Followers

Sunday, December 30, 2012

Puak 'Jakun' pulak gertak nak ambik tindakan pada TGHA......payyyrrraaahhh.....

Ramai sungguh anjing lapar di luar sana.

Pagi-petang...siang-malam menyalak.

Tak kurang jugak, ramainya ayam jantan (?) di luar sana berkokok hanya semata-mata nak jaga tembolok mereka walaupun ekor bergelumang dengan taik.

'Budak-budak hingus meleleh' yang baru tamat Tadika Islam pun sama...berlagak macam Ulamak silam padahal baru berceramah dua tiga malam...nak tulis kitab ke barang dua tiga buah......haraam..... (habuk tarak) hingga kepada bapak propasur kangkung terkial-kial bercakap tidak berpandukan nas tapi hanya mengikut hawa nafs......janji syoru tidak miss dan fulus masyuk.

Terakhir......puak-puak 'Jakun' pulak buat gempaq.....gertak kononnya kalau TGHA tak tarik balik apa yang 'mereka' kata 'Amanat Hadi', maka TGHA boleh diambil tindakan....payyyyyrrraaahhh...sudah 32 tahun baru nak ambil tindakan.

Oh Malaysia tanahairku tapi Umno berlagak macam bumi Malaysia ni 'bapak' mereka punya. 

al-brangionline:

Sebenarnya umno telah menjolok sarang tebuan.....tunggu masa tebuan itu menyengat...mencicit lari mencari air.

Saturday, December 29, 2012

Rasanya Umno tidak sebingai dan sebacul seperti dijangkakan......rasanya Majlis Tertinggi Umno akan mendengar secara 'live' dari TGHA di TV


Kita menjangkakan seluruh Majlis Tertinggi Umno, seluruh Mufti di 14 buah negeri, seluruh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri akan berkunjung ke Angkasapuri untuk mendengar penjelasan dari TG Abdul Hadi Awang berkaitan apa yang dipolimikkan dan dipolitikkan oleh media cai iaitu 'Amanat Hadi Awang'. [sumber .]

Kita tidak menjangkakan Umno akan sebingai dan sebacul seperti yang lepas-lepas kerana apa yang dilaung-laungkan apa yang dikatakan transformasi politik dan berbagai lagi oleh Presiden Umno......kita berharap mereka telah ikhlas untuk menjaga kesucian Islam...mereka akan beri laluan untuk semua rangkaian TV membuat siaran langsung.

Kita masih berbaik sangka pada Umno.....berilah 1 jam kepada TGHA untuk memberi penjelasan dan saya rasa rakyat jelata akan sanggup untuk men'sponsor' tempoh 1 jam di waktu 'prime'.

Kita menjangkan Umno akan bersikap 'gentleman' lebih -lebih lagi PRU sudah hampir sangat...inilah masanya Umno akan mengambil hati rakyat.

Adesss bermimpi ke al-brangi nih?

al-brangionline:


Ada berani ke, untuk hilang sesuatu yang sangat disayangi oleh puak-puak Umno iaitu T - - - R

Nnatang derih 'ulamak' sedaerah dgn Yoh Pin ber'khutbah'......tinggalkan PAS

Bila sahabat telefon semalam dengan nada serius, "Mung kuor ah PAS......de Ulamak besor beri fatwa suh seme ahli PAS kuor."......termenung kejap.

Bila ditanya balik, "Ulamak mana? Ameno?......budak hingus meleleh aka tukang 'mop' lantai ameno? Terompah kayu ameno ke?"

Sahabat tu sekali lagi dengan nada lebih serius, "Ada ah. Mung baca sendiri.", lalu mematikan telefon.

Baru minggu lepas ada budak-budak hingus meleleh yang baru mencari 'makan' kat PWTC buat press conference suruh PAS keluar dari PR.....dengan keluar tu, PAS akan lebih dihormati dan lebih integriti.....kakakaka itulah kerja budak-budak hingus meleleh yang perasan jadi ulamak muda...padahal tak sedar mereka hanya jadi 'juraian reja kain' yang layak dijadikan alat mop jamban.....tukang mop kotoran tuannya.

