Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, khusus bagi program 'Di Hati Rakyat' dan akan bermula bulan depan.

Ia diumumkan oleh menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian Pelancaran Jubli Emas Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) di Dewan Perdana Felda, di sini pagi ini.

"Peruntukan ini akan memberi bantuan kepada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

"Ia akan merangkumi bantuan kerusi roda, latihan, lampin dan apa sahaja mengikut keperluan masing-masing," katanya.

Katanya lagi, peruntukan tersebut adalah sebagai langkah untuk memperkasakan golongan wanita di negara ini.

"Mereka adalah golongan minoriti yang sebenarnya banyak menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.[sumber .]