Followers

Tuesday, November 6, 2012

Pak Haji mana yg pandai 'tackle' Hajjah Rossa nih?

Jemaah haji yang berangkat menunaikan fardhu haji baru-baru ini sudah ramai yang berangsur pulang ke tanah air masing-masing.

Ramai yang pulang membawa bermacam-macam perubahan.....kalau dulu ramai yang tak menutup aurat tapi sekembali ke Malaysia, ramai yang menutup sempurna. Yang sebenarnya perubahan ini boleh kita perhati ketika di Jeddah lagi.....kalau di sana tudung makin nampak 'jambul', atas pesawat makin terserlah jambulnya dan ketika berhampiran dengan India, Sumatera jambul makin menonjol maka yakinlah bila mereka sedang menunggu bagasi keseluruhan tudung akan tersingkap maka terserlah rambutnya samada ori atau semi ori ber'karat' kuning atau masih hitam.

Para jemaah haji terdiri dari pelbagai keturunan...usia...profesion...selebriti mahupun rakyat jelata yang biasa......saya turut mendoakan agar mereka memperolehi haji yang mabrur.

Yang sebenarnya segala perubahan bermula di tanahair sebelum berangkat ke Tanah Suci lagi......di Malaysia lagi kita dianjurkan bertaubat dan diper'kukuh'kan lagi dengan doa yang bersungguhan di tempat-tempat yang mustajab doa ketika berada di sana, InsyaAllah kita akan nampak perubahan kepada diri kita.

Tetapi ada juga yang separuh ego dengan nada yakin buat statement, "saya berserah jika dibukakan pintu hati untuk berubah sekembali nanti, maka saya redha"......kebanyakan yang ber'nada' seperti itu sekembalinya ramai yang nampaknya sama sahaja sebelum dan selepas balik dari Tanah Suci.....bahkan ada yang lebih teruk.

Berdoa di tempat-tempat yang mustajab berdoa di sana, yakinlah semuanya akan dimakbulkan Allah SWT......ada yang ditunaikan 'cash'...ada yang beransur-ansur dan ada yang nampak seolah-olah tidak diterima tapi Allah SWT Maha Mengetahui kerana semua yang berlaku adalah dalam IlmuNya...InsyaAllah akan dikurniakan di akhirat nanti.

Saya rasa bersyukur kerana ramai selebriti telah menunaikan fardhu haji dalam usia yang muda semoga Allah SWT menerima segala amal ibadat mereka dan menunjukkan jalan yang lurus sekembali mereka ke tanahair masing-masing tidak terkecuali penyanyi genit di atas...semoga dikurniakan 'Pak Haji' yang 'sesuai' dan 'baik' untuknya untuk menyambung kembali liku-liku kehidupan sebelum menemuiNYA nanti.

al-brangionline:

Apalah maknanya gelaran Tuan Haji atau Puan Hajjah kalau sekembali masih mempersendakan Islam......apa maknanya pergi berbelas kali kalau setakat nak tunjuk banyaknya duit.

_________________________________________________________________________

Tunai Haji, Rossa Berdoa Dipertemukan Jodoh


Tuesday, 06 November 2012 02:12


..
Ketika menunaikan rukun Islam yang kelima, ibadah haji, di Mekah 
baru-baru ini, diva Indonesia Sri RossaRoslaina Handiyani  atau Rossa turut 
berdoa meminta jodoh yang terbaik buatnya.
Setelah bercerai dengan drumer band Padi, Yoyo hingga kini 
Rossa memang belum menemukan pengganti.

"Saya banyak berdoa, agar mendapatkan jodoh yang terbaik 

di mata Allah dan sesuai dengan saya," ujarnya kepada portal KapanLagi.com

Selain itu, pelantun Kau Pinangku Dengan Bismillah itu merasa lebih bahagia 

setelah pulang dari tanah suci. Sepanjang di sana, Rossa menyatakan 
yang dia tidak mengalami pengalaman yang pelik-pelik.
 [sumber .]