Followers

Tuesday, 27 November 2012

Ketua Pengarah Kesihatan a.k.a. KPK @ Ketua Pengarah Khalwat, kerjanya digantung sementara menunggu.....

Kita mesti berbaik sangka.......mungkin ketika dia ditangkap, si perempuan tu sedang mengambil BP bosnya.....manakala bosnya sorang pegawai tertinggi Gred Utama Turus II teramat perihatin dengan anak buahnya yang mungkin mengadu sedang sesak nafas lantas diambil 'steiscope' lalu diperiksa dengan teliti akannya.

Cuma yang mendatangkan fitnah, ia berlaku pada jam 2.18 pagi......Oh itu tak menjadi hal kerana malang berlaku tidak mengira saat dan ketika.

Tetapi kenapa mesti berada di Hotel?......Oh itu pun tak menjadi isu kerana kita tidak tahu dimana bumi yang akan ditimpa hujan.

Bukankah perempuan itu masih isteri orang ketika 'kejadian'?......Haha tang ni ia kurang bijak...bukan setakat kurang bijak tapi berdosa besar tau...lain kali belajarlah dengan seorang lagi pegawai dari sebuah 'Jabatan' yang juga sama gred dengannya tapi yang ini dia pandai menjaga 'turus'...kata orang kampong, kelwat...kelwat tak mainlah......bila hati sudah berkenan.....dia terus bernikah kerana takut kempunan almaklumlah masih muda perawan...hahaha.

Kerjanya digantung sementara menunggu keputusan tatatertib yang akan bermesyuarat pada 3 Disember 2012 nanti.[sumber .]

al-brangionline:

Wahai sahabat-sahabat ku yang masih menjulang jawatan yang besar-besar di luar sana.....sayangilah jawatan anda...maruah anda...iman anda.....pintu taubat masih terbuka luas kepada kita kerana Rahmat Allah SWT kepada makhluk ciptaanNYA tersangatlah luasnya..