Followers

Monday, 30 December 2013

Amenu takut dengan 'Zikir' me'NURUN'.....sesat katanya......kahkahkah


BANTAH HIMPUNAN HARAM

Ketua Pemuda Umno Kuala Terengganu Dr Najmil Faiz Mohamed Aris (tengah) mengetuai pertubuhan bukan kerajaan di Terengganu membuat laporan polis terhadap usaha pihak tertentu menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan haram. Foto: Arjasneh Ahmad

Amenu amat takut dengan bayang-bayang sendiri.

Amenu sekarang dipuncak kekuasaan.....sesetengah orang lagi tinggi naik lagi gayat...lagi tinggi di kemuncak lagi gayat....tapi tidak pada amenu...amenu tak pernah gayat...lagi tinggi lagi selesa, lagi syiok...bahkan dah jadi terbalik kot nak TURUN pulak terasa gayatnya.....itulah amenu.....ia bertambah gayat bila ada orang suruh dia TURUN......kononnya kalau TURUN akan jatuh terGOLEK...kalau TURUN akan jatuh ter'GULING'...kalau TURUN akan jatuh ter'PELANTING'...itulah khurafat yang dianuti zaman berzaman.

Lagi kuat gema zikir TURUN lagi kecut perut dan apa-apa di'bawah' perut......lagi kuat zikir TURUN lagi kuat menusuk telinga, macam BOM kuat bergema katanya......macamana nih...katanya anak jantan...kalau anak jantan mana ada takutnya?

Nasihat teman, kamu duduklah bertapa di atas sana semahunya...sepuasnya mengikut kehendak dan nafsu kamu.

al-brangionline:

Orang tua2 kata beruk akan jatuh ketika angin bertiup sepoi2 bahasa.....bukannya ketika ribut 'haiyan'......haiyalah lu amenu.

[sumber .]

Saturday, 28 December 2013

Rafizi dan Bard 'lebam' muka hasil 'brutal' NGO macai bacul

Naik 'lebam-lebam' muka Rafizi dan Che Gu Bard dan nyaris 'patah batang leher' hasil kerja-kerja 'brutal' NGO macai.

Yang hairan wal ajaibnya tak macai-macai tu ditanggung hingga mati oleh amenu?

Kalau ditanggung seumur hidup tak hairanlah macai boleh bertindak begitu......ni tidak, hanya beberapa keping biskut kering, teh-ais bungkus, sekotak rokok, topi sudu dan baju - T sanggup mencampakkan harga diri demi kelangsungan amenu.

al-brangionline;

Dengan puak-puak ni usah cakap pasal harga dirilah bro......semua dah terhumban ke longkang.
________________________________________________________________________
  NGO lapor polis Himpunan 31 Dis, koyak gambar Rafizi,CheguBard

Kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta 
memijaknya di perkarangan balai polis.

PETALING JAYA: Lima badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pemuda Umno hari ini 
membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Penyelaras 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang didakwa sebagai 
dalang menghasut rakyat turun menyertai Himpunan 31 Disember.
Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM),
 Pertubuhan Memartabat Jaringan Melayu Malaysia (MJMM), 
Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, serta Bridget Kesatria Mahasiswa masing-masing 
mengemukakan laporan polis di Balai Polis Damansara di sini petang tadi.

Turut diserahkan beberapa bukti bergambar dan salinan video rakaman 
ucapan Rafizi dan Badrul, atau dikenali CheguBard.
Sejurus selepas selesai membuat laporan, kumpulan itu menayangkan gambar 
Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan 
balai polis.
SAM1M dalam laporannya mahu polis menyiasat Rafizi kerana mengeluarkan 
kenyataan menyokong perhimpunan menggulingkan kerajaan dan mengelirukan rakyat.
Begitu juga dengan CheguBard dan Ketua Propagandanya Edy Noor Reduan 
secara terbuka menghasut rakyat bersatu dan berhimpun di Dataran Merdeka 
pada malam tersebut.
“Kami membuat laporan ini kerana sangsi berdasarkan beberapa bukti kukuh 
bahawa perhimpunan ini adalah haram disisi undang-undang.
“Mereka juga tidak mendapatkan permit daripada polis mahupun pihak 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya dalam laporan.
Sementara itu, wakil Briged Kesatria Mahasiswa Muhamad Nur Aizat Noor Azam 
dalam laporannya mendakwa SAMM mengajar anak muda tidak pedulikan 
undang-undang sebaliknya memberontak terhadap penguasa.
“Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang setimpal dengan 
puak-puak ini kerana takut perangai sebegini akan menular dan mengajar 
anak muda terus berkelakuan liar tanpa batasan dan hormat undang-undang,” 
katanya.
Sementara itu, Exco Pemuda Umno Pusat Armand Azha Abu Hanifah berkata, 
kedua-dua pemimpin PKR itu perlu dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang huru-hara atau kerosakan awam semasa malam ambang merdeka nanti.
“Kalau ada antara mereka yang mengeluarkan bendera lain selain 
bendera Malaysia, mereka juga kena ambil tanggungjawab,” katanya.
Beliau turut mendesak supaya Rafizi dan CheguBard dibuang negara 
atau taraf kerakyatan ditarik balik jika sesuatu yang tak diingini 
berlaku sepanjang himpunan tersebut.
“Rakyat tak mahu demonstrasi jalanan yang menggulingkan kerajaan
“Kalau tak puas hati tunggu 4 tahun lagi Pilihan Raya Umum akan 
datang,” katanya. [sumber .]

Thursday, 26 December 2013

Umno si-'pemalu kucing'.....pagi ajak bersatu...petang dia 'kencing'

Semua orang tahu Umno ni punyalah banyak wajah.

Hari-hari tertentu dengan baju cekak musang bersamping songket bersongkok hitam 7 inci setengah lagak macam orang 'warak' berbudi luhur nak tolong bangsa.

Hari-hari tertentu pulak dengan baju putih bersut hitam bertali leher melangkah laju ke pejabat lagak macam korporat mengejar masa agar bangsa sendiri tidak ketinggalan.

Bila tiba hari Jumaat atau hari kebesaran Islam ada juga sorang dua yang mengenakan jubah putih berketayap putih......hati pun nampak semacam 'putih' aje lagak semacam tok khatib nak menyampai khutbah.

Bila hati rasa gundah, segala kerja buat masih lagi gelisah.....apa yang dibuat masih lagi rakyat kata salah.....apa lagi lipat ihram terbang buat Umrah.

