Followers

Monday, April 30, 2012

Ameno langkah ke PRU, muka terpalit taik

Rasanya 'perkasa(m?) tentu setuju kalau dikatakan abang berbaju biru sedang melakukan 'latihan' silat terakhir sebelum ditauliahkan oleh 'Khalifah Tertinggi' mereka. '

Cuma yang peliknya takkan dalam 'latihan' silat itu begitu ramai 'pendekar' menghadapi seorang musuh?

Ya auwww auwww buat Pok Jib pening......[sumber .]

al-brangionline:

Ameno langkah ke PRU, muka terpalit taik......

7 'meratah' 1 cukup dengan mintak maaf aje?......ish ish ish ameno.....

[sumber .]

Mintak maaf aje?

Ish Ish Ish ameno......7 orang 'meratah' sorang hanya dengan mintak maaf?

al-brangionline:

Biasaklah ameno....mana nak bertanggunjawap......alahai.....

Sunday, April 29, 2012

Gambar yg buat saluran kentut ameno ter'cerut'

Gambar yang buat Mad Katak Mulut Luas......Mad Bibir Merah.....Mad Sembab.....Mad Ya Auwww Auwww.....Mad Jambatan Besi.....Mad Apa Nama...dan ameno semuanya ter'cerut' saluran kentut.

al-brangionline:

Kuning membersih.

Saturday, April 28, 2012

Apabila Karyawan sudah celik politik......Umno makin kabur.....

Apabila artis keluar dari kepompong glamour.


Apabila Sasterawan Negara ber'Puisi' di jalanraya

Apa makna semuanya ini?

al-brangionline:

Petanda baik bahawa semua sudah celik politik

Apabila rakyat ke jalanraya......umno gelabah mcm digigit hanturaya

Kita boleh tidak bersetuju dengan seseorang atas sesuatu perkara hatta dengan kedua orang tua kalau di atas perkara yang bertentangan dengan syariat Agama.

Sepasang suami isteri boleh tidak bersetuju di atas sesuatu perkara yang lari dari perbatasan Agama serta adat dan budaya.

Jalan penyelesaiannya ialah duduk berbincang dan jika bertemu dengan jalan buntu maka ada sesetengah dari mereka akan menggunakan Mahkamah sebagai jalan terakhir.

Sehubungan dengan itu, dalam kes BERSIH 3.0, kenapa rakyat memilih jalanraya sebagai jalan penyelesaian?

Adakah perkara yang tidak dipersetujui itu terlalu besar dan rumit?

Apakah sudah tertutup rapat pintu perundingan?

Apakah Pakatan Rakyat yang terdiri ramai daripada golongan profesional begitu naif dengan segala perundangan negara?

Tuan/puan fikirlah sendiri

Hanya Umno yang boleh jawap persoalan ini.

Kenapa Umno begitu keras kepala?

Kenapa SPR beria-ia dan bersungguh-sungguh mempertahankan Umno?

Kenapa DBKL turut terbabit dalam kemelut politik ini?

Kenapa DBKL sanggup me'magar' Dataran Merdeka?

Adakah Dataran Merdeka merupakan Dataran 'keramat' dari pandangan Umno?

Tuan/puan fikirlah sendiri.

al-brangionline:

Apabila mad bangla...mad indon...mad myanmar memilih pemimpin, maka pemimpin yang dipilih akan ber'selera' semacam dengan mad-mad indon, bangla dan myanmar......kikikikiki


Friday, April 27, 2012

Duduk kalau tak bantah......maka taklah 'haram'.....haram betoi...

Gambar sebagai hiasan

Duduk sambil bantah di Dataran Merdeka bukan setakat dilarang oleh Mahkamah dan dihalang oleh DBKL......bahkan diberi fatwa HARAM. [sumber .]

Duduk sambil bertindih paha laki dan perempuan di Dataran yang sama menyambut tahun baru......menunggu detik 12 tengah malam, tak ada siapa pulak beri fatwa HARAM kerana yang terlibat adalah dari golongan bawah ke atas dan dari atas ke bawah.

Duduk dari Asar ke larut malam melanguk mendengar konsert......tu tak HARAM ya pak syeikh?

al-brangionline:

Haram betoi......double-standardlah tu.....haram betoi.

Hebat kerja kau 'Phew Hard'......ada harapan jadi Menteri WP

[sumber .] [sumber .]

Wah selari nampak arahan Mahkamah dengan DBKL.

Hebat kerja kau 'Phew Hard'.

al-brangionline:

Ada harapan jadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Thursday, April 26, 2012

Di antara botoks dan aurat......

Gambar hanya sebagai hiasan

Tiba-tiba nak bercakap pasal suntikan botoks.

Ada sesetengah artis menyuntik botoks semata-mata untuk sentiasa kelihatan jelita dan mengekalkan keayuan......yang sebenarnya tak tertakluk pada artis aje, ada juga orang awam yang buat begitu.

Ada artis menyuntik botoks pada bibir agar kelihatan tebal mengancam.....ntah tang mana yang nampak cantik, macam bibir orang bengkak terkena cili berlibihan adalah.

Ada sesetengah pemimpin menyuntik botoks agar sentiasa nampak muda belia.

Mereka sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk tujuan itu.

Saya tertarik dengan kenyataan penyanyi Jazz tersohor, Sheila Majid, dia kata dia tak suntik botoks kerana haram.
[sumber .] [sumber .]

Dalam pada itu jangan lupa, tak menutup aurat pun haram.

Saya menyeru kepada semua kaum hawa supaya menutup aurat dan menjauhi botoks.....tidak kurang juga kaum Adam

Bagaimana ya yang menyuntik botoks dan tak menutup aurat? Berapa kali haram tu......tu tak termasuk yang sedang ber'kali-kali-kedudukan' (jamak kepada bersekedudukan).....ntah berapa kali haram ye?

al-brangionline:

Sesungguhnya......kecantikan itu tidak kekal.....yang mengikuti kita esok ialah amal.

Bila roh berpisah dengan jasad, segala kecantikan akan hilang seri, yang tinggal hanya muka yang pucat, sembab dan kerepot.

Tak patut Nizar bongkarkan hal Pak Menakan Zambry

Kenapa Nizar bongkarkan hal Pak Menakan Zambry.

