Followers

Wednesday, October 31, 2012

Kurang afdal tolak rezeki Datuk Seri.


Wakil rakyat samada ADUN atau Ahli Parlimen apabila bercakap di DUN atau Parlimen sudah semestinya membawa mesej rakyat bukannya membawa mesej parti jauh sekali mesej peribadi.

Jangan semata-mata nak jaga hati 'paymaster' sanggup membelakangkan kehendak rakyat.......sudah berpuluh tahun pembangunan ter'nafi'......demi politik 'cap ayam' sanggup mengeluarkan idea 'cap ayam' sehingga umum dapat melihat mentaliti puak-puak 'cap ayam' nih sememangnya mentaliti 'cap ayam' a.k.a. mentaliti kelas ketiga.

Adakah apa yang kita ucapkan keluar dari kehendak rakyat?

Nak bercakap lain kali jangan ikut sedap kepala hotak kita aje......timbang sama apa yang rakyat hendak...itulah yang paling afdal kan?
__________________________________________________________________________

'Tolak royalti 20% Sabah demi kongsi kemakmuran'
Pemimpin Umno Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata, tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.

"Saya datang dari Sabah, rakyat Malaysia. Siapa yang tak mahu (royalti 20 peratus) tetapi kita sedar, (dan) tahu perkongsian mesti ada," katanya yang juga naib presiden Umno.

Menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat melalui ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.

"Anwar datang ke Sabah dia dakwa kalau kita (Pakatan) perintah dia bagi 20 peratus royalti minyak.

"Hendak dapatkan undi pun janganlah pecah-belahkan rakyat," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Risda dan Jabatan Kemajuan Orang Asli di Kuala Lumpur hari ini.[sumber .]


al-brangionline:

Teringat semasa musim bah.....makan nasi berlaukkan sardin 'cap ayam' tersangat afdalnya.

Biarkan makan sardin 'cap ayam' asalkan kepala hotak bukan 'cap ayam'......tapi jangan lupa makan makanan yang Nabi SAW gemar ia itu buah tamar...itu yang paling afdal.

Tuesday, October 30, 2012

Apa istimewanya Asri hingga Ulamak PAS sanggup ikut segala syaratnya?


Apa istimewanya mantan Mufti Negeri Perlis, Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin hinggakan Dewan Ulama PAS sanggup mengikut segala syarat yang ditetapkan olehnya.....di antaranya ialah 'secara matang dan ilmiah'.

Bagi saya tiada apa istimewanya......beliau merupakan satu di antara beribu ilmuan Islam di Malaysia yang 'meneropong' segala isu yang melanda umat Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya di sebalik tabir tabir 'blinds' dari bilik di 'menara gading' tempat beliau mencurahkan ilmu kepada Mahasiswa/Siswi.

Bagi saya Dewan Ulama PAS sanggup melapangkan dada adalah semata-mata kerana memandangkan betapa beratnya 'pukulan ceduk serta kilas' yang beliau berikan kepada PAS, "PAS jangan jadi macam Ayatollah jika ke Putrajaya" seperti DI SINI dan ini memberi kekeliruan kepada orang awam khasnya dan pengundi dalam PRU13 nanti secara amnya.

Memang tepat sekali satu sesi pencerahan amat perlu kerana umum selalu mengaitkan 'Ayatollah' dengan ajaran Syiah' dan sudah pasti berbagai-bagai persepsi dari masyarakat akan timbul terhadap PAS.

Saya amat berharap sesi itu menjadi realiti. Sila lihat DI SINI .

al-brangionline:

Berharap sesangat agar masing-masing mencampakkan 'ego-ulamak' agar tidak timbul banyak sangat cekadak......dikhuatiri nanti umum akan berpersepsi ini hanya hangat-hangat cekodok.

Monday, October 29, 2012

Kesian kat amenu...sekarang jadi tukang 'cebuk' taik Su Lek...macai2 hanya ketawa kikikikiki

Bila apek tu persenda Hudud, semua macai-macai amenu a.k.a. pak cai a.k.a 'pork-kasa'...'peng-kidda'...lebai serban hitam pondok kulim...kiyai jalur 3...kiyai asia-tenggara senyap sunyi menikus dalam beras...masih berselera dan sempat makan lagi beras tu walaupun di luar sana apek tu perlekeh Islam.......lebih parah lagi bila apek tu suruh tok siak yang jaga agama tu buat homework

Apa?

Tak buat homework?......

Tak caya sila baca DI SINI .

Memang puak-puak ameno nih jenis yang 'culas' mengaji...patut kena 'piat' telinga tuh......tak pe, rakyat akan 'piat'kan telinga-telinga orang ameno dalam PRU13 nanti.....alahai.....nanti ber'capang'lah telinga-telinga puak songkok hitam 7 inci setengah nih.

Rupa-rupanya ada sahabat beritahu......inilah tanda-tanda kubra amenu sudah 'sakaratul' yang teramat perit.......tunggu masa dan ketikanya untuk di'talkin'kan...dah hampir nak 'Qolu'. (orang Melayu sebut 'Qolu' berlainan dengan makna Arab yang sebenar).

Kenapa fonomena ini berlaku?

Hanya orang-orang amenu serta macainya sahaja yang boleh jawab kerana merekalah yang beri 'tuisyen' dan 'tutorial' pada puak-puak su lek ni.......mereka perlu bertanggungjawab...maka benarlah bila TG Abdul Hadi Awang kata, puak-puak su lek bantu mendedahkan ameno yang sebenar seperti DI SINI .

al-brangionline:

Teringat semasa dolu-dolu...kena berdiri atas kerusi bila tak siap 'homework'.

Sunday, October 28, 2012

'Perkasa' pak cai pada anu tentu bangga dengan peratusan ini.....alahai si jalur 3 pun

[sumber .]

Dilaporkan peratusan muflis daripada 4,568 kes baru pada suku tahun ini oleh Jabatan Insolvensi Malaysia adalah 47 % Melayu, 34% Cina , 9% India dan lain-lain 10 %.

Daripada peratusan 47% Melayu itu, rata-rata umur mereka 34 tahun ke bawah.