Sekarang dikejutkan oleh sahabat.....kononnya ada ulamak besar suruh ahli PAS beramai-ramai keluar PAS......kakakakaka bila disurf internet barulah berjumpa.....rupa-rupanya 'nnatang derih' yang sekampong dengan yoh pin pemimpin 'kera-jaan langit'.

al-brangionline:

Sekarang tengah tunggu katak mulut besar suruh PAS dibubar.

Friday, December 28, 2012

Sahlah nikah Apek......Harimau Malaya bakal hilang 'taring'nya?


Selamat pengantin baru dan tahniah kepada Khairul Fahmi Che Mataka Apek, penjaga gol pasukan Harimau Malaya dan pasangannya Nur Eilunie Natasha Jaafar aka Leuniey kira-kira jam 10.00 pagi tadi (28 Disember 2012).[sumber .]

Saya memilih tajuk posting ini kerana telah terbukti kebanyakan atlet di Malaysia yang memilih untuk berkahwin di usia yang muda sedikit sebanyak terjejas prestasi mereka, tidak sebagaimana prestasi sebelum berkahwin......tapi kenapa ye atlet di luar negara prestasi mereka tidak terjejas seperti di sini?

al-brangionline:

Hanya mereka yang terlibat sahaja yang boleh menjawap persoalan ini.

p/s Saya berharap Apek membuktikan telahan saya salah.

Thursday, December 27, 2012

Ah San si-giler talak aka Pee-Eh-Dee- al-Jati......kempunanlah ngko...

Seorang yang berilmu tinggi khabarnya......punya PhD lagi.

Apakah mereka yang punyai PhD semuanya bijaksana dan tinggi aqal budinya?

Oh tidak semuanya dan tidak semestinya.

Ada yang berhati busuk......ye busuk...hapak...kalau busuk macam perkasam bolehlah tahan bila dibakar dalam daun pisang di musim hujan cam ni bolehlah bertalu-talu nasi bertambah...tapi kalau sudah busuk lagi hapak menanah hasad dengki dendam kesumatnya...kena mandi bunga 7 hari tujuh malam belum tentu hilang baunya serta hilang loyanya.

Sekarang si mamad tu sudah tercampak buang...ingatkan sudah hanyut tapi rupa-rupanya diselamatkan oleh puak-puak busuk dari ekor sampai ke kepalanya...sekarang menjadi jurucakap aka tok cai puak-puak tu.

Tok cai ni sekarang berlagak macam Tok Peti berkokok mintak TGHA menarik balik 'Amanat Banggul Peradong' dan yang paling lucu lagi ala-ala pak badut yang kehabisan modal mengarah TGHA bertaubat.

Cissssss.....jenih muka tebal cok badak bercakap macam dia sorang pandai Agama...bertegang urat marikh...naik keras 'keng' tembaga tanpa noktah......giler bayanglah kau sorang-sorang...gini gopernya orang giler talak yang kempunan jawatan nombor wahid di Darul Ehsan.

al-brangionline:

Bawak bertaubatlah kawan......tak ada untungnyer di akhirat besok.

Wednesday, December 26, 2012

Hanya nak buat sedap ber'cakap' aje ameno nih

Apa maksud Rakyat Malaysia?

Bagi orang awam, Rakyat Malaysia ada setiap mereka yang disahkan oleh undang-undang negara yang mendiami di Malaysia atau merantau di luar negara untuk bekerja.

Tetapi bagi orang Umno, Rakyat Malaysia hanyalah mereka yang dari Umno, MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti yang jadi rakan kongsi mereka......selain daripada itu se'olah-olah' menjadi anak tiri kepada mereka.

Sebagai contohnya......kenapa rakyat di negeri Kelantan yang jelas merupakan Rakyat Malaysia dinafikan royalti minyak?

Kenapa sebaik saja Terengganu di perintah oleh PAS pada tahun 1999 royalti minyak ditarik balik?

Kenapa rakyat di Sabah dan di Sarawak tidak mendapat segala kemudahan terutama infrastrukturnya seperti di Semenanjung?

