Kenapa tajuk nampak macam nak kaitkan 'SULU' dengan 'SPRM'?
Ha ha......S - Sulu
P - Penceroboh
R - Ramai
M - Mati?
Sekarang kita lupakan dulu kisah berdarah 'Sulu'......cer tengok 2 berita di bawah :
Berita 1: SPRM kata BR1M bukan politik wang......dengar tu.....satu statement dari 'mereka' yang berotoriti. [ sumber . ]
Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia dan janji untuk menaikkan jumlah bantuan itu sekiranya BN memenangi pilihan raya umum ke-13 bukan satu bentuk politik wang.
Pendapat itu dinyatakan oleh timbalan pengarah kanan bahagian siasatan SPRM Han Chee Rull dalam satu forum anjuran pejabat ketua pembangkang di ibu negara hari ini.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan hadirin pada sesi khusus membicarakan tajuk 'Menentang politik wang dan rasuah pilihan raya menjelang pilihan raya umum ke-13'.
"Secara jujurnya pada pendapat saya, BR1M disampaikan kepada semua rakyat tanpa mengira mereka itu pengundi atau tidak.
"Ia juga adalah satu bentuk polisi pembangunan," katanya yang bercakap mewakili pengerusi SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.
Menurutnya lagi, pihak yang bertanding dalam pilihan raya bebas membuat tawaran mereka kepada rakyat.
"Dalam mana-mana pilihan raya, semua pihak akan membuat janji tentang perkara yang mereka mahu lakukan," katanya.
Sebelum itu, beliau menjelaskan bahawa istilah 'politik wang' tidak didefinisikan dengan jelas dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
Namun, kesalahan membeli undi yang jelas tertakluk di bawah Seksyen 16 akta yang sama, katanya. "Pendapat itu dinyatakan oleh timbalan pengarah kanan bahagian siasatan SPRM Han Chee Rull dalam satu forum anjuran pejabat ketua pembangkang di ibu negara hari ini.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan hadirin pada sesi khusus membicarakan tajuk 'Menentang politik wang dan rasuah pilihan raya menjelang pilihan raya umum ke-13'.
"Secara jujurnya pada pendapat saya, BR1M disampaikan kepada semua rakyat tanpa mengira mereka itu pengundi atau tidak.
"Ia juga adalah satu bentuk polisi pembangunan," katanya yang bercakap mewakili pengerusi SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.
Menurutnya lagi, pihak yang bertanding dalam pilihan raya bebas membuat tawaran mereka kepada rakyat.
"Dalam mana-mana pilihan raya, semua pihak akan membuat janji tentang perkara yang mereka mahu lakukan," katanya.
Sebelum itu, beliau menjelaskan bahawa istilah 'politik wang' tidak didefinisikan dengan jelas dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
Berita 2 : Kalau BR1M bukan politik wang.....maka yang ini apa pulak 'jenama'nya ye (rasuah seks ke?).......pulak?
"Pegawai SPRM mengaku salah cuba lakukan persetubuhan haram

MISWANDI (kanan) bersama Dewi keluar dari Mahkamah Rendah Syariah, Seremban semalam.
SEREMBAN – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasangannya seorang wanita warga Indonesia masing-masing didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di di Mantin dekat sini Jumaat lalu.
Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Miswandi Samin, 55, dan pasangannya, Dewi Maryanti, 23, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Terdahulu, Pendakwa Syarie, Wan Mohd. Helmi Masran yang mengendalikan kes berkenaan memohon kes tersebut dijalankan secara tertutup dengan alasan mendapat arahan daripada pihak atasan.
Bagaimanapun, Hamizan menolak permohonan pihak pendakwaan selepas Wan Mohd. Helmi gagal memberi alasan mengapa kes berkenaan perlu dijalankan secara tertutup.
Menurut kertas pertuduhan, Miswandi yang bertugas di Putrajaya dan Dewi yang bekerja di sebuah kilang di Nilai didakwa cuba melakukan persetubuhan haram dengan berkurung di sebuah rumah di Apartmen Sri Palma di Kolej Lagenda, Mantin dekat sini kira-kira pukul 5.15 petang pada 1 Mac lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan iaitu berkurung sehingga mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat dengan pasangan yang bukan mahramnya.
Jika disabitkan dengan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Hamizan kemudiannya memerintahkan kedua-dua pasangan berkenaan masing-masing dikenakan denda RM1,800 atau satu bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.
Pasangan berkenaan menjelaskan denda tersebut.
Mengikut fakta kes, sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menyerbu rumah berkenaan selepas menerima aduan awam kira-kira pukul 4.40 petang.
Ketika pemeriksaan penguat kuasa JHEAINS mendapati pintu apartmen berkenaan berkunci dan mereka terpaksa mengumpil pintu selepas penghuninya enggan memberikan kerjasama.
Dalam pemeriksaan itu, pihak JHEAINS menemui Miswandi yang memakai kemeja dan seluar panjang bersembunyi di dalam bilik air di sebuah bilik.
Dewi yang memakai baju-T dan seluar paras lutut ketika kejadian dijumpai bersembunyi di bawah katil di sebuah lagi bilik.
Pemeriksaan lanjut mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah dan bukannya suami isteri. [sumber .]
al-brangionline:
Lambatnya PRU......macam-macam berlaku sekarang......kali inilah geng......buat perubahan
No comments:
Post a Comment