Tapi yang hairannya 'khazanah' masih tiris mencurah-curah......dalam pilihanraya 53% rakyat menolaknya sudah........hanya bergantung dengan 47% untuk memerintah lantas menaikkan itu ini hingga harga barang ke parasa bahu...pastu marah2.....bertanyakan, "apa lagi lu mahu?"

Apakan daya...nak marah lebih2 nanti "1Malaysia" jadi barang mainan, baik diserahkan pada yang 'gagah perkasa' yang dijadikan bagai 'budak suruhan' seperti DI SINI ......alahai.....

al-brangionline:

'perkasa' yang jujur ikhlas......mengaku perkara yang benar.....dok gitu bro?

Wednesday, 25 December 2013

Aibkan Mad Sabu dengan Syiah hanyalah sebagai 'appetizer'.....rupa2nya 'main course'nya ada di sini



PRU13 baru habis.....Muktamar PAS sudah pun berlalu begitu jugak Perhimpunan Agung Umno baru selesai. Tiba-tiba Umno kaitkan orang nombor 2 PAS dengan Syiah

Kenapa?

Umno sudah baca majoriti orang Melayu tidak suka Syiah kerana Umno tahu majoriti orang Melayu di Malaysia adalah 'Ahlus Sunnah Wal Jamaah' bermazhab Assyafie.

Mad Sabu memang pernah kata dia menyanjungi perjuangan Imam Khomeini ketika menumbangkan diktator Shah Iran dalam Revolusi Islam Iran pada 1979 kira-kira 34 tahun dulu.

Tetapi kenapa sekarang baru Umno nampak Mad Sabu sebagai satu ancaman pada umat Islam di Malaysia?

Dikaitkan Mad Sabu dengan Syiah saya berpendapat hanyalah sebagai 'appetizer' politik. Ini tidak lain tidak bukan sebagai mengula2kan rakyat.....agar rakyat terbuka selera mempercayai bila diambil tidakan kemudiannya dan akan akan nampak semacam ada justifikasi......bila rakyat sudah terasa benci yang amat sangat dengan sendirinya rakyat akan rasa 'justified' bila Mad Sabu dikenakan tindakan kelak.

Saya rasa 'main course'nya ialah keistimewaan Mas Sabu ialah beliau selalu menjadi 'frontliner' dalam apa-apa isu.

2014 bakal memaparkan atau dalam ertikata lain rakyat Malaysia akan berhadapan dengan berbagai 'musibah' hasil dari 'politik ikut selera' sendiri (Umno)......kenaikan harga barang yang dengan sendirinya kehidupan menjadi tertekan dengan bebanan perbelajaan yang tinggi......kenaikan tariff, letrik tol?, barang-barang keperluan asas dan berbagai kenaikan lagi yang anda sendiri semua maklum.

Dengan kepelbagaian isu itu maka Mad Sabu, Umno nampak sebagai seorang 'frontliner' yang mampu mempengaruhi rakyat turun ke 'jalan raya'.

Itu saja saya rasa puncanya.

Saya tidak nampak Umno begitu 'desperate' hingga 'berani' mengharamkan PAS dengan isu Syiah kerana dalam Perlembagaan PAS sudah jelas Islam yang diperjuangankan oleh PAS.

Koman sangatlah Yeop kalau nak aibkan Mad Sabu khasnya dan PAS amnya dengan Syiah.

Tidak dinafikan ramai jugak orang Malaysia yang mengkagumi Mandella dan ini tidak semestinya sesorang itu menjadi Mandella......cuma nilai-nilai yang baik yang ada pada Mandella yang selari dengan Islam seperti 'anti-apartheid'.....boleh diambil iktibar kerana Islam memang menekankan keadilan sejagat.

al-brangionline;

Aku yang menkagumi Nabi Muhammad SAW......salahkah aku?

Tuesday, 24 December 2013

Zamihan lwn Shahidan : Pertembungan 'gedebe' agamawan dengan 'Buranku' politikus?

Saya pernah dengar nama Shahidan Kassim tapi tak pernah mengenalinya.....katanya semasa menjadi Menteri Besar Perlis tersangat 'gedebe' orangnya terutama dengan lawan dan kawan yang tak se'aliran' dengannya. dan juga dengan penjawat awam di Perlis.

Semenjak jadi Menteri ke'gedebe'annya terbawak2 hingga buat keluar kenyataan yang jadi bahan untuk peserta 'RajaLawak'.

Manakala Zamihan langsung tak pernah dengar namanya dan tak pernah berjumpa dengannya.....kalau boleh tak nak berjumpa takut nak tergelak bila dia berceramah ala-ala pakar 'Syiah' dan 'Wahabi'......dengar ceritanya pulak dia ni ada PhD.....ah.....kalau setakat PhD buat research kenapa masyarakat Melayu dan India gemar sangat dengan 'Cendol' pun boleh dapat PhD......maka dapatlah gelaran 'Doktor Cendol'.....tapi jangan disingkatkan.....kalau disingkatkan akan jadi 'Doktor nDol'.

Kalau dihujahkan penjawat awam tak boleh mencabar Menteri......KSN kena rujuk pada 'General Orders'.....pasal dan klausa berapa yang kata tak boleh.....yang Menteri pulak, yang tersangat 'gedebe' dan buat kenyataan ikut 'skrip' semacam 'Buranku - Japanese Puppet Theatre'....itu biasalah kena tanyalah Umno, itu sudah menjadi 'uruf' bagi Umno. [sumber .]

al-brangionline:

Dalam hal ini kira seri ah.....2 x 5 = 5 x 2

Bercakap pun macam 'Kolopir-lah'......alahai.....

"Kan den dah kato, jangan salahkan Umno, barang naik......umno tak bersalah...tak cayo?" Dengan urat marikh terkeluar si-macai cuba menegakkan benang yang basah, "Baco kek SINI," sambung si-macai

al-brangionline:

Jangan ingatkan macai tak menderita dengan kenaikan barang...bukan semua macai kaya raya...kalau kaya raya bukan macai namanya...mereka pun menderita dan sengsara macam kita jugak cuma bezanya kita bergantung harap pada Allah walhal macai bergantung harap pada amenu......kita tengok sejauh mana pergantungan mereka?