Jadi statement di atas ada betul ka?.....Atau hanya statement PRU.....kakakakaka. (sumber .)

al-brangionline:

Dalam Umno itu sendiri pulak dipecahkan ke beberapa kroni......hanya kroni yang kenyang.....kakakakaka

Monday, December 24, 2012

Karpal: Duri dalam daging pd DAP......api dalam sekam pd Pakatan Rakyat

Apa yang yang nak berlaku atau sedang berlaku dalam parti DAP......silakan...itu urusan dalaman mereka dan kita sangat menghormati urusan dalaman mereka...kita tidak sesekali menjaga 'tepi kain' mereka atas dasar menghormati prinsip mereka.

Tapi kalau ia menjejaskan Pakatan Rakyat, maka sedikit sebanyak kita kena tegur sebagaimana mereka pun ada menegur PAS selamamana ia tidak menjejaskan dasar PAS.

Dalam kes 'penganugerahan pingat kebesaran'......itu terpulang kepada prinsip parti mereka asalkan jangan menjejaskan sedikit sebanyak penumpuan kepada PRU13 atau mendatangkan fitnah kepada pengundi dan institusi yang berkaitan.......pada hakikatnya ia telah sedikit sebanyak menimbulkan kesan pada pengundi kerana persepsi pengundi berbeza-beza terhadap Karpal yang merupakan veteran politik yang sangat 'kntroversi' ini.

Selebihnya sila baca DI SINI .

al-brangionline:

Alhamdullillah al-brangionline telah pun dianugerah dengan gelaran 'Datok' satu gelaran hakiki.

Sunday, December 23, 2012

Sekali sekala kena percaya 'tok kiai' ni......antara yg banyak, 2 gambar sebagai bukti.....



Alamak jika pembangkang ambil alih negara.....Insitusi Islam yang dibina lama oleh Umno/BN selama 54 tahun lebih akan merudum.....adeeesss...dengar tu wahai sekelian pak cik-mak cik, adik/kakak seantero Malaysia.

Yang sebenarnya kata-kata orang nombor 2 Umno itu semuanya 'benar' mengikut tanda aras kepala hotak Umno.....tiada yang tiada benar...semuanya benar belaka...

Dua keping gambar dibawah adalah diantara contoh bagaimana Insitusi Islam yang dibina oleh Umno/BN.


Ikon remaja Umno sedang mempamerkan skillnya.....ayoh anak muda...ka ka ka...Umno dan hiburan berpisah tiada ibarat judi dengan rasuah...ibarat kentut dengan taik sembelit...busuk...membarah bang woi....


......'Tanjung Katong, airnya biru....tempat mandi nak dara jelita, sam sekampong hai sedang dirindu, inikan lagi hai jauh di mata...itulah sebahagian dari senikata lagu......realitinya dalam gambar tu memang sepintas lalu macam orang nak pergi mandi zaman dulu-dulu....usah ditanya siapa penyanyi di atas...jika masir samar-samar bertanyalah pada orang yang takut akan Istitusi Islam yang dibina oleh Umno/BN akan musnah tu.

al-brangionline:

Siapa yang membina dan menegakkan dan siapa pulak yang akan merudumnya?

Takkan tu pun anda tak tahu lagi......alahai...

Friday, December 21, 2012

"Amanat" : Antara tenat dengan terkulat-kulat......alahai.....

Isu 'Amanat' adalah isu yang dibangkitkan setiap lima tahun.

Setiapkali dekat dengan PRU maka isu ini akan dibalut dengan 'tepung' dan di'goreng' semula siang dan malam oleh tok cai-tok cai umngok.

 Isu ini bermula dari semenjak tahun 1981 lagi yakni kira-kira 31 tahun yang lalu iaitu ketika Tg Abdul Hadi Awang berceramah di Kampong Banggul Peradong pada 7 April 1981.

Itulah mentaliti puak-puak umngok dalam saat tenat dan sudah terkulat-kulat menghadapi PRU13 nanti......asalkan apa yang tercapai tangan akan digunakan sebagai senjata......janji mereka 'selamat'.

Maka berdegar-degarlah tok cai-tok cai...tukang-tukang salak memberi arahan (kononnya 'mereka' nak tunjuk mereka berkuasa') kepada TGHA menarik balik 'Amanat' itu.

Amboi......apa komer yang kat opis Agama tu buat?  Udah 31 tahun yeop, takkan tak siap-siap lagi kertas siasatan? Takkan tak jumpa-jumpa lagi kitab rujukan atau memang komer udah beruban-uban rambut tapi masih tak faham-faham?