Kecik hati anak Pak Kadiaq tu.

Hal apa yang buat hati kecik anak Pak Kadiaq tu terasa?

Mesti hal besar......kalau hal kecik macamana boleh jadi Menteri Besar......nak jadi Menteri Besar mesti berjiwa besar.....lainlah kalau jadi MB 'lompat tikam' (sejenis kuih sangat popular di Terengganu).

Selaku seorang jurutera, beliau tidak akan bercakap tanpa fakta.

Kenapa anak Pak Kadiaq menggelabah ungka?......Gayat ke duduk kat atas?.....Kalau gayat lebih baik berundur cepat sebelum Pakatan Rakyat lipat.

Selebihnya sila baca DI SINI .

al-brangionline:

Teringat semasa berkhemah di Teluk Nipah, Pulau Pangkor......tak delah gayat cuma hangat je.

Awas dengan bapak polisi jenama baru......PBDRM.....

[Sumber .]

Awas dengan bapak polisi jenama baru......"Polis Bandaraya Di Raja Malaysia".

"IGP"nya telah beri amaran keras,......"Jangan duduk dan bantah di Dataran Merdeka. Tindakan akan diambil"

al-brangionline:

Ish...Ish...Ish...ramainya Agensi Kerajaan bersimpati pada Umno.

Wednesday, April 25, 2012

Menteri hina 'tuan rumah'......bahkan menghina Raja.....dok gitu?.....

Di zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman bila Menteri Pusat apatah lagi yang bertaraf Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri turun melawat lawatan kerja ke Negeri-Negeri, maka di antara perkara utama yang dilakukan ialah membuat "courtesy call" atau kunjungan hormat kepada ke Bawah Duli Sultan-Sultan serta Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Akhir-akhir ini setelah beberapa negeri (Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor) di perintah oleh Pakatan Rakyat, kita tidak pernah mendengar Menteri-Menteri tersebut membuat kunjunganv hormat kepada vMenteri-Menteri Besar atau Ketua Menteri apatah lagi kita mendengar dan tengok gambar mereka membuat kunjugan hormat ke Bawah Duli Sultan-Sultan.

Kita tahu mengikut kata mereka lawatan itu adalah lawatan kerja walaupun kesemua acaranya adalah acara parti......dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengucapkan,......"Helo Menteri Pusat , jemput ke Pejabat saya jika lawat Kelantan." adalah tepat pada masanya. [sumber .]

al-brangionline;

Itu menunjukkan kekurang bijaksanaan mereka......bukan setakat menghina "tuan rumah" bahkan meng'hina' Raja-Raja.

Tuesday, April 24, 2012

Jangan ghairah nak pilihanraya......tunggu API reda dulu

Tak terbayang bila masuk saluran mengundi akan berjumpa dengan muka-muka yang semacam cam aje......macam pernah nampak kat pam minyak.....pasar borong Selayang.....baiki paip bocor...renovate rumah...lap lantai...lipat-jemur pakaian......

Inilah muka-muka kesayangan ameno yang akan mewarnai politik Malaysia.....muka-muka yang akan menjadi pemilih mereka yang akan memasuki Dewan-Dewan Negeri dan Dewan Rakyat yang mulia.

Pakatan Rakyat diingatkan......jangan terlalu ghairah untuk mendesak PRU13 diadakan segera......tunggu sehingga API red. Sila baca DI SINI .

al-brangionline:

Dey......roti kosong satu......'Tunggu sekejap.....undi jugak buang dulu.....Dacing' jugak.'

Gigitan Scorpion berbisa......berdenyut kesakitan hingga PRU13

Scorpion sudah mula mengagkat ekornya untuk menggigit dan melepaskan bisanya.

Bisanya akan berdenyut dan menyakitkan mangsanya sehingga PRU13.

Aduh bisanya......selebihnya DI SINI .

al-brangionline:

Aduuuh.....duh...duh...duh

Monday, April 23, 2012

Akan menyaman......'sumpah lahanat' menyusul?......alahai

Kata si-abang tu.......mana saya ada wang sebanyak itu.You all semua tahukan kehidupan kita orang amat daif......kita orang suka berkorban untuk rakyat.....tak ada masa langsung untuk berfoya-foya...buat apa saya sanggup habis begitu banyak wang untuk seorang wanita.

Kata si-manis itu...mana ada saya terima wang sebanyak itu...you all mengarutlah. Kalau I ada wang sebanyak itu...akan I pergi Umrah setiap bulan dan derma pada anak-anak yatim setiap hari.

Kata 'Brother' si-pembawa berita yang membuat laporan polis tu pulak...... artis itu telah menerima wang sebanyak RM58,000.00 pada Oktober 2011, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bula Disember dan RM510,000 pada Januari 2012.. [sumber .]

Kata rakyat pulak, elok saman aje......biar Mahkamah yang menentukan siapa yang benar.

al-brangionline:

Jangan ada yang mencadangkan diadakan sumpah lahanat......alahai......

Kelab '18x I B A I'...nak lawan Anwar


Puak-puak nih tak mahal upahnya......air- mineral...nasi politrin...T-shirt...topi sudu.

Inilah balaci-balaci 'ameno-perkasam' yang mengacau kampong dan bandar...memekik macam orang sasau...janji perut kenyang. [sumber .]

al-brangionline:

Kelab T I B A I ke Kelab - I B A I (segan nak sebut sebab ia 18x) kakkaaakka

Sunday, April 22, 2012

Balaci ameno yg wengong......haha

Sesetengah negeri kita x boleh kat ikut sedap mulut aje 'bodoh' pada seseorang......nanti kena saman.

Yang peliknya kalau kata 'kurang cerdik'.....tak apa pulak. Kalau tak caya boleh tanya YB Nik Amar...beliau pernah kena saman dulu...tapi beliau tak kata 'bodoh' cuma kata 'kurang cerdik' ajae......kakakakaka.

Apa pulak dengan wengong?

Spesis-spesis bengong, bangang, baral dan yang sejenis dengannya tidak boleh cakap sebarangan terutama pada spesis ameno kerana mereka perlahap duit......sikit-sikit saman.

