Followers

Monday, 5 November 2012

TG Hadi Awang nekad?......Umno Pekan gelabah 'beruk'?.....

Keltihan masih terasa......tiba di Bangi dalam keadaan hujan renyai-renyai dan jalan licin malam tadi

Saya kena terima hakikat bahawa badan yang 'lama' ini sudah tak larat nak 'travel' jauh-jauh walaupun dengan kenderaan yang baru......tapi kerana nak meraikan hari 'raya' seorang pelajar...... saya bersama isteri, anak bongsu dan 2 orang cucu yang super 'active' tapi kuat merajuk serta anak yang hendak diraikan menggagahi jugak bertolak ke Batu Pahat pada Jumaat 2 hari lepas......sebaik saja selesai Konvokesyen di UTHM semalam ,terus bergegas balik ke Bangi malam tadi.

3 hari tak update blog dan lama jugak tidak baca paper secara online......tup-tup malam tadi tersebar berita kata TG Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan melawan Presiden Umno.

Saya tidak berhajat untuk membuat analisa samada lontaran idea itu berupa strategi politi dari TGHA sendiri......cuma saya rasa khuatir kerana ramai jugak dikalangan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat memberi sokongan dan restu TGHA bertanding......jugak saya tidak berhasrat membuat penghuraian samada yang menyokong itu betul-betul ikhlas menyokong atau sebaliknya atau pun sokongan atas apa yang dinamakan strategi politik.

Demokrasi di Malaysia masih tidak mencapai tempoh matang seperti di Amerika, UK, Australia, Jepun dll......majoriti pengundi di Malaysia masih dibelenggu dengan dinar dan dirham.......teringat saya akan kata-kata "kita mempunyai infarstruktur Dunia Pertama, tapi rakyatnya masih bermentaliti Dunia Ketiga"......itulah hakikatnya.

Soal kalah menang itu adat pertandingan......kata-kata ini hanya sah pada sukan seperti bolasepak atau yang seumpama dengannya tapi tidak pada politik kerana kalah atau menang akan melibatkan harga yang sangat mahal untuk membeli dan menjaga kebajikan rakyat.

al-brangionline:

Jangan sokong membawa rebah.

p/s

Saya tak dapat bayangkan kalau Parlimen Pekan 'swap' dengan Parlimen Bukit Gelugur atau DUN Bukit Baru Melaka 'swap' dengan DUN Chempaka Kelantan atau bertembung sesama mereka di salah satu tempat di situ......agak-agak Pengundi Malaysia menggunakan mentaliti kelas pertama atau terpelosok ke mentaliti kelas ke3 ke?