Tuesday, July 31, 2012
Al-Humaira dan 'mangsa' kepada si'pipi' merah
Monday, July 30, 2012
Taruhan terakhirnya di sini......kesian Umno
Sunday, July 29, 2012
Umno bakal menggigit jari di bawah bayu
Saturday, July 28, 2012
Suci jenis ni kotor rupanya
Thursday, July 26, 2012
Dua2 pernah ke Mekah......bezanya sorang 'cetek' dan sorang 'dalam' pemikirannya

Kedua-dua mereka pernah ke Mekah.
Wednesday, July 25, 2012
'Arab' palsu dan Rambut palsu......pun macam sukar nak percaya
Tak ada hairannya kalau emas palsu jadi modal tipu bank......malah sebelum pada ni pun sudah ada ijazah palsu.....doktor palsu aka doktor cabuk.....loyar palsa aka loyar buruk.....pemimpin 'palsu' aka pemimpin rasuah.....janji palsu (setelah 55 tahun Merdeka baru nak cuba tepati janji).....air palsu (kenapa selama ini tiada perancangan membina tempat merwat air setelah diswastakan padanya?)......'Arab' palsu untuk men'cair'kan lebai kampong.....adessss macam-macam palsu lagi kalau nak ceritalah......Oh ya, lupa pulak satu lagi...rambut dan gigi palsu.( mana mungkin sudah 50 tahun lebih rambut tak beruban, gigi tak bergoncang......kih kih kih kih kih.Tuesday, July 24, 2012
Keahlian Karpal Singh digantung?

Sunday, July 22, 2012
Fokus elok-elok, jangan pandang sawit nampak bulan weh

al-brangionline: Fokus elok-elok Pak Haji......jangan pandang sawit nampak bulan pulak.....ingat janji dibuat......

Saturday, July 21, 2012
Pesta dambaan sex atau pingat?......150,000 keping 'belon' disediakan
Peserta negara itu dalam acara menembak, Josh Lakatos pula berkata: “Keadaannya seperti di rumah pelacuran. Begitu banyak aksi panas.” [sumber ]
Thursday, July 19, 2012
Terima kasih Tuan Haji 'Al-Muslihun'
Di antara 'tolol' dan sakit 'mental'......mana satu bahaya?
Wednesday, July 18, 2012
3 VVIP ni boleh buktikan apa nama tu 'Diktator'
Tuesday, July 17, 2012
Episod ke 3 paling ter'siksa' akibat pelakonnya super seksi?
Kajian dapati penyokong PR 198% sokong Kerajaan tidak kongkong kebebasan media

Monday, July 16, 2012
Panaaassshhh: Transformasi Perkhidmatan Awam.....Kami dengar...hangguk...dan kami patuh?
Rakyat memerlukan penjelasan.....warga perkhimatan awam perlukan pencerahan......bukan setakat geleng-geleng...hangguk-hangguk."Ia berikutan surat penamatan perkhidmatan tersebut ditandatangani sendiri Najib mengikut Peraturan 49 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dakwa Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, hari ini.[Harakahdaily]
'Tipah tertipu'......
"Saya faham bahawa kamu dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ."Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan," katanya.
Latheefa tidak menyentuh secara langsung sebab peletakannya tetapi menyebut sepintas lalu berhubung isu perumahan rakyat miskin.
Perkara itu, tambahnya, pernah dihantarnya melalui e-mel kepada kepimpinan tertinggi PKR baru-baru ini.
Free Malaysia Today sebelum ini dengan memetik sumber melaporkan, Khalid sendiri mengusulkan cadangan untuk membuangnya.
Saturday, July 14, 2012
Uncle Seekers bebas : Ke mana selepas ini? Masih ingin mencari hantu?
Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya tengahari tadi.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada jam 12.55 tengah hari. Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira jam 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.
Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini.
Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.
Mohd Akhir berkata, kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.
Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.
Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, turut dibebaskan.
Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini. - BERNAMA [sumber .]
Ketua pasukan yg bebas dari tuduhan rasis ini tiada kaitan dgn ammeno......pulak dah.....
Ketua pasukan yang 'perkasa' badannya dari kelab bolasepak ternama ini telah dibebaskan oleh Mahkamah atas tuduhan rasis.......perlu diperjelaskan bahawa beliau tiada kena mengena dengan ammeno walaupun ramai melihat kepala hotaknya ada mirip-mirip dengan kepala hotak ammeno......kih kih kih.LONDON - Bekas kapten England, John Terry didapati tidak bersalah, semalam atas dakwaan bersikap perkauman terhadap pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris, Oktober lalu.
Terry yang juga merupakan kapten Chelsea, 31, tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut dan dia berada di Mahkamah Majistret Westminster ketika ketua majistret, Howard Riddle membaca keputusan kes.
Kes berprofil tinggil itu memberi tumpuan kepada penggunaan kata-kata kesat daripada kedua-dua pemain semasa perlawanan Liga Perdana yang mencetuskan peletakan jawatan pengurus England warga Itali, Fabio Capello, Februari lepas ekoran Persatuan Bola Sepak memutuskan untuk melucutkan jawatan kapten daripada Terry pada Euro 2012.
Terry menafikan yang dia telah melakukan kesalahan kerana melemparkan kata-kata berbau perkauman terhadap Ferdinand ketika Chelsea bertandang ke padang QPR di Loftus Road.
Walaupun, dalam keterangan Terry mengakui ada menggunakan kata-kata kesat, namun dia tetap dengan pendiriannya bahawa dia sekadar bersikap sinis terhadap Ferdinand yang tersalah anggap dengan apa yang dikatakannya. - Reuters [sumber .]
Friday, July 13, 2012
Mengkritik-menghasut dalam 'harmoi'......
Bunyinya memang cantik...memang comel...memang molek.....lebih-lebih lagi menjelang PRU13.al-brangionline:
Sudah ramai yang ter'siksa' di bawah Akta itu. [sumber .]
Si-'Adik' makan ber'SUAP'?......manja gitu...

