Followers

Tuesday, January 31, 2012

Soi Lek punya 'antics' sudah lapoklah......Umno pun...

Selepas PRU12, 2008 terbentuklah satu pakatan resmi di anatara PAS, PKR dan DAP yang di namakan Pakatan Rakyat.

Sehingga sekarang entah apa sebabnya.....puncanya.....tapi tahu sama tahulah kenapa ROS mendiamkan diri......anda tahu...saya pun tahu.....beginilah jadinya bila 'tangan' penjawat awam di'tarik-tarik' hingga meng'geletar' nak buat kerja.

Sehingga sekarang ROS masih membisu permohonan secara sah pendaftaran Pakatan Rakyat sekali dengan logonya.

Umum sudah tahu Umno/BN tumbang di Kedah, Pulau Pinang, Perak (di 'rompak-paksa-beli' hingga Umno/BN dapat perintah semula), Selangor dan Kelantan (sudah 20 tahun lebih kempunan) selepas PRU12 dulu.

Mengikut congak politik Umno......mereka akan sekali lagi meng'gigit' jari di Kedah, angkat bendera puteh di Pulau Pinang, bakal ter'sengeh' gigi putih di Perak, kempunan di Selangor, patah harap-putus angin di Kelantan.

Yang mereka lebih cuak lagi.....ialah mata mereka bakal ber'taik-minyak' di Terengganu, ber'putus-adat' di Negeri Sembilan.....ber'porak-peranda di Johor dan bakal tak merasa 'harum manis' di Perlis.

Yang paling demam tak keboh menggeletar bak kena demam kura bila 'kota Putrajaya' dah menunjukkan tanda-tanda nak 'retak'.

Jadi senjata yang paling ampuh untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat ialah 'menembak' jatuh pimpinan Pakatan Rakyat dengan harapan kenderaan yang di pacu akan lari lintang pukang.

Sebab itu Anwar Ibrahim akan di'buru' sehingga ke 'liang-lahat' seks...liwat...seks...liwat...seks...liwat atau Anwar akan men'campak'kan bendera puteh......ha ha ingat semudah itu ke?

Umno/BN tahu cara itu kurang berkesan kerana rakyat tidak sebodoh seperti mereka.....maka cara lama...cara nenek moyang mereka sepertimana Kerajaan Kesultanan Melaka merudum dahulu iaitu melaga-lagakan pemimpin dan pengikut.

Maka keluarlah tentera semut yang gemuk-gemuk lagi 'Perkasa'...yang taat setia melakukan kerja lagi kuat 'Aqidah' mereka menjelajah pelusuk kampong dan negeri untuk menghasut rakyat membenci PR.

Cara ini pun rakyat telah meluat dan Umno/BN sendiri pun tahu cara ini boleh menikam belakang sendiri maka terpaksa menggunakan cara tradisional mereka iaitu cara membakar lemang iaitu menghangatkan dengan api perkauman.

Cara ini pun Umno/BN sudah naik letih kerana mereka bakal hilang lagi banyak undi dari kaum Cina dan India seperti berlaku di Sibu...lagipun berlawanan dengan 'topeng' 1Malaysia.

Setelah semuanya kurang berkesan maka tersemburlah idea bernas dari sang penyembur yang pakar dalam kerja-kerja 'sembur-menyembur' iaitu Soi Lek, yang membuat dakwaan kononnya pembangkang mahu menubuhkan ‘Kerajaan Cina’ di Perak jika memenangi pilihan raya akan datang seperti di laporkan DI SINI .

Ini adalah satu fitnah yang BESAR selain cuba menyembur dan memainkan sentimen perkauman.

al-brangionline:

Wa tabik sama lu-lah Soi Lek......Lu memang kaki 'sembur'lah.

Fikiran rakyat tidak sekotor lu-lah Soi Lek.

Hang Tuah bukan pemimpin terpuji......Hang, Mahathir, pun sama gak.....

"Beliau digambarkan sebagai seorang yang sebegitu baik, amat taat, begitu setia dan sanggup membunuh kawannya walaupun mengetahui bahawa (Hang Jebat) dihukum mati kerana sesuatu yang tidak dilakukannya.

"Untuk membunuh rakan-rakan ‘Hang’ bukan sesuatu yang terpuji langsung," kata Dr Mahathir kepada kira-kira 300 hadirin. [sumber .]

Hang Pun sama jugak.....2 x 5 = 5 x 2.

Hang pun "bunuh" jugak rakan baik 'Hang'......sampai sekarang tak habis-habis dengan fitnah.....dari liwat pada seks.....dari seks pada liwat.....pastu seks lagi.....bukankah buat fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh orang?

Hang memang cepat pelupa sebab tu Hang ada ber'wasiat'...Melayu mudah lupa.

Kalau nak bercakap pasal pemimpin terpuji, kenapa sebagai seorang Islam tak ikut apa Quran kata?......Jangan hanya ikut pada Hari Mauliddurrasul je dengan pelbagai cogan kata yang direka oleh puak-puak Hang......bukan begitu Pak Kheq misai tebai?

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang).”

(Al-Quran, Surah Al-Ahzab: 21)

al-brangionline:

Hang pi jaga sana.....Hang pulak jaga sini.....Hang jaga sanun dan Hang jaga sinun.....

Hang, Hang, Hang......Hang ikut aku....

Rupa-rupanya Hang ni jenih penakut.....berapa banyak Hang, Hang panggil ikut Hang?

Monday, January 30, 2012

Lembu punya 'daging' untuk 'tokeh'......lembu punya 'taik' utk......?????

Selalunya peribahasa yang selalu kita dengar berbunyi, "Lembu punya susu, sapi dapat nama" yang bermakna lebih kurang orang lain berpenat lelah memerah otak untuk melaksanakan sesuatu kerja......akhirnya orang lain tak semena2 dapat nama.

Tapi tajuk di atas adalah sikit lebih kurang maknanya cuma bezanya tokeh bersenang lenang bermewah2an......orang lain pulak yang kena 'tanggung taik'nya sepertinya DI SINI .

al-brangionline:

Saya ada sikit pengalaman dengan makhluk bernama lembu nih.

Pada mula-mula pakai kereta dulu......saya sedang memandu dengan isteri berbadan dua dan sedang meriba anak kami yang pertama.......tiba-tiba seekor anak lembu sedang melintas dan saya tak sempat nak menekan brek.....apa lagi berdentum kuat...anak lembu melambung dan jatuh atas bonet depan.

Bayangkanlah kalau jatuh atas cermin depan......tapi alhamdullilllah semuanya selamat cuma kereta hancur bahagian tangki-air.

Saya tolak kereta ke tepi dan turun......disebelah jalan sana kelihatan seorang Pak Cik berkain pelikat diparas lutut dengan kain 'semotar' dikepala dan parang ber'kilat' tajam semacam nak terpa dan meluru ke arah saya.