Saya tidak berhajat nak buat analisa kenapa orang Melayu jadi juara dan kenapa orang muda mendahului orang lama dalam hal muflis ini......itu kita serah kepada 'perkasa' a.k.a. pak cai golongan songkok hitam 7 inci setengah yang menjadi pak cai pada apek jaguh akro-bed kebangsaan. Golongan si-jalur 3 yang mahir dengan data-data tentu berminat untuk buat PhD keduanya

Yang menjadi minat saya ialah kenapa warga Malaysia menjadi muflis dalam usia yang paling muda?

Adakah kerana gaya hidup mereka yang tidak setimpal dengan pendapatan mereka?

Atau adakah desakan hidup kerana taraf kehidupan yang tinggi di sekitar Lembah Klang ? ( kerana yang terlibat itu majoritinya dari negeri Selangor yang berkemungkinan tinggal di Selangor tetapi bekerja di Kuala Lumpur )

Kita tidak tahu pecahan peratusan itu terdiri dari golongan penjawat awam , swasta atau korporat......berapa peratus pula akibat hutang 'credit-card' dan sebagainya.

Yang jelasnya ini menunjukkan kegagalan puak songkok hitam 7 inci setengah membuat ramuan yang salah dalam pembikinan 'kek ekonomi' rakyat Malaysia......sudahlah ramuan yang salah tapi adunannya pun salah dan suhu pembakarannya pun salah yang hasilnya kek menjadi hangus-hangit.

Ironinya golongan kroni puak songkok hitam tinggi 7 inci setengah akan dibail-out apabila hampir-hampir bernyawa ikan untuk menghadapi 'sakaratul-muflis'.....kalau tidak berderet-deretlah puak songkok hitam beratur di depan Jabatan Insolvensi Malaysia untuk menerima peng'anugeraha'an sijil muflis.

al-brangionline:

Itu tidak termasuk peratusan mereka yang sudah 'muflis' amalnya dek nipis keimanan mereka.

p/s Pilihlah PR untuk membawa perubahan....kali inilah wahai sahabat ku.

Saturday, October 27, 2012

Apa yang tak kena pada gambar ini?......apa yg kurang?


Semalam 26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433, umat Islam seluruh dunia merayakan Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban di seluruh pelusuk dunia dimulai dengan solat sunat Eidul Adha dan selepas itu dikuti menjalani korban haiwan ternakan seperti unta, kerbau, lembu, kambing, kibas dan seumpamanya walaupun berlainan waktu dan tempat bergantung kepada kedudukan geografinya.

Laungan Takbit dan Tahmid berkumandang membesar dan memuji Allah SWT di segenap Surau/Masjid di seluruh dunia.

Di antara hikmah solat sunat Eidul Adha yang dilaksanakan secara berjemaah dan menyembelih haiwan qurban ialah menghidupkan syiar Agama Islam dan membesarkan Allah SWT serta merapatkan tali silaturrahim sesama Islam......sesungguhnya “Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”.(Surah Al-Hajj:37)"

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hara Raya Eidul Adha dan selamat berkorban kerana masih ada 2 hari lagi untuk kita sama-sama berkorban.

Apa kaitan gambar di atas dengan posting ini?

Sila perhatikan apa yang tidak kena pada gambar di atas?

Bukan bidang saya lebih-lebih lagi tidak ber'authority' untuk membuat teguran tapi terpanggil untuk memberi sedikit komentar......"sila rapatkan saf anda" kerana diantara hikmahnya ialah menandakan ikatan atau tautan satu hati di antara sesama jemaah sementelah lagi sesama pemimpin.......apabila pemimpin bersatu hati barulah wujudnya ikatan yang kukuh sesama rakyat.

al-brangionline:

Kenapa sesama pemimpin wujud perasaan 'takut' untuk bersentuhan tumit sama tumit dan bahu sama bahu?

Friday, October 26, 2012

Kesian......2 orang ameno ini 'mabuk' daging.....'pening-pening' lalat...

[sumber .]


[sumber .]

Jelas sekali umno sekarang bercelaru......fening-fening lalat...tak tahu sapa yang terlebih cerdik antara mereka di atas atau kedua-duanya memang kurang cerdik a.k.a. ......ah anda lagi arif dalam hal ini.

al-brangionline:

Macam kita nak harapkan depa menjaga Melayu dan Islam?

Thursday, October 25, 2012

Blogger pro-Pakatan bersetuju Khir Toyo MB paling berjaya dlm sejarah pemerintahan N.Selangor


Dalam sejarah pemerintahan Negeri Selangor.....Khir Toyolah Menteri Besar paling berjaya......bukannya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tak percaya?

Tak percaya sudah.....ha ha ha.....

Kenapa ketawa?.....saja je...

Tengoklah dimana kedudukan Khir Toyo sekarang dan 'pencapaian'nya.....jarang anak Melayu boleh me'laku'kannya dan berani melakukannya.

Malah Khir sendiri tak bersetuju dinobatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar yang paling cemerlang......ini bermakna dalam bahasa badannya, dialah Menteri Besar yang paling cemerlang......betullahtu...takkan dia nak masuk bakul tempe pastu nak angkat sendiri.......sila baca DI SINI

Dia tahu Tan Sri Abdul Khalid sangat cekap mengurus duit, beramanah, tak banyak politicking, bersih, tak rasuah, tak reti ambil peluang untuk diri sendiri, betul bendul.......dan orang seperti itu mana ada tempat dalam ameno..

al-brangionline:

Itulah dunia akhir zaman...orang yg baik akan dinafikan kebaikannya......biar Allah yang beri penilaian bukan manusia.

Wednesday, October 24, 2012

Patut pun Presiden sebut camtu......rupanya si 'haram jadah' ni memang wujud.

Pertama kali dengar sorang Presiden parti Melayu terbesar di dunia (mana ada lagi negara Melayu di dunia ni weh) iaitu Umno memaki hamun dan mengguna perkataan yang paling lunak yakni 'haram-jadah' ketika bersama warga Felda, merujukkan kepada warga Felda yang tidak menyokong Umno.

Rupa-rupanya wujud sungguh 'makhluk' yang disifatkan sebagai haram jadah itu......futuristik sungguh Presiden Umno yang ni sorang.....hahaha.....ini di bongkar sendiri oleh sorang Ahli Parlimen Umno di Parlimen yang mengatakan ada sorang individu (si 'haram jadah' sungguh) yang menerima sejuta saham Felda Global Ventures Holding (FGV) walaupun tiada kena mengena dengan pembangunan Felda seperti DI SINI .

al-brangionline:

Binawir sungguh.

