Followers

Saturday, March 31, 2012

Sakit lagi perit: Aktres jelita ini nekad buang 23 butir tatu di badannya

Kebanyakan selebriti 'Mad Salleh' tak kira yang wanita mahupun yang lelaki terlalu obses dengan tatu.

Sesetengah selebriti wanita sanggup memenuhi belakangnya dengan tatu dan sesetengahnya ditempat-tempat yang 'sulit lagi strategik' kononnya nak menarik ummmph pada pasangannya.

Trend ini sudah menular pada selebriti sebelah Asia samada selebriti berAgama Islam atau sebaliknya dan juga sudah meresap gejala ini kepada remaja Islam di Malaysia.

Lakaran inai yang menyerupai tatu seolah-olah menjadi satu kemestian pada sesetengah pengantin wanita di Malaysia akhir-akhir ini.

al-brangi tidak berhajat membincang dari segi hukum tentang mengwujudkan tatu serta melakarkan inai ala-ala tatu kerana kurang ariff dalam bidang itu...cuma dari sudut nak menghilangkannya, lakaran inai boleh dihilangkan dengan menggunakan air dan sabun manakala tatu, cara menghilangkannya mengikut teknologi terkini ialah mengunakan laser dan dengar cerita ianya amat memeritkan.

Olla Ramlan, aktres jelita lagi seksi ini memiliki 23 butir tatu di seluruh badannya. Tatu itu diwujudkan kerana kasih dan setianya kepada suami pertamanya, Alex Tian.

Sekarang beliau berazam untuk meng'nyah'kan tatu itu apabila akan berkahwin dengan bakal suami bernama Muhammad Aufar Hutapea walaupun tahu ia amat menyakitkan dan akan mengambil masa kuran lebih 2 bulan.

Cerita selanjutnya DI SINI .

al-brangionline:

Jangan terkejut jika anda naik LRT dan terserempak dengan remaja Islam memilik sebutir tatu di tempat 'strategik'......aduhai.....

Friday, March 30, 2012

Anwar dan Annuar......sama tapi tidak serupa

Kedua-duanya petah berpidato. Kedua-duanya ahli politik.

Anwar sorang politikus ulung yang konsisten berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan. Dia menjadi mangsa keadaan kerana ketokohan sehingga menggerunkan serta nampak menggugatkan lawannya yakni Umno maka dia diserang kiri-kanan.....depan-belakan.....atas-bawah. Beliau difitnah serta diaibkan dengan pelbagai istilah 'seks' bawah 18 tahun.

Annuar juga seorang politikus tapi politikus yang sudah tumpul segala ketajaman kuku dan taring tapi masih petah berpidato dan berhujah. Dalam politik beliau adalah 'musuh' bagi parti saya maka dengan secara teknikalnya beliau adalah 'musuh' saya......tapi dalam kes beliau dengan FAM saya hanya 'menyokong' pendapatnya terhadap FAM dan jelas beliau adalah 'mangsa' keadaan seperti kesnya DI SINI .

al-brangionline;

Menyata serta menegakkan kebenaran adalah seperti meniti di atas bara api......hanya mereka yang tabah serta beristiqomah sahaja yang akan lepas di seberang sana.

Thursday, March 29, 2012

Tengoklah...'tiang' jenis apa yg dipegang......alahai.....

Bergantung pada jenis-jenis tiang kot.

Kalau jenis tiang besi berkarat mungkin RM25 aje...kalau jenis yang wrought iron mungkin mahal sikit...kalau yang jenis langsung tak de tiang, mungkin lagi mahal dan yang termahal mungkin kalau berpaut di 'tiang seri'.

Begitulah 'makmurnya' kehidupan di Malaysia.

