Followers

Monday, 26 November 2012

Oh malangnya......tersalah ambik 'tonik' terus lembik......alahai.....

Mana-mana orang cerita pasal 3-0......Harimau lembik...di'kereqoh' (dibaham) oleh Singa.

Posting ini sesaja ditulis sambil mencari sebab musabab kekalahan meng'aib'kan Malaysia kepada musuh tradisi Singapura, 3-0 dalam pertandingan bolasepak Piala AFF Suzuki.malam tadi dan pengalaman saya yang memang fobia dengan angka 3......tapi ada csorang sahabt di Pahang tentu senyum dengan angka 3 lebih-lebih lagi di musim ber'hujan' dan ber'dingin-dingin' ini..hahaha.

Hari ini genap 3 hari diserang demam panas......semasa jumpa doktor dia kata 40 celcius patutlah rasa muka ni macam nak meletup panas.....dia kata selepas 2 hari kalau tak kebah jugak demam dia kata nak ambik darah dan Alhamdullillah hari ini ,demam dah kebah tetapi badan terasa teramat letih.

Tahun ini saja sudah 3 kali demam panas seperti ini......pada awal tahun setelah 2 hari demam panas bila diambik darah telah disahkan idap 'cellulitis', akibatnya 2 minggu terlantar kat hospital.....sebulan selepas itu demam panas lagi dan selepas 2 hari, diambik darah disahkan denggi dimana platelet turun hingga 88.

Dan kali ini terasa fobia sekali tapi bila tengok simpton kat badan tak ada tanda-tanda 'cellulitis' atau 'denggi' datang bertandang semula, maka saya amat yakin dan tidak pergi jumpa doktor.

Setelah 3 hari tak jengok apa-apa berita kat internet......bermacam-macam isu ketinggalan.

Setelah di'surf'kan perlahan2 sambil meneguk teh barulah saya dapat puncanya kenapa pasukan Harimau Malaya' jadi kaku dan lembik semasa bertemu dengan Singa Temasek malam tadi walaupun dikatakan diberi tonik luarbiasa seperti DI SINI .

Rupa-rupanya tersalah beri tonik......tonik yang diberi kepada Harimau Malaya ialah tonik yang sudah luput jangkhayatnya dan para analis 'perubatan tradisional' mendapati tonik itu bukan untuk menguatkan pasukan bolasepak tapi untuk 'melemah' serta 'menunduk'kan sesuatu.......dan terbukti pasukan Harimau lembik seperti DI SINI ......alahai.....

al-brangionline:

Jangan percaya pada angka.....atau percaya pada 'tonik' untuk 'kuat'...percayalah pada diri sendiri dan mereka yang pakar dan ahli dalam bidangnya saja.