Followers

Wednesday, March 6, 2013

Gambar 'Permaisuri Kesultanan Sulu' yang dikatakan 'ori'......rupa2nya ada yang 'ori' dan ada yang 'palsu'......


Y.M Permaisuri Dayang Nurhijrah Kiram

Dikatakan yang datang menceroboh Lahad Datu sehingga terkorban wira-wira negara tempoh hari (Al-Fatihah untuk mereka yang berAgama Islam) di mana isteri-isteri mereka menjadi janda sekelip mata dan anak-anak  menjadi yatim menderita, adalah dari pengikut Sultan Sulu yang tidak 'ori iaitu 'Sultan Jamalul Kiram Ke III.'

Oleh kerana blog ini ingin mencari pencerahan maka di'google'lah seharian hari dan berjumpa dengan satu laman seperti DI SINI .

Di dalam laman tersebut dikatakan 'Sultan Mudarasulail Alasatam Kiram' adalah Sultan yang ori.

Tujuan dipaparkan di sini adalah untuk pengetahuan am supaya dapat gambaran cerita sebenarnya.

al-brangionline:

Kita mempunyai tugas yang lebih berat iaitu menghadapi PRU13.....kisah-kisah yang berlaku janganlah ia menjadi 'pelindung' kepada hal yang lebih 'auwliyat' yakni lebih priority.

p/s Apa pun, kita mengucapkan syabas kepada mereka di'medan' dan tak lupa mengucapkan takziah kepada keluarga yang menerima musibah. Al-Faatihah untuk mereka yang gugur bagi yang beragama Islam.