Menghina Islam amat rendah hukumannya...kalau menghina 'orang-orang' tertentu dah tentu merengkuk di sebalik jeriji besi.......kalau orang ter'tentu' berhutang ratusan juta, akan dihapuskira...adik-adik berhutang PTPTN setiap lubang cacing ada pengawalnya.

al-brangionline;

Kita kena lihat apakah punca segala masalah......kaji punya kaji, rupa-rupanya Umno dan sekutunya udah gagal mengurus negara.....sudah sampai masa dan ketikanya PAS ganti Umno dan Pakatan Rakyat ganti BN.

p/s Dok gitu geng muda?

Wednesday, March 28, 2012

Masih ingat dengan wanita ini?......tolong jangan ganggu kalau.....

Masih ingat dengan janda muda beranak tiga ini?

Tolong jangan ganggu beliau jika anda tidak sanggup memiliki serta membimbingnya agar beristiqomah dalam berterampilan dan beramal.....kalau tak.....tolong beri sokongan moral padanya.

Berita selanjutnya, sila baca DI SINI .

al-brangionline:

Alhamdulillah......aku masih tak "mampu".....

Tuesday, March 27, 2012

Nanya YB,......sabor jelah, jangan layan sangat

Kebanyakan bekas suami yang berpisah dengan bekas isterinnya amat jarang beliau menceritakan akan kekurangan yang ada pada bekas isterinya.

Jika mereka merasakan bekas isteri mereka itu kuat makan...bau badan yang tengit...bau mulut yang busuk...bau rambut yang hangit...kuat berdengkur...malas dan tak tahu memasak...keinginan adegan ranjang yang brutal atau mual.....maka kebanyakan bekas suami hanya berpisah secara baik tanpa mendedahkan keaiban yang ada pada bekas isteri mereka.

Lainlah kalau si bekas suami itu memang jenis yang 'jahat'...hanya pandai mencari kelemahan orang lain...sentiasa merasakan diri sendiri sempurna dan hebat...tidak menunaikan amanah sbagai seorang suami...sentiasa lupa akan ketidakcukupan barang-barang dapur serta barang-barang keperluan sulit iateri...bertambah-tambah lagi pulak jika si bekas suami itu mereka-reka cerita yakni membuat fitnah kerana dendam kesumat atau mungkin sudah gila talak.

Begitu jugak apa yang berlaku dalam politik tanahair......setiapa kali mereka ditunjuk jalan keluar oleh bekas parti mereka atau mereka 'sendiri' merelakan 'diri' mereka keluar dari parti...(ini jarang-jarang berlaku kecuali mereka di'gadai-hormat' diri mereka sendiri, terus keluar dari bekas parti mereka di atas beberapa 'penaja politik').....selalunya mereka akan memaki hamun bekas parti mereka...akan mendedahkan segala ke'aiban' dan yang paling parah ialah mereka mengada-adakan cerita serta menabur fitnah kepada bekas parti mereka semata-mata kerana dendam kesumat dan hasad dengki kerana tidak memperolehi sesuatu bila parti mereka menang.

Selalunya, samada jenis yang pertama atau yang kedua itu akan mencurahkan ketaatan yang tidak berbelah bagi pada 'pay-master' yang baru kerana di dalam hati mereka ada seketul daging yang sudah hitam menebal sehingga tidak dapat memberi pancaran yang dapat membezakan di antara yang hak mahupun bathil.

Lihatlah apa yang Raja Segala Katak membukak luas mulutnya.....salakan Senatak si-Raja Katak diikuti salakan si-Katak Kulim...renggekan si-Nalla Lekek dan yang akhir-akhir ini si-Mamat Bulat yang kononnya punyai 'Jati' diri yang mantap...semuanya membuktikan mereka ini amat setia pada 'pay-master' mereka yang baru.

Dua ADUN ini menjadi fitnah dari bekas rakan mereka yang ditunjuk jalan keluar. Sila ke SINI .

al-brangionline:

Tak malu?.....Tergamak ke?

Selalunya yang spesis jenis itu sudah kering istilah malu dan tergamak dari seketul daging yang sudah hitam menabal dalam diri mereka.