Jadi 'wengong' ini tak ada dalam Kamus Dewan.....nakdikatakan termasuk dalam spesi di atas tak berapa berani kerana kita orang bukan pakar bahasa.....cuma bolehlah tanya dengan kumpulan yang sangat teruja bila masuk surat khabar nih seperti DI SINI .

al-brangionline:

Sepupu-sepapat-sepusing

Saturday, April 21, 2012

Tak gunanya 'bapak'

Tahu tak pe.

PTPTN kan adik bongsu along.

Habis tu bapak dia sapa?

al-brangionline:

'Bapak' yang tak mahu campakkan ego politiknya.

p/s Tak gunanya bapak.

Friday, April 20, 2012

Baru ku tau apa itu 1Malaysia......alahai

Di mana-mana pergi akan ada billboard terpampang logo '1Malaysia'.

Di baju orang Umno se'wajib'lah ada logo '1Malaysia'.......di sut pegawai atasan Agensi Kerajaan kalau nak cepat naik pangkat mesti ada logo '1Malaysia' (rasanya kalau nak cepat lagi pakai logo tu di kiri-kanan serta depan belakang.....bukan cepat apa...cepat dibersarakan......kikiki)

Sekarang ada klinik 1Malaysia. Apa bezanya dengan klinik biasa?

Adakah klinik biasa hanya untuk orang Melayu dan klinik 1Malaysia untuk pelbagai kaum?

Kedua-dua klinik tersebut adalah bangunan yang sama, doktor yang sama, farmasi yang sama, ubat yang sama.....seperti di Bangi, yang bezanya klinik 1Malaysia bermula dari jam 6.00 petang hingga 9.00 malam......alahai.

Begitu juga dengan Kedai Rakyat 1Malaysia......kononnya diwujudkan kerana memberi tawaran harga yang murah......bukankah itu bermakna di kedai-kedai lain yang bukan '1Malaysia' harganya boleh dipastikan murah oleh Kerajaan......kakakaka...ada betoi ka kawan?

Selainnya ramailah yang jenis wengong-wengong mensensasikan 1Malaysia seperti buat kek 1Malaysia...kain batik '1Malaysia'...dodol '1Malaysia'...bila ambik gambar angkat jari telunjuk nak menggambarkan '1Malaysia' (dalam ramai-ramai tu ada yang tersalah angkat jari, terangkat jari hantu....rosak 1Malaysia...kikiki).

Jadi apa bezanya di antara 1Malaysia dengan yang biasa? (Macam KFClah pulak...Original Recipe..extra spicy dan crispy dll)

Jawapannya sama saja......samada isinya, kulitnya, warnanya, coraknya, gemuknya, kurusnya, putihnya......yang beza hanyalah sensasinya dan ejaannya.

Jadi kenapa Umno gubah '1Malaysia'?

Kerana orang India dan Cina sangka Malaysia hanya untuk orang-orang Melayu.

Siapa yang cakap? Sebab dalam PRU12 undi orang India dan orang Cina merudum.

Oh itu macam ka?

al-brangionline:

Baru saya faham.

p/s

Kalau tak nak hapus PTPTN tak apa......jangan panik, ego pun tak jatuh...caranya senang je....wujudkan universiti 1Malaysia percuma di setiap negeri......apa macam?...

Thursday, April 19, 2012

Bila-bila masa bola akan menerjah gawang......tapi belum tentu dikira......alahai.....

Mengimbau zaman kanak-kanak memang seronok. Setiap petang Jumaat dan Sabtu......kami akan bermain bolasepak (bola plastik) di belakang rumah......kebetulan ada tanah lapang, pendek sikit daripada gelanggang futsal sekarang.....kiri kanan pokok senduduk.

Oleh kerana tiada palang gol dan tiang gol, kami bersetuju jika penjaga gol tak dapat menjangkau ke atas (untuk bola tinggi) maka gol tidak dikira. Kami hanya guna selipar Jepun sebagai tanda tiang gol.

Dalam pasukan kami ada sorang yang memang kaki dribble.....kalau dapat bola pasti dia akan gelecek bersekali dengan penjaga gol.

Oleh kerana penjaga gol pasukan lawan itu senior 2 tahun daripada yang lain maka dia bertindak suka mengarah.....dialah referee...dialah penjaga garisan...dialah penjaga padang......alahai.

Oleh kerana pasukannya selalu kalah, maka pada satu hari striker harapan kami sudah terlepas dari kawalan...habis semua digeleceknya dan sedang meluru ke gol lawan......penjaga gol sedar dia akan diaibkan untuk sekian kalinya dengan pantas dia rapatkan tiang gol (selipar Jepun) dan hanya menunggu striker kami menghampirinya.....akhirnya bola diselamatkan.

Tapi itu kisah dulu kala......di zaman sekarang mana ada peristiwa 'pelik' macam tu.

......Tolong sikit, jangan cakap macam tu.....sekarang pun ada berlaku...dah banyak kali berlaku.

Sekarang bola sedang meluru ke gawang Umno.....semua penonton akan menyaksikan gol kemenangan.

Umno tiada cara lain...tiada helah lain...penonton nak kata apapun...katalah...selama ni pun penonton selalu dikeleceknya tetapi dek selalu digula-gulakan maka penonton hanya mem'buta'kan mata dan me'mekak'kan telinga.....Umno hanya ada dua cara iaitu mintak bantuan 'pengadil' dan alih tiang gol.

SPR yang bertindak selaku 'pengadil' pilihanraya sentiasa di'perkuda'kan oleh Umno.....bahkan seluruh Agensi Kerajaan di'tunggangi'nya.

Mak Cik tua yang sudah nyanyuk dan kaki latah pun akan tergelak terbahak-bahak bila arahan suruh naikkan bendera BN di setiap stesyen komuter di Selangor.

Kenapa SPR kata PRU13 adalah yang paling sengit?

SPR tidak perlu mengulas atau buat ramalan......kerjanya hanya menguruskan pilihanraya dengan profesional.

Bila agaknya Umno akan bermain 'fair-play'?

al-brangionline:

Tunggulah Persatuan Peminat Kucing SeMalaysia berkonferens......dah bertanduk rupanya si-Tomel.

Wednesday, April 18, 2012

Khalid Samad dakwa anak Pak Kadiaq 'bohong''......

Apa nak hairankan bila Khalid Samad kata anak Pak Kadiaq tu ber'bohong'.