Thursday, 19 December 2013

Rakan kongsi warning, jangan kasi bukan Melayu marah maa......pulak

"MCA gesa Umno jangan bangkit kemarahan bukan Melayu

MCA memberi amaran Umno hari ini agar lebih berhati-hati dalam ucapan dan tindakan supaya tidak membangkitkan kemarahan bukan Melayu dan mengatakan pengundi Cina tidak akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) jika pemimpin hanya memperjuangkan bangsa tertentu sahaja.

"Keadaan ini akan memberi kesan atau memusnahkan masa depan BN," kata bekas ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong (gambar) dalam ucapannya di perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA menjelang pilihanraya sayap itu hari ini.


Selepas pilihan raya umum Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyalahkan ’tsunami Cina’ terhadap prestasi buruk BN dengan mengatakan bahawa beliau tidak menjangka dipinggirkan oleh masyarakat Cina.

Beliau juga menyalahkan Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan daripada kumpulan etnik kedua terbesar di negara ini .


Penilaian Najib kemudian diambil dan diterima pakai oleh pemimpin-pemimpin Umno yang lain.


Pada pilihan raya umum ke-13, Umno muncul pemenang terbesar dalam BN, dengan berjaya memenangi 88 daripada 133 kerusi persekutuan dan berjaya mengekalkan kerajaan.


Sementara MCA, sebuah parti kaum Cina yang juga rakan komponen kanannya pula mendapat keputusan buruk. Ia berjaya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 negeri, yang berkurangan berbanding jumlah pada pilihan raya umum 2008 iaitu 15 persekutuan dan 32 kerusi negeri.


Dua hari selepas pilihan raya, Umno melalui akhbar rasminya Utusan Malaysia menyiarkan satu artikel bertajuk "Apa Lagi Cina Mahu", dan beberapa siri berita dan rencana kaum Cina ingin melemahkan kuasa politik Melayu, walaupun telah diberi peluang oleh kerajaan untuk memperoleh kekayaan mereka.

Bagaimanapun menurut penganalisis politik, Pakatan Rakyat menembusi bukan sahaja dengan kaum Cina tetapi juga orang Melayu, terutamanya di bandar.


Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin menyoal dalam blognya: "Apakah tidak mustahil ia sebenarnya bukan 'tsunami Cina ' atau cauvinisme perkauman, tetapi tsunami Malaysia berdasarkan realiti dan aspirasi baru generasi muda". – 19 Disember, 2013.
  " [sumber .]

al-brangionline:

Lu fikirlah sendiri Umno.....kalau lu buat pekak badak.....habislah lu PRU14

Bak kata 'Upin-Ipin".....betul 3x.....kikikikiki

Tuesday, 17 December 2013

Tak sangka bekas CEO yg aku sanjung bercakap semacam 'badut'

Pengguna boleh guna jalan biasa kalau tak nak kena tol tinggi.......kikikikikiki
Macam badut je si Abdul ni bercakap.

Cer cerita sikit......pengguna dari Bangi nak ke Kuala Lumpur? Kedua2 jalan sudah ada tollah Abdul. [sumber .]

albrangionline:

Masa jadi CEO dulu tak secerdik ni.....haha


_________________________________________________________________________

Kenaikan Harga Tol: Pengguna Boleh Guna Jalan Biasa Tanpa Tol, Kata Menteri

..PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.
"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.
"Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.
Beliau bagaimanapun mengakui dalam kes dengan pengendali terbesar lebuh raya negara, PLUS, kerajaan mempunyai perjanjian dengan mereka untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015.
"Sebagai contoh dengan PLUS, terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan kami telah lakukannya," kata Abdul Wahid.
Hujung minggu lalu, Abdul Wahid berkata enaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Beliau berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
Pakatan Rakyat menentang cadangan tersebut kerana langkah itu hanya memberi keuntungan kepada syarikat konsesi dan tidak kepada pengguna.

Monday, 9 December 2013

Rekonsiliasi nasional UMNO-PKR...menatang apa tu Anwar?.....cer habaq sikit


Hang jumpa dalam gelap ke....dalam terang ke.....cer cerita sikit menatang apa 'rekonsiliasi nasional UMNO-PKR'?

Hang nak sembang dalam Masjid ke...dalam 'kelambu' ke...dalam coffee-house ke.....menatang apa makna 'rekonsiliasi' tu?

Hang jangan lupa 'taik' lama masih lagi bertepek kat dahi tu.

Bau  ayaq 'longkang' masih melekat kat ketiak hang tu.

Kalau hang jadi nak buat 'rekonsiliasi UMNO-PKR', tolong jangan kaitkan dengan PAS untuk nak buat justifikasi seperti dalam laporan DI SINI .

Kalau hang saja-saja nak test-market.....hang boleh kata reporter tersalah quote dan boleh acah nak saman......kot2 terubat sahabat lain dalam Pakatan Rakyat.

al-brangionline:

Kalau sudah ketentuanNYA....bak kata fat-tool-bury...kikiki......

Sunday, 8 December 2013

Ros merah dari gadis Mesir ini untuk siapa ye?


Gadis Mesir yang rata-rata berusia 20an ke bawah dibebaskan Mahkamah.

Hukuman asalnya ialah 11 tahun penjara.

Mungkin untuk mengendurkan ketengan di Mesir sejumlah wanita dan gadis sejumlah 21 orang telah dibebaskan. Tekanan antarabangsa dalam dalaman Mesir dikatakan pusingan - U ini dibuat.

Untuk siapakah ros merah dari gadis Mesir yang ayu ini? [sumber .]

Beruntunglah lelaki yang bangkit menegakkan keadilan.

Ros merah bukan untuk mereka yang hanya khayalkan kemenangan.

al-brangionline:

Malulah pulak nak ambiknya.....huhu......

Saturday, 7 December 2013

Lebai Kulim mulut 'longkang'

Lebai Kulim yang ala-ala lebai malang ni...satu je nak cakap kat dia.....pi belajaq aliff baa taa dulu...pastu baru mai balik kat sini kita bercakap pasal Islam.

Kalau setakat pakai kopiah tinggi tapi hati perut macam jamban tong, tak hairan apa yang terkeluar ikut mulut semuanya yang sejenis dengan longkang.

al-brangionline:

Penyudahnya kita ke SANA jugak lebai, mahu ingat sikit......jangan ingat habuan dunia je...tu pun kot...kotlah banyak. [sumber .]

Friday, 6 December 2013

Bolosnya mulut Shahrizat.....siapa yang 'bangsa't...cer tengok kat dalam

Jenis mulut tak dak insurans...jangan arrogant sangat kak woi...satu hari 'bangsat' itu akan kau telan balik. [sumber .]

