Siapa wanita ini?......Ayu kan?Wednesday, February 29, 2012
Sapa wanita ini?......ayu kan?......'gempaq' lagi le...
Siapa wanita ini?......Ayu kan?Tuesday, February 28, 2012
Panas di Terengganu!!!......Bukan lagi 2, tapi 4.....dahsyatnya
Monday, February 27, 2012
Wanita ini 'menggegar' Kuantan sebelum dari Lynas lagi......


Khalwat: Kerajaan Selangor Tidak Akan Terlibat dan Tidak Perlu Penjelasan - MB
Dr.Badrulamin Bahron kelihatan ditemani oleh isterinya, Pn. Zumrah Husni tiba di Pejabat Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memberi keterangan berhubung kes khalwat yang hangat diperkatakan sekarang. [ mStar .]Bagi saya......, saya lebih cenderung kepada ia diperangkap yang bertujuan tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk mengaibkan Dr. Badrulamin sendiri khasnya dan PKR amnya, lantas turut terpalit kepada Pakatan Rakyat.
Inilah sebahgian daripada ujian kepada para daie dan pejuang kebenaran.
Sunday, February 26, 2012
Sila bercuti sebulan Badrulamin : Nasihat Khalid
MB Selangor nasihat Badrolamin ambik cuti sebulan untuk beri ruang siasatan ke atasnya seperti dilaporkan DI SINI .Kenyataan Media dari Pulau Melaka : Penting!
Anda tentu masih ingat dengan Saudara Abdul Ariffahmi bin Ab. Rahman suami kepada Nik Amalina binti Nik Abdul Aziz?SIARAN MEDIA
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamamualaikum dan salam sejahtera
Marilah kita semua mengucapkan setinggi syukur kehadrat Ilahi diatas segala nikmat yang telah dicurahkan semenjak dilahirkan ke dunia sehingga ke detik ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw yang telah menyempurnakan amanah dalam menyampaikan risalah Islam untuk dinikmati semua makhluk di seluruh alam semesta.
Saya telah dihubungi oleh ramai kawan melalui pelbagai saluran semenjak semalam sebagai respon kepada keputusan yang dibuat oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM. PPO yang mewakili SPRM bersidang semalam telah membersihkan nama saya daripada tuduhan penyalahgunaan kuasa semasa berada di PMBK dengan menyatakan kes siasatan telahpun ditutup.
Berita mengenai perkara ini juga telah dilaporkan dalam buletin AWANI dan beberapa portal berita serta blog pada hari ini Jumaat, 24 Februari 2012.
Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah swt kerana telah membebaskan saya daripada tuduhan penyalahgunaan kuasa yang disebarkan, seterusnya membersihkan nama saya dari persepsi negatif semenjak kes ini berjalan.
Sememangnya siasatan kes ini memakan masa yang agak panjang, semenjak September 2009 dan melibatkan banyak pihak yang bersangkutan. Alhamdulillah saya sentiasa tenang dalam menempuh dugaan ini. Penantian untuk mendapatkan keputusan kes yang dilihat tergantung sepanjang tahun 2010 dan 2011 mungkin juga kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor politik, terutama musuh PAS, lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum akan datang.
Keputusan kes ini juga memberikan saya ketenangan yang lebih sempurna dalam merancang kehidupan kami sekeluarga dengan lebih baik.
Dikesempatan ini juga saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutama ayahanda Tok Guru dan kedua-dua bonda di atas doa berterusan untuk kesejahteraan saya sekeluarga. Tidak lupa kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dan sentiasa yakin bahawa saya di pihak yang benar.
Terima kasih yang teristimewa kepada isteri saya yang tercinta kerana sentiasa berada disisi saya di saat sukar dan memberi sokongan yang bermakna dalam hidup saya.
Akhir sekali, saya mendoakan semoga apa yang berlaku selama ini mampu mematangkan saya dalam menempuh kehidupan pada masa hadapan. Apa yang lebih penting, dengan keputusan terbaru ini ianya secara langsung dapat membunuh segala persepsi negatif hasil dari adu domba dan gelombang fitnah terancang oleh pihak tertentu ke atas saya.
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan hidayat dan berkat Allah swt jua.
Ir Abdul Ariffahmi Bin Ab Rahman
24 Februari 2012
Pulau Melaka
Kemelut di Kedah: Nak tau sapa 'hantu raya'nya?

Apa yang berlaku di Kedah taklah sekepoh...sekecoh yang digambarkan oleh media pencacai.
Saturday, February 25, 2012
Ayunya......dah tak nak renggang-renggang pulak.....
Siapa kata menutup aurat hilang seri...hilang keayuaan?Dengan sekali lafaz......ingat!.....ada yg sah, ramai juga yg ber'pisah'
Dengan sekali lafaz, penyanyi-pelakon-pengarah Yusri Abdul Halim @ Yusri dan pelakon kesayangan ramai, Lisa Surihani sah bergelar suami isteri. Majlis akad nikad pasangan sama cantik sama padan ni yang diadakan di Hotel Mariott, Putrajaya .Friday, February 24, 2012
Mana lebih baik......undur atau sinsing lengan dan londeh seluar?......alahai
Sekurang-kurangnya mereka bersikap 'gentleman', menarik diri dari dilantik semula sebagai Exco jika benar seperti apa yang dilaporkan DI SINI ......kalau dbuatnya bersinsing lengan dan melondeh seluar nak pertahankan jawatan, tak ke parah.Thursday, February 23, 2012
Yusri dengan 'Cinderella'nya......selamat semuanya.....