Monday, March 26, 2012

Nalla......ambik hang,baik punyer

Rakan baik Anwar sendiri yang jugak bekas sparring partner dalam sukan tenis iaitu Nalla-lekek telah memfitnah Anwar.

Dia kata Anwar adalah kaki bi-seksual. ( Lihat SINI .) Dan dia dengan sesenang hati dan confident sekali dengan muka selamba mencabar Anwar agar menyamannya dengan segera. Dia kata dia sendiri pernah 'lihat' aksi live Anwar dengan jantan lembut atau betina sundal. Dan cerita yang penuh dengan udang disebalik tom-yam ini diberi ruang lingkup oleh pencacai ameno.

Tak payah saya komen lebih-lebih......anda pastikan keintelktualan anda tidak tercemar.....agak-agak cerita itu boleh dipercayai?

Dan jangan lupa Al-Quran dalam Surah Al-Hujurat, Ayat 6 yang bermaksud,

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan teliti (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Hari ini Anwar menyaman Nsi Nalla-leke dan medium pencacai ameno sejumlah RM100 juta. Lihat SINI .

Bukan jumlah saman jadi ukuran, tapi maruah serta harga diri dalam permainan kotor serta jijik ameno yang perlu dilawan.

al-brangionline:

Hanya yang kaki sondoi depan belakang saja berani cakap benda-benda seperti uni...bi-...tri-...quad......orgi dan sebagainya......dengan lidah yang fasih......maaf tuan/puan...jijiknya.....

p/s

Mahalnya harga untuk balas budi baik bos barunya......aduhai.....

Sunday, March 25, 2012

Satu untuk mu......satu untuk aku.....hebat sungguh Umno Terengganu

Satu untuk mu......satu untuk aku.

Satu untuk aku.....satu untuk mu.

Hebat sungguh mu Umno mem'faraid'kan khazanah negeri......Islam Hadhari...Terengganu Bestari...sehingga tanah tak dok lagi...habih bahang (habis baham) ke diri sendiri.

Dok caya?.....Sila baca DI SINI .

al-brangionline:

Cukuplah......sudah sampai masanya PAS ganti Umno.....ccayalah.....ke guane?

Friday, March 23, 2012

Badan kecik bulat......nafsu...phew mak datok

Tak sangka ye, kalau ikutkan saiz kecik bulat je tapi nafsunya phew mak datok...tinggi rupanya.

Kalau dengar pada cakap......dialah manusia perfect......tidak mudah keciwa...tinggi imannya...mantap aqidahnya...phew berdegar-degar 'goreng'nya...tersembul urat marikhnya...hebat sungguh perjuangannya...kuat sungguh Islamnya.

Tapi bila dengar cerita 1/3 juta ringgit dibelanjakan semata-mata untuk mengubahsuaikan pejabatnya......sila buka mata wahai rakyat sekelian seperti dilaporkan DI SINI .

al-brangionline:

Banyak sudah ku dengar pakar motivasi bercakap......berbuih-buih air-liur keluar......rupa-rupanya setitik air-liur itu menggambarkan berapa keping not biru diterimanya......

p/s Apa sebenarnya makna walk the talk ?

Penangan lembu......Mak Cik-Mak Cik nih pulak ber'golak'

Hebat......hebat.....hebat sungguh.....lembu punya penangan semua Mak Cik-Mak Cik tudung jambul...rambut berkarat...kening halus...bibir merah...pipi merah...tudung merah sedang bergolak lagi berkocak.

Seluruh rakyat yang udah meluat dengan gelagatnya serta keseluruhan Pakatan Rakyat mahukan Mak Cik yang nyaris-nyari nak selak kain nih turun dan lepas semua jawatan yang dipegang dalam Kerajaan dan parti sebagai tanda malu ke diri sendiri dengan apa yang telah berlaku pada 'lembu-lembu' yang udah pandai me'milih' jenis makanan dan tempat tidur.