Bukankah itu kerja depa......'bohong'...'auta'...'putaq-alam'...'pelawok'/'belebong' (pelek Terengganu). Apa lagi? Anda tambahlah sendiri.

Yang seronoknya Khalid Samad mengsyaki anak Pak Kadiaq itu berkemungkinan buat 'plastic-surgery' atau mungkin saya ingat telinga dia ala-ala 'Six Million Dollar Man' kot...yang boleh dengar dari jarak berbatu-batu.....biar betoi...alahai...[sumber .]

al-brangionline:

Nak tanya sikit pada Khalid Samad..."Semenjak bila puak-puak...juak-juak..nih tak berbohong?"

PTPTN dan gigi palsu......apa benda nih?.....

Hari ini dah masuk 3 hari badan ini menggigil seolah-olah ke'sejuk'kan tapi bila diambil suhu.....kepanasannya memang tinggi.

Tak tahu demam ini kerana memang badan nak demam atau demam kerana mencabut gigi ketika badan sudah demam.....tapi rasanya demam nih kerana sakit gigi...bertambah parah lagi pulak mencabut ketika badan tengah demam.

Nak update blog ni pun dalam keadaan kepala 'pusing'.....namun ia sudah menjadi rutin walaupun apa yang ditulis tidak memenuhi selera anda lebih-lebih lagi yang berada di luar Pakatan.

Pertama kali pergi ke Klinik Kesihatan Kecil Bandar Baru Bangi dan terus naik Tingkata 1, Unit Pergigian.

Sementara menunggu giliran......sempat pulak bersembang dengan seorang pesakit yang berusia lebih kurang 65 tahun yang sedang men'telaah' 'suratkhabar deme'.

Tiba-tiba dia bertanya, "Nak cabut ke nak tampal?"

Saya menjawab ringkas, "Biar Doktor tentukan."

Dengan nada sinis dia mencelah, "Mana boleh. Kita kena buat pendirian sendiri."

Dalam hati sempat saya berkata.....orang tua ni nak 'kena' nih.

Saya pulak bertanya kat dia, "Abang nak buat apa?"

Dengan lidah yang fasih tanpa ragu-ragu dia menjawab, "Gigi palsu. Mana nak dapat cuma RM50 aje."

Saya cuba 'test' dia, "Murahlah tu. Kalau kat klinik swasta mahu 5-6 ratus ringgit."

Saya sambung lagi, "Kenapa tak buat kat Klinik swasta?"

Dia menjawab dengan nada separuh mengeluh, "Mana abang mampu. Anak empat orang udah bekerja tapi kena bayar hutang PTPTN lagi...hutang kereta...hutang rumah."

Saya sudah mula tersenyum kerana abang ini sudah masuk perangkap.

Saya cuba 'test-uji' abang ini sekali lagi, "Bagus ke PTPTN tu?"

Dia menjawab, "Baguslah. Abang mana mampu nak tanggung 4 orang tu masuk Universiti."

Saya cepat-cepat mencelah, "Betul tu, tapi yang merananya anak-anak kita, ber'lepek' dengan hutang."

Kepalanya masih beku dengan auta Umno setiap hari dan malam.

Dengan keras hati dia masih mempertahankan hujahnya, "Memang le adat orang berhutang...mesti bayar...tak masuk syurga tahu."

Saya cuba menenangkan keadaan, "Betul tu Bang. Tapi kalau le pinjaman itu diganti dengan Biasiswa mungkin anak-anak kita boleh beri lebih sikit wang saku bulanan."

Saya ingatkan keadaan sudah tenang...rupa-rupanya makin hangat.

Abang itu sempat berkata sebelum nombor gilirannya keluar, "Kau nak bangkrapkan negara ni."

Sebelum dia masuk bilik rawatan, saya sempat me'maku'kan kepala otaknya, "Anak-anak kita bangkrap tak pe ke?"

Dia beredar masuk dan sempat menjeling (tak tahu marah ke setuju)......begitulah kepala otak penyokong totok yang sudah membeku kerana setiap hari dan malam mendengar auta pemimpin mereka.

Tuesday, April 17, 2012

Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 17 April 2012


Lions XII 5 melawan PKNS FC 0

T-Team 1 melawan Kelantan 2

N. Sembilan 1 melawan Terengganu 1

Perak 2 melawan Sabah 2

Selangor 2 melawan Johor FC 0

Sarawak 0 melawan Kedah 2

Felda United 1 melawan Kuala Lumpur 0

Monday, April 16, 2012

Soi Lek pakar 'akrobatik'......abangnya pulak pakar 'kelepek'?

Rasuah dalam Barisan Nasional bolehlah diibaratkan macam kentut dengan kepala taik......Tidak boleh dipisahkan macam lagu dan irama.

Begitulah jijiknya.

Kalau dulu si-adik dengan bangganya mengaku......"Sayalah orangnya dalam video lucah itu."

Adik dengan pakar 'akrobatik'nya (akro-bed)......sekarangnya abangnya pulak didtuduh pakar 'kelepek'......seperti dilaporkan DI SINI .

al-brangionline :

MCA bakal pupus dalam PRU13 nanti.

Sunday, April 15, 2012

Bila Tok Moh kata, masa dah sesuai buat pilihanraya

Gambar sebagai hiasan

Tok Moh kata masa dah sesuai Pok Jib panggil PRU13.

Kita pakat-pakat tengok, Pok Jib nak ikut kata Tok Moh atau nak ikut kata Mok Moh......anda fikir bagaimana? [sumber .]

al-brangionline:

Ada berani ka?

Kak kah kah kah kah......bila pak badut buat lawak 10 sen

Senangnya kerja Umno untuk hapuskan pembangkang.

Apabila sorang tukang 'karut' bawak cerita kononnya dia berada paling hampir dengan sorang-dua pembangkang yang kononnya buat 'lawak' dan bising semasa dalam Majlis Perbatalan Agong tempoh hari......maka pada mulanya sorang 'menyalak'......lepas tu berderet-deret...lepas sorang...sorang melalak mengutuk dan akhirnya disuruh tubuh Suruhanjaya nak siasat.