Duda dan Dara......maka sahlah mereka suami-isteri......al-brangionline mengucapkan"Selamat Pengantin Baru" moga kekal ke akhir hayat serta dikurniakan zuriat yang soleh mahupun solehah.
Selanjutnya sila ikuti DI SINI .
al-brangionline;
Tiba-tiba teringat akan dongeng 'Cinderella'.
Nik Aziz kata begini......Anwar kata begitu.....pengundi pulak bagaimana?.....
Anwar kata begini:......"Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).
Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.
Ikuti kenyataan penuh Anwar DI SINI dan DI SINI .
TG Nik Abdul Aziz kata begini:
......Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.
Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.
Ikuti kenyataan penuh TG Nik Abdul Aziz seperti DI SINI .
Apa pulak rakyat kata khususnya pengundi dalam PRU13 nanti?
al-brangionline:
Aku tetap setia bersama pimpinan PAS.
Islam for All......PAS for All
Wednesday, February 22, 2012
Suara hati dua lelaki ini sama......kenapa ye?
Suara hati dua lelaki ini sama......kenapa ye?.....Apa puncanya?
Bukan setakat suara hati mereka......gerak hati mereka sama...malah tindakan mereka pun sama...yang bezanya adalah DI SINI dan DI SINI .
al-brangionline:
Manusia ada limit kesabarannya......
Tuesday, February 21, 2012
'Pontianak kencing' tak lawas......terlepas kat muka selebriti ini......ha ha
Macam-macam hal......pontianak kononnya kencing kat muka artis ini hingga jadi 'hodoh' untuk seketika.Apa....., benar ke?
Bagi saya itu tak mustahil......tapi kalaulah tak benar, tak marah ke pontianak di'fitnah' begitu?
Mungkin benar......kenapa 'kejam'nya wahai hang si-pontianak.....kenapa tak melepas kat tasik ke......kenapa tak 'melepas' kat tandas awam ke?......Apa? Tandas awam kotor...hancing?
Oh pandainya hang si-pontianak memilih......oh hang suka 'melepas' kat makhluk yang berwangi-wangian...yang berdahi licin.....gitu?
High taste gak hang ni wahai si-pontianak.....
Bercakap pasal memilih nih,......mungkin hang belajar dengan nyamuk aedes kot.....nyamuk aedes tak akan membiak di dalam parit atau longkang yang kotor.....nyamuk yang boleh mendatangkan maut kepada manusia akan membiak dalam bekas-bekas yang airnya bersih.
Bercakap pasal pontianak tadi.....pontianak adalah dari gender 'perempuan'.....kenapa pontianak tak 'melepas' kat muka lelaki?
Sepatutnya pontianak itu 'meleps' kat muka-muka yang selalu membuat fitnah seks dan mengedar VCD lucah.....biar padan muka depa...ha ha.
Mungkin pontianak marah atau jeles dengan artis yang suka cari glamour atau buat gimik kot?
Atau pontianak marah pasal artis suka dedah dada kot?......Kata pontianak, "Aku pun tak pernah selak sana...selak sini...dedah sana...dedah sini....cuma yang aku dedah hanyalah rambut 'palsu' ku yang mengerbang...tu pun untuk buat gempaq kat depa..."...ki ki ki
Ikuti kisah artis ini kononnya di'kencing' oleh pontianak DI SINI .
al-brangionline:
Jangan di'kencing' oleh penyangak udah.
Cuba-cubalah tutup aura wahai adik-adik dan kakak-kakak serta Mak-Cik-Mak Cik ku......jangan ber'tudung' ketika musim-musim tertentu je.....dan banyakkan baca Al-Quran serta amal ibadat yang lain......InsyaAllah pontianak akan ter'kencing' dalam jubah sendiri atau pun di tempat-tempat lain seperti di gua-gua atau pun digunung-ganang.
Monday, February 20, 2012
Pramugari gah di angkasaraya tapi 'rebah' dengan hanturaya
Makhluk 'halus' seperti jin, toyol, pelesit, polong.....hanturaya dan seumpamanya memang wujud.
Kekadang sestengah manusia 'kasar' yang hilang pedoman Agama akan mempergunakan 'makhluk halus' tersebut untuk melempiaskan nafsu serta dendam kesumatnya.
Pramugari janda beranak sorang ini telah didatangi 'hanturaya' untuk 'menemani'nya tidur.
Secara kebetulan kejadian ini berlaku setelah beliau bercerai dengan suaminya yang juga seorang pranugara.
Selain kejadian 'jahat' ini......beberapa perkara anih yang berlaku ialah beliau telah bertunang sebanyak 3 kali tapi kesemuanya terkandas di tengah jalan.
Bunyi anih dan kemunculan lembaga anih sering menggangu sebahgian jadual kehidupannya terutama waktu melabuhkan badan di kamar tidur setelah kepenatan berada di udara dan perkara yang sangat-sangat dikesali tanpa kerelaannya dan tanpa diiringi dengan 'perasaan' ialah kisah hantu raya menidurinya.