Orang Nombor 2 dalam kumpulan Mak Cik-Mak Cik bertudung jambul nih mahukan Mak Cik nih turun dengan hormat kerana mahu jaga integriti parti yang didokong. (Betul ke parti ini berintergriti?)

Tapi bos nombor 1 kata......semua Mak Cik-Mak Cik hendaklah bersamanya.

Mak Cik-Mak Cik di 5 negeri kata pada orang nombor 2 kumpulan Mak cik-Mak Cik bertudung jambul ni......jangan buat hal.

Nah kau......apa-apa pun bermacam-macam hal telah berlaku......hal lembu naik kondo...hal lembu mengamuk tonggeng buntut......cuma Mak Cik nih aje yang tak sempat nak selak kain.

Kita pakat-pakat tunggu apa pengundi buat hal pulak nanti. [ sumber .]

al-brangionline;

Alhamdullillah, 'ala kulli hal


Wednesday, March 21, 2012

'Bau badan'nya meloya satu Dewan......alahai.....

Kata orang tua, tak kenal maka tak cinta.....tapi kalau udah kenal belum tentu jatuh cinta.

Sesetengah orang bila didepan orang tua, bila bejalan pijak semut pun tak mati.....punyalah sopan.

Jadi bila masanya kita nak tengok seseorang itu dia punya true colours? Dalam bahasa yang mudah bila masanya kita nak hidu dia punya 'bau badan' atau pun 'body odour' ?

Senang aje......tak payah ada PhD......nak kutip data itu.....data ini...raw data ke......viable atau tak fiable.....tak payah nak jual air liur merata tempat.....tak payah nak bertegang urat marikh.

Bila dendam sudah membara.....bila hasad sudah menebal....lambat laun akan terserlah juga.....seperti yang berlaku DI SINI , dia punya 'body odour' sudah membusuk satu Dewan yang mulia.....maka tepat sekali dia disingkirkan dari jemaah dan orang seperti ini memang tidak layak untuk berada dalam gerakan Islam.

al-brangionline;

Bak kata Prof. Dr. Hamirdin, ahli PAS sudah lali ditarbiahkan dengan kekalahan tetapi amat sedikit ditarbiahkan dalam kemenanagan......yang penting nawaitu kita, masuk PAS nakkan apa?

Purak-purak bimbang......alahai.....

Selain dari kes orang hilang......banyak lagi yang tiris, bocor dan terus hilang.

Wang negara 'hilang' masuk kantung sendiri.

Maruah 'hilang' akibat belakangi hukum-hakam Islam.

Pengaruh 'hilang' kerana cakap penuh auta dari fakta.

Amanah 'hilang' kerana kerakusan, ketamakan dan ke'nafsuan' yang tinggi.

Moral 'hilang' kerana hiburan yang berlebihan dan melampau serta percampuran lelaki-perempuan di luar batasan budaya dan Agama serta penyemarakan serta 'pengsensasian' kehidupan artis dari media-massa.

Dan banyak lagi......banyak lagi yang hilang.....

Ini semua kau tak bimbang ke umNGoK?

al-brangionline:

Jika anda bimbang kesemuanya, Umno/BN 'wajib' ditumbangkan dalam PRU13 nanti.

Tuesday, March 20, 2012

14 hari terlantar - part II......bukan duit Umno wey.....

'Teman rapat selepas keluar hospital kerana berkebetulan kaki kiri pulak membengkak tak boleh pijak."

Kaki kana yang kena 'cellulitis' sebelum masuk hospital

Selepas menerima rawatan di hospital.

......selesai diambil darah untuk ujian, saya disuruh menjalani X-ray. Saya sempat bertanya di mana tempat X-ray...Doktor tu menjawap dengan penuh tidak beretika dan pro....sebelah-belah sana...tanyalah orang yang lalu lalang di situ. Dengan terhincut-hincut tanpa diberi kerusi roda, saya pun beredar. (dalam hati......'baik'nya hati seorang Doktor perempuan ini yang saya jangka masih dalam housemanship.)