Kesian Mahathir......di sisi Umno ibarat mancis api basah

Mahathir di sisi Umno bolehlah dianggap seperti mancis api basah......nak digunapakai sudah basah tak berapi......nak dibuang semacam ada rasa boleh pakai lagi.

Kenyataannya samada semasa menjadi Presiden Umno atau selepasnya banyak menjadi liabiliti kepada Umno sehingga meninggalkan kebencian yang amat oleh kebanyakan masyarakat terutama dalam bab-bab Islam.

Samada Umno atau pihak penganjur yang suka menangguk di air yang keroh menggunakan Mahathir untuk memberi ucapan utama ketika 'batang mancis' yang hampir-hampir kering......boleh mengeluarkan 'api' tapi tidak dapat bertahan lama.

Mahathir ada menyindir TG Nik Abdul Aziz kononnya mungkir janji kerana masih nak bertanding lagi untuk PAS.

Bertanding atau tak bertanding.....itu bukan urusan Umno atau urusan 'mancis basah'.....tapi pada firasat al-brangionline......Mahathir mencurahkan isihatinya yang tersirat tapi Umno tidak faham atau segaja tidak mahu faham.....yang sebenarnya 'mancis basah' masih menganggap ia boleh mengeluarkan lagi api tapi sesungguhnya keseluruhan belerang dikepala 'mancis' itu sudah basah kuyup...dah tak mampu untuk mengeluarkan api lagi...kesian.

al-brangionline:

Ada orang perasan kononnya masih menjadi 'winnable candidate' tapi sebenarnya akan menjadi 'miserable' candidate.
_________________________________________________________________________


Nik Aziz Mungkir Janji Jika Bertanding Lagi PRU 13
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang sebagai mungkir janji.
Beliau berkata rakyat seharusnya tidak memilih pemimpin yang mempunyai sifat tersebut dalam pemerintahan negara.
"Saya fikir rakyat Malaysia patut ambil perhatian kepada orang yang pernah berjanji selepas itu mungkir janji.
"Kalau orang macam ini jadi pemimpin negara, dia akan mungkir janji sepanjang masa," katanya.
Terdahulu, Nik Aziz pernah membuat kenyataan secara terbuka tidak mahu bertanding lagi di manaimana kawasan parlimen.
Sebaliknya, melalui temubual eksklusif bersama portal berita AntaraPos.com, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan membayangkan untuk bertanding semula pada pilihan raya umum akan datang kerana disyorkan berbuat demikian oleh PAS.
Beliau turun menyatakan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka jika dikehendaki pucuk pimpinan parti.

[sumber .]

Tuesday, October 23, 2012

'Senjata' terakhir Umno......hanya orang Kelantan saja yg tahu


Umno tak heran kalau Pakatan Rakyat begitu yakin akan berarak ke Putrajaya selepas PRU13.

Ini kerana Umno ada 'senjata terakhir'.....kalau dalam perang dunia kedua dahulu senjata terakhir Pihak Berikat (Allied Forces) ialah bom atom dimana Hiroshima dan Nagasaki menjadi padang jarak padang terkukur.

Rakyat Kelantan pernah merasainya pada tahun 1978 di mana Kerajaan PAS 'tumbang' melalui 'Mageran'. [sumber .].

Mutakhir ini orang bukan Islam terutamanya dari MCA sudah berani mengherdik 'Hudud'......ini semua kerana 'menikus'nya Umno apabila berhadapan dengan MCA semata-mata kerana hendak menjaga atau mengambil hati pengundi Cina yang telah banyak merosot peratusannya menyokong BN dan pesanan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man seperti DI SINI ada relevannya.

al-brangionline:

Hormati dan railah demokrasi wahai Umno.

Testimoni dari Anwar satu tamparan bagi Umno dan mereka yg idamkan kerusi itu

Biar orang kata dia tak pandai berpolitik tapi 'otak'nya serta tangannya pandai buat kerja...bukan setakat pandai buat kerja tapi buat kerja dengan amanah......sesetengah orang pandai buat kerja tapi pandai jugak masuk poket sendiri.

Biar orang kata dia tak pandai bercakap...gagaplah dan berbagai tapi cakapnya adalah cakap yang benar......sesetengah orang pandai bercakap...pandai berpidato hingga keluar urat marikh tapi semuanya main 'cak limpong'...penuh dengan bohong.

Bila Anwar sudah beri testimoni, maka yang mengidam sesangat kerusi samada dari Umno atau dari dalaman sendiri, tolonglah jaga air muka sikit...jangan suka tikam belakang...jaga cuba nak 'cas keting'...jangan nak try main 'peteh' kerana itu perbuatan bacul...itu amalan mirip2 perbuatan Umno...hormat sikit pada Pakatan yang setahun jagung ini.....tanpa Pakatan maka tiadalah kerusi itu......DI SINI .

Monday, October 22, 2012

SPR bukan 'Superman' katanya......tapi macam 'Pocongman' kot


SPR kata dia bukan 'Superman' seperti luahannya DI SINI .

Memang betul SPR bukan 'Superman' kerana dia tak ada 'Superpower'......ia bergerak dibawah arahan mereka yang ada 'superpower'.....ia hanyalah seperti 'robot' yang bergerak di bawah kawalan 'button' dan diberi 'power supply'.....kalau tak ada 'power supply' maka ia akan berdiri keras lagi kaku.

Ia boleh bertukar watak...sekejap macam 'Ultraman' dan dalam satu masa macam 'Robotcop' tapi kebanyakan wataknya macam 'Pocongman'.....'Pocongman' suka bertindak dalam gelap kerana sasarannya ialah geng-geng 'pocong' yang akan muncul 4 atau 5 tahun sekali.......identiti 'pocong' ini sukar dikenali kerana ia ber'bunjut' di kepala dan di kaki.

Kalau 'bunjut' itu dirungkai barulah nampak akan rupanya samada berhindung mancung......berkulit sawo matang atau berkulit hitam bertampuk manggis.

al-brangionline:

Yang peliknya, 'pocong-pocong' itu boleh tinggal berlonggok2 dalam satu lubang.

Sunday, October 21, 2012

Aci potong kuku hitam: Ameno tak akan serah Putrajaya walaupun merudum dlm PRU13 nanti kalau camni......

