Siapa mereka?
Kalau KM,......rasanya budak PASTI pun boleh teka...sapa KM yang malang tu, manakala MB pulak siapa ye?, rasanya MB itu ialah yang paling 'kurang cerdik' daripada yang 'kurang cerdik' mungkin suka sangat ajak orang ber'gocoh' dengannya...manakala 2 pemimpin tertinggi itu pulak ialah...ah tak payah nak tahu...lantak deme le....rasanya 'David Copperfield' tahu semua tu.
Kenapa SPRM menyekat mereka?,,,,,,kalau betul terlebih makan 'viagra', dakwakan mereka,,,,,,jangan gantung tidak bertali.
Jangan setakat menimbulkan sensasi kononnya amenu memang betul-betul nak laksanakan transformasi politik setelah diperakukan sendiri berjaya mengtransformasi ekonomi......akhir sekali 4 orang itu akan terlepas bebas dek teknikal atau memang 4 orang itu dikambing hitamkan untuk melonjakkan reputasi bos amenu khasnya atau keempat-empat itu memang betoi-betoi sudah menjadi liabiliti kepada amenu.
Blog ini tidak bersetuju keempat-empat 'playmaker' amenu itu disekat dari bertanding dalam PRU13 nanti......kalau betul-betul ada bukti, dakwakan mereka sebelum PRU13 ini......elakkan persepsi kerana ia akan menjadi sensasi.
al-brangionline:
Rasanya ini hanyalah permainan 'David Copperfield' sebelum PRU13
_______________________________________________________________________
4 nama besar dinasihat tak tanding PRU13
25 Januari 2013

Muka depan Sinar Harian hari ini
SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.
Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.
Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.
Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.
Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.[sumber .]

No comments:
Post a Comment