Setelah selesai semuanya saya pegi menunggu di luar bilik doktor itu. Kira jam 5.00 petang saya dipanggil masuk dan seorang Doktor lelaki pula memberi penerangan......"Ujian darah Encik memang menunjukkan ada jangkitan kuman. Encik diberi dua pilihan. Pilihan pertama Encik boleh pulang dan pronya Encik boleh makan ubat sendiri dan buat kerja-kerja persendirian, tapi contnya Encik tidak dipantau oleh pihak jururawat. Pilihan kedua Encik boleh masuk wad dan pronya Encik akan dipantau dari masa kesemasa, tapi contnya tangan Encik akan dicucuk jarum sana-sini.

Saya hampir marah campur nak ketawa......adakah ini prosedur baru atau ini prosedur rekaan doktor itu sendiri......dengan tenang dan merenung tepat ke matanya tanda marah, saya menjawab, "Saya pilih untuk tinggal di wad (dalam hati saya teringat akan pesanan doktor di Kilinik swasta, anto-biotics masuk melalui IV (saluran darah) lebih berkesan dari melalui tablets).

Kalau Doktor itu banyak cekadak lagi saya akan berkata, "Woi, saya datang sini bukan untuk makan free...saya memang layak untuk mendapat rawatan percuma setelah memper'hamba'kan diri kepada Kerajaan sekian lama."

Doktor itu kelihatan terkedu dan suruh saya menunggu di 'Yellow Zone' (semi-kritikal).

Di sini saya ter'sadai' selama 2 jam lagi. Dengan kaki berdenyut-denyut......degupan jantung pun makin deras...telingan saya mulai merah kepanasan, saya bertanya kepada Doktor yang lalu di situ, "Apa kesudahan saya ni.....bila lagi boleh masuk wad?" Doktor itu mencari nama saya dalam komputer dan jawab, "Tak ada pun nama Encik." Saya menjawab samabil gelak-gelak kecil tanda marah, "Biar betul Doktor...saya sudah hampir 6 jam di Hospital ini dari mula mendaftar tadi. Selepas itu disuruhnya jururawat mencari dan berjumpa nama saya dan dengan nada Mak nenek meleret-leret berkata, "Ok kejap lagi ada orang bawak Encik naik atas masuk wad."

Lebih kurang 30 minit kemudian datang seorang Hospital attendant berkata, 'Ok ikut saya, boleh berjalankan?' Saya dah malas nak ber'gaduh-gaduh' walaupu bila menoleh sebelah kanan berderet-deret kerusi roda menunggu 'passenger'nya dan berjalan terhincut-hincut naik ke atas masuk wad.

Selebihnya......hari-hari di wad memang menjemukan dengan nasi serta lauk pauk tawar hambar.

Kerja-kerja rutin jururawat, cek gula dalam darah, tekanan darah dan masuk anti-biotics setiap 6 jam 2 botol......amat memeritkan.

Saya juga merakamkan jazakallahu khairon kathiro kepada sahabat handai, jiran tetangga, sahabat seperjuangan dari PAS Cawangan Bdr. Baru Bangi III dan tidak lupa kepada isteri tercinta dan anaknda-anaknda serta cucunda berdua yang bersusah payah kerana saya dan kepada sedara mara yang jauh yang turut mengiringi doa melalui telefon dan SMS......hanya Allah jua membalas budi baik kalian sekian.

Tidak lupa kepada panel Doktor, Jururawat dan semua kakitangan hospital yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung untuk menguruskan saya selama 14 belas hari 14 belas malam.

Jumlah bill keseluruhan ialah RM4,560.00 tetapi oleh kerana saya seorang pesara Kerajaan maka semuanya adalah percuma.