Ameno pasti tak akan menerima hakikat ini......aci potong kuku hitam kalau ameno nak serah Ptrajaya walaupun sudah kalah dalam PRU13 nanti.....begitulah kata-kata dari penyokong totok ameno.

Walaupun dia terasa jangka hayat ameno sudah tak berapa lama...walaupun nazaknya tak seberapa menderita seperti melepek dikatil hospital terlalu lama.....hanya kata-kata itu sahaja yang terkeluar untuk menyedapkan hatinya.

Dalam hatinya ada seolah-olah ada satu 'kuasa' ajaib yang boleh menidakkan kemenangan PR nanti walaupun keputusan di'screboard' jelas menunjukkan angka kemenangan kepada PR......mereka berharap dan ingat seolah mesti akan ada orang yangakan hantar bantuan selimut, sardin, telur dan beras ketika musim banjir.....suatu peringatan kepada ameno, ini bukan musim banjir...ini pilihanraya, kalau kalah maka kalahlah, kalau menang maka menanglah, mana ada tambahan masa dan penentuan penalti...terimalah hakikatnya.

Laporan ini DI SINI dan DI SINI menguatkan lagi harapan untuk ke Putrajaya.

al-brangionline:

Anda tahu apa 'cangkir ajaib' yang ameno adakan?

Isu Blog Seks : Pemuda MCA lupa akan 'sifu' sebelum ini...'ekor' penuh taik maa...

Macamana acuan begitulah kuihnya.

Bapak borek maka anaknya rintik.

Baru-baru ni MCA menghina Islam kononnya jika laksana Hudud maka 1.2 juta rakyat akan mennganggur seperti DI SINI ......hahaha yang lucunya Pemudanya cuba tegur pasangan blog seks yang hangat diperkatakan.....Pemuda itu lupa siapa 'sifu'nya.

Nak habaq kat hang......kalau hudud dilaksanakan.....itu blog seks tak wujud maa dan hang tak payah tegur...buang current maa. [sumber .]

al-brangionline:

Lu sama ameno sama-sama maa...suka beri nasihat pada lain orang tapi 'ekor' sendiri penuh taik

Saturday, October 20, 2012

'The Red Warriors' vs 'The Green Beret'......oh FAM.....


Kapten Pasukan Negeri Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi (kanan) dan Kapten Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar (kiri) bergambar kenangan bersama sebelum Perlawanan Akhir Piala Malaysia, di Stadium Shah Alam. Perlawanan Akhir Piala Malaysia akan berlangsung malam ini di Stadium Shah Alam. -fotoBERNAMA

Kurang dari 8 jam dari sekarang Stadium Shah Alam akan ber'gegar' dan ber'gema' dengan sorakan dari penyokong 'The Red Warriors' dan 'The Green Beret'.

Kerana minat yang terlalu mendalam dalam bolasepak, terpanggil juga untuk saya ber'istirehat' daripada berpolitik buat seketika sekurang2nya untuk siang hari ini dan malam ini dan berceloteh sedikit mengenai perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini.

Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Pasukan The Red Warriors mempunyai kelebihan di benteng terakhir iaitu didepan gawang, kerana Apek kelihatan terlalu kebal pada 'malam'nya jika pertahanannya tidak membuat kesilapan kecil dan dipercayai barisan pertahanan The Red Warriors akan diuji dengan asakan yang bertali arus dari The Green Beret.

Sekali imbas pertahanan 'The Red Warriors' dengan 'The Green Beret' adalah sama kebal dan berpengalaman. 

Saya berpendapat pertembungan yang sebenar malam ini ialah pertembungan di bahagian tengah di anatara barisan tengah 'The Red Warriors' yang mempunyai 'skill' mengawal bola yang tinggi dan bijak menentukan tempo perlawanan serta berkebolehan menjaring gol dengan barisan tengah 'The Green Beret' yang tidak kurang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang tinggi.

Saya tidak berhajat untuk membuat ramalan tapi saya berkeyakinan gol akan datang bukan dari 'striker' kedua2 pasukan kerana 'striker' masing-masing akan di'rantai'......gol akan datang dari beberapa 'playmaker' dari kedua2 pasukan yang sudah terbukti kemahiran dan pengalaman mereka yang tinggi sebelum ini.

Cuma satu sahaja yang saya risau......dikhuatiri 'referee' akan buat game malam ini jadi 'anticlimax'......harap2nya FAM dapat sedia 'referee' yang berkualiti sebagai mem'bayar' balik sokongan peminat yang mula membanjiri stdium2 utama di seluruh negara terutama penyokong 'The Red Warriors' yang menjadi satu 'fenomena' mutakhir ini.......oh FAM.....

Apa2pun selamat bertarung kepada kedua2 pasukan dengan semangat sukan yang tinggi......harapan saya jadilah penyokong dan pemain yang ber'protesional'.

al-brangionline:

Kalaulah Mohd Daudsu Jamaluddin dikembalikan ke tempat asalnya yakni di bek kanan malam ini maka sayap kiri ATM Venice Elphi Danny Kaya yang lincah dengan larian derasnya akan menghadapi kesukaran untuk membuat hantaran lintang yang berbahaya..

Friday, October 19, 2012

Selamat Berangkat : Senyuman dan lambaian Tuanku tetap dihati rakyat



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan melambai tangan sebelum berangkat bagi menunaikan fardu haji pada Istiadat Mengucap Selamat Berangkat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA


Senyuman dan lambaian Di Raja tetap di hati rakyat......Diucapkan Selamat Berangkat ke Tanah Suci Mekah serta diiring doa agar Tuanku berdua dikurniakan Allah SWT dalam Sihat Wal-'Afiat serta dapat menjalani Ibadat Haji dan Selamat Kembali ke Tanah Air.menyambung tugas sebagai Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong -  Raja, 'Payung Negara'.[sumber .]

al-brangionline:

Tuanku berdua tetap di hati rakyat jelata.

Thursday, October 18, 2012

Apek turut mem'bolosi' gawang Umno

Kalau Apeks......nama jolokan bagi penjaga gol Kelantan dengan lentikan badannya menepis serangan musuh hingga selamat gawang Malaysia tapi Apek yang juga terkenal dengan 'lentikan' badannya ini tolong mem'bolosi' lagi 'gawang' Umno yakni Umno bakal hilang undi Melayu dalam PRU13 nanti...dahlah undi kaum Cina makin merosot.....padan muko ngkau.....