Adesh......senangnya kau nak pekena pembangkang......kalau misalnya ada pembangkang terkentut dalam Parlimen.....mesti ada tukang kipas cadang suruh tubuh Suruhanjaya nak siasat kerana menghina Parlimen.....weh kenapa kau tak suruh tubuh Suruhjaya siasaa beberapa VVIP yang berhutang duit negara ratusan juta ringgit...tiba-tiba dihapuskira?

Percayalah......lagi dekat dengan PRU, lagi banyak tukang karut...tukang dikir...jurulipurlara...jurukipas...tukang salak...pak-badut buat lawak 10 sen untuk hinakan pembangkang.....itulah mentaliti ameno...mentaliti lawak 10 sen dari dulu, kini dan selama2nya.

al-brangionline:

Teringat akan majlis kenduri kawin sahabat.....bergema satu taman bunyi paluang kompang...tapi rupa2nya hanya bunyi dari kaset.

Rasa2nya nak cari kaset bunyi orang ketawa berderai2 dan setiap kali ameno buat lawak 10 sen...akan dipasang kaset itu...biar satu taman ikut ketawa...kah kah kah kah kah.

Saturday, April 14, 2012

Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 14 April 2012


Terengganu 1 lawan Negeri Sembilan 0

Kelantan 1 lawan T- Team 1

Johor FC 1 lawan Selangor 1

PKNS FC 1 lawan Lions X11 0

Sabah 1 lawan Perak 3

Sapa pengemis, sapa tokeh, sapa 'kuli batak' tak timbul.....guane gitu weh?...

Azan Ismail pimpinan PKR

Nada mengeluh begitu tak sepatutnya keluar.....lebih-lebih lagi guna perkataan 'pengemis'......seolah mengambarkan tiada keakraban dan semangat bertolak-ansur berlaku di Terengganu......kan kita dah dekat dengan PRU.

Sapa pengemis...sapa dermawan...siapa tokeh...sapa 'kuli batak' tak timbul...yang penting kita kerja kuat untuk menumbangkan Umno.

Sapa-sapa pun patut ukur seluar dibadan sendiri kerana takut seluar tu ketat hingga pecah zip atau pun terlalu longgr hingga terlondeh langsung.

Tolonglah di saat ini kita masih lagi sanggup beri bola tanggung pada Umno.

al-brangionline:

Teringat masa dalam APU dulu......se'bundle' gambar Ku Li dicampakkan oleh orang Semangat 46 di UPU PAS kerana tak ada orang Semangat 46 nak buat kerja ala-ala pengemis itu kerana orang-orang Semangat 46 masih terbawak2 dizaman mereka dalam Umno semua kerja dapat fulus. [sumber .]

Betul pesan Pak Det tu......janganlah 'trauma' pulak.....

Mungkin orang Umno sudah lupa......memang Melayu (Melayu Umno) mudah lupa.

Dulu Pak Det kata Umno sudah 'busuk' dari kepala sampai ke ekor.....tapi Melayu Umno masih pilih Umno.

Kenapa?

Sebab orang Melayu (Melayu Umno) amat 'fobia' dan 'trauma' dengan duit......walaupun dapat RM500 untuk 5 tahun yang bermakna hanya 27 sen sehari....tak dapat sebatang rokok pun.

Yang mengharukan lagi kalau Umno buat janji pun.....orang-orang Melayu (Melayu Umno) akan meleleh-leleh air-liur punyalah teruja.

Jadi bila Pak Det nasihat agar bijak pilih parti...beliau berpesan dari sudut hatinya yang ikhlas...cuma beliau tak berani nak cakap secara berterus terang kerana 'platelets'nya berjenama Umno lagipun beliau tak dapat nak bayangkan apa akan terjadi bila Pakatan Rakyat ber'arak' ke Putrajaya selepas PRU13 nanti.

al-brangionline:

Jangan bimbang......"generasi Melayu Umno" akan dilayan mengikut hak masing-masing......tapi pemimpin mereka yang salah laku tu janganlah trauma pulak berulang-alik ke Mahkamah.

Friday, April 13, 2012

Baru tuduh......chek belum salah lagi...betoi ka?

Apa?......Hangpa ingat aku tak boleh smart?......Keterampilan mesti jaga walaupun dituduh memecah amanah yang membabitkan sejumlah wang RM49.7 juta.....itu baru pertuduhan...belum tentu sangkut lagi...betoi ka?......Bak kata orang Tanjung......kalau jatuh pun...misai tak cecah tanah...betoi ka?

Walaupun dalam pertuduhan di Mahkamah.....kehidupan perlu disambung.....ah sibuknya.....23 hingga 26 April dia akan ke Singapura.....28 April hingga 5 Mei dia akan menunaikan ibadat Umrah.....5 hingga 11 Mei dia akan ke Kazaskhtan dan dari 11 hingga 15 Mei akan ke London untuk melawat anaknya di sana.

Kisah seterusnya DI SINI .

al-brangionline:

Kata bijak pandai minyak dan ayaq tak bercampur......betoi ka?

Tapi kereta aku bila minyak hitam masuk ayaq.....dia jadi putih macam susu...tak caya?...Hang acu cuba try test tengok lagu mana.....kikiki

Biar Mad Said terjun dengan labu-labunya.....biarkang...biarkang


Mad Said dah habis (hilang?) akal dah......dah tak dok idea lagi (semenjak bila ada idea?).....memang jelas dan ketara sangat dah kurang kecerdikannya (semenjak bila dia baaaanyak cerdik?).

Dulu setiap kali ada PRK atau PRU, Umno Terengganu khususnya akan main isu PAS kafir-mengkafir sehingga sikit sebanyak termakan jugak oleh Pak-Pak Imam dan Pak-Pak Lebai kampong.....tapi sekarang isu itu sudah basi.

Biia dah tahu isu itu sudah basi dan memang sudah tak dok 'mmodal' lagi lebih-lebih lagi bila tengok gelombang "PAS Ganti Umno" semacam mengancam kerusi Mad Said sendiri khasnya dan Umno Terengganu amnya, maka Mad Said dengan muka 'do rok cetong (muka poyo lah sikit lebih kurang) macam budak-budak di "Tadika Kemah" cuba-cuba main isu "PAS: Parti Ajaran Sesat".

Khabarnya dia nak jaja isu ini ke KL kononnya nak 'kipas' bos Umno di KL.