Ikuti kisahnya DI SINI .
al-brangionline:
Saya amat memahami perasaannya kerana saya pernah diganggu makhluk halus dari spesis toyol yang meng'lari'kan duit setiap malam selama beberapa bulan.
Amat resah......dan diantara tujuan mereka yang 'melepas' toyol inilah ialah untuk menimbulkan perasaan resah di antara ahli keluarga yang di akhirnya mereka mengharap keluarga menjadi pecah-belah.
p/s
Hanya kesabaran.....beramal mengikut apa yang diperintah dan yang dilarangNYA serta berdoa, berikhtiar dan bertawakkal sahaja kepadaNYA dapat membebaskan kita dari belenggu mistri ini.
Sunday, February 19, 2012
Kisah benar......parasit yg menakutkan kononnya ber'hantu'

Dulu semasa kecik-kecik, apabila balik dari mengaji Al-Quran di Pondok Tok Fakir (tempat YB Adun Bangi Dr.Shafie Abu Bakar mengaji pondok), saya selalu menangis bila kakak serta saudara mara yang lebih besar berlari laju meninggalkan saya di belakang apabila melepasi pokok jenis di atas yang 'menenggek' di pokok durian......kata mereka, "hantu...hantu...hantu".......suasana sekeliling ketika itu memang menakutkan dengan sunyi dan semak samun.Semasa itu saya tidak faham apa itu 'parasit'......sekarang perkataan 'parasit' di'hidup'kan kembali oleh Hasan ali PhD.
Sifat 'parasit' memang me'nakut'kan kerana pokok yang ia menumpang akan terbantut peng'hidupan'nya.....samada akan menunggu masa untuk mati atau terencat proses pengeluaran buahnya kerana 'zat' yang ada padanya disedut oleh 'parasit'.
Di SINI ada cerita menarik tentang 'Bila Dedalu Kian Membesar' dan juga cerita kononnya di Kelantan pun ada banyak dedalu atau parasit menggangu-gugat proses 'tumbesaran' PAS Kelantan seperti dilaporkan DI SINI .
al-brangionline:
Baru aku faham rupa-rupanya parasit a.k.a pelesit yang sebenar adalah mereka yang suka men'jenama'kan seseorang dengan pelbagai 'spesis'.
p/s pokok di atas dibeli dari Orang Asal Jerangau.....berkembang biak sekarang
Saturday, February 18, 2012
Saya tanding PRU13......ada komer kisah?
Demo diibaratkan sebagai badut politik atau pak dogol dalam watak wayang kulit yang return-periodnya ntah berapa tahun sekali akan dilahirkan.
Semua orang tahu demo memang gila talak dengan Umno.....nak rujuk balik ke Umno, Tok Pa buat donno...nak duduk di luar kurang glamour...nak bertanding secara solo dalam hati kecik demo semacam ada membisik demo akan ditolak oleh pengundi Pasir Mas...nak bergabung dengan 'Jati', demo tak dok PhD...akhirnya 'meragan'lah demo keseorangan.
al-brangionline:
Terasa sunyi pulak dalam senario politik yang ala-ala 'sarkas' sekarang tanpa 'badut' yang pandai bikin penonton sesekali ketawa besar......alahai.....
Friday, February 17, 2012
Isu Israel: Amacam Umno......puashati?
Adu domba serta fitnah pencacai terungkai setelah Anwar beri kenyataan......"Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. [Ikuti kenyataan penuh Anwar DI SINI .]
al-brangionline:
Umno kantoi......dan memang sudah kantoi.
Thursday, February 16, 2012
Jegil...batuk...dehemn......anda 'Haruuusss' tahu apa nak buat
Harussani dengan 'gagah berani' dan langkah 'Perkasa' serta lidah yang fasih dan 'Jati' diri yang utuh mengeluarkan fatwa(?)......"Najib 'gadai akidah' hadir upacara Thaipusam di Batu Caves".....[sumber .]
Presiden Umno dengan nada yang penuh yakin serta jitu (mungkin diberi tunjuk ajar oleh penasihat Agama dan Menteri jaga Agama) menjelaskan......"jangan keliru akidah agama dengan budaya".....bunyi macam ada nilai ilmiah yang tinggi je......[sumber .]
Sekali lagi Harussani dengan nada penuh yakin seolah-olah membenarkan kata-kata Presiden Umno,......"tak menyalahi hukum syarak"......bunyinya semacam mahir dengan setiap hukum hakam atau semacam orang 'fening-fening lalat' serta 'kecut-perut'.....[sumber .]al-brangionline:
Ada sesetengah anak kecil yang nakal memadai ayahnya melarang dengan ucapan......'jangan!!!...' lantas anak kecil itu diam.
Ada sesetengahnya pula, ayahnya perlu mencubit dipeha anak kecil itu......lantas anak itu diam
Dan yang paling power......memadai ayahnya membulatkan mata (jegil) atau batuk atau dehem...memadai dengan bahasa tubuh itu, anak kecil itu terus diam.
Agak-agaknya kategori mana yang 'Harusssss'......si'kluk-klek' a.k.a 'flip-flop' itu berada?
p/s
Saya mahu gelak sepuas-puasnya......ka ka ka ka ka...anda tahukan kenapa saya mahu g
ketawa besar?