Kenapa si mamat kuat aqidah...si perkasa (m)...si harus sana sini...si ulaa-mak no.1 Asia tenggara sudah kecut teloq dengan Apek ini. Tidakkah cakap2 Apek ini  terang2 menghina Islam?

al-brangionline:

Senja menjelang bolehlah kata rabun malam...ini pagi subuh sepee masih kabur dalam terang?

______________________________________________________________________


Soi Lek: Hudud akan jejas pekerjaan 1.2 juta rakyat
2:13PM Okt 18 2012 
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.

Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya. [sumber .]http://www.malaysiakini.com/news/212062

Wednesday, October 17, 2012

Sama-sama sayu


Kita merasa sayu dan mengutuk sekeras2nya kepada semua penjenayah......nama dia mat rempit ke...peragut ke...perompak ke...perogol ke...pengrasuah ke...yang sentiasa menggangu polis menjalankan tugas serta bertindak di luar batas undang-undang......semoga mereka yang tercedera atau pun yang pernah terkorban sebelum ini sentiasa dalam pemeliharaan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa. [sumber .]

Dalam masa yang sama kita juga merasa sayu kepada 'mangsa2' yang pernah mendapat kekejaman dari 'mereka' seperti peristiwa 'mata lebam DSAI'...peserta serta mangsa2 yang  ber'himpun secara aman'.


al-brangionline:

Adil lawannya zalim.

Tuesday, October 16, 2012

Kalau dah kerjanya urus taik......hasilnya pun taiklah juga

Pak Cik tu pernah cakap, ameno sudah busuk sampai ke usus......kalau udah sampai ke usus maknanya yang akan keluar nanti sudah tentulah taik takkan keluar roti paun pulak atau roti begali..

Macam yang syarikat ini urus......kerana terlalu pandai sangat urus...terlebih pandai...tersangatlah pandai mengurus malah ameno pernah mendabik dada bahawa pembangkang tak pandai mengurus......sekarang kau orang rasakanlah.

Kalau udah 'taik' yang diurus maka 'taik' jugaklah hasilnya......alahai.....[sumber .] [sumber .]

al-brangionline:

Sudah2lah jangan anda bersekali dengan ameno terbenam dalam taik.

Buatlah satu perubahan dalam PRU13 nanti.

Monday, October 15, 2012

Tawan Putrajaya : Akar Umbi 'mahu' Nakhaie Jadi Mursyidul Am dan Hassan Ali sebagai Presiden PAS.....panasssss2

Tunggu unta masuk lubang jarum baru akar umbi akan me'manggil' Mesyuarat Agung Khas untuk me'nobat'kan Nakhaie sebagai Mursyidul Am PAS dan Hassan Ali sebagai Presiden PAS?......ketika itu ada sorang lagi yang sewaktu dengannya boleh diberi laluan menjadi Timbalan Presiden PAS.

Adakah bangsa Melayu akan menjadi kuat ketika itu dan Islam terus berdaulat?....lupa nak beritahu, ketika itu Umno dan PAS sudah bergabung menjadi UMPAS......kakakaka apalah albrangi punya melalut hari ni.

Melalut dan mengarut bila terbaca berita DI SINI dan DI SINI .

al-brangionline:

Rupanya semenjak dari tahun 2007 lagi mereka sudah mengidam......cer lihat DI SINI .

Bahana giler talak.....talak 3 pulak tu

Saturday, October 13, 2012

Macam tulah Pak Aji......bila buat, mengaku

Mengaku jugak akhirnya......"pertemuan tersebut adalah atas permintaan Soros dan ia sebagai suatu kunjungan hormat.

Kunjungan hormat?

Sapa Soros tu?

Presiden?.....Perdana Menteri negara mana?

Kenapa bila puak-puak songkok 7 inci setengah ni pergi turun ke negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tak pernah dengar mereka buat kunjungan hormat kepada Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri?

Inilah yang dinamakan jaguh politik kampong......tak tahu nak hormat demokrasi......udah kalah pun masih dianggap negeri tu mereka 'punya'.

al-brangionline:

Dengar cerita pak cik yang sorang tu pun pernah jumpa dengan Soros......setakat berjumpa tu boleh tahan lagi jangan jadi jongos sudahlah.....
_________________________________________________________________________
PM Mengaku Pernah Bertemu Soros Tetapi Sekadar Kunjungan Hormat
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

Rupanya masih ramai Ulamak dlm PAS yg tak faham 'Tahaluf Siyasi'

Amat malang.....kami yang dari pendidikan sekular pun boleh faham......

Tak pe...jangan malu2 kita ulangkaji apa yang Tuan Guru Presiden PAS ketengahkan seperti DI BAWAH .

al-brangionline:

Al-hairan wal ajaib...ada 2-3 orang sahabat albrangi yang bertaraf Ustaz yang amat menyayangi Tok2 Guru dalam PAS tapi dalam masa yang sama masih kagum dengan mereka yang 'perkasa' dengan 'jati-diri' kononnya kental di luar sana.

Ada beberapa kerat yang keluar dari PAS dan ada juga yang tak minat lagi dengan politik kononnya, 'kita jangan terlalu banyak berpolitik hingga meminggir Islam'......hahaha albrangi sebagai orang awam boleh berkata, mereka inilah yang sebenarnya berkepala hotak sekular......maaf ye sahabat, saya tidak bersama kamu.

_______________________________________________________________________________

Tahaluf Siyasi PAS bersama Pakatan Rakyat

Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :

لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).

(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud’aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).

Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila  bapa-bapa saudara baginda  membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi  diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.

Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid  Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah  bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.

Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud’aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.

Rasulullah S.A.W. bersabda  tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam  Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).

Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:

الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).

(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).

Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman  tersebut , walaupun mereka itu daripada  kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan  daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar  termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya :

المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره).

(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).

PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.

Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.

Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf  yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf  Siyasi  yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.

Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara  yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti  amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan  Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.

Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat  gatal.

Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara  hantu  yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.

Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu  dan mewarisi kemerdekaan  yang diletak diatas dulang  emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.

PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah.

PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan  menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya  dengan keputusan Muktamar Khas  supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk  ahli parlimennya  yang berjoget dan minum arak bersama UMNO.

Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas  selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.

Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.

PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.

Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan  tahaluf  siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.

PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya,  kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang  PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.

Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang  dan lain-lain.

Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO.

Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.

Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.

Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.

Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin  Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.

Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.

Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud  laksana ayam jantan kukuk berderai  pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat.

Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting  juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.

Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan  dan ekonomi.

Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik  menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.

Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini  tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya.

Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang  tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.

Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah S.A.W.  “sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya.” Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.

*Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Thursday, October 11, 2012

Ameno memang pandai sungguh matematik, habaq hang


Umno/BN mula rasa cuak dengan BAJET PR.....maka dikatakan PR tak tahu matematik...tak tahu kira-kira...tak pandai ilmu hisab...iyolah, ekau sorang jo yang tahu...yang pandai berkiro dan yang terlebih pandai tersenyum simpul dan sempoi aje macam gambar di atas.......apa taknya kerana terlalu pandai matematik seperti cerita di bawah mako sio-sio aje merengkok kek dalam.

al-brangionline;

Yang terlebih pandai lagi yang melibatkan matematik berjuta-juta dan berbillion-billion henget terlepas bebas......memang pandai sungguh orang ameno-bee end mengamalkan matematik......ahaks...hahaha..

p/s Matematik paling simple ialah tahu mengira Rukun Islam itu 5 dan Rukun Iman itu 6


MP Sabak Benam diperintah jalani hukuman penjara

October 11, 2012
Hakim Datuk Akhtar Tahir menolak rayuan Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan merekamenjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Dalam penghakimannya, Akhtar berkata Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.
Beliau berkata peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.
`Tuntutan palsu’
“Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).
Kalaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keterangan mereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.
“Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu,” katanya.
Akhtar berkata perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri.
“Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.
“Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan,” katanya.
Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.
Surat Adun
Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.
Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.
Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.
Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.
Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.
Bernama [sumber .]

Wednesday, October 10, 2012

Umno Kepala Batas di persimpangan tiga


Kepala Batas amat sinonim dengan Pak Lah......semenjak 1978 lagi beliau sudah jadi Ahli Parlimen di situ.

Kepala Batas dikatakan kawasan selamat bagi BN dan ramai orang sudah mula pasangan angan-angan untuk bertanding di situ.......kononnya siapa saja bertanding atas tiket 'dacing' akan beri pulangan yang lumayan.

Adakah ia menjadi kawasan selamat kerana Pak Lah yang kononnya dilihat sebagai 'Mr. Clean' bertanding di situ atau memang Kepala Batas adalah kubu kuat yang disokong oleh totok Umno sehinggakan kalau 'Pokok Pisang' memakai baju Umno sekali pun bertanding, kemenangan akan datang bergolek senang2?

Sesungguhnya kawasan itu belum teruji lagi semenjak 1978 dan PRU13 akan menceritakan segala2nya.

Oleh kerana cerita2 banyak mengatakan Kepala Batas adalah kerusi 'pasti menang' serta kerusi 'laluan langsung ke Parlimen' maka ramailah mereka yang bercita-cita atau memasang angan-angan dan sedang memabayangkan paling tidak menjadi Setiausaha Parlimen kalau tak pun Timbalan Menteri kalau2lah Umno/BN dapat kekal lagi dalam PRU13 nanti......di antaranya ialah Datuk Seri Reezal Merican, Ketua Pemuda Umno, Kepala Batas, bekas Adun Bertam, Datuk Hilmi Abdul Rashid dan Datuk Zainal Abidin Osman.  

Dikhabarkan Kepala Batas berada dipersimpangan tiga......sesiapa yang akan beri laluan maka lancarlah laluan 'trafik' di situ......dan Umno sentiasa dimurungi budaya 'tikam belakang'......siapa yang pandai bersilat akan pasti tercalon tapi belum tentu terpilih oleh pengundi di situ lebih-lebih lagi mantan Perdana Menteri Pak Lah dikatakan tidak terpilih kali ini.

Perlu diingatkan pengundi Cina menyumbangkan 21% berbanding Melayu 75%.......segala2nya tidak mustahil. [sumber .]

al-brangionline:

Kepala Batas di simpang tiga.....amat berbahaya kalau laluan trafik tidak lancar.

Melepas 'dendam'(?) dan 'geram'......'menyucuk2' dari dalam.....

Kira-kira sebulan selepas discharged dari hospital akibat kena 'celulitis' Mac lalu, saya telah diserang demam denggi.

Akibat demam yang teramat sangat saya ke klinik. Doktor pastikan memang saya demam dan temperaturenya sekitar 40+ darjah celcius......dan saya mengadu kat doktor, badan saya rasa semacam gatal tapi tak gatal.....pelikkan?......Merah berbintik dikedua-dua belah kaki......ntah allergic ke apa...terasa semacam ribuan jarrum halus menyucuk2 hendak keluar keseluruhan badan.

Doktor kata dia tak pasti samada allergic...rashes atau pun denggi kecuali diambil darah......darah saya diambil dan diminta tinggalkan nombor telefon.......berapa jam kemudian saya dihubungi oleh doktor yang mengesahkan saya kena denggi dan platelet saya sekitar 80-88 lalu meminta saya datang ambil 'refer letter'......yang bermakna saya akan masuk wad lagi.

Saya ke hospital dan doktor mengesahkan saya kena denggi tapi wad sudah penuh dan saya di'wajib'kan datang setiap pagi untuk uji darah......bila malam terasa teramat perit...satu badan terasa semacam jarum-jarum halus nak keluar.....selama lima pagi saya berulang-alik ke hospital dan platelet saya naik tapi 'menyiput'......80, 88, 112, 123 sehingga saya berjumpa sahabat Darussyifa' yang mencadangkan saya minum air kelapa.

Sebelum itu saya minum air 100-plus dan sup ketam tapi badan saya allergic dengan ketam dan memang saya tidak suka makan ketam dan sifat ketam ialah suka 'menyepit'...dan saya memang tidak suka kalau berkawan dengan orang yang suka 'menyepit' terutama kalau ia berstatus ulaa-mak.

Amat jelas air kelapa amat membantu kerana keesokkannya platelet saya naik mendadak ke tahap 165 dan doktor pun terkejut......dia menasihatkan saya banyak minum air kosong...dan saya meneruskan minum air kelapa selama tiga hari berturut.

