemuka Glomac Berhad 
mempunyai peluang cerah dan setakat ini tiada kedengaran tentangan 
dari dalaman Umno untuk menerimanya sebagai menteri besar.

Keputusan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak melantik Fateh sebagai 
Bendahari Umno Selangor merupakan keputusan tepat untuk memuaskan 
hati semua pihak yang beranggapan kuasa menteri besar harus diberikan 
kepada ahli politik.
Datuk Mohamad Adzib
Datuk Mohamad Adzib
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa 
juga dikatakan mampu menggalas tugas sebagai Menteri Besar Selangor.


Selain dari imej korporat yang bersih, hubungan baik beliau dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga mampu mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh Najib.

Bagaimapun, beliau pernah terpalit dengan isu politik apabila Ahli Parlimen Shah Alam, 
Khalid Samad mendakwa terdapat pertemuan antara Mais, 
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) 
dan NGO Islam yang didakwa merancang untuk menjatuhkan Abdul Khalid.

Terdapat juga beberapa pemimpin Umno yang cuba menonjolkan diri
 masing-masing bagi menunjukkan kemampuan mereka untuk menerajui Selangor.
Datuk Seri Mohd Zin
Datuk Seri Mohd Zin
Ramai berpendapat Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed 
sedang mengintai peluang untuk dilantik sebagai menteri besar.

Kedudukan beliau sebagai koordinator memudahkan beliau untuk mendapat
 sokongan daripada dalaman Umno itu sendiri dan juga rakyat.

Seorang lagi pemimpin Umno yang disebut-sebut sebagai pengganti Abdul Khalid 
ialah Datuk Seri Noh Omar berdasarkan pengalaman beliau diperingkat persekutuan 
dan kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor.

Tetapi, tidak seperti tokoh korporat seperti Fateh dan Mohamad Adzib, Noh dan Mohd Zin 
dikelilingi pelbagai masalah dan kontroversi sepanjang penglibatan mereka di dalam politik.

Bagaimanapun, menurut sumber, beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya terdapat 
nama asing yang akan mengejutkan semua pihak untuk menerajui Selangor.

"Bekas MB Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dulu bukan nama besar atau yang 
disebut-sebut bakal menjadi menteri besar... tetapi akhirnya beliau dipilih disebabkan
 beliau muka baru dan muda.

"Tidak mustahil perkara sebegini akan berlaku semula," kata sumber yang ditemui Malaysian Digest baru-baru ini.
Datuk Seri Noh bin Omar
 Datuk Seri Noh bin Omar 
[sumber .]