Followers

Tuesday, January 1, 2013

Sesama ameno pun masih boleh 'kelecek'......nak buat janji baru pulak?


"Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti.

Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, 

untuk negara dan anak-anak kita," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2013 
yang disiarkan melalui radio dan televisyen malam ini. [sumber .]

Itulah janji ameno pada rakyat Malaysia.

Boleh caya ke kalau ameno buat janji?

Rakyat Malaysia kena tengoklah dulu......kalau sesama ameno pun ameno boleh 'tipu'...boleh 'khianat', ni nak buat janji dengan Rakyat Malaysia.

Semasa dia naik jadi PM, perkara pertama dia 'kelecek' orang ameno ialah perlantikan Menteri Kabinet.

Walaupun hak perlantikan Menteri adalah hak sorang PM tapi dia kena tengok jugak apa kehendak parti.

Kemenangan orang ameno dalam parti......bahkan yang menang dalam PRU pun perlu dihormati kerana ahli parti khasnya yang pilih mereka dan penyokong ameno amnya kecualilah orang ameno kurang cerdik dalam bab memilih wakil atau pun mereka sudah terlampau banyak di'sogok' pitih hingga mereka menang?

Abang misai, kakak si-mata bundar, makcik kerbat saudagar lembu sebagai contoh...boleh dilantik sebagai Menteri Kabinete walhal inilah muka-muka yang terpelanting ditolak oleh rakyat dalam PRU12 dulu.

Ada sorang abang jambang dihantar berkhimat di negara 'Uncle Sam'......takkan tak ada orang lain lagi kot.

Itu hanya contoh kecil yang mungkin orang ameno boleh pejam mata kot......apa hal dengan benda-benda lain? Ke semua orang ameno dan penyokongnya hidup tak ada masalah langsung.....yang ada masalah hanya penyokong pembangkang, gitu?

Orang-orang ameno semuanya banyak duit hingga tak ada masalah dengan PTPTN ke?

Orang-orang ameno semuanya banyak duit hingga boleh menjalani kenhidupan walaupun dibeban dengan kenaikan minyak, kenaikan harga barang, tol dan banyak lagi ke?

al-brangionline:

Hanya ameno yang 'bodoh-sombong' dan gelap mata ajer yang masih boleh bertahan dengan ameno.