Rupa-rupanya sekarang baru saya faham akan fenomena 'menyucuk' dari dalam dan bercakap amat suka 'menyepit' (lembut sikit daripada menggigit) akan orang lain......ia amat perit dan amat berbahaya......sekarang ada sorang yang ber'title' 'scholar' sedang berperangai macam serangan denggi tadi......ia tak ubah seperti ribuan jarum sedang 'menyucuk2' dan 'menyepit' dari dalam.......jika ia tidak di'tawar'kan maka keseluruhan organisasi akan terasa 'gatal-gatal'...'menyucuk2' dari dalam.

al-brangionline:

Kalau sorang ulamak tersilap bertindak itu kita amat maklum......tapi tidak mungkin kesemua ulamak tersilap bertindak dan hanya kamu sahaja yang betul......tak mungkin...tak mungkin.

Tuesday, October 9, 2012

Ling sorang yg jujur habaq hang......


Ditelan mati emak.....diluah mat bapak.....[sumber .]

al-brangionline:

TST......tahu sama tahu.


Anwar 'bebas' a.k.a 'liberal'?......undang musibah sendiri.....

Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar 
di Lake Club Kuala Lumpur baru-baru ini.

al-brangionline:

Hang tanggunglah sendiri jika diri dicemuh.......ingat nak ke Putrajaya bukannya mudah macam sewa limosin, beli coupon dan terus naik walaupun pintu limosin dibuka oleh pemandu......nun di tengah perjalanan ada berbagai-bagai sekatan jalanraya.....anda bacalah sendiri di bawah atau DI SINI .

Rumusan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai caragaya politik Anwar Ibrahim amat serius. Bagi beliau Anwar ada cara tersendiri bagi mengaut laba politik dan pendekatannya itu tidak berlandaskan Islam.

Sesungguhnya Dr Haron seorang ulama dan ahli akademik yang amat berhati-hati ketika berhujah. Justeru dalam kes Anwar ini, beliau nampaknya begitu fokus dalam pemerhatiannya.

Bagi Dr Haron, Anwar kian cenderung melandaskan pemikiran politiknya pada pemikiran Islam liberal yang dianggapnya agak memudaratkan kepentingan Islam.

“Jangan kita rujuk kepada orang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri. Ye lah Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan," katanya.

Dr Haron berharap umat Islam di Malaysia, terutama penyokong PAS, tidak terkeliru hingga menyamakan fahaman liberal yang dibawa oleh Ketua Umum PKR itu dengan perjuangan PAS yang mahu menjadikan Islam sebagai asas membentuk sebuah negara.

Dr Haron berkata demikian ketika mengulas kenyataan seorang bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang diundang oleh Anwar ke Malaysia baru-baru ini.


Pada majlis Selasa lalu itu Anwar juga bersetuju melancarkan buku tulisan Akbar berjudul Tinderbox: The Past and Future of Pakistan.

Akbar yang kini Pengarah Editorial akhbar berbahasa Inggeris terbesar jualannya di benua India  -- India Today -- mendakwa Islam adalah agama menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara.

Dalil yang beliau gunakan ialah jika Islam boleh menyatukan umat untuk membentuk sebuah daulah atau negara Islam, sudah pasti di dunia hari ini ada 32 negara Arab yang masing-masing mendakwa negara Islam.

“Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," katanya.

Pendirian Dr Haron ini amat jelas dan tegas. Meskipun sejarah hubungan peribadi beliau dengan Anwar sudah terjalin sekian lama, ketegasan Dr Haron mengatasi seberang sentimentaliti dengan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.

"Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya.

Malah ketika ditanya adakah PAS bersetuju dengan fahaman syarahan Akbar tersebut, Dr Haron menambah mana-mana pihak yang amalkan fahaman sebegitu perlu mengubah persepsi mereka mengenai Islam.

"Jangan ambil begitu...yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap, maknanya apa sahaja kehidupan manusia, Islam menawarkan termasuklah penubuhan negara Islam 
yang lengkap. Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi," katanya.

Pendirian Dr Haron ini meninggalkan banyak kesan terhadap imbangan politik  negara hari ini. Ketika negara dikatakan menuju ke arah sistem dua parti, Pakatan Rakyat yang memperhebat cabaran terhadap Barisan Nasional nampaknya masih belum muktamad platfom politik mereka.

Mungkin terbuai dengan desakan mahu memperkukuhkan persamaan pemikiran politik, PKR di bawah pimpinan Anwar semakin ghairah menjadikan isu Hak Asasi manusia sebagai wadah kerjasama politik dengan PAS dan DAP.

Keadaan ini amat bermanfaat kepada DAP yang mendapati kini lebih mudah baginya meluaskan penerimaan rakyat berfahaman liberal akan perjuangannya kerana kini diperakui oleh seorang ikon politik Melayu seperti Anwar Ibrahim.

Anwar pula nampaknya cuba memanfaatkan kerjasama dengan DAP di atas slogan hak asasi manusia ini untuk mengaut lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu bagi mengimbangi monopoli Umno terhadap undi Melayu.

Apa jua kesannya, Anwar nampaknya semakin liberal pemikiran politiknya dan mungkin ini yang mendorong Dr Haron untuk menyimpulkan Anwar lebih senang bermain dengan konsep keadilan yang universal sifatnya dan ini nampaknya menjarakkan beliau daripada pemikiran Islam yang lebih syumul.

Sikap inklusif politik Anwar mungkin mendekatkan dirinya di hati pengundi bukan Islam dan Melayu, tetapi jika dibiarkan diadun dengan pandangan “rojak” orang seperti MJ Akbar, Anwar mungkin menjadi Pak Kaduk yang “menang sorak tapi kampung tergadai”.

Dr Haron sudah bersuara, Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula bila lagi? Memenangi pilihan raya umum adalah satu hal yang diimpikan tetapi menggadai maruah Islam dengan “mengambil mudah” semangat dan syariah Islam, adalah satu pemikiran yang berbahaya dan akan mencetuskan penyesalan berpanjangan bagi PAS dan umat Islam di Malaysia, setidak-tidaknya.

Monday, October 8, 2012

Wanita Malaysia nombor 3 paling tak setia a.k.a 'menipu' di dunia......adessshhh.....


Dalam satu kaji selidik baru-baru ini......daripada pungutan suara 29,000 wanita di 36 buah negara,, wanita negara Ghana berada di tangga pertama dengan 62 peratus wanitanya mengakui menipu teman lelaki dan suami mereka. Wanita negara Thailand di tangga kedua dengan 59 peratus dan yang paling menyedihkan wanita Malaysia berada di tempat ketiga (39 %).....wanita Russia (33%) di tangga keempat dan wanita Singapura di tahap kelima (19 %).