Sambil berdoa janganlah nyawa ku habis di mata parang tu......terus saya beri salam. Pada mulanya dia mintak ganti rugi......tapi bila saya tanya, "Lembu Pak Cik ke nih?", dia dah mula naik resah.....sepantas lembu berlari dia menjawab sambil tergagap2, "Dok...Dok...Dok...bukang lembu kite" (Tak... tak...tak..bukan lembu saya)

Saya pun mula naik berani dan dengan nada sinis saya kata,"Manalah tuang lembu nih......laing kali ikaklah lembu tuh....jangang nyusahkang orang ramai." (Manalah tuan lembu tu.....lain kali ikatlah lembu tu....jangan nyusahkan orang ramai."

Jadi apa yang saya nak ceritakan di sini......lain kali kalau nak pelihara lembu, carilah tanah pamah yang terkawal atau secara feedlot yang tersusun (tersusun pengurusan kewangannya dan sebagainya) dan jangan 'MENYUSAH'kan orang awam.

Kenapa TG Abdul Hadi Awang tak tawar diri tanding PRU13?

Ke mana-mana pergi orang ramai bercakap pasal Tg Abdul Hadi Awang Presiden PAS tidak berhasrat menawarkan diri untuk bertanding dalam PRU13 tak lama lagi.

Bermacam-macam spekulasi dan analisa sendiri dibuat.

Apakata Mursyidul Am PAS Tg Nik Abdul Aziz dalam hal ini?

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Abdul Hadi, menurut beliau, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam. [Sinarharian .]

Manakala Ketua Umum PKR pula berkata :

"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat Pas dan Pakatan Rakyat (PR)," kata Anwar dipetik Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, peranan Presiden Pas itu, yang berusia 65 tahun, kritikal buat pemuafakatan PR, yang dibentuk secara formal selepas pilihan raya umum 2008.

"Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat," tegas Anwar. [Sinarharian .]

Kita dengar pula apa kata 'musuh' politik PAS?

Orang nombor 2 Umnuuu memberi jawapan yang hambar atau dalam bahasa lain komentar 'cap ayam'......beliau hanya komen itu hanya isu dalaman PAS.

Kenyataan TG Abdul Hadi Awang memberi jawapan itu secara spontan setelah cuba di provokasi oleh akhbar Sinarharian. [sedutan rakaman ihsan dari Terengganukini .]

Biasalah sebagai akhbar yang cuba mencari headline yang sensasi menjelang PRU13, akan mengajukan beberapa soalan dengan menembak beberapa 'peluru' penabur.

Bagi saya, orang yang paling seronok hinggakan mengurut dada tanda lega ialah orang-orang Umnuuu kerana 'suara' TG Abdul Hadi Awang amat digeruni oleh DUN mahupun Parlimen malah digeruni oleh musuh politik PAS.

Seorang pemimpin yang bertawado' sememangnya tidak meletakkan atau mendahulukan dirinya daripada jemaah.

Dato' Presiden sentiasa menyerahkan kepada parti menentukan masa depan politiknya. Inilah tarbiah langsung daripada pemimpin kepada penyokong dan pendokong agar tidak 'perasan' atau melobi-lobi akan jawatan dan selaku mereka yang berjawatan dalam parti di luar sana, tidak semestinya bertanding itu sebagai satu hak mutlak kecualilah atau sehingga parti buat keputusan.

al-brangionline:

Umnuuu/BN masih mem'buru' calon'.......seoerti DI SINI .

Bak kata Seniman Agung P.Ramlee.....jarang-jarang...kadang-kadang....mana ada mana-mana Presiden parti di seluruh antero dunia yang tak nak bertanding.....

p/s

Suara hati al-brangionline mahukan suara 'Ayoh Cik' di DUN dan Parlimen......InsyaAllah PAS ganti Umno.

Sunday, January 29, 2012

Nadal tersungkur

Kita berehat sejenak dari politik tanahair.

Keputusan Tennis Grand Slam : Terbuka Australia. yang baru tamat sekejap tadi ialah seperti berikut:

Novak Djokovik (Serbia) telah menjuarai Tennis terbuka Australia dengan menumpaskan Rafael Nadal (Sepanyol) 5-7, 6-4, 6-2, 6-7, 7-5

'PERKASA'nya Aqidah aku......tak caya tanyalah Hassan Al-Aqidah

Persoalan moral decadence di kalangan remaja sudah mula diseminarkan.....diforumkam.....dikonferenskan seingat saya semenjak tahun 70an lagi tapi sekarang kemeruduman moral bukan setakat di kalangan remaja malah di kalangan dewasa malah warga emas pun berada ditahap yang mendukacitakan.

Begitu juga dengan persoalan Aqidah di kalangan umat Islam.

Aqidah ter'lcut' dari ikatan orang Islam amat mudah......semudah ikatan kain terlondeh dari pinggang pemakai.

Kenapa jadi begitu?

Adakah dengan mensensasikan jumlah yang mencecah ratusan ribu orang Islam murtad boleh mengembalikan semula atau menguatkan kembali pegangan Aqidah umat Islam?

Adakah dengan hanya ber'HIMPUN'......ratusan.....ribuan.....jutaan umat manusia boleh terjamin terikat kemas Aqidah umat Islam?

Kata orang pergilah sesekali jenguk dan mendengar 'kuliah' dengan cara ber'HIMPUN'......di sana ada Hassan Ali seorang pakar motivasi berPhD yang dipecat dari PAS (kerana berjuang untuk memantapkan Aqidah?).....di sana ada orang-orang gagah 'Perkasa' (yang sanggup ber'jihad' untuk Aqidah?).....di sana ada Al-Ustaz Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman......tentu anda akan teruja lantas terasa Aqidah anda akan mantap seperti DI SINI .

Adakah dengan cara ber'HIMPUN' dan mendengar hentaman seseorang pada bekas partinya boleh mengukuhkan Iman, langsung mengejapkan Aqidah anda?

Adakah dengan menghentam bekas partinya dan membela dirinya boleh mengetatkan Aqidah pendengar?

Kalau itulah caranya untuk menguatkan Aqidah umat Islam, eloklah pergi menjelajah ke seluruh sekolah agar keseluruhan remaja akan selamat dari gejala murtad.

al-brangionline:

Kembalilah kepada Al-Quran dan Assunnah jika ada apa-apa pertelingkahan.

Hanya Al-Quran satu-satunya jalan penyelesaian pada setiap permasalahan.

Dengan polical will yang kuat daripada mereka yang diberi kuasa memerintah, InsyaAllah umat Islam akan selamat dari 'pencerobohan' Aqidah.

Saturday, January 28, 2012

Azizan: Aziz Bari 'buta' undang-undang......belajar Perlembagaan tapi tak tahu prosedur

Saya tak berapa follow isu KUIN di Kedah tapi amat tertarik dengan berita yang baru dibaca tadi. .

Sekarang 'badi' pecat Hassan Ali udah berjangkit pada Ustaz Azizan pulak.