Tuesday, February 14, 2012
PANAS!!! Abdullah Ali, Salleh Ibrahim dan Kamarudin Abdullah bekas pemain Malaysia jadi ahli PAS......Umno tentu pening2 lalat
Turut menyerah borang keahlian ialah Salleh Ibrahim, bekas pemain bolasepak Kelantan dan Olimpik Malaysia (Munich, 1972) dan Kamarudin Abdullah pemain kelahiran Kelantan yang mewakili Selangor dan Malaysia.
al-brangionline:
terlalu gembira kerana mereka adalah di antara pemain 'pujaan' ku di zaman kegemilangannya.
KOTA BHARU, 14 Feb: Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali, 57, hari ini menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis ringkas di sini sebentar tadi.
Anak kelahiran Bukit Payong, Kuala Terengganu itu hari ini mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.
Hadir pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan di JKR 10. Pemimpin PAS Terengganu yang turut hadir meraikan penyertaan Abdullah itu ialah timbalan-timbalan pesuruhjaya, Muhyiddin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak, bendahari dan ketua penerangan, M Shukrimun Shamsudin dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Selain Abdullah, turut menyerahkan borang keahlian lagenda bola sepak Kelantan yang juga pemain Olimpik 1972, Salleh Ibrahim dan Kamarudin Abdullah yang juga pemain kebangsaan.
Abdullah yang juga bekas Pengurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.
“Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya.
Abdullah juga turut berhasrat untuk turun berkempen pada pilihanraya umum nanti di seluruh negara sekiranya beliau diperlukan oleh parti.
“Insyaallah saya bersedia turun membantu untuk berkempen,” ujarnya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur dengan penyertaan lagenda bola sepak negara itu untuk menyertai PAS.
Tuan Guru berharap, semoga dengan penyertaan Abdullah Ali akan lebih ramai lagi yang akan menyertai PAS memandangkan tidak ada sebab rakyat di negara ini menolak perjuangan yang berlandaskan Islam itu.
“Saya benar-benar berbangga dan bersyukur,” ujarnya sambil tersenyum.
Abdullah menyertai ahli PAS seumur hidup dan borang keahliannya diserahkan terus kepada Takiyuddin untuk diurus segera di peringkat PAS Pusat.
“Insya Allah bulan hadapan permohonan ini akan selesai,” ujarnya ketika ditemui pada majlis itu.
| |
Anwar - Poltical statement atau political blunder
Malaysiakini melaporkan......Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar."Kita sebagai kawan, kewajipan kita ialah tegur-menegur, apa yang kita tengok pada kawan kita tidak betul, kita tegur dan apa yang kawan kita tengok tidak betul pada kita, dia kena tegur kita. Itu ajaran agama Islam.
al-brangionline:
Benar atau sebaliknya kenyataan Anwar itu?
Jika benar sekalipun......mungkin ia hanya mere political statement. (seperti yang pernah dinyatakan oleh Prof. Dr.Hamirdin semasa bersarapan sambil sembang-sembang politik baru-baru ini.)
Bagi saya, apa-apa pun ia sudah menjadi satu political blunder dan media pencacai berjaya mengeksploitasi hal ini.
Monday, February 13, 2012
Kepala 'hotak' pun macam bakul sampah......cesss.....
Kepala hotak jenih tong-sampah.Tahap pemikiran pun sejenis dengan sampah
Hanya yang berfikiran sampah saja boleh bertindak begitu.
Kalau setakat nak buang dalam tong sampah......tak perlu mengaji tinggi......tak perlu panggil JKKK...suruh budak-budak Tadika Kemas pun tahu bagaimana cara nak buang ke dalam tong.
Tapi nak habaq kat Umnuu.....kalau nak menjawap apa yang ada dalam Buku Jingga...memerlukan ketajaman fikiran...ketajaman menganalisa.....memerlukan political will yang tinggi......ha ha ha yang ini tiada pada Umno......perbuatan mem'bakul-sampah'kan Buku Jingga itu jelas mem'bogel'kan ke'kurang-cerdik' si pembuangnya.
al-brangionline:
Semacam ada kesamaan dengan trajedi hadiah penyapu di mana Negeri Selangor di sapu oleh Pakatan rakyat.
Apakah selepas PRU13 nanti Umnuuu dan kuncu-kuncunya akan di'bakul-sampah'kan?......sama-samalah kita tunggu.
[Rujukan .]
PAS bukan 'parti ajaran sesat'......natang
Saya malas nak ulas kenyataan 'boddo' ala-ala 'Jin Keluar Kacau Kampong itu kerana kenapa saya mesti kena tune otak saya sama taraf dengan orang gedebe ala-ala 'Jin Keluar Kacau Kampong' itu.
Tapi oleh kerana ramai sangat yang buat lawak.....terasa terpanggil jugak nak ulas ala-ala gedebe macam Mamad yang kata PAS - parti ajaran sesat tu sambil-sambil makan keropok lekor dan minum kopi O pekat kurang manis.
Pada mulanya saya ingat Mamad tu hanya main-main dengan akronim PAS - Parti SeIslam Malaysia kepada PAS - 'Parti Ajaran Sesat' sama macam orang-orang kita kata BN (Barisan Nasional)- Barang Naik...Banyok Nnipu...United Melayu Nnipu Orang (Umno) dan banyak lagi.......rupa-rupanya, Mamad ni memang serious kerana bila orang PAS acah nak saman...dia kata samang ah.....nelang teh.