Cuba bayangkan jika seorang pesakit tua yang tidak berupaya......bagaimana nak jelaskan bill itu.

Wahai Umno/BN yang diberi amanah untuk menguruskan negara ini......SAKIT bukanlah satu komoditi, ianya adalah tanggungjawab sosial dari seorang pemerintah.

Seorang lelaki berperawakan Umno (ntah bagaiamana, Allah boleh memberi gerakhati akan keterampilan seorang Umno dengan orang biasa.....ki ki ki) bila melihat bill itu lantas berkata, 'Alhamdullillah, sudah berdekad Umno menjaga orang Melayu. Saya menjawab dari atas kerusi roda, "Maaf bang, ini bukan duit dari kantung Umno, ini duit pembayar cukai dan dari hasil khazanah negara. Perubatan bukan hanya untuk orang Melayu, ianya untuk semua warga Malaysia. Ingat bang, SAKIT bukanlah satu komoditi." Sambil saya memegang sepasang tongkat rapat ke dada (manalah tahu orang tua itu menyerang aku...ka ka ka), saya ucapkan salam kepadanya dan isteri menolak kerusi roda dan beredar.

al-brangionline:

Itulah kepala hotak Umno......harta negara dikirakan harta mereka......malah duit 'bela' lembu pun di sapunnya.kakakakka.

p/s

Prosedur bahagian urusan kemasukan wad ada keperluan ditambah baik, otherwise Hospital Serdang ia one of the best dari segi prasarana, ubat-ubat dan kemudahan lain walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Monday, March 19, 2012

14 hari terlantar.....aduhai.....

Tepat 14 hari, 14 malam saya terlantar di Hospital Serdang kerana menghidap penyakit 'cellulitis' di kaki kanan. Selama itu jugaklah laptop ini tidak terketuk......pertama kerana terlalu sakit sehingga mood pun hilang dan keduanya tiada bawak laptop dan tak ada kemudahan 'wi-fi' di Hospital yang boleh dikatakan mempunyai kemudahan yang agak bagus.

Kerana terlalu 'gian' meninggalkan alam blog dan putusa hubungan dengan politik tanahair kerana tak baca akhbar......setelah di'dischaged' petang tadi, malam ini saya ingin saya kongsikan beberapa perkara yang pengurusan Hospital Serdang perlu mengambil atau buat penambaikan.

Kira-kira jam 1.00 petang pada 5 Mac 2011 saya telah membawa 'Refer Letter' dari sebuah klinik swasta dan serah di Bahagian Kecemasan dan kelihatan Pembantu Hospital sedang buat key-in dalam komputer. (dalam hati......wow boleh tahan sistem di sini.)

Selepas 30 minit nombor saya di panggil (dalam hati......wow cepatnya). Saya masuk dan agak terkejut kerana hanya Staff Nurse dan pembantunya yang melayan saya dan bertanya sakit apa(saya masih bersangka baik kerana diluar memang terpampang sistem 'triage' yakni menyaringkan prioriti tahap sakit seseorang pesakit). Saya tidak menjawap tapi menghulurkan 'Refer Letter' dan kelihatan beliau buat 'key-in' dalam komputer. (dalam hati......kenapa tak dilinkkan maklumat yang telah diserah kepada Bahagian Pendaftaran Kecemasan sebentar tadi.)

Setelah diambil tekanan darah, tahap gula dan suhu badan, saya diarah supaya membuat pendaftaran di Unit Hasil dan menyerahkan 'Refer Letter' dan Kad Persara......di situ sekali lagi dibuat 'key-in' dalam komputer. (dalam hati hati......aduih banyaknya sistem di hospital ini.