Orang sana kata pecat......orang sinin kata ambil tindakan.....orang sinun kata gantung.....ntahlah mereka ni 'pakar'.....tapi bila di baca berita seperti DI SINI barulah faham sikit-sikit letak duduk keadaan sebenar.

Yang merunsingkan penulis ialah, PRU13 tersangat-sangat dekat, tapi Pakatan Rakyat terlalu banyak pakar runding-nasihat yang ber'tauliah' dan yang tidak ber'tauliah.....tapi percayalah, pengundi tidak memerlukan sebarang tauliah dari universiti untuk memangkah parti mana.

al-brangionline:

Tertarik dengan sebahagian daripada ulasan Ustaz Azizan......"Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.

“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,”

Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,”

Ust. Nasa buat laporan Polis......manakala Hassan Ali terus jadi kuda tunggangan.....

Ustaz Nasa membuat laporan polis bahawa beliau tidak sekali2 tidak terlibat.....malah beliau tidak sedar langsung bahawa beliau diregukan dengan Hassan Ali dalam salah satu program roadshow Hassan Ali di Bandar Baru Bangi pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi minggu depan.

Kerja sapa ini?

Inilah kerja iblis-iblis yang bertopengkan manusia.....inilah perbuatan tangan-tangan gatal yang berniat jahat agar sorang lagi pimpinan ter'cicir' dalam perjuangan.

Manakala Hasan Ali pula terus hanyut dalam syok sendiri.....dalam kehairan sendiri.....dalam ujub sendiri.

Samada dalam sedar.....atau separuh sedar.....atau tak sedar langsung.....ha ha ha yang sebenarnya beliau telah di'tunggang' oleh kumpulan tertentu.....alangkah ter'hina'nya jika seseorang yang kuat 'aqidah'nya serta mempunyai rantaian kelulsan sehingga ke peringkat PhD menjadi 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu yang muflis politik atau kumpulan atau pertubuhan tertentu yang sedang terlantar 'nazak' menunggu tarikh 'keramat' PRU13.

PETALING JAYA: Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang menurunkan 10 banner Roadshow Masa Depan Politik Malaysia yang memaparkan wajah bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.

Roadshow itu yang dijangka diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi didakwa disabotaj oleh ahli Exco kerajaan negeri.

Pengerusi SMU Norman Toha berkata hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh Menteri Besar. Sekatan ini dibuat berpilih- pilih.

“Kalau iklan banner Pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshow anjuran bersama SMU, mereka turunkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Norman menyoal, “dimanakah keadilan untuk rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik ektrem kepartian?

“Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai RM1,500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut,” katanya. [sumber .]

al-brangionline:

Pecah dan perintah.....divide and rule.....satu permainan kegemaran mereka

Friday, January 27, 2012

Boleh tarik nafas lega seketika

Ling Lion Sik boleh tarik nafas lega seketika kerana Mahkamah menangguhkan ke 9 Mac 2012 yang sepatutnya diketahui hari ini samada beliau diperintah membela diri atau dilepas dan dibebaskan.

Beliau menghadapi pertuduhan menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08
bilion dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). [sumber .]

al-brangionline:

Nampaknya tarikh PRU13 pun bergantung kepada keputusan di atas gamaknya.

Kalau bersalah......kesian Jemaah Menteri yang tertipu dan mereka yang kena tipu.....kalau tak bersalah, kesian rakyat Malaysia yang tertipu dengan berita yang 'sensasi' ini......alahai.....

Thursday, January 26, 2012

Mahathir......apaaa nama.....kunun :Pengurusan tak amanah punca koperasi gagal......waka ka ka.....

[sumber .]

Pengurusan tidak beramanah punca kegagalan koperasi kata Mahathir......tahu tak apa.

Bukan setakat koperasi aje chek......pengurusan negara pun, kalau tak beramanah akan gagal juga walaupun orang kampong nampak bermacam-macam pembangunan......(kalau jumlah bangunan tinggi dan rendah diambil sebagai ukuran kerana itu pun yang jadi kayu pengukur Umnuuu).....yang orang kampong (bukan semua) tak tahu malah tak percaya pun dan tak ambil kisah ialah kegagalan Perwaja Steel, skandal BMF, skandal PKFZ.....dan banyak lagi..ini semua di zaman ketika hangpa berada di kemuncak pemerintahan Malaysia.

Sebagai orang nombor satu ketika itu...pengurusan hangpa pun dikira lemah sama.

Umnuuu yang kununnya dikira hebat dan pandai merintah.....hampeh.....sama-sama lemah.

al-brangionline:

Pelanduk selalu lupakan jerat......tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk....

Antara Ibrahim dengan Khalid Ibrahim.....mana satu pilihan anda?......alahai.....

Apabila fortpolio Agama tidak lagi diberi kepada PAS, banyak kedengaran suara sinis sana sini.

Lebih-lebih lagi portfolio Agama itu dipegang sendiri oleh Menteri Besar, Tan Seri Khalid Ibrahim.

Pertamanya hak menentukan jenis fortfolio adalah hak mutlak Menteri Besar.

Ramai orang berkata seboleh-bolehnya biarlah Exco Agama itu boleh menjadi Imam solat dan boleh berkhutbah.......ya secara idealnya eloklah begitu tapi telah terbukti ramai ulamak malah 'Al-Hafiz' lagi dalam Umnuuu, tapi anda sedia maklum apa yang mereka lakukan untuk memertabatkan Agama ketika kuasa ada di tangan mereka.

Hak menjaga Agama bukan terletak dibatu jemala Adun PAS sahaja, malah Adun PKR yang berAgama Islam pun wajib juga menjaga Agama.....jadi secara pentadbirannya Menteri Besar mempunyai kuasa yang lebih untuk melicinkan apa yang ter'sekat-sekat' selama ini dan Adun PAS khasnya dan Adun PKR amnya boleh menjadi pemantau yang aktif dan pembantu yang setia dan ikhlas untuk memertabatkan Agama terutama dalam hal pengagihan zakat dan menguatkuasa orang-orang Islam daripada mengunjungi tempat-tempat maksiat dan mengurangkan tempat maksiat daripada 'menyerangi' tempat majoriti perumahan orang-orang Islam.

Orang yang paling lantang sekali dalam isu portfolio Agama ini ialah Ibrahim Ali seperti sangka buruknya DI SINI kononnya "Khalid akan menutup mata kepada kegiatan 'tidak bermoral' demi undi."

Kalaulah itu hujahnya, ia seolah-olah memecah tembelang busuknya kenapa dia melompat dari menjadi Ahli Parlimen di bawah tiket PAS dahulu.

Ia seolah-olah nak memberitahu kepada semua rakyat Malaysia, kalau dia ber'sama' PAS, maka dia kena bercakap dalam hal-hal Agama.....ia nak beritahu pada umum ia seolah-olah bertentangan dengan jiwanya...adakah begitu saudara Ibrahim?

Lagipun kalau beliau kekal dalam 'kelompok' PAS, maka beliau terpaksa berusrah bersama pimpinan PAS yang diterajui oleh TG Nik Abdul Aziz.....satu aktiviti yang 'canggung' dan berlawanan dengan jiwanya...adakah begitu saudara Ibrahim?

