Followers

Friday, 22 February 2013

Siap ngko......Deepak saman Najib dan pasangannya RM3.0 billion

Kalaulah Almarhum yang pernah pegang orang nombor dulu masih hidup...tentu Almarhum terkedu mengenangkan berbillion-billion henget kena saman...mana nak gagau......Almarhum jugak selalu sebut angka berbillion-billion...kalau tekan kalkulatur cikai, habis nombor...keluar error...error...error.

al-brangionline:

Sudah jatuh dihempap lift...tak sempat nak ber-aduh...habaq hang.

___________________________________________________________________________


Deepak fail saman terhadap Najib

Anis Nazri,22 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Usahawan permaidani, Deepak Jaikishan memfailkn saman ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Mahkamah Jalan Duta, Petang ini.

Saman itu dikemukakan beliau melalui peguamnya, Sivarasa Rasiah melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Menurut Deepak, saman itu difailkan ekoran kenyataan Najib yang menyebut Deepak sebagai tiada kredibiliti.

Bagaimanapun beliau memberi tempoh shingga esok untuk Najib menjawab dakwaan beliau selama ini.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Deepak juga berkata beliau akan memfailkan saman bernilai RM3 bilion terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Datuk Nazim Razak serta kerajaan Malaysia minggu depan.

Saman ini dibuat ekoran kegagalan kesemua mereka mereka mempastikan projek yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar kepada mereka. [sumber .]