Nak habaq kat hang, Muslimat tak 'bangsat' tau nak minum free......[sumber .]

Ni nak habaq kat hang.....kalau nak tau sapa yang betul2 'bangsat'...kat SINI ada sorang dua yang bangsat .
Cer hang baca ka bawah nih.....ada tak yang 'bangsat'?

Perwakilan mahu Salam 1Melayu, bukan 1M'sia

Perwakilan Umno hari ini meminta slogan Salam 1Melayu menggantikan slogan salam 1Malaysia kerana kaum lain gagal membantu Umno negerinya.

Wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir menceritakan pengalaman beliau 'ditikam' oleh kaum lain ketika pilihan raya umum lalu dalam perbahasan ucapan dasar presiden hari ini.

NONE"Tempat dia bertanding kita kerja siang malam, tempat kita bertanding dia kerja tak sampai sehari," kata beliau merujuk pada parti majoriti kaum lain yang bersekutu dengan Umno.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan parti yang terlibat.

Musa (kanan) turut menyokong desakan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menolong orang Melayu khususnya ahli Umno.

Malah veteran Umno ini turut memerli jawatankuasa tertinggi Umno yang mengabaikan ahli setia dalam pemberian projek dan tempat di syarikat GLC.

"Wanita pun nak dijadikan tulang belakang sahaja. Nak suruh buat kerja panggil wanita tapi syarikat GLC bagi orang luar.

"Umno ditubuhkan oleh orang Melayu, kita ni orang Melayu. Kalau MCA, DAP dan Gerakan boleh bercakap pasal kaum mereka kita pun boleh!" Kata beliau disambut sorakan oleh para perwakilan.

Mahu Dr M kembali ke Petronas
Musa turut menghentam syarikat GLC yang mengabaikan orang Melayu dan ahli Umno seperti Petronas dan Tenaga Nasional Berhad.

"Sampai ada syarikat GLC, nasi lemak pun nak import dari luar negara. Nasi lemak kita lagi sedap," kata beliau merujuk pada Petronas.

NONESebelum menamatkan ucapan beliau,ketua bahagian Bukit Mertajam itu turut meluahkan kemahuan perwakilan untuk mantan Perdana Menteri Tun Mahahthir Mohamad (kiri) kembali menjadi penasihat Petronas.

Musa juga meminta Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan hasrat beliau kepada Mahathir.

"Kami semua mahu Tun (Mahathir) kembali pada jawatannya sebagai penasihat Petronas," kata beliau disambut sokongan penuh para perwakilan.

albrangionline:

Jangan sombong sangat...satu hari 'bangsat' betoi2 terpalit kat hang.

Thursday, 5 December 2013

Lu colek sana...lu colek 'situ'...sekarang lu tarak tahan lagi.....bagus maa......


Dr Chua Soi Lek.Pemilihan MCA: Dr Chua Tidak Pertahan Jawatan
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu, 21 Disember ini.
Menurut Dr Chua, keputusan itu sejajar dengan pengumumannya pada 6 Mei lalu bahawa beliau tidak akan bertanding semula bagi bertanggungjawab terhadap prestasi hambar parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.
Dr Chua berkata, beliau tetap dengan keputusan tersebut walaupun menerima desakan daripada para penyokongnya untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan kali ini.
Tiga calon yang mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden adalah, Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bekas Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan Naib Presiden, Gan Ping Sieu.
Bercakap pada sidang media di Wisma MCA untuk mengumumkan rancangan politiknya di sini Rabu, Dr Chua turut mendedahkan bahawa beliau sedang berbincang dengan Liow mengenai pelan perpaduan untuk parti menjelang pemilihan parti Disember ini.
Bagaimanapun, beliau menegaskan perbincangan yang diadakan di antara kedua-dua mereka adalah demi masa depan parti dan bukannya pendirian peribadi dalam MCA.
Jawatan yang akan dipertandingkan pada pemilihan parti ini adalah presiden, timbalan presiden, empat jawatan naib presiden dan 25 jawatankuasa pusat.  [sumber .]

Oh....lu colek sana...lu colek sini...lu hentam Hudud...lu puas hentam itu 'baik punyer'...sekarang lu tak mahu pegang lagi...lu tak mahu tahan lagi....cantik...manyak cantik...betoi2 cantik kalau tidak PRU14 nanti lu habis oh kena hantam...padan muka

.al-brangionline:

Lu tarak kuat lagi mahu hantam.....sudah tarak tahan.....haiyaaa......

Wednesday, 4 December 2013

Hanya sekadar 'menyalak-bukit'......oklah jugak dari mad lidah cabang ni

"KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya lebih prihatin kepada nasib rakyat dan tidak hanya memikirkan mengenai keuntungan sahaja.
Menurut Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan, kenaikan tarif elektrik tersebut tidak setara dengan peningkatan kos bahan api yang hanya menguntungkan TNB.
Katanya, kenaikan ini kelihatan seperti mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata.
"Sekarang rakyat dan komuniti perniagaan pula mengeluh tentang tarif elektrik yang akan naik awal tahun depan.
"Namun kita difahamkan bahawa peningkatan tarif elektrik ini bukan sekadar untuk menampung peningkatan harga bahan api, tetapi juga bagi menambahkan laba keuntungan TNB yang sudah berbilion ringgit.
"... oleh itu kepada TNB dan juga GLC-GLC yang lain, Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa," katanya ketika memberi ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno di PWTC hari ini.
Ucapan Khairy itu mendapat tepukan gemuruh perwakilan.
Memetik laporan Bernama, subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Januari 2014.
Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen."

al-brangionline:

Oklah jugak.....'menyalak' pun.....sekurang2nya terkeluarlah jugak suara walaupun Pemuda Umno sudah lama di'kasi'...tidak semasa zaman 'Singa Umno', Allahyarham Syed Jaafara Albar atau zaman Allahyarham Datuk Harun Idris.....tidak seperti mad lidah bercabang ni .

Monday, 2 December 2013

Keayuan belum menjamin 'Wanita' ini ada 'luck'



Keayuan wajah belum menjamin kau dapat ber'tahan'......itulah demokrasi ala-ala Thailand......pemimpin datang dan pergi macam bersalin baju dan kekadangkala bermandikan darah.