Saya tidak fikir saudara Ibrahim yang berjiwa besar dan perjuang Agama yang tegar sanggup bertindak begitu dan dalam hal isu portfolio Agama sanggup bersangka buruk dan memperendahkan kewibawaan Tan Seri Khalid.

al-brangionline:

Saya yakin dan percaya PAS tidak akan sesekali berkompromi dalam hal yang bersangkutan dengan Agama.

Wednesday, January 25, 2012

Nak tahu kenapa bekas pimpinan PKR cabar Anwar saman mereka?

Nak tahu kenapa bekas-bekas pemimpin PKR cabar Anwar saman mereka?

Mereka sekarang kepanasan.....seperti ulat-ulat buah yang perlukan buah yang baru untuk hidup.....kalau tidak, akan 'mati'lah mereka bersama buah yang kian membusuk itu.

Di luar sana 'ulat-ulat' sedang mengerit 'buah-buah' yang diumpan untuk kepentingan tuan punya buah seperti di sini .

al-brangionline:

Ada sesetengah orang makan untuk hidup......tak kurang juga ada yang hidup. hanyalah untuk makan......alahai kesiannya.....

Monday, January 23, 2012

Umnuuu konar mereng

Saya ambik kesempatan di sini mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh kaum Tionghua semoga kita sama-sama membina Malaysia 'baru' selepas PRU13 nanti.

Umnuuu terdesak......MCA pun terdesak...MIC pun sama...Gerakan lagilah...PPP jangan ceritalah.

Umnuuu tak akan hilang 'migrain'nya selagi Anwar bebas ber'politik'...lama-lama boleh jadi 'mereng'.

Umnuuu tak akan hilang 'migrain'nya selagi hati-hati kaum Cina dan kaum India tidak dapat ditawan.

'Ah Jib Gor' (facebook) dan perlantikan Menteri jaga hal kaum India buktinya Umnuuu sedang 'migrain'.....apakah selama ini Menteri yang memang dari MIC itu tak jaga kaum India ke?.....apakah selama ini Ah Jib tak ambik hati kaum Cina ke?

Kalau sebelah pantai barat 'mereng' membawa erti hampir-hampir nak gila tapi belum lagi gila.....tapi kalau di Terengganu, 'mereng' memberi erti lain.

Saya masih lagi ingat semasa kecil dulu, ada seorang penunggang motorsikal di Kuala Berang yang amat terror.....mengalahkan Lorenzo. Penunggang ini mempunyai misai ala-ala Saddam Hussain selalu tunjuk skill apabila tiba diselekoh maut...dia akan konar 'mereng'...atau konar 'leper'...atau konar 'baring'.

Jadi kalau dikatakan Umnuuu hampir-hampir mereng...terpulang anda mahu ambik erti yang mana......alahai.....

al-brangionline:

Kami sekeluarga pagi ini akan berangkat ke Port Dickson untuk beristirehat.

Port Dickson paling akhir sekali diziarahi ialah ketika PRK Bagan Pinang dimana calon winnable Umnuuu menang selesa walaupun mukanya ter'palit' 'air-masin' laut Port Dickson.

Sunday, January 22, 2012

Amil Zakat boleh ter'duduk' pengsan woh......

Allah SWT yang Maha Kaya lagi Maha Kurnia sedikit pun tidak luak Khazanahnya......memberi dan membuka luas pintu rezeki kepada hamba-hambanya daripada makhluk jenis jin mahupun manusia daripada Khutub Utara hingga Khutub Selatan.....dari Timur hinggalah ke Barat.

Allah SWT sedikit pun tidak terjejas KekuasaanNya sama ada hambanya bersyukur atau pun sebaliknya.

Allah SWT boleh memberi rezeki kepada mana-mana makhluk pilihanNya.

Saudara Kamal Ashnawi adalah di antara makhluk pilihanNya yang dikatakan memiliki kekayaan sejumlah RM20 Trillion seperti dilaporkan DI SINI .

Untuk makluman anda......di bawah ini adalah keterangan ringkas apa itu juta, billion dan trillion.

Juta (million) = ada 6 kosong (1,000,000)
Billion = ada 9 kosong (1,000,000,000)
Trillion = ada 12 kosong (1,000,000,000,000)

Kalaulah anda ada 1 Trillion......zakat yang perlu di keluarkan mengikut congak mudah
ialah 2.5/100 * 1,000,000,000,000 = 25,000,000,000 iaitu 25 billion ringgit......pheeeeewww banyaaaak tuh.

Alhamdullillah dan tahniah pada Saudara Kamal Ashnawi.

al-brangionline:

Kaum fakir dan miskin tentu mendongak ke langit dan mengucap Syukur Alhamdullilah......InsyaAllah sifar fakir dan miskin kalau sesiapa dari anda mempunyai kekayaan sebanyak itu.

p/s

Amil Zakat boleh terduduk pengsan
___________________________________________________________________

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.[sumber .]

Saturday, January 21, 2012

Di persimpangan......Karpal Singh terkapai-kapai???

Banyak sudah kerja-kerja yang mengembirakan anak-anak guamnya......kebanyakan kes semuanya menang.

Banyak sudah saksi pendakwa di'gerudi'nya hingga terkedu nak jawap soalannya.

Banyak sudah kenduri kesyukuran serta sujud syukur oleh anak guamnya tanda terlepas dari 'tali-gantung', terhindar dari mendiami kamar berjeriji besi sepanjang hayat,

Ramai sudah anak-anak guamnya boleh 'angkat muka' tanda sudah bersih dari tuduhan rasuah, fitnah dan sebagainya.

Kes terbaru ialah kes liwat II Anwar. Kes ini telah dibebaskan baru-baru ini, terpaksa menghadapi perbicaraan semula setelah Peguam Negara memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Manakala dalam kesnya sendiri pula, dalam pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak pada tahun 2009, beliau diperintah untuk membela diri atas tuduhan tersebut setelah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Itulah dia Saudara Karpal Singh, Pengerusi DAP, seorang peguam yang digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan tetapi nasibnya sendiri bagaimana pula? [sumber .]

al-brangionline:

Di persimpangan......Karpal Singh terkapai-kapai???

Friday, January 20, 2012

Sham (Kamikaze) difitnah......

Sham (Kamikaze) bersama isterinya (Gambar ihsan dari Blogberry Emry)

Kehidupan seorang selebriti memang tidak terlepas dari fitnah kerana industri hiburan itu sendiri mengundang pelbagai fitnah.

Fitnahnya pulak berkisar pada percampuran artis lelaki dan wanita bukan mahram......ada yang membawa kepada bersedudukan...pra-bersedudukan...pasca bersedudukan...pendedahan aurat...artis perempuan hisap rokok...penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

Apabila segelintir selebriti kembali ke pangkal jalan, mereka juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah.