 Manakala lelaki Singapura pula dikatakan lelaki paling 'aktif'' melakukan seks haram di Asia......mempunyai 16 pasangan secara purata dalam kehidupan mereka.

Tidak mustahil ada yang dikalangan 39% itu adalah yang beragama Islam dan sudah tentu pejuang bangsa Melayu dan angkatan yang se'waktu' dengannya akan berasa bangga amat.

Para ulaa-mak tua dan muda tentu senyum meleret akan fenomena ini kerana apa yang di'tarbiah'kan oleh para pejuang bangsa dan pemimpin samada yang bersongkok hitam tinggi 2 inci mahupun yang lebih totok lagi iaitu setinggi 7 inci setengah dengan budaya hiburan melampau...budaya video seks lucah yang menjijikkan...budaya menyanjungi selebriti dan budaya "lu-lu...gua-gua...minyak dan air tidak bercampur dan jangan menjaga tepi kain orang" yang makin menjadi-jadi telah berjaya. [sumber .]

al-brangionline:
Terasa macam kenal aje gurunya.

Sunday, October 7, 2012

Menghitung hari

Dia sedang menghitung hari.

PRU13 satu mimpi ngeri buatnya......semakin dekt semkin berdebar...semakin dekat semakin bergetar...semakin dekat semakin kecut perut...semakin dekat semakin hilang tempat ber'gayut'...semakin dekat semakin 'kebas kaik-tangan'.

Kenapa perlu takut dengan hari itu?

Hanya dirinya yang boleh menjawab semua fenomena ini.

al-brangionline:

Langit tidak selalu cerah.

[sumber .]

Saturday, October 6, 2012

Takkan keringnya perigi Hang Tuah......aduhai.....


Selamat menjalani satu tugas 'berat' dan dengan penuh cermat kepada Tok Penghulu yang akan menyiasat sorang orang besau di sebuah negeri peninggalan 'Al-Pangsio d'Al-Bukaki'......Good luck omputih kata.

Saja-saja nak siasat ke......orang kampong kata wat syarat aje, itu terpulang pada anda buat tafsiran sendiri......tapi yang pasti sudah tentu tak ada orang yang akan tergolek jatuh atau dicampak keluau dari bangunan tinggi malah berkemungkinan semasa disiasat akan dihidang beriani campur dan sirap manis sebagai bahan ujian untuk memastikan beriani itu disediakan dengan harga yang murah kerana tukang masak semuanya buat kerja dengan ikhlas......bukan setakat murah tapi ia lazat dan berzat, halal dunia-akhirat serta suci bersih dari unsur rasuah dek berkat duit tabungan dari semenjak daripada bayi belum tanggal tali pusat lagi......aduhai.....

Semasa kerja-kerja siasatan itu sedang berjalan, ada sorang orang besau dari kolompo rakan karib malah sekapal dengan orang besau itu pulak memujuk serta memberi kata semangat, "Jangan kau keciwa...jangan kau bersedih...laa tahzan....kau di pihak yang benar.....mereka semua dengki kat engkau......semasa kau nak rebut nombor 2 dulu pun mungkin kau teraniaya.....dia orang tersilap potong nama kau bertanding...tak pa kali ni kau tanding lagi sekali, pasti kau menang."

Agak-agak Tok Penghulu itu selesa tak buat siasatan?......ntah2 nasi beriani disangka nasi putih......daging beriani disangka gulai terung, almaklum nak siasat dalam keadaan mata dan tangan ter'ikat'......alahai.....

al-brangionline:

Roboh sudah sikota melaka,
Sejuknya air, perigi hang tuah,
Jangan gundah dan berdukacita,
Eko bersih suci dari rasuah

Wednesday, October 3, 2012

Teramai...terbesar...tergah......nak tahu fulus dari mana?.....rupanya dari sini...

Udah jadi satu trend dalam ameno world, semuanya nak yang terbesar, terpanjang, teramai, tertinggi, terlama, terkaya......termahal dan ter...ter...ter...lagi.

Dulu digahkan ada bendera terbesar diikuti ketupat terbesar...kek terbesar.....kerepok lekor terpanjang...dikir barat terlama dan berbagai lagi ter...ter...ter...

Sekarang ni heboh pulak terkaya...parti Melayu terbesar...pemerintahan terlama...terbaik...ter...ter...ter.

Paling terhangat ialah tetamu terramai kononnya mencecah 100,000 +++ orang.

Apa nak heran...puak-puak tu kalau bab kerja, 'tak ketam tarah, tak makan...kedarah' free...merekalah paling aula.

Ada sahabat mengadu bisnesnya 'menyiput' lagi 'menyemut' punyerlah lambat nak naik, "klu cam ni bila nak jadi miliyanar".....jawab saya klu bisness tu ada logo atau link dengan 'cap ayam-keris bogel bersilang' tak sampai 2 tahun boleh jadi milliyanar bahkan billiyanar......malahan kalau rugi terpenyek menyembah bumi sekalipun akan dipam semula oleh puak-puak 'cap ayam-keris bogel bersilang'.

Ada juga sahabat mengeluh, nak buat kenduri caterer beri quotation RM18.00/pax termasuk kanopi......yang jaga trafik hanyalah 'Unit Amal' kalau panggil 'Rela' pun kena bayar...nak suruh polis, hang siapa? Busuk-busuk RM18.00/pax kalau 1000 tetamu mencecah RM18,000......kalau 100,000 orang datang tak ke pergi sampai ke RM1.8 juta henget?......Jawab saya senang ajer.....jadi pengampu 'cap ayam-keris bogel bersilang' atau menabung hasil noreh getah dari mula-mula biji getah dari Brazil dibawak ke Tanah Melayu hingga sekarang dan suruh 'dey tambi' yang jaga hal tanam-tebang-tanam-tebang semula pokok getah...tentu dapat banyak duit...betul tak?.....maka jawablah siupin-ipin...betul...betul...betul.

Selebihnya Dr.Hamirdin ada juga buat teorinya DI SINI .

al-brangionline:


Agaknya pernah anda terfikir kubur terbesar...terdalam siapa yang akan masuk rekod Malaysia kelak?

Maka beruntunglah siapa yang diperbesarkan kuburnya jauh mata memandang.