Followers

Thursday, 28 March 2013

Hassan Ali : Masih lagi 'blank'.....ada aku kisah?


Orang ramai di luar sibuk buat telahan bila Parlimen nak bubar.

Rupa-rupanya ada jugak hikmahnya Najib ber'hempas-pulas' pilih tarikh yang sesuai Parlimen dibubar.....sekurang-kuangnya orang ramai dapat sedikit ilmu demokrasi dan 'politik' di Malaysia.

Dalam duk sibuk-sibuk orang ramai buat tekaan dan telahan......rupa-rupanya Hassan PhD ini masih ber'hempas pulas' memikirkan nak bertanding di mana?.....Gombak Setia?.....Shah Alam?

Kalaulah boleh beri cadangan pada beliau......disyorkan beliau betanding Presiden Tok Siak Melayu Se Malaysia atau pun Presiden Pembancuh Cendul Melayu Se Malaysia.....dengar kata Presiden Pembuat congkak Melayu SeMalaysia pun masih kosong atau pun Presiden Pengikat Sampin Melayu Se Malaysia......berita terkini Persatuan Kompang dan Rebana Ubi Se Malaysia sanggup beri ruang tanpa bertanding sebagai Presiden mereka yang baru.

Hayatilah kata-kata keramat (jahat?) beliau......" Bagaimanapun, jelasnya sama ada bertanding atau tidak, apa yang penting adalah memastikan pakatan pembangkang tidak memenangi PRU-13.' seperti DI SINI .

al-brangionline:

Ada aku kisah?.....orang kuatnya di Taman Equine tentu tersenyum getik bila terbaca posting ini.