Followers

Thursday, 28 February 2013

Runtuh lagi?......petanda apa ni belalang?


Sahabat telefon beritahu......'Runtuh pulak dah..'

Bila ditanya, 'Apa yang runtuh?......Mana?'

Katanya, 'Jambatan runtuh.'

Saya mencelah, 'Kat terengganu ka?'

sahabat menjawab, 'Dekat2 dengan Putrajaya'

Adoi......petanda apa ni 'belalang'?

Saya difahamkan, dalam al-Quran ada disebut segala kerosakan di bumi dan laut adalah hasil tangan-tangan manusia seperti termaktub dalam Surah Ar-Rum Ayat [41Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Kalau dalam cerita-cerita hindustan atau drama Melayu kalau secara tiba-tiba siheroin tengah minum air...tak semena-mena gelas terlepas dari tangan lalu jatuh pecah berderai...maka percayalah tak lama selepas itu datang polis kat rumah bawa berita heronya kemalangan...kik kik kik...

Jangan pulak ditafsirkan bahawa Putrajaya akan 'jatuh merudum' dalam PRU nanti......kerana Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud,  "Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang daripada kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu." (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abi Mas'ud al-Ansari) "......yakni berlaku sesuatu perkara jangan dikait2kan dengan sesuatu buruk yang akan berlaku.

al-brangionline:

Nak sangat tengok Putrajaya beralih 'tangan'.