Rasanya se'Syesyat2' pemimpin Umno yang lain pun, mereka tak berani nak kata PAS itu
Parti Ajaran Sesat'.

Rasanya pimpinan PAS Terengganu tak perlu panik......sebelum dia nak bawak isu ini ke Kuala Lumpur......dia sendiri akan 'sesat larat' dok leh balik ke Terengganu kerana akan di'main'kan oleh puak Umno pusat.

al-brangionline:

Biar si-luncai terjun dengan labu-labunya......biarkan...biarkan. [sumber .]

Wednesday, April 11, 2012

Ku sangka panas hingga ke petang......SMS cerai, Aidil Zafuan pd Rita Rudaini

Gambar sebagai hiasan......saat-saat yg bahagia

Jodoh pertemuan.....ajal maut di tanganNYA.

Seorang pemain bolasepak negara yang mewakili pasukan ATM...manakala seorang lagi pelakon drama dan filem.

Kedua-dua mereka menjadi 'milik' masyarakat.

Bagaimana ligat dan lincah di padang sekali pun......bagaimana gembira dalam lakonan sekalipun, gelora rumahtangga hanya mereka berdua yang merasainya......tidak dapat dipertontonkan di stadium atau layar perak.

Ku sangka panas hingga ke petang......rupanya hujan di tengahari.

Setelah memperolehi dua orang anak comel Aidit Rayyan Rizkin dan Airit Rafqa Arjuna......jodoh mereka berakhir.

Seterusnya sila baca DI SINI .

al-brangionline:

"Sesuatu yang halal bagi Allah namun dibenci adalah Talaq" (Hadith Riwayat Abu Dawud)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Quran: Al-Baqarah:216)

Dek nak jaga Gua Musang?.......apa2 pun Najib ditempelak Ku Li.....

Secara peribadi Ku Li sokong tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Kita tidak tahu samada kenyataan itu datang dari hatinya yang suci bersih kerana kenyataan politik dari orang veeran lagi totok Umno......mati-hidupnya dalam Umno.....tenggelam-timbulnya dalam Umno.....tercampak-terangkatnya dalam Umnotiba-tiba bangkit mengkritik gerakkerja Umno sendiri adalah satu perbuatan yang melebihi dari 'udang disebalik sambal petai'.

Adakah Ku Li ber'diplomasi' (mengambil hati pembangkang......kalau betul hentam Umno...kenapa tak ikut jejak langkah Abdul Kadir Sheikh Fadzil) kerana nak mempastikan Gua Musang miliknya dan seterusnya menjadi milik Umno? [sumber . ]

Atau memang beliau nak menempelak Najib yakni bosnya?

al-brangionline:

Apa-apa pun Bersih 3.0 ada keperluan diteruskan dan Gua Musang akan ditentang.

Tuesday, April 10, 2012

Altantuya Scorpene...Shaariibuu Menghantui

Terlalu seram nak menceritakan kisah Altantuya dan kisah Scorpene yang tenggelam timbul. Kemunculan Shaariibuu dengan kenyataannya DI SINI turut menghantui keadaan yang sudah lama suram...kelam dan seram.

al-brangionline:

Teringin nak ke France......nak ambik gambar sebelah La Tour Eiffel a.k.a La dame de fer

Apabila Aishah sertai PAS......maka.....

Apabila Wan Aishah Wan Ariffin masuk PAS dan bercakap di atas pentas PAS di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar.....maka terjuehlah bibir-bibir 'Wanita' berjambul.

Siapa Wan Aishah Wan Ariffin?

Beliau ialah penyanyi bersuara merdu.....mengersik serta nyaring meninggi iaitu Aishah 'Janji Manismu'.

Kenapa begitu?

Sila ikuti kisahnya DI SINI .

al-brangionline:

Amat meminati suaranya......ye suaranya.....

BERSIHkan 400,000 itu......

400,000 pengundi mampu merubah 35 kerusi bagi Pakatan Rakyat 'menawan' Putrajaya atau Barisan Nasional kembali merampas dua pertiga kerusi Parlimen? (Ikuti penganalisa politik tanahair DI SINI .)

Jangan mimpi ler 400,000 pengundi 'misteri' itu akan memanfaatkan PR.

Begitulah 'sakit'nya demokrasi di Malaysia sekarang.

Sambil bersantai......sambil makan-makan.....sambil minum-minum.....sambil bincang-bincang.....sambil mendengar para sasterawan berpuisi.....sambil duduk secara aman.....kami bantah atas keKOTORAN' itu.....kami mahu SPR mem'BERSIH'kannya. [sumber .]

al-brangionline:

Ya Allah......Tiada lagi daya dan upaya kami.....kami di'himpit' kiri-kanan...depan-belakang...atas-bawah...

Monday, April 9, 2012

Ambil keberkatan sempena 'Hari-hari Terakhir' di Masjid......itulah ameno.....

Seboleh-bolehnya saya malaslah nak mempolitikkan majlis ini......lebih-lebih lagi majlis ini melibatkan orang yang dalam kemurungan kerana sudahlah tak disambung sepenggal lagi jawatan Senatornya bagi memboleh jawatan Menterinya ter'sambung'......ditambah 'derita' lagi dikatakan oleh sesama 'Wanita'nya juga bahawa dia patut berundur dari pegang orang nombor satu 'Wanita. [ .]

Tapi gambar ini menceritakan segala2nya......mengadakan kenyataan terakhirnya di sebuah Masijid dengan disertai adik-adik Tahfiz kerana sudah tentu ingin mengambil ke'berkatan' bacaan ayat2 suci dari Al-Qurannulkarim yang memang naif dalam kemelutan politik tanahair...yang masih suci bersih hati dan minda mereka.

Memang Masjid dengan politik berpisah tiada.......tapi itulah Umno......mengambil kesempatan menggunakan Masjid dan buak-budak tahfiz untuk menyampai ucapan (terakhir dalam karier politik?) atau memberi kenyataan sebagai menarik simpati dari rakyat kononnya setiap patah ucapan yang terhambur dari mulut semuanya benar tiada yang tiada benar melainkan benar belaka kerana di Masjid mana boleh bercakap 'senohong'.