Yingluck yang belum tentu ada 'luck'. [sumber .]

al-brangionline:

Pemimpin di Malaysia selalu ada 'luck'......tapi tanda-tanda 'luck' sudah terhakis sudah jelas kelihatan pada PRU13

Saf baru ke arah 'Rahmat Untuk Semua'

KENYATAAN MEDIA

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut :

1. Setiausaha Agung PAS - Dato’ Hj Mustafa Ali
2. Bendahari - YAB Dato Ahmad Yaakob
3. Ketua Penerangan - YB Dato’ Mahfuz Omar
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah
1. Kelantan - YAB Dato Ahmad Yaakob
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Pahang – Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
4. Johor - YB Tn. Hj Aminulhuda Hassan
5. Melaka – Sdr Adly Zahari
6. Negeri Sembilan - Sdr Mohd Taufek Abdul Ghani
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad
8. Perak - Tn Hj Razman b. Zakaria
9. Kedah - YB Dato’ Mahfuz Omar
10. Perlis - YB Mohd Shukri bin Ramli
11. W Persekutuan – Tn. Hj Mohammad Noor Mohammad
12. Sabah - Sdr Mohd Aminuddin Aling
13. Sarawak – Tn. Haji Adam Ahid

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri dari :
1. YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah
2. Dato’ Abu Bakar Chik
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos
4. Tn. Hj. Mohd Hussin
5. Tn. Haji Asmuni Awi
6. Zulkiflee Mohd Omar
7. Dr Muhaimin Sulam

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan ke jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.

Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS


al-brangionline;

Memikul amanah ke arah 'Rahmat Untuk Semua'

Sunday, 1 December 2013

Biarkan dia terjun dengan 'Jodoh'nya.....tak lama terpalitlah bau 'tengit'nya

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. Sungguh telah berlalu sebelum ini beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh maka kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik  ke belakang , maka  ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur" (Al-Quran: Surah AliImran: 144)

Saat dia terima saja perlantikkan MT itu maka secara otomatis gugurlah keahlian PASnya.
Mantan Presiden PAS sebelum ini pun pernah ber'alih-rasa' menyeberang ke Umno
Mantan Naib Presiden pun pernah ter'lajak' sama
Inikan 'gurka' biasa apa nak hairan.
Tak payah buang masa mikirkan barang sedetik pun pemergiannya.
Ngabihkan boreh jo


al-brangionline:

PTPTN, GST.....rasuah...tiris...bocor...SPR,,,ah banyak lagi yang perlu diambil peduli...biarkan ia terjun dengan 'Jodoh'nya......kikikikiki

Saturday, 30 November 2013

Apa punya 'silap mata' Anuar, Azmin dan Khalid ni?.....tak pe, PRU14 lambat lagi kan

Blog ini dulu beri tabik spring pada TS Khalid yang pulang balik duit bonus 'ribu-riban' keuntungan PKNS.
Blog ini juga mendahului pimpinan tertinggi PAS mengsyorkan TS Khalid ni jadi Menteri Besar selepas PRU13 walaupun ikut buku politik mana sekalipun parti yang menang majoriti (walau pun 1 kerusi) akan angkat sumpah jadi MB memandangkan prestasi beliau yang cemerlang dalam urus tadbir Selangor.
Beliau banyak dipuji kerana belanja ikut keperluan walaupun rezab cash mencecah RM2.0 billion lebih.

Sekarang bukan nak kata TS Khalid udah tak bagus tapi menaikkan elaun Adun, EXCO, Speaker dan MB 'melambung' tinggi amat mengejutkan.

Betul Wakil Rakyat banyak habis duit untuk rakyat.....tapi ada orang cadangkan kenapa tak naikkan wang peruntukan wakil rakyat dari RM500,000 kepada yang sepatutnya?

Sekarang bila rakyat sudah bising, Anwar dan Azmin sudah nampak kalut, namun TS tetap ber'tegas' dengan keputusan Dewan. TS Khalid kata sapa tak setuju dengan kenaikan bolehlah sumbang kepada badan kebajikan.

Anwar terpaksalah 'reka' satu 'silap mata'......pulangkan 20% dari kenaikan elaun yang bersamaan lebih kurang RM1000.00 kepada tabung persekolahan.

Kalau boleh suap nasi kemulut ikut depan kenapa bersusahpayah melengkar tangan ikut belakan kepala untuk suap ke mulut yang sama? [sumber .]

al-brangionline:

Blog ini tetap anggap ini satu 'blunder' dari TS Khalid.

p/s Tak payah tunggu banyak 'blunder' untuk sesuatu negeri 'tumbang'......cukuplah sekadar 5 'blunder'......tak pe masih ada 4 lagi

Friday, 29 November 2013

Ku sangka 'enak' hingga ke petang rupanya 'basi' di tengahari

!!!!!PECAH BERITA : Adik itu menafi pulak berita "ops ragut'......kali ini berita dan penceritaannya jadi lebih panas......sila ikuti DI SINI ......al-brangionline: .....serabut.....

____________________________________________________________________________

Blog ini pernah buat satu posting bertajuk " Tolong jangan ganggu kami.....kami bahagia " pada 22/5/2013 dulu.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari......hayat jodohnya hanya setahun saja......rupa-rupanya berkahwin awal seusia 12 tahun ada "udang di bawah mee...ada peragut di belakang kereta" rupa2nya.

Adik perempuan yang malang itu rupa2nya telah di laksanakan "ops ragut" oleh 2 orang 'peragut' termasuk 'peragut' yang menikahinya secara kelulusan khas bernikah di bawah umur.

Selanjutnya sila baca DI SINI .

Penyakit sosial.....hanya mereka yang mengimani pesanan AlQuran saja yang yakin dengan hukum Maha Pencipta, Allah SWT.

Kepada si 'anak'(perempuan), banyak bersabar.....perjalanan masih panjang...dekatilah ajaran Islam, InsyaAllah anda selamat.

Kepada si 'anak' ( lelaki.)....insafilah...pintu taubat sentiasa terbuka sebelum terlambat

al-brangionline:

Dunia sudah di penghujung......

Wednesday, 27 November 2013

Papa Gomo nyorok kat mana?.....Waran tangkap menjejakinya

Shah Alam: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap pengendali blog Papa Gomo atau nama sebenarnya;Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isterinya,;Bellina Omar Sharifuddin Chin;supaya satu waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalan responden untuk hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.