Kalau dalam hutan bila kata...sesat...bermakna tak jumpa jalan tubik (keluar).....kalau dalam Agama bermakna terpesong aqidah.....tak tahulah pulak samada setaraf dengan ajaran ayoh pin atau Arqam.
Kalau tak jumpa jalan 'tubik' (keluar)...dok munasabah, sebab sekarang zaman GPS dihujung jari......ka ka ka.....kalau sesat dari segi Aqidah, bermakna Mamad ni lebih tinggi kedudukan dia dari Mufti atau Majlis Fatwa Negeri...maka Mamad ni sudah gedebe...sudah dikira men'derhaka' pada Al-Sultan kerana Baginda sahaja yang akan mengesahkan apa-apa pengesyoran dari Majlis Fatwa bukan dari orang biasa yang gedebe macam Mamad tu.
Cukuplah sekadar itu celoteh ambe......kepok pung doh habih....kang jadi base laing pulok.....jangan marah Mad.....gedebe lawan cara gedebe...dok gitu?
al-brangionline:
Sesat di dunia boleh cari jalan tubik (keluar)......jangan sesat di akhirat akibat tersalah urus-tadbir atau gedebe dengan ajaran dan suruhan Agama......ke guane kawang-kawang.....
Bayar balik RM250 juta tak selesai masalah weh......alahai Nazri.....
Nazri Abdul Aziz menyingkap ke'kurang-cerdikkan'nya dengan menasihatkan Shahrizat bayar balik RM250 juta kepada Kerajaan tanpa perlu letak jawatan......katanya itulah penyelesaian terbaik.Satu keaiban yang amat besar bagi orang Umno nak letak jawatan......pantang datok nenek mereka.
Mereka akan letak jawatan hanya dengan alasan "kesihatan"......tapi bila difikir-fikirkan memang betul pun......bukan ke mereka ni semuanya "sakit-sakit".
Al-merapu Nazri tu ingat Kerajaan ni koperasi ke?......mohon loan...bayar loan bulan-bulan gitu?
Teringat satu kes di ofis lama dulu.....seorang pemandu dapati sebuah kenderaan milik Kerajaan bawah kendaliannya hilang.....akhirnya beliau dikenakan surcharge...bulan-bulan bayar......inikan RM250 juta bukan sikit duit yeop.....duit itu di'salah-urus' ke atau tak tahu urus ke atau ber'kepentingan' urus ke atau terlebih urus ke......biar SPRM yang tentukan dan rakyat buat penilaian samada tindakan yang diambik berpadanan dengan jumlah duit.
Kalau Shahrizat mampu bayar balik sekali pun......kita semua angkat topilah kerana sudah tentu lebih dari 50 tahun SEBELUM beliau dilahirkan lagi, orang tuanya sudah dibuat tabungan.
al-brangionline:
Mana ada sejarah orang Umno letak jawatan kerana "sesuatu" hal......kalau ada pu Tun Musa Hitam...itu pun kes merajuk dengan Madey.
p/s
Zoo Negara sedang mencari spesis kucing bertanduk......alahai.....
Ikuti kisah Nazri merapu seperti DI BAWAH ini :
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan. “Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya. Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC. “Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam.
Sunday, February 12, 2012
Pak Bhai Karpal Singh mem'bangang'kan intelektual serta me'londeh'kan inteligennya......alahai.....
Pak Bhai Karpal Singh sudah lupa ke......bagi orang Islam yang menganut Islam, beraqidah dengannya, mengamalkan Islam adalah sebahagian dari hak asasi manusia sejagat.....dan dalam masa yang sama Islam sendiri tidak memaksa memaksa orang bukan Islam untuk menganut Islam.Berilah kebebasan dan hak kemanusiaan kepada kami untuk kami mengamalkan Agama kami.....kami juga warga Malaysia...warga dunia...kami juga tertakluk kepada hak asasi dan kebebasan sebagaimana kami menghormati cara hidup agama lain.
Pak Bhai Karpal selalu bercakap dalam bab hak asasi dan kebebasan manusia tapi yang peliknya orang Islam mesti ikut kehendak dan fahamannya.
Kami tidak pernah bantah atau menyekat orang bukan Islam untuk mengamalkan perkara-perkara yang Islam larang......kamu mahu makan 10 kilo sehari daging babi, silakan.....kamu mahu minum arak 10 tempayan sehari lantak kau oranglah.....
Pakatan Rakyat patut duduk semeja dalam hal ini....jangan hanya tafsiran Pak Bhai Singh sahaja yang betul dalam mentafsir setiap undang-undang.....jangan sampai kami naik meluat dengan DAP dek kerana setitik nila hingga rosak susu sebelanga.
Kami menghormati kepakarannya dalam undang-undang tetapi tidak semua perkara Pak Bhai Karpal sahaja yang betul.....dalam berpolitik Pak Bhai jelas mem'bangang'kan intelektualnya serta me'lodeh'kan intelijennya.
al-brangionline:
Ingat Pak Bhai Karpal Singh......Islam dan orang Islam tidak menentang hak asasi dan kebebasan kemanusiaan......tetapi dalam Agama Islam, ada beberapa syarat dan pantang larang penganutnya mesti patuhi.....serupa juga dalam DAP....ahlinya pun ada pantang larang yang perlu dipatuhi agar ahlinya tidak kurang ajar.....kalau berdasarkan hak kebebasan bersuara, kenapa ada ahli DAP kena hadap badan disiplin? [sumber .]