Kalau komer udah angkat tangan tak boleh nak lawan (lawan hujah yeop, jangan tersalah faham pulak).....tunggu selepas PRU13 nanti komer beri tandatangan boleh berehat awal...duduk diam-diam kat surau, dengar pengajian......alahai...

albrangionline:

Asal ada PRU...ada 'Amanat'...asal ada 'Amanat' ada PRU...31 tahun dah berlalu yeop.

Thursday, December 20, 2012

Tak ku sangka atlet kebangsaan pujaan ku milik dadah sebanyak itu

Kenapa atlet ini ( DI SINI .) memiliki dadah sebanyak inu?

Untuk kegunaan sendiri atau memang jadi pengedar untuk tambah pendapatan?

Apa yang persatuan yang berkaitan buat untuk membela atlet yang telah banyak berjasa kepada negara?

Satu masa dulu ada pemain bolasepak kebangsaan yang berasal dari utara tanahair amat terkenal dengan rembatan macam peluru juga terlibat dengan pengedaran dadah.

al-brangionline:

Jangan disangka air yang tenang tak ada buaya......alahai Ishtiaq...awat hang.

Monday, December 17, 2012

'Berjeluah' tangan Che Det......'basuh'lah sendiri, jangan diharap Anwar 'basuh'kan...

Kalau dia tak mengaku DI SINI pun semua orang tahu tangan-tangannya sudah ber'jeluah' (kotor) dengan selut hitam.

Jangan diharap Anwar tolong basuhkan......pandailah basuh sendiri.

Sabit pun ramai yang ketaq lutut takut dengan PRU13 nanti......rupa-rupanya ramai yang akan 'basuh' sendiri tangan-tangan mereka yang sudah ber'jeluah'.

al-brangionline:

Tangan dan mulut ku ber'jeluah dengan pulut dan santan durian.

Saturday, December 15, 2012

Setinggi-tinggi tahniah 'Tok Guru' kerana pengiktirafan itu.....


Di bumi 1Malaysia bertuah ni ada berbagai-bagai anugerah disepanjang tahun......sebagai contoh kalau berjasa dalam bidang agama serta berjaya dalam bidang ekonomi akan diberi anugerah 'MaulidurRasul', atau pun anugerah 'Maal Hijrah'.....kalau dalam bidang hiburan tak yah paparlah di sini......(bermacam-macam anugerah diberi) kerana golongan remaja memang sangat arif dalam hal ini kerana setiapa hari dibaja serta dipupuk oleh media umngok.

Tetapi anugerah ini sangat teristimewa bagi penerima dan pemberinya kerana mereka satu hati...satu jiwa..satu kaum lagi satu bangsa...satu perjuangan...satu citarasa.....itulah satu Malaysia.

al-brangionline:

Setinggi-tinggi tahniah 'Tok Guru'......(sumber )

Thursday, December 13, 2012

Rosmah mau hari - mau......mana boleh maa.....


Semua orang mau harimau menang malam ning lawan Siam termasuk Rosmah mahu hari...hari...harimau Malaya menang. [Di SINI .]

Hajat di hati memang begitu tapi kita tidak boleh ikut kehendak hati kerana kita kena bertarung dalam gelanggang Siam.

Diucapkan selamat menentang budak-budak Siam dalam Piala AFF Suzuki 2012 separuh akhir kedua.

Walaupun kelebihan duduk pada budak-budak Siam kerana bermain dikandang sendiri sementelah lagi sudah awal-awal ada 'away' gol.

Disiplin pemain kena ketat kerana ini bumi Siam......bermacam-macam dugaan dan ujian di dalam padang dan di 'luar' padang.

Budak-budak kita dilayan seperti budak sekolah dengan padang awam sebagai tempat latihan dan jangan pulak disebelah malamnya di'uji' dengan 'budak-budak' sekolah pulak......ooopppsss, I'm sorry...tepuk dada, tanyalah iman.

al-brangionline:

Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 1-0 atau 2-1, 3-2, 4-3 dan seterusnya......paling-paling koman seri dan mengharap tuah tendangan penalti.

