Followers

Wednesday, 20 March 2013

Husam nekad......selamat tinggal pada politik?


Memabiarkan Husam bertanding di Putrajaya samalah ibarat melepaskan ayam serama ke dalam reban ayam kampong......pasti kena patuk dan kena taji.

Pernah satu ketika albrangi membela beberapa ekor ayam serama......cantik dan mahal harganya...tiba-tiba satu hari tersengaja bukak reban, maka meluru keluar ayam serama yang sangat cantik itu...tiba datang ayam jantan jiran meluru padanya lalu ditaji hingga berdarah......lalu ditangkap semula ayam serama itu dan dimasuk dalam reban.

Nak ceritanya......ayam serama itu ditaji bukan kerana kehebatannya tapi kerana dengki dan dendam kesumat pada semua baka ayam serama yang gah dengan kokokannya serta cantik pada bentuk badan dan bulunya.

Begitu jugaklah dengan Husam......aura serta ketokohannya.....malah sudah terbukti integriti kepimpinananya di Kelantan membuat orang Putrajaya tidur tidak lena walaupun rata-rata semua rumah di Putrajaya miliki 'air-cond'.

Jikalau ditakdirkan Husam bertanding 5 tahun lagi di Putrajaya......rasanya barulah selamat kerana ketika itu 'ayam-ayam jantan' yang bergelumang ekornya dengan taik sudah patah tajinya. [Husam I .][Husam II .]

al-brangionline:

Sedang mengejar ayam kampong untuk dibuat gulai......