Sebelum itu, mahkamah pada 2 September lalu memerintahkan Wan Muhammad Azri menyerahkan dua anak mereka;Wan Cassandra yang berusia empat tahun dan;Wan Camillea, dua tahun kepada bekas isterinya namun, dia ingkar untuk berbuat demikian. ' [sumber .]

al-brangionline:

Tidak lari gunung dikejar
Hilang kabus nampaklah ia,
Tidak lari papa gomo di'kejar
Kering peluh jelmalah ia

Cakap bukan sebarang cakap
Cakap dari mulut si gagap
Tangkap bukan sebarang tangkap
Tangkap nak ikat masuk ke lokap

Tuesday, 26 November 2013

Calon KP PAS yang kalah, Zulhazmi Sharif.cadang Husam jadi PJ Kelantan...kenapa?...jom...

Saya tidak mahu masuk campur cadangan orang bijak pandai.....sudah tentu dia memang mendalami apa yang berlaku di Kelantan luar dan dalam. Sudah pasti dia lagi bijak dengan percaturan politik Kelantan walaupun dia duduk di Kuala Lumpur.

Saya hanya memanjangkan saja cadangan Zulhazmi Sharif (calon Ketua Pemuda yang tewas) agar Husam dilantik jadi Persuruhjaya PAS Negeri Kelantan di blog ini.

Buat masa sekarang Persuruhjaya PAS Kelantan di pegang oleh TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalan Persuruhjaya I dipegang oleh Menteri Besar manakala HUsam pegang Persuruhjaya II diikuti Nik Amar sebagai Persuruhjaya III.

Walau pun tidak semestinya siapa jadi PJ dia jugak mesti jadi MB atau pun exco tetapi lazimnya siapa jadi Persuruhjaya dialah jadi MB atau paling tidak jadi EXCO.

Ada orang kata bila Husam di'pinggir'kan dari jemaah EXCO Kelantan bermakna bermulanya kehakisan keyakinan pengundi Kelantan yang boleh mengakibatkan Kelantan akan dirampas oleh Umno dalam PRU14 akan datang.....itu hanya andaian.....ia boleh jugak berlaku sebaliknya...pun itu jugak andaian.

Hanya TG Nik Aziz dan keseluruhan jemaah pimpinan Negeri Kelantan yang tahu apa letak duduk keadaan sebenarnya dalam kes Husam ter'cicir' dan hampir-hampir Husam tewas kepada Mahfuz dalam saingan pertandingan jawatan Naib Presiden PAS dalam Muktamar yang baru berlalu di hujung minggu.

Ahli, penyokong dan pendokong PAS di luar Kelantan masih lagi kabur dalam isu Husam yang hanya 'Sekadar diPinggiran' dalam PAS Kelantan.

Jadi saya rasa sudah tentu pihak yang mencadang itu sudah buat 'homework' menyelami hati budi rakyat Kelantan kerana saya yakin sebagai seorang peguam beliau tidak membuat sebarang cadangan dengan emosi. [sumber .]

al-brangionline:

Mungkin selepas ini akan ada cadangan si anu...si anu jadi Menteri Besar pulak......

p/s sekurang2nya taklah macam yang kat Tanjung tuh....siap ugut nak keluar Pakatan Rakyat....mampuih habaq hang

Friday, 22 November 2013

Kak Ijat tak leh 'jegil' kat lembu tau.....terimalah ia sebagai satu ketentuanNya


Kak Ijat tak boleh marah pada lembu.....apatah lagi boikot daging lembu...nanti bila tiba musim haji nak buat korban kan?

Walau pun kambing dibolehkan tapi rakyat Malaysia sudah serasi dengan lembu.

Kak Ijat tak boleh 'jegil' atau marah pada CEO NFC kerana gagal batal dua tuduhan pecah amanah sebanyak RM49.7 juta......seperti DI SINI kerana tempat jatuh lagi dikenang.....inikan pula tempat bermanja-manja......terimalah ia sebagai ketentuanNYA.

Kak Ijat tak boleh singsing lengan baju apatah lagi selak kain......kena pulak kalau kain warna merah, lagi mengamuk lembu-lembu tu.

Kak Ijat patut bersyukur kerana terpilih lagi jadi Ketua Wanita Umno walaupun 'lembu-lembu' sibuk memberi 'senyuman sinis' kepada perwakilan..

al-brangionline:

.....mboh.....mboh.....mboh

Thursday, 21 November 2013

Kalau calon dalam radar sendiri tak ada, calon2 yang lain dikatakan cai Umno.....weh ngko tu bukan datang dari tut...tut...Umno?

Pada masa posting ini ditulis, Pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat sedang berjalan. Dan besok akan diadakan Muktamar PAS Pusat serta ada pemilihan.

Blog dan FB kepunyaan al-brangionline tidak pernah promosi calon secara direct tapi pernah hantar posting berkaitan kaedah pemilhan pemimpin serta fikrah yang perlu dimiliki oleh pemimpin yang akan dipilih.

Terpulang ke atas kebijaksanaan perwakilan untuk memilih pemimpin dan setiap pemilihan akan dipertanggungjawabkan kepada Allah SWT.

Tiba-tiba ada sorang blogger tu memberi gelaran budaya 'CAI-Umno' telah meresap dalam PAS kerana semata-mata pengedaran senarai calon-calon yang mungkin bukan dalam radarnya barangkali. Atau adakah kerana semata-mata ada sorang calon tiada ditonjolkan melalui 'hand-bill' dan sebagainya.......

Semenjak bila pulak PAS mesti ikut 'telunjuk' mana-mana 'macai'?

Mungkin posting dari Blog ini boleh dibaca untuk buat penilaian sendiri.

al-brangionline:

Jangan lupa, sesetengah tu bukan jer jadi 'macai' umno'.....malah memang lahir atau keluar dari .....tut...tut...umno......ingat sikit....

Tuesday, 19 November 2013

Hajat besar Fauzi Tahir lawan TGHA terbantut......kenapa?


Fauzi Tahir berhajat nak lawan TGHA sebagai Presiden PAS dalam Muktamar ke59 nanti dan selaku YDP Kawasan Padang Serai memohon AJK Kawasannya mencalonkannya sebagai Presiden kerana bertujuan

1. Membuktikan demokrasi hidup subur dalam PAS

2. Membuktikan pemimpin bukan maksum dalam PAS

Oleh kerana mengikut peraturan mesti ada 2 pencalonan maka hajatnya terbantut......maka tak dapatlah dia buktikan bahawa demokrasi subur dan pemimpin bukan maksum dalam PAS.