Tuesday, December 11, 2012

Meroyan Musa jangan dilayan sangat......mata hitamnya 'hilang' setiap kali musim tengkujuh jer


Apa yang dia 'royan'kan sekarang tak gempar apa-apa pun......biasalah sekarangkan musim tengkujuh.....laut sedang ber'gelora'.....bila langit cerah nanti, laut pun kembali tenang maka sengaplah dia.

Mula-mula dia kata Menteri Dalam Negeri campur tangan dalam urusan polis...selepas itu dia kata pulak KSU KDN pun masuk tangan sama mengacau dan selepas itu di'ajak'nya ber'lawan' pulak dengan bekas staffnya. Dia jugak mem'bebel' mengatakan si penasihat kepada SPRM mengugut sorang pegawai tertinggi polis sehingga terlucut jawatannya......hahaha kenapa sekarang baru 'mengiau'; walhal semasa ber'pangkek' tunduk 'menikus'? Sila baca DI SINI jugak DI SINI dan DI SINI .]

Yang rasa nak tergelak tu, kenapa sekarang dia hairan bagaimana 'staff'nya boleh jadi kaya...kenapa semasa sama-sama dalam servis dulu dia boleh tak tahu apa yang berlaku dalam 'kandang' yang sama......alahai.....

albrangionline amat tertarik dengan sorang lagi yang pakai baju sewarna denganya dulu cuma 'paku' ada sikit kurang kata Musa bermain 'sandiwara' seperti DI SINI .

al-brangionline:

Kalau tak silap......yang dolu dolu semua dapek jadi 'jaga' ateh tompek sojuk yang tinggi dokek dengan  Gonting Sompah.......

Monday, December 10, 2012

Yen Yen Yum Yum Ngong Ngong......manyak mengong

Itu yen yen yum yum ngong ngong manyak mengong.

Yen Yen hanya kira dollar and cents saja.

Yen Yen hanya tahu mahu yum yum......janji perut kenyang...lama-lama jadi muncit.

Yen Yen lupa kalu itu pegang -pegang tangan akan jadi pegang pegang kaki...celita susah tak celita susah......bukan yum yum saja jadi perut muncit.....kalau pegang-pegang 'itu' pun boleh bikin perut muncit. Sapa susah?

Amno mana pigi? Manyak bacullah lu ameno.....itu yen yen hentam itu Islam pun lu bikin pekak......nanti tuhan Allah bikin betul-betul pekak dan muta mata, baru lu orang tahu.

Yen yen jangan fikir hanya orang Islam saja mesti hukum bila bikin salah dan lu orang boleh free-free bikin salah dan syidap....itu macam ka maa? Baca SINI .

al-brangionline:

Kalau itu macam, manyak syidaplah maa

Sunday, December 9, 2012

Menagih undi......dikatakan lagi besar itu bunga...lagi banyak undi dapat.....ada betul ka?...


Undi kaum India perlu ditagih setelah undi kaum Cina tak kesampaian......kesian kan. [ sumber .]

Juga dibacakan DI SINI .

al-brangionline:

Dikatakan lagi besar bunga-bunga itu lagi banyak undi akan dapat......
____________________________________________________________________


PM Minta Masyarakat India Letak Kepercayaan Dalam BN
Najib Tun Razak. Foto ROHAIZAT MD DARUS/THE STAR
KUALA LUMPUR: Masyarakat India di negara ini perlu meletakkan kepercayaan mereka dalam Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan masa depan yang baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata, sokongan daripada masyarakat India berkurangan dalam pilihan raya umum lepas.
Beliau berkata, sokongan itu bukan kerana keyakinan mereka dalam Pakatan Rakyat, tetapi keinginan untuk BN mengubah dan menjadi lebih prihatin terhadap keperluan mereka.
"Sejak empat tahun lepas, Barisan (Nasional) telah memberi perhatian kepada masyarakat India dan ini membantu memenangi kembali kepercayaan mereka," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-66 di sini Ahad.
Beliau berkata, peruntukan RM540 juta untuk sekolah rendah Tamil sejak 2009 sebagai contoh Kerajaan menjadi lebih prihatin terhadap keperluan masyarakat.
Najib, yang juga Pengerusi BN, memberi amaran kepada masyarakat India mengenai janji kosong pembangkang untuk mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, pembangkang memainkan isu dakwaan yang dikatakan 300,000 India yang tanpa warganegara.
Beliau berkata setakat ini, 9,000 orang India telah tampil ke hadapan untuk mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk kewarganegaraan mereka, Mykad dan sijil kelahiran.
“Saya jamin perkara ini akan diselesaikan kepada mereka yang tampil dan berkelayakan,” katanya.