Rujukan DI SINI dan DI SINI .
Badan Kehakiman jadi takut disebabkan Mahathir (yg 'penakut') - kata bekas Hakim
Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.
Pada tahun 1988, President Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.
Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan. [sumber .]
al-brangionline:
Umno/BN perlu di'tumbang'kan dalam PRU13 jika mahu kembalikan badan Kehakiman ke era sebelum 1988.
Tetapi jika rakyat masih berpuas hati dan selesa mendapat bantuan sekali seumur hidup atau 5 tahun sekali serta teruja mendapat T-shirt dan topi sudu, nasi politerin duit rokok dan duit minyak setiap kali pemimpin 'besar' datang tabur janji maka selagi itulah pemimpin besar makin 'besar' kepalanya.
Saturday, February 11, 2012
Ber'santai' bersama hidangan 'ayam eksotik Jenjarom'......cesssss memang le lumayan...
Inilah padahnya......hasil dari kempen 'gila-gilaan'.....promosi 'lampau-lampauan'...kononnya untuk menggalakkan industri pelancongan yang akhirnya menjadi industri pelacuran.Hidangan 'ayam eksotik' di sebuah restoran di Jenjarom.....ber'santai' di persekitaran kelapa sawit akhirnya terbongkar seperti dilaporkan DI SINI .
al-brangionline:
Aktiviti tertua di dunia......
Lebih daripada political will untuk menangani aktiviti ini......alahai.....
Friday, February 10, 2012
Senyuman sang pengasih kepada kekasihnya......hebat Tok Guru Nik Aziz.....
Sejambak bunga dari sang 'pengasih' kepada kekasihnya.Selaku ketua negeri dan ketua keluarga Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah contoh seorang pemimpin yang amat kasih akan rakyat dan sekian ahlinya.
al-brangionline:
Terpancar keikhlasan sang pemberi dan sang penerima.
Thursday, February 9, 2012
Oh tolong jangan 'pegang-pegang'.....duduk biar 'renggang-renggang' dengan saya tau.....

Gadis ayu ini tidak suka dipegang-pegang......tak suka duduk rapat-rapat.....biar renggang-renggang.....malu-malu gitu kerana katanya sifat malu-malu dan segan-
Siapa kata bila menutup aurat boleh meragut kejelitaan seseorang?
Malah dilihat lebih ayu.
Gadis ini juga berpesan kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama......kalau dah berkenan terus jumpa ayah dan mama.....hantarkan rombongan meminang dengan segera.....
Pesanannya menjadi kenyataan kerana beliau sekarang sudah menjadi milik seseorang dan akan melangsungkan pernikahannya pada 25 Februari 2012 seperti dilaporkan DI SINI .
al-brangionline:
Alhamdullillah serta tahniah diucapkan semoga pertautan yang sah di segi syarak antara anda dan bakal suami nanti diBerkati dan sentiasa dalam RahmatNYA hingga ke akhir hayat.
Yes! FAM......Umnuuu ada 'teloq' ka?
Seharusnya serahkan kepada SPRM dan Polis buat siasatan dan tunggu Mahkamah tentukan samada mereka yang dikatakan terlibat sabit bersalah. [sumber .]Tapi sekurang-kurangnya FAM ada jugak 'teloq' nak bertindak tidak seperti Umnuuu yang tak ada 'teloq' untuk panggil SPRM dan Polis buat siasatan atas alasan kes dalaman.
Rasa-rasanya kalaulah Umnuuu itu ada 'teloq' untuk serahkan pada SPRM dan Polis......agak-agaknya tinggal baki berapa orang dalam pimpinan mereka?
al-brangionline:
Kalau pemain bola rasuah......mangsa 'tipuan'nya mungkin puluhan atau ratusan ribu penonton di stadium dan di rumah.....tapi kalau pemimpin rasuah.....mangsa tipuannya seluruh warga negara.....tak pikiaq ka?
Wednesday, February 8, 2012
Keputusan Terkini Liga Super 8 Januari 2012
0 Sabah - 0 Kelantan
2 Perak - 1 Sarawak
1 Johor FC - 1 FELDA United
2 N. Sembilan - 1 T- Team
1 Selangor - 1 Sigapore Lions XII
0 Kuala Lumpur - 1 Kedah
Tak mungkin kain ter'selak'......yg pasti helaian kertas akan terselak satu demi satu.....
Shahrizat Abdul Jalil bercuti untuk cari ketenangan dan ilham bagaimana nak jawab kalau SPRM men'jemput'nya nanti.Memang betul kau......bila balik dari cuti degan bertukat imej bertudung (harap-harap berkekalan), hari ini beliau dipanggil di SPRM.
Dipercayai perjumpaan itu bersabit dengan skandal National Feedlot Corporation, yang didakwa melibatkan anggota keluarganya di mana ia dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, suaminya sendiri. [sumber .]