Bagi Umno di Masjid mesti bercakap benar......di Masjid mesti menutup aurat (tapi ada jugak yang degil nak tunjukkan jambul glamour mereka).....kalau di luar Masjid seolah-olahnya mereka boleh bertudung jambul dan boleh bercakap 'senohong' dan 'ikan duri'.....hahahahaha.

al-brangionline:

Siakap senohong.....gelama ikan duri.....anda sambunglah sendiri.

Saturday, April 7, 2012

Najib pangku?......biar betul..ahaksssss

Nampaknya Umno udah 'menaupause' yakni sudah pupus pimpinan wanita dan Presiden Umno udah tak percaya lagi 'wanita' terajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atau dalam bahasa orang bandar......'wanita' udah tak boleh diharap lagi......ahakkkkksss sehingga beliau sendiri pangku Kementerian itu.....biar betul

Saya dengan rela hati dan redha jika ada 'sorang' tu dilantik jadi Senator dan terus jadi Menteri di Kementerian itu. Betul......saya rasa 'sorang' tu paling layak.

Anda bijak meneka kan?

al-brangionline:

Sudah gaharu...cendana pulak......alahai.....

Friday, April 6, 2012

Kenapa kau kisah?......cari makan ekk?

Kita semua berimankan Hari Akhirat kan?

Demi politik tuan kau dan mendamba sesen dua untuk anak isteri kau sanggup mengUMNgOk diri kau seolah-olah kau tak takutkan Hari Pembalasan di Mahkamah RabbulJalil nanti.

Saya percaya masih ramai orang Umno yang masih beriman dan kuat iman mereka......jom kita kembali ke pangkal jalan dengan menghindarkan segala fitnah dan kita cuba menutup segala keaiban orang lain sebelum Allah SWT mendedahkan keaiban sendiri nanti.

al-brangionline:

Saya percaya masing-masing ada suami-isteri, adik-beradik, sanak-saudara......bayangkan mereka ditabur fitnah dan keaiban mereka didedahkan orang lain......tentu anda tidak suka kan?

Thursday, April 5, 2012

Masuk Umno macam gian taik candu......tak caya?.....sila baca

Siapa masuk Umno amat jarang nak keluar balik. Semacam ketagih taik candu.....makin lama makin sedap walaupun diri kena fitnah atau pun mangsa konspirasi, namun tetap bersama Umno.

Yang anihnya ada beberapa veteran Umno kutuk Umno lebih dari pembangkang dan ada yang di'korban'kan akibat konspirasi seperti yang dialami oleh Dolah Kok Lanas ( DI SINI ), tapi ibarat kata orang PAS, toreh tangan mereka sekalipun, nescaya 'darah' Umno merah kebiru-biruan akan memancut dengan ejaan Alif Mim Nun Wau.

Kenapa ye?

Kalau nak tahu kenalah buat temuramah dengan puak-puak Mubarak. Saya tak akan ber'tebal-muka' nak bertemuramah mereka kerana diri sendiri sudah ada jawapan.

Mereka ni diibarat gadis pingitan punya sepasang tapak tangan yang lembut...tidak kenal pacat dan lintah...tidak pernah digigit nyamuk atau pun semut...tidak pernah alami 'earth-hour' walaupun sejam...badan mengelupur bila pengdingin hawa padam...resah gelisah bila tidak minum-minum atau makan-makan di hotel 5 bintang...badan rasa seram-sejuk bila berjauhan dengan gedung pakaian mewah (pasar malam atau pasaraya...tak mainlah)......tiba-tiba disuruh tinggal di kampong...buat kerja kampong...hidup secara kampong...anda sendiri tahukan apa reaksi mereka?

al-brangionline:

Tak dapat bayangkan orang yang ketagih taik candu bila di'nyah'kan dari Putrajaya selepas PRU13 nanti......mengelupur macam cacing kepanasan......hahaha.....

Cer habaq.....apa lagi 'tokey' hang suruh hang berkokok?

Anda tahu apa itu LGBT?

LGBT ni semua ada dalam kepala hotak orang-orang ameno......siang LGBT.....malam LGBT.....pagi LGBt.....petang LGBT.

Hanya orang yang berkepala hotak atau bermentaliti LGBT saja yang tahu apa itu sebenar-benarnya LGBT.

Kalau seorang Ahli Parlimen berkepala hotak atau bermentaliti demikian.....maka dengan sendirinya anda tidak layak untuk duduk atau hadir atau jadi ahli dalam dewan yang mulia itu sebab kepala hotak hang telah berjelaga dengan 'hampeh kunyit'.

Orang yang kepala hotaknya berjelaga dengan 'hampeh kunyit', dia tak dapat berfikir secara waras......apa taknya....segala butir percakapannya diatur oleh orang lain...di'remote-control' oleh orang lain.....dalam bahasa yang mudah, hang bercakap atas arahan 'tokey' hang...atas kehendak pay-master hang. Di mana letak integriti dan keintelektualan hang? Atau integriti dan keintelektualan hang telah di'tong-sampah'kan?

al-brangionline:

Selepas Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual (LGBT).....(sengaja tuju pada seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) cer habaq, apa lagi yang 'tokey' hang suruh hang berkokok?

Wednesday, April 4, 2012

Ya Ampun......belum bisa masuk saluran, walaupun punya IC....haha

Wahai Mad-Mad Indon serta Nengnya dan Mamad-Mamad Bangla dan yang sekaum dengannya yang menjadi anak angkat...bapak angkat dan silap-silap haribulan tuan punya badan akan terangkat.....anda belum boleh masuk saluran mengundi lagi kerana kami mohon ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat adakah anda diberi IC secara 'gelap'.

Bayangkanlah Mad-Mad Indon serta Ning mereka, Mamad-Mamad Bangla dan yang sekaum dengannya menjadi pemilih dan menentukan halatuju negara.

Jangan letakkan masa depan anak-anak kita di tangan mereka.

al-brangionline:

Tak tumbuh tak melata...tak sungguh orang tak kata. [Sumber .]

Terujalah jugak......lanjutkanlah lagi tempoh tu bang.....

Maka berkatalah ia......tempoh 3 tahun......satu pengalaman yang mengujakan dan penuh cabaran.

Agak-agaknya temanny yang paling akrab...yang mengekori ke mana saja akan berkata,......satu tempoh yang singkatlah bang.....apa-apa pun...saya terujalah jugak.....cuma kalau boleh lanjutkanlah sikit lagi tempoh tu....

