Followers

Sunday, 9 December 2012

Sebakul durian 'busuk' masuk ke dalam bakul 'busuk'......semuanya 'busuk' habaq hang......alahai.....

Teringat semasa zaman bujang dulu......konon-konon nak cari durian murah.....beramai-ramai dengan housemate berjalan kaki dari Kampong Baru ke Chow Kit tepat jam 12.00 malam.

Apa lagi......belilah durian yang melambak di situ.....bukan sebiji dua...kami beli sebakul dan tiada pilihan kerana tak boleh dipilih pun buahnya...yang boleh pilih hanyalah bakulnya sahaja...yang mana telah siap dilambak buahnya...harganya hanyalah sekitar 5-10 henget aje sebakul.

Masalahnya nak bawak balik ke rumah di Kampong Baru...lebih tepat di Flat 'Burung' depan sekolah Jalan Raja Muda...dipanggil flat burung kerana bentuknya empat persegi setinggi 4 tingkat...sebijik macam sarang burung merpati. Kebanyakan teksi tak mahu ambik kerana busuk katanya...dan sesetengahnya nak kenakan extra charge kononnya terlebih 12.00 malam.

Pendekkan cerita adalah sebuah teksi buruk yang sanggup hanta kami......apa lagi sampai dirumah kami pun faraidh...satu untuk kau...satu untuk aku...dua untuk kau...dua untuk aku....bla...bla...

Nak murah punya pasal......hanya 3-4 biji daripada sebakul durian itu yang hanya boleh makan.....itupun dari sebiji tu hanya berapa ulas isinya yang layak dibuat tempoyak boleh dimakan...apa nak buat tiada pilihan.

Jadi bila member dari Tanjung call semalam, habaq kata se'bakul' durian 'busuk' masuk ke dalam bakul yang sudah busuk...dengaq cerita tak dak rega pun....free ja.....saya hanya mampu tersenyum...

al-brangionline:

Orang Tanjung...hangpa makan ke tempoyak?

Kalau hang rajin...sila baca cerita DI SINI .