Followers

Sunday, 9 December 2012

Menagih undi......dikatakan lagi besar itu bunga...lagi banyak undi dapat.....ada betul ka?...


Undi kaum India perlu ditagih setelah undi kaum Cina tak kesampaian......kesian kan. [ sumber .]

Juga dibacakan DI SINI .

al-brangionline:

Dikatakan lagi besar bunga-bunga itu lagi banyak undi akan dapat......
____________________________________________________________________


PM Minta Masyarakat India Letak Kepercayaan Dalam BN
Najib Tun Razak. Foto ROHAIZAT MD DARUS/THE STAR
KUALA LUMPUR: Masyarakat India di negara ini perlu meletakkan kepercayaan mereka dalam Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan masa depan yang baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata, sokongan daripada masyarakat India berkurangan dalam pilihan raya umum lepas.
Beliau berkata, sokongan itu bukan kerana keyakinan mereka dalam Pakatan Rakyat, tetapi keinginan untuk BN mengubah dan menjadi lebih prihatin terhadap keperluan mereka.
"Sejak empat tahun lepas, Barisan (Nasional) telah memberi perhatian kepada masyarakat India dan ini membantu memenangi kembali kepercayaan mereka," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-66 di sini Ahad.
Beliau berkata, peruntukan RM540 juta untuk sekolah rendah Tamil sejak 2009 sebagai contoh Kerajaan menjadi lebih prihatin terhadap keperluan masyarakat.
Najib, yang juga Pengerusi BN, memberi amaran kepada masyarakat India mengenai janji kosong pembangkang untuk mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, pembangkang memainkan isu dakwaan yang dikatakan 300,000 India yang tanpa warganegara.
Beliau berkata setakat ini, 9,000 orang India telah tampil ke hadapan untuk mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk kewarganegaraan mereka, Mykad dan sijil kelahiran.
“Saya jamin perkara ini akan diselesaikan kepada mereka yang tampil dan berkelayakan,” katanya.