Siapa yang makan ber'SUAP"?
Thursday, July 12, 2012
Seorang Hakim didapati berkaraoke dengan Peguam telah dipecat?......correct.....correct....correct

Hakim Mahkamah Daerah Denpasar, Putu Suika, dipecat oleh jawatankuasa sementara itu kerana melanggar Kod Kelakuan Hakim. Kod itu melarang hakim terbabit secara peribadi dengan peguam dan pihak yang kesnya didengar di mahkamah mereka.
Putu yang dijadualkan bersara pada 2013, mengaku bertemu dengan peguam bela berkenaan, Irfan, sebanyak tiga kali untuk berkaraoke di rumahnya.
“Cuma, saya hanya mengambil bahagian selepas kes itu selesai. Apabila saya berpindah ke Denpasar saya ada berhutang wang dengan Irfan tetapi ia tiada mengena dengan kes itu,” katanya kepada jawatankuasa itu.
Tetapi, jawatankuasa berkenaan kemudian bertindak memecatnya kerana menolak penjelasan beliau, lapor agensi berita Antara.
Jawatankuasa berkenaan membabitkan anggota Suruhanjaya Kehakiman dan Mahkamah Agung.
“Anda langgar kod kelakuan. Perbuatan itu menyebabkan anda cenderung campur tangan dalam proses penghakiman,” kata hakim Mahkamah Agung dan anggota jawatankuasa, Sri Murwahyuni.
Jawatankuasa itu tidak memberi maklumat terperinci mengenai kes yang dibicarakan Putu.
Bagaimanapun, ketika sesi keterangan, Putu dikatakan bertindak berat sebelah dan menyebelahi plaintif, yang diwakili Irfan tanpa berunding dengan anggota hakim lain.
“Keputusan itu tidak menurut Prosedur Kod Jenayah. Adakah anda membuat kod prosedur sendiri?” kata hakim Mahkamah Agung dan seorang lagi anggota jawatankuasa, H M Zaharuddin.
Pengerusi jawatankuasa, Djaja Ahmad Jayus, berkata ia bukan kesalahan pertama Putu.
“Putu adalah timbalan ketua Mahkamah Daerah Palangkaraya tetapi beliau diturunkan pangkat menjadi hakim biasa di Mahkamah Daerah Mataram selepas rakyat menuduh beliau menyalahguna sebuah kereta,” kata Djaja. Agensi
Wednesday, July 11, 2012
Faham betul2: Kenapa PAS NS cadang 'Mak Cik' ini jadi MB
Tuesday, July 10, 2012
1Tangan......1Orang.....1Sumbang......haha

Oleh MARTIN CARVALHO......SUBANG: Kira-kira 3.6 juta pelajar dari seluruh negara terlibat melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) dengan menyertai program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan pada Selasa.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassi yang juga Menteri Pelajaran berkata, acara itu seiring dengan dasar 1Murid 1Sukan untuk memupuk cintakan sukan di kalangan pelajar tanpa mengira latar belakang kaum.
Acara yang dilancarkan di Sekolah Wawasan USJ5, Subang Jaya itu menyaksikan 3.66 juta pelajar sekolah menengah dan rendah dari 10,000 sekolah di seluruh negara mengambil bahagian dalam senamrobik tersebut.
Monday, July 9, 2012
Anwar mesti penuhi syarat ini untuk jadi PM
Umno meletakkan 'anu'nya atas Talam
Lu betullah apek......bukan MCA yg takut pada Umno tapi Umno sebenarnya yg takut pd MCA.....

Saya amat setuju dengan apek......dia kata tidak adil kata MCA takut pada Umno.
Sunday, July 8, 2012
Madey masuk PASTI......biar betul
Friday, July 6, 2012
Kenapalah dia ni benci sangat pada dia......aiiiii...
Thursday, July 5, 2012
Bagi pak cik nih, moral hanya duduk di 'anu'nya.....kih kih kih


Wednesday, July 4, 2012
MCA tolong bukak 'pintu'......Umno 'tubik' bersamanya......panaaaaas.
Apabila sorang Adun Umno Johor mencadangkan hudud dilaksanakan di Johor sepenuhnya maka tiba-tiba rakan kongsi Umno, MCA melenting macam cacing kena goreng......macam ayam berak kapur.....macam 'beruk' kena belacan.Di dalam terlampau ghairah untuk me'mujuk' kaum Cina.....MCA seolah ketandusan 'ayat'......gopoh gapah dalam berkata-kata......sehingga sanggup dikatakan Adun Umno itu 'hilang akal' dan ada yang suruh Adun Umno itu masuk PAS.
Tuesday, July 3, 2012
Sorang lagi......ini yg buat ammeno tidoq tak lena.
Alhamdullilah.....syukur Alhamdullillah.Monday, July 2, 2012
Dulu mung ajak bertumbuk......sekarang kami ajak berdebat.....guane Mad Said? [video]
Kalau dah 'lembam arithmatic' janganlah nak tunjuk hebat......kih kih kih

Siapa awak?
Yang masih bengap pasal isu "Haji-PRU13" terjawap dlm video ini
Keluarkan hujah anda bila melihat dan mendengar hujah yang ada dalam video di bawah agar mereka yang duduk di atas pagar di luar sana dapat menilai hujah anda......jangan hanya pandai ber'kukur' dan ber'titir' bila ibu jari dipetik oleh jurulapor pencacai.
al-brangionline:
Ingat...... Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. Al-Quran Surah 35, Ayat 28