Followers

Saturday, 19 January 2013

Melayu mudah kembang serombong kapai biaq pun dapat anugerah ala-ala barangan harga runtuh



Setiap hujung tahun atau musim perayaan, sana-sini pasaraya akan buat offer harga runtuh...atau harga pecah.....atau harga jatuh tak naik lagi......atau jualan gedung.....atau mega sales dan pelbagai istilah lagi tapi semuanya itu nak menceritakan harga barangan itu murah giler.

Betul ke murah?

Kita jawablah sendiri kerana kita sendiri pernah berebut-rebut kejara akan tawaran itu.

Ada kualiti ke tawaran itu?.....kualiti soal kedua...janji ianya murah.

Satu lagi perkara yang setaraf dengan fenomena di atas ialah bentuk anugerah yang direka oleh mereka yang sangat 'kreatif' kepala hotak......kreatif atau bodek?......anda nilailah sendiri.

Kita tidak heran kalau sesuatu Anugerah diberi oleh Universiti......tapi kalau setakat anugerah dari individu yang kontroversi dab NGO, maka anda nilailah sendiri nilai tambah yang ada pada anugerah itu......alahai...macamlah main pondok-pondok.

Kalimah Gelaran itu pulak sedap didengar terutama oleh sepasang telinga yang memang perasan giler dia yang hebat dan akan rasa bangga kononnya dia telah berjaya dalam apa yang dibodek tu.

Kekadang anugerah itu berbunyi ala-ala Jawa sikit sebagai contoh Anugerah Adi Jagat...

Anugerah Pahlawan Pribumi Perkasa.....dan yang terkini Anugerah Wira Transformasi Ekonomi Bumiputra dan banyak lagi.

Yang peliknya orang Melayulah yang pandai mereka anugerah dan orang Melayulah yang mendominasi anugerah......kik kik kik

al-brangionline:

Melayu tak hebat kerana kerana anugerah.....hebatnya Melayu kerana Islamnya Melayu.....Melayu menjadi hina bila Islam dipinggirkan.

_____________________________________________________________________


Agih ekonomi saksama

 Haika Khazi | mfaizul@bharian.com.myCetak
Najib berganding tangan bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif GABEM, Datuk Ramlan Othman; Dr Rahim; Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat dan Pengerusi GABEM Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada majlis anjuran GABEM di Putrajaya, semalam.
Najib berganding tangan bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif GABEM, Datuk Ramlan Othman; Dr Rahim; Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat dan Pengerusi GABEM Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada majlis anjuran GABEM di Putrajaya, semalam.
Kerajaan jamin jaga kepentingan Melayu tanpa abai hak kaum lain

Putrajaya: Kerajaan sentiasa berlaku adil dalam pengagihan ‘kek ekonomi’ negara supaya faedahnya dinikmati secara saksama oleh semua kaum.

Datuk Seri Najib Razak juga memberi jaminan kerajaan akan menjaga kepentingan orang Melayu tanpa merampas atau menafikan hak orang bukan Melayu. 
Tiada yang terpinggir 


Perdana Menteri menegaskan, sudah menjadi dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan tiada yang terpinggir daripada merasai kekayaan ekonomi negara.

“Kita berupaya mengagih kekayaan negara tanpa nafikan hak bukan Melayu dan masyarakat usahawan bukan Bumiputera, jauh sekali merampas peluang ini daripada mereka. Pada masa sama, kita bangunkan ekonomi Melayu secara makro.

“Malah, kaum bukan Melayu dan usahawan bukan Bumiputera mula memahami pendekatan ini bagi mengekalkan kestabilan serta kemakmuran ekonomi negara dalam jangka panjang.

“Itulah sebabnya kita lihat ramai usahawan bukan Bumiputera yang berjaya kini membantu rakan niaga berbangsa Melayu,” katanya berucap pada majlis anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu/Bumiputera (GABEM) di sini semalam. 

Terima sokongan GABEM

Pada majlis itu, Perdana Menteri menerima memorandum sokongan lebih sejuta ahli GABEM diketuai Pengerusinya, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik yang turut menganugerahkan gelaran ‘Wira Transformasi Ekonomi Bumiputera’ kepada Najib.

Najib berkata, kaum bukan Melayu dan usahawan bukan Bumiputera tidak marah atau membantah dasar menolong orang Melayu serta Bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya pertolongan diberi kepada orang Melayu dan Bumiputera yang tidak layak, maka mereka akan kurang senang hati. Justeru, kerajaan akan terus berusaha meningkat nilai pegangan ekuiti Melayu dan Bumiputera di Malaysia berdasarkan merit, kebolehan serta pencapaian mereka.


Tingkat ekuiti Melayu

“Kalau kita memberi peluang kepada golongan yang hanya harapkan komisyen (rent see-kers), kekuatan orang Melayu dalam ekonomi tidak akan meningkat. Jika kita tidak amalkan dasar ini, sudah tentu sasaran 30 peratus ekuiti Melayu dan Bumiputera sudah lama dicapai.

“Kita perlu mengikut peredaran masa... jangan sebut ekuiti Melayu dan Bumiputera untuk seronok-seronok saja,” katanya.

Najib juga berkata, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dibawa Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) berjaya membantu meningkat ekuiti orang Melayu dan Bumiputera kepada lebih 23.09 peratus pada 2010 berbanding 21 peratus pada 2008.