Followers

Thursday, 21 February 2013

Asal yang sana 'lemas', yang sini ber'kokok'......asal yang sini ber'kokok', yang sana 'lemas'

Kali ini betul-betul yang sana 'lemas' kerana yang sini ber'kokok' secara luar biasa. kalahkan ayam serama atau ayam hutan.

Kali ini mamad ini berkokok menggunakan kalimah 'Iman'......{sumber .]  'kokokan'nya, bolehlah dirakamkan seperti berikut, " Saya nampak masih ada harapan untuk mereka (Umno dan Pas) bersatu selagi mereka ada iman"......seolah-olah kalau tak dapat jugak bersatu seolah-olah mereka tiada iman.

Yang jelasnya yang dimaksudkan 'mereka' itu iala Umno dan PAS.

Sekarang yang kononnya Umno yang jelas lagi ikhlas mahu bersatu, manakala PAS tak mahu bersatu......adakah mamad ni berani mengatakan PAS tiada iman?

Kokok jangan sebarang kokok wahai yang kuat iman?

Dalam 'kokokan'nya mamad dengan celuparnya menghukumkan PAS bertahaluf siasyi bersama kafir harbi yang menolak Islam......bagaimana pulak dengan yang satu lagi yang bertahaluf dengan parti tokeh2 besar yang jugak menolak Islam? Zimmi atau harbi?

Mohon majlis fatwa kebangsaan buat fatwa; masih wujud ke lagi kafir harbi di Malaysia?

Satu lagi, mamad yang berkokok tadi sudah nyanyuk......ooopppsss bukan nyanyuk tapi lupa, masih ada satu lagi yang akan bertanding di bawah panji-panji 'Berjasa' dalam PRU13 nanti......yang ini terlepas ke daripada hukum bersatu jika ada iman?

al-brangionline:

Masuk bertandinglah geng......tengok camner.