Nak tahu jawapan yang standard yang mungkin terpancar dari mulutnya besok......?....."Ermmm, satu perjumpaan yang mesra dan SPRM bertindak amat profesional.....tiada kenyataan diambil dan tiada langsung soalan yang berkisar kisah NFC."......inilah jawapan yang biasa kita dengar apabila orang-orang VIP bersemuka dengan SPRM.
al-brangionline:
Saya percaya SPRM akan berada dalam situasi selesa kerana setelah berimej bertudung begitu takkan 'selak-menyelak' kain atau 'sinsing-menyinsing' lengan berlaku.......alahai.....
Yang pasti terselak ialah helaian kertas siasatan.....satu helai demi helai.
Tuesday, February 7, 2012
Selebriti mengaku peluk anjing......tak tahulah pulak kering sama kering atau basah sama basah......alahai.....
Selebriti ini mengaku gambar dia memeluk anjing yang tersebar meluas memag benar gambarnya seperti pengakuannya DI SINI .al-brangionline:
Jawapan standard yang selalu kita dengar ialah bagaimana gambar peribadi samada seseorang selebriti itu berada dalam keadaan seksi ke.....tidur ke...bogel ke...peluk anjing ke...merokok ke...minum arak ke.....yang tersimpan dalam komputer peribadi, telefon, thumb drive dsbnya dicuri 'orang'.......dan selebriti yang terlibat akan minta simpati dari public kononnya mereka ter'aniaya'.
Persoalannya, kenapa kamu berlaku tidak senonoh begitu?
p/s
Tidak lama dahulu gambar dalam keadaan 'seksa' seorang EXCO wanita Selangor tersebar meluas di internet.
....ha ha ha kalau kau orang tak buat benda tak senonoh begitu....tak ada sapa nak sebar gambar kau orang.
Monday, February 6, 2012
Umno nak idea Ku Li, rampas Kelantan......kalu sayang Kelantan...bui-lah
"Kita akan meminta nasihat Ku Li (Tengku Razaleigh) bagaimana untuk menjalankan gerak kerja Umno dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha merampas Kelantan daripada tangan PAS," kata Mustapa Mohamed. [sumber .]Amat hairan setelah 22 tahun, Kelantan di bawah PAS.....baru sekarang nak mintak nasihat darinya.
Atau, Ku Li sebelum daripada ini sudah berbuih mulut beri nasihat tapi Umno Kelanta buat tak endah.
Atau semua nasihat Ku Li selama ini tidak menjadi.
Agak-agaknya nasihat apa yang Ku Li akan beri kali ini?
Bagi saya mungkin satu saja nasihat yang akan diberi kali ini, "Pulangkan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan."
Agak-agak Umno Kelantan nak pakai nasihat tu?
al-brangionline:
Percayalah........Jangan harap nak merasa 'duit-minyak' itu selagi PAS memerintah Kelantan.
Sunday, February 5, 2012
Zaid Ibrahim masuk PAS?......ahlan wa sahlan...
Mat Sabu kata Zaid mungkin ditawar bertanding atas tiket PAS dalam PRU13 yang akan datang bergantung atas permohonan dari Zaid sendiri atau pun dari parti PAS. [sumber .]Sebagai ahli di peringkat bawah......saya hanya mampu kata, "Tolonglah.....jangan pisang berbuah dua kali.....cukuplah Berahinnnggg sorang 'kencing'kan kita."
Orang PAS masih lagi ingat, Zaidlah yang menyaman Kerajaan Kelantan kerana Hudud yang kemudiannya beliau tarik balik.
Walaupun beliau memberi penjelasan yang panjang lebar seperti di sini, tapi di peringkat akar umbi.....kami ada sedikit tawar hati dan hambar dengan beliau.
Tetapi.....jikalah ditakdirkan Zaid masuk PAS......Ahlan wah sahlan.
al-brangionline:
Udah 'pupus' ke winnable candidates dalam PAS?
Udah serik.......main pinjam-pinjam kerusi nih.....
Saturday, February 4, 2012
Terengganu......negeri ber'minyak...rakyat sesak...
Terengganu......negeri cantik, budaya menarik.Islam Hadhari, Terengganu Bestari.
Itu di antara slogan Umno Terengganu beretorik.
Sepatutnya slogan itu ditukar kepada......Terengganu.....Negeri Kaya, Rakyat Keciwa.
Terengganu......Negeri ber'minyak'.....Rakyat Hidup Sesak.
Cuba Umno Terengganu campak jauh-jauh perbezaan fahaman politik.....cuba pejam mata dan ingat Mahkamah Allah RabbulJalil akan amanah yang tidak tertunai seperti rintihan Mak Cik ini.....
“Jika orang miskin macam mak cik ini tidak layak menerima bantuan, kerajaan hendak bantu orang macam mana? “Jika tidak percaya dengan apa yang mak cik cerita, datanglah ke rumah, lihatlah kehidupan mak cik di pondok buruk yang mak cik jadikan tempat berteduh ini, jika mak cik ada duit, takkan tinggal dalam keadaan begini,”. [sumber .]
al-brangionline:
Umno terlalu lama memerintah hingga kabur mata melihat yang mana miskin dan yang mana papa......yang Umno tahu hanyalah beretorik......"hanya Umno saja yang tahu membela vrakyat....."
p/s
Sang penyu pun turut menangis
Friday, February 3, 2012
Selepas PRU13......untung nasibnya memang gitu ke?
