Followers

Wednesday, 16 January 2013

Amenu terkedu......kalimah apa lagi nak dicari?.....tanyalah pd mak mah


Macam-macam isu amenu sensasikan untuk pujuk hati pengundi Melayu.

Kerana Melayu mudah di'cair'kan dengan emosi, sensasi dan fantasi......macam dalam cerita lebai malang, pak pandir, batu-belah batu bertangkup, bawang merah......kerana kempunan telur ikan tembakul boleh melelehkan air mata Melayu.

Amenu guna isu Raja...isu 'Amanat'...isu kalimah 'Allah'.....semua isu ini kononnya boleh 'cair'kan Melayu walaupun ramai orang tahu amenu bukannya suka sangat ke Raja....bukan ke suatu masa dulu Madey dan amenu pernah hina Raja...bukankah Perlembagaan Negara dipinda untuk mengekang kuasa Raja?

Ramai orang tahu amenu bukannya kaki yang sayang Agama walaupun dinampakkan amenu ni sayangkan Allah...kalau betul-betul sayang bang woi jangan hanya pada kalimah, sayanglah jugak pada syariatNYA.

Cuma tinggal satu saja lagi senjata yang ada pada amenu, iaitu wang......a.k.a duit...a.k.a. pitis...a.k.a. fulus......masyuk...masyuk banyak2.

Amenu amat sedar dan amat insaf hanya duit yang mampu men'cair'kan Melayu......tunggulah saat akhirnya di malam-malam '10 malam terakhir' selepas Parlimen dibubarkan nanti,, amenu akan tabur duit macam tabur hampas nyioq untuk beri ayam makan.

Dari mana datangnya duit?

Usah ditanya...beres dong...bisa dong...gampang dong...tanyalah pada empunya toko-toko 'sukan judi' samada di gunung atau di tempat tinggi atau di mana-mana lorong dan jalan.

al-brangionline:

Boleh 'cair'kan sebahagian 'Melayu' tapi bukan semua Melayu.