Kita mengharapkan selebriti yang telah kembali ke pangkal jalan agar tabah menghadapi ujian yang maha dahsyat ini yang hanya iman sahaja dapat menangkisnya agar mereka tidak terjebak kembali ke kancah itu.

Mereka yang turut sama berdakwah sekurang-kurangnya dapat berkongsi pengalaman silam mereka kepada remaja yang belum lagi terjebak......mereka yang ingin mengamalkan amar makruf sudah pasti akan menerima fitnah......ini sunnatullah.....seboleh-bolehnya mereka yang ber'dengki' ingin melihat selebriti kekal hanyut dalam glamour bersama-sama dengan peminat kerana bagi mereka 'industri' ini banyak mendatangkan hasil...dalam perkataan lain banyak 'masyuk'.

Sham (Kamikaze) seorang pemain gitar tersohor tidak terlepas dari fitnah dari mereka yang mempunyai sifat dengki yang punya perangai sama dengan 'makhluk halus' yang tidak senang dengan kesenangan dan ketenangan orang lain seperti DI SINI .

al-brangionline:

Fitnah adalah senjata tertua di dunia ini.

Alahai......kayanya si-Anu parti Anu tu

Kalau mahu cepat kaya masuklah parti anu......anu.....anu...

Bila ada cadangan suruh isytihar harta pada umum.....tiba-tiba datang kecut T _ _ _ _ Q.

Kenapa takut?

Kalau tak berak tengah jalan kenapa perlu malu......kalau tak ada luit juta-juta kenapa perlu gabra?

Kalau isteri tarak emas perak, kenapa perlu 'gatal kaki'?

Kalau anak-anak semuanya sengket, kenapa perlu 'gatai-mata'?

Kalau audit atau SPRM datang......jawaplah dengan lidah yang fasih, jangan kamu takut dan gentar kerana mereka juga adalah makhluk Allah SWT.....katakan, "aku menabung sedari dalam perut ibu ku lagi"......alahai.....

al-brangionline:

Adakah kekayaan itu anak kunci kepada kebahagiaan?

Hanya mu ya Allah Yang Maha Kaya

Thursday, January 19, 2012

Takkan mentaliti Umnuuu nak disamakan dgn bebudak tadika......alahai.....

Ada sorang ketua kelas 'biru' Tadika Kemah semalam pesan pada pelajar yang lebih bijak darinya, 'jangan jadi talibarut pembangkang'.

Tolonglah Mat......kalau nak buat lawak pun biarlah orang boleh ketawa......zaman sekarang orang nak ketawa tak payah tunggu pakai bedak tebal...seluar tinggi sebelah...mulut buat-buat herut...zaman pak badut udah berlalu.

Bila Umnuuu menggunakan pelajar untuk kepentingan mereka...agak-agak apa gelaran pembangkang nak beri...agaknya bolehlah dikatakan Umnu menggunakan pelajar untuk jadikan pembalut 'pekung' mereka......apa macam? Ada setuju?

Ni sekarang si Mamat ni pulak kata, PAS sepatutnya rasa terhina kerana tak dapat portpolio Islam sempena perlantikan Exco baru menggantikan Hasan Ali PhD.

Nak habaq kat Mamat ni...Umnu yang kurang lebih 54 tahun berkuasa memerintah Malaysia bukan setakat dihina oleh rakan kongsi malah turut meng'hina' Islam.

Hangpa pi semak keratan akhbar yang lama...dah tak larat nak cerita kat sini apa mantan-mantan bos mereka mencerca hukum Islam.

al-brangionline:

Mentaliti orang Umnuuu ni bila agaknya nak berubah?......Sudah 54 tahun kita Merdeka.....tahap berpikior tahap bebudak tadika......tengok yang mengundinya pulak siapa?.....Bapak kepada bebudak tadika.....takkan cara berpikior pun sama weh.....

Mak Cik Ijat dan Pak Kheq tak perlu lepas jawatan......

Ramai penganalisa politik saran mereka yang 'korup politik' mesti berundur untuk selamatkan Umnuuu sebelum PRU13 nanti.

Ramai yang berkata Mak Cik Ijat dan Pak Kheq perlu lepas jawatan dan berundur terus dari politik......hantaq jauh-jauh jadi Duta......tak dapat jadi Duta ke negara lain pun dapat jadi duta barangan 1Malaysia pun dah kira ok......umpamanya duta susu 1Malaysia ke atau duta minyak buah keras untuk lebatkan misai atau apa-apa aje......alahai.....

Bagi al-brangionline, mereka tak perlu berundur......mereka masih muda...bertenaga untuk berjihad dalam Umnuuu.

Mereka adalah winnable candidates......malah saya pasti lawannya akan hilang deposit.

Kalau boleh keluarga mereka pun diberi kawasan untuk berlawan dengan calon PR......kalau ada anak menantu mereka yang berumur lebih 21 tahun...beri peluang mereka berjihad......fisabillillah.....negara akan mendapat manfaat daripada mereka.....nescaya ekonomi negara dapat dijana dengan pantas.....kutipan zakat melimpah ruah.....pasti fakir-miskin akan terbela sehingga tiada seorang pun yang layak bergelar fakir miskin seperti zaman khalifah Umar Ibn Aziz.

al-brangionline:

Hati-hati Nurul Izzah......alahai.....winnable ala Umnuuu......tak ada perkataan liability dalam Umnuuu.

Wednesday, January 18, 2012

Adun Sijangkang yg pernah menang saman fitnah dilantik Exco baru

Dr Ahmad Yunus menerima watikah perlantikan dari Tuanku Sultan Selangor
di Istana Bukit Kayangan [Harakah .]

Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah hari ini sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kuota kerusi ini adalah milik PAS.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Apa yang menarik mengenai Exco baru ini, ialah beliau pernah difitnahkan oleh Berita Harian yang menyiarkan berita "Tikam dari belakang - Calon PAS".

Selepas PRU11,2004, pada 29 Julai 2004, Dr Ahmad Yunus Khairi telah memfailkan saman ke atas Datuk Abdul Fatah Iskandar, Kalimullah Hassan dan NSTP.

Pada 29 Julai 2010, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan bahawa Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan Kumpulan NSTP setuju membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Dr. Ahmad Yunus.

Ikuti kisah selanjutnya DI SINI .

al-brangionline:

Tahniah Dr.Ahmad Yunus di atas perlantikan tersebut semoga Dr. dapat memikul amanah yang berat ini dengan penuh keikhlasan demi menjaga Islam khasnya dan nama baik PAS amnya.

p/s

Bersiap sedialah untuk berhadapan dengan fitnah baru dari segenap penjuru kerana fitnah itu semacam sudah menjadi budaya dari musuh 'luar' dan 'dalam'.

Tuesday, January 17, 2012

PAS, jgn buang current......biarkan Hassan meroyan sorang...dia ada PhD kan.....