Apabila tiba saatnya......bersedia dari segi fisikal.....mental.....harta.....tipu daya...sehingga ke titisan keringat terakhir kerana dijangka PRU kali ini adalah yang paling sengit...'kotor'.....dan banyak provokasi...
Gambar menceritakan segala2nya......InsyaAllah bila Putrajaya 'tumbang'......maka kuasa pun 'terbang'.....maka pandai-pandailah cari pintu keluar.....sedih pilu serta sayu jika keadaan di atas menjadi kenyataan.al-brangionline:
Teringat akan daku peristiwa seorang bekas Menteri Besar menghadiahkan penyapu kepada salah seorang YDP PBT di Selangor......akhirnya dalam PRU12, Umno tumbang setelah di'sapu' oleh PR.
Hukum Umno......Muhyiddin 'hina' rakyat Kelantan
Umno perlu di'hukum' oleh Rakyat Kelantan dalam PRU13 nanti.
Umno perlu ditolak 'mentah-mentah' atau 'hidup-hidup'
Ini kerana orang nombor 2 Umno Malaysia seolah-olah menghina keintelektualan rakyat (insulting Rakyat's intelligence) Kelantan yang telah memilih PAS kurang lebih 20 tahun memerintah Kelantan apabila berkata cukuplah Rakyat Kelantan ditipu oleh PAS semenjak 1990 hingga kini.
Rakyat Malaysia juga seharusnya bangkit daripada di'auta' oleh Umno/BN selama 5 dekad......keintelektualan rakyat jelata dari pekerja am hinggalah Pak Profesor dibelenggu hingga menjadi 'buta warna'......jaga pagi nampak 'biru'......bahkan bermimpi pun semuanya berwarna biru.
Rakyat Malaysia seharus cerdik bila Umno beretorik......jangan jadi lembik bila dada Umno mendabik......kononnya hanya Umno dapat memerintah negara ini.
al-brangionline:
Kenyataan 'cap ayam' dari mereka yang terdesak.
Thursday, February 2, 2012
PAS yg 'senak-perut' atau Hasan Ali yg sudah ter'cirit'?
Pemecatan Hassan Ali PhD daripada PAS bukanlah perkara baru......sebelum daripada ini ada beberapa ahli PAS yang hebat-hebat pun 'keluar'...ter'keluar' atau di'keluar'kan......bahkan Presiden PAS (Allahyarham Dato' Asri Muda) sendiri pernah terkeluar dari PAS...begitu juga dengan Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden PAS pun pernah ter'keluar dari PAS.Bila nama yang 'hebat-hebat' ini ter'keluar' dari PAS......InsyaAllah PAS menjadi bertambah kuat...mantap dan tidak pula hidup merempat dan saya tidak menafikan juga mereka yang sudah ter'keluar' pun tidak juga hidup merempat atau mengemis di kaki lima Umno bahkan kehidupan mereka lebih tenang dan bersenang linang kerana setiap patah cakap mereka ditimang-timang oleh Umno.
Buktinya Hasan Ali PhD mampu menjelajah beberapa negeri dan katanya akan menjelajah ke seluruh pelusuk kampong dan negeri......satu-satunya bekas ahli PAS yang sanggup buat begitu.....tabik spring untuk mu Hasan Ali PhD.....mampu menyediakan khemah secukupnya, PA system, lampu, pengawal keselematan, makanan dan minuman dan saya yakin berkemungkinan mendapat permit polis (satu perkara yang PAS patut salute pada orang-orang bijak pandai seperti Hasan Ali yang berPhD ni kerana PAS selalunya susah nak dapat permit).
Begitu jugak dengan Nakhaie Ahmad yang pernah dilantik menjadi YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Jadi kita tidak hairan samada PAS 'meninggal'kan atau 'mengeluarkan' mereka atau sebaliknya mereka 'meninggal'kan atau ter'keluar' dari PAS......kedua-dua pihak tidak rugi atau dalam bahasa orang berPhD.....win-win situation ha ha ha jangan tersalah sebut pulak nanti malu kat orang-orang cerdik pandai berPhD......cuma yang hairan lagi ajaib kenapa si Hassan Ali PhD ni...satu-satunya bekas ahli PAS yang sanggup menjelajah untuk menyerang balik PAS bagaikan seorang isteri dalam 'pantang' sedang 'meroyan-royan'?
Biasanya kalau dalam sesuatu per'gaduhan' pada zaman kecik-kecik dulu kanak-kanak yang terasa rugi samada ia kalah dalam game ke atau kalah bercerita ke atau kalah dalam ber'pakai'an ke akan mengungkit-ungkit...menangis2...menginjak-injak kaki dan akan berdendam sehingga hajatnya tercapai......
Tapi dalam hal ini...Hasan ali adalah seorang yang belajar sampai peringkat PhD...tak ramai anak Melayu berjaya begitu...beliau tahu mana data-data yang viable...data-data yang mentah...data-data yang separuh masak (kata orang Terengganu dok pok)...data-data yang masak...data-data yang ikt Islam..yang bercanggah dengan Islam dan sebagainya.....takan beliau tak boleh membeza ye?
al-brangionline:
PAS yang 'senak-perut' atau Hasan Ali yang dah ter'cirit'? Sila baca Di SINI .