Lebih kurang pukul 3.00 petang nombor saya di panggil dan baru berjumpa doktor. Di sini saya sungguh keciwa kerana layan pegawai perubatan yang tidak pro. Sekali lagi saya ditanyakan sakit apa. (Dalam hati......berapa kali mahu tanyalah. Komputer diketuk di tiga tempat, takkan satu pun tak masuk dalam komputer pegawai ini?). Yang paling keciwa disuruhnya saya menyelak seluar dalam keadaan berdiri dan dia meneliti dalam keadaan menonggeng......aduih dua2 tak selesa, saya sakit kaki dan dia sorang perempuan......akhirnya baru disuruh saya baring
dan diambil darah.....itu pun setelah dua kali cucuk baru dapat.

al-brangionline:

Aduhai Hospital Serdang yang mempunyai sistem yang tidak ber'sistem'......bersambung esok.....banyak lagi cerita yang mungkin menarik.

Monday, March 5, 2012

Kemelut di Kedah: Harap2 tak ada sapa terkeluar......yang hampir pasti, albrangionline akan masuk

Mungkin keputusan di Kedah sudah diumuman dah harap-harap tak ada sapa "terkeluar" kerana kita semua sayangkan Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS......tapi yang pasti al-brangionline akan masuk.

Ah? Masuk ke Kedah?

Alah al-brangionline hanya bergerak kerja-kerja di belakang tabir je di Bangi......yang pasti masuk...sekarang on the way ke salah sebuah Hospital berdekatan Bangi kerana Doktor kat Klinik Swasta tadi baru beri refer letter untuk masuk ward.

Harap sahabat semua doakan yang terbaik.

Terima kasih semua.

Sunday, March 4, 2012

Pakaq atau pungkoq

Kalau cakap pasal Agama, hanglah pakarnya......mengaalahkan para Mufti sebab para Mufti sudah jadi 'Mufta' dek auta hang.

Kalau cakap pasal engineering, hanglah pakarnya......mengalahkan para engineers sebab otak para engineers telah diengineered oleh hang.

Kalau cakap pasal ekonomi, hanglah pakarnya......mengalahkan para ekonomis dek kepala otak para ekonomis telah di'ekonomi'kan.....dikecikkan...disempitkan oleh hang.

Kalau cakap pasal undang-undang, hanglah pakarnya......mengalahkan para lawyer/Hakim kerana hang kuat 'lowyar'.

Kalau cakap pasal perubatan.....oh hang tak pernah bercakap pasal perubatan walaupun hang seorang Doktor kerana hang telah lama tinggal lapangan itu.

Kalau dalam bab fitnah, hanglah pakar segala pakar......kerana hang kaki autar.

Kalau bercakap pasal politik, hanglah pakarnya......mengalahkan sekalian ahli politikus seantero dunia kerana hang suka men'cekik' para pengkritik ketika hang berada di puncak dulu.

al-brangionline:

Tak tahu nak kata......hang ni memang pakaq atau pungkoq.

p/s Teringat pulak laporan DI SINI....macam ada kena mengena kot......kakakaka.....

Saturday, March 3, 2012

Kaki merah menyala...panas membara

Pada tengahari Khamis baru-baru kaki kanan al-brangi hanya nampak kemerah-merahan dan disangka itu hanya merah-merah gatal kerana baru balik ber'brisk-walking'.

Tiba selepas solat Zohor badan terasa menggigil walaupun kepala terasa panas amat.

Selepas meletak tuala basah di kepala......terus terlena dan jaga jam 5.30 petang, kepala rasa berat dan badan masih panas lalu selepas solat Asar terus lagi sambung tidur.

Bila isteri balik dari kerja, dia ajak pergi klinik tapi badan terlalu panas...kepala berat amat lalu suruh isteri pergi jumpa Doktor kerana ingatkan demam biasa.....rupa-rupanya kaki sudah merah menyala dan terasa panas membara.

Hari Jumaatnya masih lagi tak pergi klinik......digagahi juga pergi solat Jumaat walaupun termasuk dalam uzur syarie......sebelah malamnya langsung tak boleh lelap tidur kerana kaki berdenyut dan badan masih panas......sehinggalah pagi tadi baru pergi ke klinik dan Doktor amat terkejut kenapa boleh tunggu sampai 2 hari baru jumpa jalan ke klinik.