Pada pendapat saya yang tak ada PhD ni, lebih baik biarkan Hassan meroyan sorang-sorang......dia dah akil baligh...mempunyai PhD lagi pun aqidahnya dah mantap...jadi rasanya pepandailah dia bawak diri, nak pusing Malaysia ke...dunia ke...lantak le.

Dia nak bongkar apa yang ada dalam 'kain' PAS.....biaq pi lah......orang udah giler talak nak buat macamana.

Pimpinan PAS sudah buang banyak masa, tenaga untuk nak counter Hassan PhD tu hingga lupa yang mana satu prioritynya......yang mana satu aulawiyatnya.....jangan lupa kita masih banyak kerja untuk menghadapi Umnuuu/BN dalam PRU13 yang tak berapa lama lagi......PAS seharusnya jangan hilang fokus. [sumber .]

Biasanya tempoh seseorang meroyan tak adalah ambik masa yang panjang......bila orang ramai tak beri tumpuan maka tersadailah meroyannya itu di birai katil...tercungap-cungap keletihan.

Yang sebenarnya Umnuuu sendiri pun udah lama meroyan dengan isu stereotypenya.....tak habis-habis dengan kisah Anwar.....seperti orang dalam keadaan nazak yang tak ada benda lain nak diucapkan kecualilah suara mintakkan air...air...air.

Kalaulah itu keadaannya apa yang Pakatan Rakyat boleh buat ialah 'menitik'kan air di bibirnya dan 'talqin' di'telinga'nya kalimah syahadah......alahai.....

al-brangionline:

Kata seorang sahabat......kalau orang buat eksyen atau ego dengan kita......eksyen dan ego jugak patut dibalas untuk tundukkannya......ntahlah betul ke tidak.

Monday, January 16, 2012

Mahal sangat ke mulut Hasan Ali hinggakan TG Nik Aziz suruh jaga?

Nabi SAW sentiasa mengingatkan umatnya agar menjaga mulut terutama ketika bersolat jemaah dengan cara bersugi atau menghindari daripada memakan benda-benda yang makruh seperti bawang atau yang se'waktu' dengannya seperti petai, jering, kerdas, bawang jeruk.....dan lain-lain.

Mengumpat atau mengata nista termasuk dalam menjaga mulut. Keadaan hati yang kotor yang penuh dengan 'titik-titik hitam' biasanya akan terluah melalui mulut.......hati dan mulut perlu dijaga seiring.

Patutlah Nabi SAW menganjurkan umatnya menjaga mulut (disamping menjaga hati) dan ini diperpanjangkan oleh ulamak seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS kerana natijah daripada mulut tak terjaga amat buruk padahnya kepada parti PAS malah kepada empunya mulut yang masih celupar menghentam PAS walaupun sudah dipecat.

Umnuuu akan menggunakan keceluparan empunya mulut yang amat 'busuk' sebagai senjatanya.....tetapi percayalah, rakyat terbanyak akan dapat membezakan bahawa mereka yang hatinya busuk sahaja yang akan mengeluarkan bau yang busuk melalui mulut yang busuk.

[sumber .]

Penulis seboleh-bolehnya tak ingin nak ambil tahu lagi hal Hasan Ali ni kerana dia sudah terkeluar dari PAS tapi oleh kerana beliau masih ber'dendam' dengan PAS malah akan membuat 'road-show' untuk membongkar kononnya dalam PAS penuh dengan parasit maka beliau akan ditentang habis-habisan dan kedudukan beliau sekarang adalah se'baris' dengan Umnuuu, 'perkasam' dan sesiapa yang berniat serong dengan PAS.

[sumber .]

Walaupun Hasan Ali belum masuk Umnuuu......gelagatnya jelas memberi bola tanggung pada Umnuuu.

al-brangionline:

Penulis mengucapkan selamat be'roadshow' kalau-kalau itu dapat menguatkan aqidah umat Islam dan diri sendiri.

p/s

Percayalah saudara sekelian......rakyat terbanyak makin meluat akan kelicikan yang tak berapa licik 'badut' sarkas yang kononnya hangat di pasaran sekarang.

Hey sekelian Jin dan Manusia......Anwar tak boleh dipercayai.....yg boleh, hanyalah Umnuuu.....alahai.....

Seronoknya dengar si-luncai berteriak......"Hey sekelian rakyat Malaysia kecik-besar.....tua-muda.....yang belum mumayiz-yang dah akil baligh.....yang kencing duduk-yang kencing berdiri.....pak andir-mak andir.....yang bertudung lintup-yang bertudung jambul.....yang buta-yang celik.....yang pekak badak-yang kuat pendengaran.....ysang jujur-yang kuat fitnah.....yangkuat sedekah-yang kuat makan rasuah.....dengar sini semua, Anwar tak boleh dipercayai."

Laungan itu diteriakkan ke seleruh kampong dan bandar......ke seluruh bukit dan lembah.....ke seluruh tanah pamah dan hutan rimba.....ke seluruh jin dan manusia pagi-petang, siang-malam.

Si-luncai berteriak lagi, "Wahai sekelian makhluk jenis manusia dan makhluk jenis jin, polong, pelesit, hantu raya, ifrit dan yang sebangsa dengannya......ketahuilah oleh mu yang boleh dipercayai hanyalah sekelian pendokong Umnuuu dan yang sewaktu dengannya.

Agak-agaknya sekelian makhluk jenis manusia yang berakal yang berumur 21 tahun ke atas.....yang semuanya layak mengundi akan tersentak akalnya bila mendengar seruan itu?

al-brangionline:

Lagi banyak si-Luncai mengutuk Anwar/PR......lagi bagus.....pengundi sesekali tidak akan terjun bersama-sama dengan 'labu-labu' si-Luncai......alahai.....

Saturday, January 14, 2012

Ratu kapiaq yg tahu menghormati Islam......kau orang tak malu ke?????

Orang Islam khususnya bertaraf VVIP di Malaysia dan dunia amnya dan seluruh umat Islam patut rasa malu kepada Ratu Belanda, Beatrix yang menutup aurat sepenuhnya......berjubah, bersarung tangan dan kaki dan kepalanya sehelai rambut pun tak terjelir keluar ketika melakukan lawatan di sebuah masjid di sebuah negara Teluk.

Baginda memberitahu wartawan, baginda berterampilan demikian kerana semata-mata menghormati agama Islam.

Baginda juga menyelar pemimpin di negaranya yang bersifat anti-Islam.

Di Malaysia......sekian mufta...ulamak muda a.k.a Ali Baba and the 40 thieves umnooo...nah engkau...apa kau orang nak kata dengan isteri VVIP yang seolah-olah mempersendakan Agama dengan bertudung 'jambul'...siap menyinsing lengan baju lagi?????

al-brangionline;

Semoga mendapat hidaya Ratu Belanda itu.

Mereka yang ber'jambul' di Malaysia tu......takkan orang Agama nak berdoa aje...sesekali tegurlah secara 'face to face'...jangan main kenen dalam cerama je......Al-Fadhil dibayar gaji guna duit rakyat tau untuk jaga Agama.....kalau tak nak terasa terhutang dengan rakyat, bolehlah jeling-jeling kat duit zakat tu......alahai.....