Sebakul durian 'busuk' masuk ke dalam bakul 'busuk'......semuanya 'busuk' habaq hang......alahai.....

Teringat semasa zaman bujang dulu......konon-konon nak cari durian murah.....beramai-ramai dengan housemate berjalan kaki dari Kampong Baru ke Chow Kit tepat jam 12.00 malam.

Apa lagi......belilah durian yang melambak di situ.....bukan sebiji dua...kami beli sebakul dan tiada pilihan kerana tak boleh dipilih pun buahnya...yang boleh pilih hanyalah bakulnya sahaja...yang mana telah siap dilambak buahnya...harganya hanyalah sekitar 5-10 henget aje sebakul.

Masalahnya nak bawak balik ke rumah di Kampong Baru...lebih tepat di Flat 'Burung' depan sekolah Jalan Raja Muda...dipanggil flat burung kerana bentuknya empat persegi setinggi 4 tingkat...sebijik macam sarang burung merpati. Kebanyakan teksi tak mahu ambik kerana busuk katanya...dan sesetengahnya nak kenakan extra charge kononnya terlebih 12.00 malam.

Pendekkan cerita adalah sebuah teksi buruk yang sanggup hanta kami......apa lagi sampai dirumah kami pun faraidh...satu untuk kau...satu untuk aku...dua untuk kau...dua untuk aku....bla...bla...

Nak murah punya pasal......hanya 3-4 biji daripada sebakul durian itu yang hanya boleh makan.....itupun dari sebiji tu hanya berapa ulas isinya yang layak dibuat tempoyak boleh dimakan...apa nak buat tiada pilihan.

Jadi bila member dari Tanjung call semalam, habaq kata se'bakul' durian 'busuk' masuk ke dalam bakul yang sudah busuk...dengaq cerita tak dak rega pun....free ja.....saya hanya mampu tersenyum...

al-brangionline:

Orang Tanjung...hangpa makan ke tempoyak?

Kalau hang rajin...sila baca cerita DI SINI .

Saturday, December 8, 2012

Apa rahsia Tok Mun dan Tok Wook Kundur yg jadi gempaq di Terengganu?


Tok Mun yang berusia 93 tahun bikin gempaq di Terengganu pada PRU12 2008 apabila bertanding tiga penjuru di Parlimen Kuala Terengganu. Tok Mun dapat 688 undi, Allahyarham Dato' Razali (BN) dapat 32,562 manakala Mohamad Sabu (PAS) dapat 31,934. {sumber .]

Manakala Tok Wook Kundur bikin gempaq apabila berkahwin dengan jejaka berusia 37 manakala beliau berusia 106 tahun. [sumber.]

al-brangionline:

Apa yang gempaqnya?

Tak ada apa yang gempaq kecuali umur mereka yang menjadi sensasi?

Terpulang pada anda untuk buat telahan......itulah kebesaran Allah SWT disebalik segala tipu daya makhluk

Wednesday, December 5, 2012

Semoga tenang Roh Aminulrasyid Amzah......'pemergian'nya sungguh tragis

Kelihatan Nor Azura (kiri) kakak kepada Allahyarham dan ibunya Puan Norsiah Mohamad -
 gambar April 29 2011

Bagaikan lapang sasar......Allahyarham ditembak ber'das-das'......semoga Roh Adik Aminulrasyid tenang di SISINYA dengan berbagai nimatNYA.

Terlalu sedih untuk meneruskan posting ini.....anda juga boleh baca DI SINI dan DI SINI .

al-brangionline:

Betapa berat mata memandang......berat lagi bahu memikul.

Semoga keluarga Allahyarham banyak bersabar dan tabah menerima keputusan.....hanya Mahkamah Allah RabbulJalil yang akan mengadili seadil-adilnya.

Tuesday, December 4, 2012

Ini KES SERIUS!!!!!! Ramli Yusuff : Musa juga pernah salah guna kuasa semasa jadi KPN

Ini kes profil tinggi.