Bila al-brangi singkap seluar, terus Doktor kata ini cellulitis.

Doktor beri anti-biotics serta ubat surut bengkak dan kalau dalam masa 2 hari tiada memberi kesan dia akan beri refer letter untuk syorkan mana-mana hospital pakar untuk memberi anti-biotics melalu darah dan ini memberi makna al-brangi akan dimasukkan ke hospital......harap sahabat-sahabat semua dapat mendoakan agar sembuh seperti sediakala.

al-brangionline:

Tempat yang paling boring ialah tempat makan 'nasi-kawah berubat'.....aduihhhh.....

Thursday, March 1, 2012

Kedah masih Ketegaq

al-brangionline tak tau mana satu yang ketegaq......sapa dia yang ketegaq.....pasai apa jadi ketegaq.....apa punca boleh jadi ketegaq.

Kalau pengundi jadi ketegaq dalam PRU13 nanti macam yang lepas-lepas.....apa macam?.....Sapa yang rugi?

Rasanya yang ketegaq pasti rugi.....yang semi ketegaq pun ikut rugi sama.....yang tak ketegaq, diam membisu pun rugi dan yang paling rugi adalah rakyat yang mahukan perubahan setelah dinaungi Umno/BN hingga fikiran jadi buntu dan bantut.

Semasa PAS di zaman sebelum 90an......majoriti ahli, kuat wala' pada pimpinan.....usrah dan berbagai program tarbiyyah diadakan......masing-masing yang berjawatan tinggi dalam Kerajaan atau ada bisnes sendiri kebanyakkannya menolak apabila dicalonkan atas alasan low profile......hang ajelah yang bertanding...aku tak layak...macam-macam alasan.....sebab itu jawatan dalam parti kebanyakan menang tanpa bertanding.

Apabila PAS mula merampas Kelantan pada 1990.....merampas Terengganu pada 1999.....diikuti dengan Kedah, sebahagian kerusi di Perak serta Selangor.....pelan-pelan situasi sudah berubah.....tiba-tiba ramai yang menawar diri untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti dan tak kurang juga ramai yang mengidam untuk bertanding dalam PRU.

Yang paling 'lucu' apabila tiupan trompet menghala ke Putrajaya......ramai jugak yang 'ghairah' agar tidak ke'tinggalan bas' sehingga ada yang lebih sudu dari kuah dengan memberi pandangan peribadi kononnya kaum lain boleh menjawat jawatan nombor dua tertinggi dalam parti tapi umum melihat ia hanya nak ambik hati undi kaum lain.

Kita tidak menafikan kaum lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu boleh diberi peluang untuk memberi nilai tambah dalam urus-tadbir seperti Abdullah Uraiqat seorang bukan Islam diberi kepercayaan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk arah semasa peristiwa hijrah dahulu.......dan kita tidak menafikan kita boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam dengan tujuan untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebenaran seperti apa yang kita perjuangkan melalui Pakatan Rakyat.

Apa yang al-brangionline cuba ketengahkan di sini ialah sikap 'besaq-kepala'...'kepala-batu'...ketegaq yang ada dalam kepala segelintir orang-orang PAS (bukan semua)......dalam Bangi ni entah berapa kumpulan usrah yang masih 'hidup' atau kalau 'hidup' pun persis nyawa-nyawa ikan.

PAS (pemimpin serta ahli termasuk penyokong dan pendokong) harus mendepani rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat serta rakyat jelata dengan qudwah hasanah agar pengundi dapat membezakan yang mana satu Umno dan yang mana satu PAS.

al-brangionline:

Dulu 'nyaris-nyaris' nak jadi orang Kedah tapi pasai ketegaq punya pasai......hah cerita lama noh......hahaha...

Kot-kot artikel DI SINI dijadikan pedoman.