__________________________________________________________________

AMSTERDAM: Ratu Belanda, Beatrix, menghentam pemimpin parti anti-Muslim negaranya, Geert Wilders, dengan menyifatkan kata-katanya sebagai ‘mengarut’ mengenai tindakan ketua diraja itu memakai tudung kepala ketika melakukan lawatan di sebuah masjid di sebuah negara Teluk.

Kenyataan beliau dianggap luar biasa kepada wartawan Belanda yang mengiringinya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman, baru-baru ini.
Beatrix memberitahu wartawan, beliau memakai tudung kepala berkenaan ketika di UAE dan sekali lagi sewaktu mengunjungi Masjid Besar Sultan Qaboos, sebagai menghormati agama Islam.
Ratu Belanda berkenaan menjawab pertanyaan wartawan berhubung soalan yang dikemukakan di Parlimen yang dikemukakan oleh Wilders, pemimpin Parti Kebebasan (PVV) yang menuduh keputusan ketua diraja itu menutup kepala ketika mengunjungi masjid di Abu Dhabi, Ahad lalu, sebagai mengesahkan penindasan wanita.

Wartawan yang mengiringi ratu Belanda itu di Muscat pada Khamis lalu melaporkan Beatrix menarik nafas panjang sambil berkata beliau tidak terkejut dengan apa yang disuarakan oleh Wilders.

Puteri Maxima juga menolak tuduhan Wilders dengan menyatakan bahawa dua pertiga pelajar di Abu Dhabi adalah wanita, lapor media Belanda.

Media Eropah menyifatkan kata-kata yang diluahkan secara terus terang oleh Beatrix itu sebagai luar biasa kerana ia jarang disuarakan terhadap parti politik Belanda sendiri.
Wilders berpendirian menentang pemakaian tudung termasuk burqa bagi wanita. Malah, kerajaan Belanda sendiri sudah mengumumkan rancangan mengharamkan burqa.
Di Belanda, orang Islam meliputi satu juta daripada 16.7 juta penduduk negara berkenaan, kebanyakannya imigran dari Turki dan Maghribi.

Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pula mempertahankan tindakan Beatrix.

“Apabila beliau mengunjungi rumah ibadat, sudah semetinya beliau menghormati adab berpakaian,” kata Rutte dalam jawapan bertulis kepada soalan Wilders di Parlimen. – Agensi [sumber .]

Kesian nenek 69 tahun ni...di'baham' singa gian

Gambar sekadar hiasan

Apa udah jadi dengan rakyat Malaysia.....hari-hari kisah cabul...rogol...khalwat...bawah umur kena cabul dan rogol...remaja bawak jantan masuk bilik tidor di'kantoi'kan oleh keluarga sendiri...sumbang mahram dan pelbagai lagi.

Adakah rakyat Malaysia kuat naluri seksnya?

Adakah kerana pemakanan......kerana banyak jenis makanan menjuruskan ke 'situ'.....dengan sup 'power'nya...sup 'torpedo'nya...kopi 'power'nya...telur ayam kampong setengah masak dan madunya dan bermacam-macam lagi?

Atau kerana banyak sumber yang merangsangkan manusia 'candu' seks ini seperti VCD lucah...majalah yang mempamirkan kegebuan...kemontokan...keseksian artis...pendedahan aurat yang melampau?...Hingga membuat 'makhluk' yang gian seks ini melempiaskan di mana ada ruang dan luang sehingga tidak dapat membezakan halal dan haram...kanak-kanak atau dewasa...muda atau warga emas?

Kejadian semalam di mana nenek berusia 69 tahun masih menjadi igauan pada anak muda yang kemaruk seks hingga sanggup merogolnya. {sumber .]

Adakah mereka lupa pada Agama atau hukum hakam tidak berlandaskan pada Agama?

Pada hal Allah telah berjanji sebaik saja sesuatu hukuman berjalan mengikut syarak maka PENCEGAHANNYA akan datang dari Allah...cuma manusia yang egoisnya tinggi sahaja sampai hati untuk menidakkan hukuman Al-Quran......laksanakan dulu, lepas itu baru bertawakkal padaNYA.

Cuba saudara ku perhatikan Al-Quran: Surah Al-Maidah, Ayat 38 "Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman PENCEGAH dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
al-brangionline:

Kefasadan berlaku adalah hasil dari tangan-tangan manusia sendiri......renungkanlah saudara ku.

Friday, January 13, 2012

Pengganti Hasan tiada PhD

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baru bagi mengantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan.

Selebihnya sila tuan baca DI SINI .

al-brangionline:

Segala2nya berjalan dengan lancar ketika pemakluman bahawa Datuk Dr. Hasan Ali dipecat oleh PAS Pusat di Istana pagi tadi.

Maka ada keperluan jawatan EXCO (yang disandang oleh beliau) diganti dengan calon yang baru dari PAS.

Berkemungkinan calon yang baru itu tiada memiliki PhD tapi mempunyai MBBS.

Seorang yang memiliki MBBS juga bergelar Doktor......beliau juga peka dan pakar dalam menganalisa data......mana data yang boleh diterima...mana data yang sudah tercemar......yang tercemar akan dibuat 'perkasam', kalau tidak ia akan jadi Is-SeMak-lah......alahai.

Sumber ini mungkin menarik juga anda baca.......yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk memang kerja umnuuuuuu.

Thursday, January 12, 2012

Shahrizat bercuti 3 minggu......eloklah tu...sekembali nanti lepas pulak jawatan...dok gitu?

Mak Cik Ijat mohon cuti 3 minggu. [sumber .]

Eloklah tu.......tenangkan fikiran nanti kalau banyak sangat mikirkan hal lembu naik pening kepala dibuatnya.....penyakit lain pulak datang.

Kalau lembu kena sakit.....kita udah tahu apa penyakitnya.....yang paling berbahaya ialah penyakit lembu gila...pastu penyakit kuku dan mulut.

Kalau terkena pada orang berbagai-bagai penyakit boleh dapat seperti tekanan darah naik.....resah-gelisahhingga susah tidor malam...penyakit tak lalu makan hingga kurus-kering badan....atau penyakit buatan orang berbulan-bulan merana...atau penyakit nyanyuk.

Walaupun kata orang, nyanyuk hanya terkena kepada orang-orang warga emas 70-80 ke atas tetapi ada juga yang umur 80 tahun lebih masih berdegar-degar bercakap hingga meleleh air-liur orang muda.

Tetapi ada juga penyakit nyanyuk terkena kepada orang muda.

Yang paling ditakuti oleh sang suami kalau-kalau isteri mereka berpenyakit suka sinsing lengan baju dan yang lebih parah lagi kalau suka selak kain......apa akan jadi kalau kita baru masuk restoran, tiba sang isteri menyelak kain....tak ke haru-biru.