Kenyataan Datuk Ramli Yusuff tidak boleh dipandang sebelah mata seperti apa yang dinyatakan seperti DI SINI .

Adakah Umno hanya akan anggap ini seperti habuk yang hanya akan hilang dengan menyapu di bawah karpet?

al-brangionline:

Salah satu petanda ke'merudum'an Umno dengan labu-labunya dalam PRU13 nanti.
_______________________________________________________________________________


Ramli Yusuff: Musa juga pernah salah guna kuasa semasa jadi KPN


Oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan  Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan  urusan polis.
“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.
“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.
“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepadaThe Malaysian Insider apabila dihubungi.
Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes “polis RM27 juta”.
“Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka,” kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.
Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata “Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar.”
Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.
“Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan.
“Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut,” kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis.
“Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang.”
Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama.
“Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya,” kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa.
Musa bertugas sebagai KPN selama lebih tiga tahun sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.
Dalam kenyataannya minggu lalu, Musa mendakwa keenggannya mengikut arahan Hishammuddin adalah antara salah satu punca beliau tidak dilanjutkan kontrak sebagai KPN.
Pasukan polis dan beberapa agensi penguatkuasaan berada dibawah portfolio menteri dalam negeri.
“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.
“Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.
“Saya beritahu dia secara baik, tapi dia tidak suka.
“Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa dalam sidang akhbar dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.
NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.
MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.
Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.
Musa juga memetik Seksyen 4 (1) Akta Polis, yang menyatakan arahan polis hanya perlu datang dari KPN, yang akan bertanggungjawab terhadap arahan tersebut.
Beliau berkata bahawa arahan dan kawalan ke atas pasukan polis perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada KPN, sambil menambah bahawa tiada individu lain harus diberikan hak sama demi untuk semak dan imbang dalam sistem.
Beliau turut mengkritik penggantinya, Ismail sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

Monday, December 3, 2012

Firaun pun pandai dalam bab 'ungkit-mengungkit' nih......alahai.....

Rupa-rupanya kerja ungkit-mengungkit nih telah lama wujud......semenjak zaman Fiaun lagi.

Kisah ini dirakam dalam Al-Quran dalam Surah As-Syu'araa, ayat 19 "Dia(Fir’aun) menjawab, “Bukankah kami telah mengasuhmu dalam lingkungan (keluarga) kami, waktu engkau masih kanak-kanak dan engkau tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu. Dan engkau (Musa) telah melakukan (kesalahan dari) perbuatan yang telah engkau lakukan dan engkau termasuk orang yang tidak tahu berterima kasih.”"

Orang-orang di Malaysia nih pun apa kurangnya dalam bab ungkit-mengungkit nih.

Kita selalu dengar......kita telah buat sekolah, jalanraya......kita buat itu.....kita buat ini.....malah agar orang lebih faham dan ingat, diletaknya papan tanda, " Satu lagi projek dari Barisan Nasional....."

Dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ni pun ada diungkit-ungkit akan jasa Umno kepada orang Melayu. [sumber .]

Agak-agak orang Melayu ter'makan' ke?

Yang totok Umno memang termakan lama dah tapi yang atas pagar belum tentu weh.....

al-brangionline:

Kekadang sepasang kekasih atau suami-isteri pun selalu ungkit-mengungkit akan 'jasa' masing-masing apabila mereka tak sehaluan.

Sunday, December 2, 2012

Orang Umno tak reti 'kerja' lain......kerja tu 'sokmo'.....


[sumber ]

Budaya sabotaj a.k.a 'cas-keting' a.k.a 'peteh keting' dan perbuatan yang sealiran dengannya seperti 'gunting dalam lipatan' 'atau duri dalam daging' telah mem'barah' semenjak di zaman Kesultan Melayu Melaka lagi.

Ia telah sebati dalam jiwa Melayu bangsa yang sangat-sangat diagongkan oleh Umno.

Selagi Umno ber'gerak' atas landasan ke'Melayu'...'Kebangsaan' selagi itulah budaya yang membakar persis api dalam sekam ini sampai bebila.....jadi usahlah engkau orang takut kepada bayang-bayang kamu sendiri.....usah menangis di akhirnya dan menyalahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

al-brangionline:

Kembalilah kepada perjuangan Islam yang sebenarnya.