Cer buktikan melalui ilmu hisab.....atau melalui ujikaji makmal ke atau cara 'silap-mata' ka......[sumber .]

al-brangionline:

Cara ilmu hisab rasanya cara terbaik.....termasuk hisab diri sendiri.....habaq hang....huhu...

Monday, 18 November 2013

Terkini: Tun di IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN Selepas Mengadu Sakit Dada
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin selepas mengadu sakit dada. - BERNAMA
al-brangionline:

Semoga Tun cepat sembuh.

p/s

Peringatan untuk kita semua akan pesanan Rasulullah SAW marhumnya:

Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

1. Muda sebelum tua
2. Sihat sebelum sakit
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sibuk
5. Hidup sebelum mati

Saturday, 16 November 2013

Pemilihan Pimpinan : Fikrah yang jelas menjadi keutamaan

"
bukan kerana ia sorang ulamak atau bukan kerana ia seorang professional/teknokrat.....pokoknya fikrah mau jelas....pemimpin datang dan pergi...ramai yg tercicir dek fikrah masih kabur
PEMILIHAN PIMPINAN : FIKRAH YANG JELAS MENJADI KEUTAMAAN

Di dalam kehangatan Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi, suka untuk saya lontarkan sedikit pandangan.

Di dalam Rukun Baiah yang telah disusun oleh Imam Hassan al Banna meletakkan “al Fahmu” iaitu kefahaman sebagai elemen paling utama sebagai seorang ahli gerakan Islam. Syeikh Muhammad Abdullah Khatib yang menyusun Kitab Risalah Ta’lim (Imam Hassan al Banna) menyatakan kenapa kefahaman dan fikrah yang jelas menjadi keutamaan berbanding ciri-ciri yang lain, beliau menyatakan :

“Faktor yang mencerai beraikan kaum muslimin dan menjadikan mereka berpecah belah dan berpuak puak ialah perselisihan dalam memahami Islam dan Aqidahnya”

Maka Imam Hassan al Banna mengutamakan “kefahaman” dan fikrah yang jelas sebagai kriteria pertama dan utama bagi seorang ahli gerakan Islam. Syeikh Muhammad Abdullah Khatib menyatakan lagi;

“Justeru, Imam Hassan al Banna sangat prihatin terhadap kefahaman yang sebenar dan menjadikannya sebagai rukun yang pertama dan menetapkannya sebagai salah satu prinsip dua puluh, sebagai lingkungan yang dapat memelihara Islam daripada tersilap dan terseleweng. Jika kefahaman ini tidak dijadikan salah satu rukun bai’ah, nescaya akan muncul dalam Jamaah Ikhwan Muslimin “madrasah pemikiran” yang pelbagai dan tidak menjadi jamaah (organisasi) yang satu.

Kita tidak menafikan beberapa kenyataan yang mengatakan “kita mesti mengangkat mereka yang buat kerja dan “terkenal” dengan kerjanya”. Ya, benar. Ia merupakan salah satu keutamaan. Namun, Imam Hassan al Banna meletakkan rukun “amal” (bekerja) pada tahap ketiga.

Iaitu dimulai dengan faham, ikhlas dan amal.

Hari ini ramai yang tersilap faham, iaitu dengan mengutamakan “amal” (bekerja) berbanding dengan faham dan ikhlas. Mereka melihat orang yang selalu tersiar mukanya di dalam akhbar, merupakan orang yang kuat bekerja dan mesti diletakkan sebagai barisan hadapan. Hakikatnya Imam Hassan al Banna meletakkan keutamaan pada faham dan ikhlas, kemudian baru amal.

Sesuatu amal (pekerjaan) seseorang itu akan tercacat sekiranya dilakukan tanpa kefahaman yang jelas, dan keikhlasan yang tidak seberapa.

Antara kesilapan besar, apabila meletakkan seseorang di barisan hadapan bukan kerana kerjanya, bukan kerana kefahamannya, bukan kerana keikhlasannya, tetapi kerana kemasyhurannya, dan kekerapan wajahnya tersiar di akhbar.

Saya tidaklah menunding jari atau melabel mana-mana calon sebagai “fikrah tak jelas” atau “fikrah merapu”. Akan tetapi saya mengetengahkan ulasan yang bersifat umum. Para perwakilan berhak menilainya sendiri.

Apabila ada yang bertanya, “mengapa enta menggunakan kalam Imam Hassan al Banna sebagai hujah?”.

Maka saya menjawab, beliau adalah tokoh gerakan Islam yang dikenali. PAS sebagai sebuah gerakan Islam, maka wajarlah menjadikan tokoh gerakan Islam sebagai contoh. Menjadi satu kecacatan apabila sebuah gerakan Islam itu meletakkan Karl Marx sebagai contoh, ataupun mengetengahkan pemikiran pemikiran mereka.

Saya tidak berhujah dengan “rasional” atau kalam kalam pemikir barat. Tetapi saya mengetengahkan kalam kalam pemikir Islam. Bahkan buku Risalah Ta’lim juga menjadi salah satu manhaj bagi tarbiah PAS sejak sekian lama.

Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil
Ahli Jawatankuasa
Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis 
PAS Perak "

al-brangionline:

Siiru 'Ala Barokatillah

Karpal yang Autar dan memang Autar.....sila terjah!!!!!


Karpal telah ber'tukar' menjadi Auta.

Kalau baru2 ni Lim Kit Siang terkedu nak bela Karpal lawyer yang 'loyar'.....sekarang apa pulak Lim Kit Siang nak berdalih lagi dengan bukti terbaru bahawa Karpal lawyer yang 'loyar' itu memang betul-betul auta?

Sila rujuk kepada kedua2 kenyataan DI SINI dan DI SINI .

Jangan autarlah.....mangsakan tebuan tak keluar dari sarang kalau Karpal tak 'jolok'......huhu...autar ya autar.

al-brangionline:

Calo...calo...calo...nahi...nahi...nahi

Friday, 15 November 2013

Muktamar yang ditunggu2 oleh 'lawan' dan 'kawan'.

Muktamar PAS ke 59, siapa yang patut dipilih?