3 minggu bercuti adalah lama jangka masanya......banyak benda yang kita boleh buat.....seperti buat Umrah.....kalau sapa ada laman rumah yang luas bolehlah hari bersih laman dan trim pokok bunga.....kalau sapa yang ada ladang...bolehlah hari bilang berapa ekor binatang ternakan belaannya.

Bercakap pasal Umrah.......ia termasuk dalam perbuatan fisabillilah . Tapi mentang-mentang fisabillilah, jangan pulak tuan-tuan pergi serbu MAIP mintak wang Zakat, walaupun Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini berkata wang zakat dibenarkan untuk digunakan dalam hal berkaitan keagamaan kerana ia merupakan satu langkah untuk “mempertahankan kedaulatan institusi Islam”. [sumber .]

Seelok-eloknya tuan-tuan pergilah dengan duit titik peluh sendiri baru terasa ada kesungguhan dalam beribadat kerana mengeluarkan duit sendiri.

al-brangionline:

Selamat bercuti dan langkah seterusnya sekembali dari cuti nanti sudah siap handing-over notes untuk dilepaskan jawatan itu untuk mengelak fitnah yang lebih dahsyat.

Panggilan misteri......ha ha episod di Perak dlm versi baru?


Baru tengah bukak Youtube koleksi lagu 60an oleh The Zurah II yang dihantar oleh seorang sahabat di FB, tiba-tiba panggilan masuk dan nombornya tiada dalam simpanan......suaranya tidak dapat nak cam......pesanannya pun ringkas dan terus tutup.
'
Bila cuba untuk buat panggilan dengan nombor itu......terus dengar suara 'awek' bercakap....."Nombor yang anda panggil tidak dapat dihubungi...sila tinggalkan pesanan.....bla bla." .....habis bateri ke atau telefon ditutup.....alahai...mengacau aje...

Pesanannya......"Episod di Perak berulang...sila baca Malaysiakini......tut tut tut..."

al-brangionline:

Wayang kulit belaka......aduhai.....lambatnya PRU13.

____________________________________________________________________

Petikan dari Malaysiakini.

Anwar tak bersalah: Rayuan akan dibuat, kata Yusof
Pihak pendakwaan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Isnin lalu.

Dalam laporan berita bahasa Inggeris Nightline, terbitan TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.

Mohd Yusof juga dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan boleh difailkan dalam tempoh 10 hari.

Isnin lalu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, mengambil masa kurang dari lima minit dalam membuat keputusan untuk membebas dan melepaskan Anwar selepas memutuskan untuk tidak menerima bukti DNA. Beliau sebelum ini, menerima bukti berkenaan ketika dibentangkan oleh pihak pendakwaan.

Pada peringkat akhir pembelaan, katanya, beban membuktikan mesti melampaui keraguan munasabah.

Menurut Mohamad Zabidin, meskipun mahkamah menerima bukti yang dikemukakan oleh ahli kimia yang dilantik oleh kerajaan - Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, namun mahkamah memilih menolak kenyataan mereka selepas mendengar keterangan dari dua saksi pakar Anwar dari Australia.

Semalam, Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil sekiranya Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.

Sebelum ini, beberapa peguam kes jenayah memberitahu Malaysiakini bahawa hak untuk membuat rayuan terletak di tangan Peguam Negara yang mempunyai 14 hari untuk berbuat demikian.

Wednesday, January 11, 2012

Kadiaq angkat jari hantu kalu......demam tak kebah Najib

Umnuuu kononnya tumpang seronok apabila Anwar didapati tak bersalah dalam kes liwat II......kerana kata depa ini menunjukkan sistem perhakiman tetap utuh, tidak dipengaruhi atau di'jeling-jeling' sambil di'angkat-angkat kening' oleh pengaruh Umnuuu.

Anak kepada Pak Syeikh Fadzir berpendapat lain, sila baca DI SINI .

Nah berdebuk sebiji......ambik kau Umnuuu.

al-brangionline:

Kalau pernah berdamping dengan Umnuuu......takkan kacang lupakan kulit kot......kalau kacang Mengelembu......kasaq-kasaq bijinya......alahai.....

Monday, January 9, 2012

Sepagi di peristiwa 901......gambar-gambar menceritakan segalanya.

Bertolak dari Bangi seawal jam 5.05 pagi dan sampai ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu kira jam 5.40 pagi. Kami menjangkan bertembung dengan 'perkida' yang katanya mereka akan berqiamullail sepanjang malam tapi anehnya tidak berjumpa bayang mereka pun.....mungkin mereka sudah sampai ke alam Malakut.

Penyokong Pakatan Rakyat memenuhi ruang solat Masjid Wilayah Persekutuan.

Bila masuk fardhu Subuh, semua yang hadir menunaikan solat Subuh berjemaah.

Sebaik selesai solat Subuh, sebahagian yang hadir berjalan menuju ke perkarangan Mahkamah. Keadaan jalaraya masih lagi lengang.

Penyokong mulai berhimpun di luar perkarangan Mahkamah. Semua kelihatan ceria termasuk polis kelihatan senyum tanpa sebarang provokasi. Peliknya tidak kelihatan langsung polis bertopi merah, yang berkawal hanya polis berberet biru gelap.

Pimpinan Pakatan Rakyat mulai tiba menuju ke Mahkamah.

Penyokong Pakatan Rakyat yang terdiri berbilang bangsa mula membanjiri luar perkarangan Mahkamah.......menunggu dengan sabar keputusan Mahkamah.

Walaupun berkerusi roda, namun tak nak ketinggalan mengikuti keputusan Mahkamah kes liwat II Anwar.

Sebaik sahaja keputusan Hakim dibaca oleh Hakim bahawa Anwar bebas......tidak bersalah maka jelas kelihatan kegembiraan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat.

Keliahatan TG Dato Presiden PAS Abdul Hadi Awang turut serta hadir ke 901 sebagai memberi sokongan moral.

Sesungguhnya seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah. Lebih-lebih lagi mengikut kaedah hukum Islam pihak yang menuduh dikehendaki mendatangi 4 orang saksi yang tidak fasik.

al-brangionline:

Aku mula berlajar wala' dengan pemimpin dan kepimpinannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat.

Walaupun ramai orang merasa geli geleman dengan perkataan "wala'"......namun tidak mungkin semua tindakan oleh semua AJK PAS Pusat semuanya salah. Tidak mungkin semua ulamak PAS bertindak salah.

Aku masih perlu mendapat tarbiah dari ulamak.

Mintak maaf dengan mana-mana sahabat yang mempertikaikan keputusan untuk PAS termasuk al-brangionline pergi ke '901' , Mahkamah Jalan Duta serta keputusan PAS Pusat memecat Dato' Hasan Ali......seharus mereka yang berpendidikan Agama lebih memahami "wala'" daripada aku yang berpendidikan sekular. (Kisah pemecatan Dato' Hasan Ali sudah tidak relevan lagi dengan perhimpunan ini. Bukan aku tidak sukakan Hasan Ali.....tapi aku lebih menyanyangi PAS melebihinya)

Sekian.