Rakyat pun tentu teruja-uja menunggu tarikh PRU13

al-brangionline : Teruja nak tengok Umno masuk "ICU politik Malaysia."

Artikel DI SINI mungkin berkaitan.

Che Det, Pok Jib dan Soi Lek......sila ambil maklum

Adalah diharapkan semua penganut Islam dan bukan Islam memahami akan titah Raja Nazri itu termasuk mantan Presiden Umno dan Presiden Umno sekarang dan juga pimpinan MCA dan Gerakan.

Mari sama-sama kita saksikan beberapa sedutan ucapan untuk pengiktibaran kita.

Pertama:


Kedua ;


Ketiga:

Sila baca DI SINI .

Monday, April 2, 2012

Gah di padang......tapi tak disangka bergolak rumahtangganya....



Gambar (semasa zaman persekolahannya) ihsan dari abrablog.com

Pemain yang bertubuh sasa ini begitu gah di padang. Larian kencang serta tendangan sambil berlarinya menggerunkan mana-mana penjaga gol.

Pemain yang baru bergelar jutawan ini begitu tersohor di Malaysia terutama di Selangor pasukan asalnya sebelum berhijrah ke Indonesia yang merupakan penjaring terbanyak untuk kelabnya Pelita Jaya.......namun tiada siapa yang tahu bahawa rumahtangganya bergolak.

Kita amat simpati dengan segala tribulasi yang ditempoh oleh pemain penyerang handalan negara ini tapi itulah yang dikatakan.....ajal-maut serta jodoh-pertemuan di tangan Allah SWT.

Hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam telah melafazkan talak satu ke atas isterinya, Puan Sabarina Yusof di mana hanya Allah SWT sahaja yang tahu akan segala kekusutan rumahtangga beliau. Sila baca DI SINI seterusnya.

al-branionline:

Didoakan agar beliau kembali bertaut dengan bekas isterinya demi masa depan anak-anak.....tetapi jika sudah ditakdirkan jodohnya hanya setakat ini, saya berdoa agar beliau ditemukan jodoh dengan pasangan yang sesuai yang dapat memahami karier beliau sebagai seorang pemain bolasepak.

Pakatan Rakyat......tolong jangan complacent.....


Puteri Umno tak akan mintak kerusi tambahan dalam PRU13 nanti seperti dilaporkan DI SINI .

Begitu juga dengan MIC, rakan sekutu Umno tak akan mintak kerusi tambahan seperti di laporkan DI SINI .

Satu lagi parti yang telah hilang semua kerusi dalam PRU12 dulu iaitu PPP hanya mintak 4 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN. Ingatkan parti ini telah pupus...rupa-rupanya masih bernafas. Sila rujuk DI SINI .

MCA juga dilihat bersikap low profile walaupun beberapa analisa memberi harapan prestasinya kali ini lebih baik dari PRU12 dulu. [ Sumber .]

Kenapa kelihatan parti-parti sekutu Umno begitu disiplin dan ber'jurus' dalam pilihanraya kali ini?

Adakah ini menunjukkan keakraban wujud dalam BN?

Atau adakah parti-parti sekutu itu masih trauma dan terasa akan kelemahan mereka seperti berlaku pada tsunami politik 2008 dulu?

Atau Umno memang berlagak taiko sehingga parti-parti sekutu mereka tak boleh angkat muka?

Atau adakah ini petanda awal kesuraman yang sudah terasa seolah-olah bayangan Pakatan Rakyat berarak ke Putera Jaya sudah kelihatan?

Dalam pada itu, adakah pengagihan kerusi dalam Pakatan Rakyat kelihatan selicin mereka di Pusat dan setiap negeri?

al-brangionline:

Ntah......tiba-tiba kedua kening ku terasa terangkat.

Sunday, April 1, 2012

Tak pasai Nik Aziz nak mintak maaf

Gambar hanya sebagai hiasan

Orang-orang tua zaman dulu selalu menggunakan peribahasa.

Selalunya nama sesuatu benda samada ia bernyawa atau tidak untuk menggambarkan sesuatu tanpa berniat untuk menyamai benda itu dengan sifat manusia tapi hanya semata-mata untuk menguatkan sesuatu ibarat.

Sebagai contoh......"seperti kera mendapat bunga."

Di sini bukan untuk mengataka seseorang itu adalah kera tetapi hanyalah untuk menguatkan seseorang itu akan perangai kera itu yakni sesorang yang tidak menghargai atau pandai menjaga sesuatu pemberian yang berharga.

Contoh kedua......"Gemuk seperti badak."

Tidak terniat atau terlintas dihati orang zaman dulu nak samakan seseorang dengan badak tapi hanya nak menceritakan akan kegemukan seseorang yakni satu amalan tidak sihat untuk kekal dalam kegemukan yang mana boleh terdedah kepada berbagai penyakit.

Contoh ketiga......"Seperti kera kena belacan"

Tiada hasrat langsung nak menyamakan individu atau seseorang itu dengan kera, tapi hanyalah semata-mata nak menguatkan gambaran seseorang yang terkinja-kinja...bergedik-gedik salintak tumpah seekor kera yang kepanasan...kegatalan terkena belacan yang bukan makanan kegemaranya.

Dengan ketiga-tiga contoh di atas jelas menguatkan tiada keperluan untuk TG Nik Abdul Aziz nak mintak maaf dengan sang 'Putri' yang tersinggung dengan perkataan 'beruk' seperti DI SINI .

Takkan nak samakan seseorang yang "cantik-molek" dengan beruk. Beruk ada ekor dan badan berbulu-bulu manakan sama dengan "sang-puteri" yang jelas tak ada ekor dan kalaulah ada bulu sekalipun taklah selebat beruk. Beruk suka bergayut manakala "sang-puteri" mana ada kekuatan untuk bergayut dari dahan ke dahan.

Kalau nak sama pun mungkin perangai beruk suka buat bising dan terkinja-kinja melompat-lompat apabila bertembung dengan orang.

Kalau "sang-puteri" terasa marah sangat......apa kata kita gantikan perkataan beruk itu dengan arnab, kucing, rusa, tapir atau kambing gurun.....apa macam setuju tak?

al-brangionline:

Jangalah marah......nanti kena jual.....kikikikiki