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Lebih kurang 2 minggu dari sekarang, pada tarikh 22-24 November 2013 ini, Stadium Melawati Shah Alam akan menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara. Muktamar Agong PAS yang akan menjangkau kali ke 59 bakal berlangsung dengan agenda utama yang menjadi fokus hangat di pihak kawan atau lawan adalah pemilihan kepimpinan baru PAS Pusat bagi sesi 2013/2015, samada di peringkat Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat serta Jawatankuasa PAS Pusat. Persoalan yang akan terjawab di sana nanti adalah, bagaimana rupa bentuk saf baru yang akan menerajui sebuah Parti Islam paling berpengalaman dalam kancah dakwah, tarbiyah dan politik di peringkat dunia seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).

Sebagai seorang ahli PAS, izinkan saya membuat beberapa analogi tentang bagaimana bentuk rupa kepimpinan yang menjadi hasrat saya:

Yang pertama, saya ditarbiyah dan diasuh bahawa individu yang menyertai sesuatu parti, gerakan atau pertubuhan adalah kerana beberapa sebab antaranya, kerana ikut-ikutan, berhajatkan jawatan serta kedudukan, kerana nak marah kepada pihak yang satu lagi maka dia masuk gerakan ini, kerana harta atau kerana kefahaman yang mendalam tentang dasar dan prinsip perjuangan.

Saya menyertai PAS kerana kefahaman dan keyakinan yang mendalam tentang dasar dan matlamat perjuangan gerakan Islam yang bernama PAS ini. Maka tentunya saya juga menginginkan ianya dipimpin oleh pemimpin yang bukan sekadar faham tetapi sanggup melakukan yang terbaik demi memperjuangkan apa yang kita yakini.

Yang kedua, saya diajar dengan ungkapan bahawa seseorang pemimpin itu bukan sahaja perlu baik tetapi perlu juga kelihatan baik disebabkan kewujudannya di dalam saf kepimpinan adalah bagi membawa mesej kebaikan yang diperjuangkan parti. Apa yang dibawa dan watak yang diolah oleh seseorang pemimpin bakal mencerminkan apa yang dipimpinnya.

Yang ketiga, saya juga diajar bahawa menyertai perjuangan Islam bagaikan kita menaiki sebuah bahtera menempuh perjalanan yang sangat jauh merendah ombak, angin serta gelombang di lautan yang sangat luas. Dikepalai oleh seorang nakhoda, bahtera yang diberi nama PAS ini telah 59 tahun berjaya mengharungi badai walaupun hujung perjalanannya masih jauh. Kita bersabar di sini kerana inilah sunnah perjalanan sebuah perjuangan. 

Memang bukan semua keputusan yang diputuskan oleh nakhoda dalam pelayaran ini kita persetujui, tetapi jangan pula kita tebuk kapal kerana tak bersetuju dengan nakhoda. Saya inginkan seorang pemimpin yang dipilih nanti adalah mereka yang boleh bersabar menempuh pelayaran ini dan sanggup memberikan wala’ dan kepercayaan kepada nakhoda yang sedia ada untuk terus memegang kemudi pelayaran. Dengan izin Allah, bahtera kita akan selamat. 

Tak lupa juga, semestinya seorang pemimpin yang nak belayar bersama bahtera PAS ini mesti tahan mabuk laut. Kalau mabuk sekalipun, jangan terjun ke dalam laut, nanti kita akan lemas keseorangan. Jangan pula ada pemimpin yang mabuk laut lalu minta supaya dihantar balik semula ke darat.

Yang keempat, saya inginkan agar seseorang pemimpin yang dipilih nanti bukanlah seperti beruang dengan tuannya. Kita boleh letak berbagai alasan bahawa kita melakukan itu dan ini, bercakap begitu dan begini, mengeluarkan kenyataan di sana dan di sini dengan alasan kerana kita sayang kepada parti dan ingin melihat parti ini terus relevan dengan arus masa tetapi saya tidak inginkan seorang pemimpin yang menjadi beruang yang menampar muka tuannya hanya kerana nak menghalau seekor lalat yang hinggap di pipi tuannya yang disayangi. Hasilnya, luka berdarahlah muka tuannya walaupun tamparan itu adalah kerana naluri sayang!

Yang kelima, saya inginkan seseorang pemimpin yang dipilih nanti adalah mereka yang mampu mendukung hasrat dan cita-cita parti. Kita mungkin mempunyai pandangan tersendiri dalam sesuatu isu atau perkara tetapi apabila parti kita telah menetapkan sesuatu ‘stand’ atas sesuatu isu, maka wajib ianya disokong, didokong dan dipertahankan. Tak boleh lagi kita bawa pandangan sendiri.

Yang keenam, belajar dari sejarah pahit yang dialami tentera Itali dalam Perang Dunia Yang Pertama. Walaupun mereka tampil di medan perang sebagai tentera yang berbekalkan kelengkapan yang paling canggih ketika itu, tetapi armada Itali telah dikalahkan dengan teruk. Antara puncanya adalah kerana ketiadaan sifat ketaatan kepada komander mereka sendiri. Komander armada kita adalah Presiden yang wajib ditaati selagi dia tidak menyuruh melakukan maksiat dan kedurhakaan kepada Allah serta tidak mengambil apa-apa tindakan dan keputusan yang boleh meruntuhkan perjuangan. Kalau dalam sesuatu keadaan kita merasakan bahawa pandangan kita betul tetapi dalam masa yang sama pandangan Komander kita juga betul, maka wajib ketika itu untuk kita mematuhi pandangan Komander. Ini dinamakan disiplin! Saya menginginkan seorang pemimimpin yang berdisiplin!

Yang ketujuh, PAS adalah parti massa. Kekuatannya di peringkat akar umbi dengan akarnya yang menjalar jauh ke dalam masyarakat membetuk akar tunjang dan rambu yang menahan teguh pohon perjuangan ini. Di sinilah kekuatan kita. Pemimpin tak boleh selesa berada di pucuk yang tinggi di awangan, membina kehidupan peribadi yang terpisah dari akar kerana kalau tercabut akar, maka pucuk juga akan layu, kekeringan lalu gugur. Pemimpin yang dipilih perlu mampu untuk berada bersama ahli, memberikan bimbingan dan taujihat serta menyantuni susah senang mereka kerana hakikatnya ahli bawahan adalah mereka yang tak mengharapkan apa-apa dalam perjuangan ini selain dari redha Allah.

Dr. Azman Ibrahim adalah ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu, Terengganu.

al-brangionline:

Semoga perwakilan dapat menunaikan satu amanah besar dalam memilih pemimpin.

"Siiru 'Ala Barakatillah"