Followers

Wednesday, 14 November 2012

Kes Nurul Izzah: PAS jangan teralih tumpuan dek desakan 'figura' ini.


Seperti dijangka 'Kes Nurul Izzah' menjadi tumpuan media apalagi medi pencacailah.

Ada beberapa 'figura' besar memberi komen......samada 'figura' besar itu datang dari luar PAS mahupun dari dalam PAS sendiri dan sudah tentu 'figura' besar dari luar PAS akan menangguk sedalam-dalamnya dalam air yang sudah keruh ini.

Saya tidak berhajat untuk memberi komen dalam isu ini kerana kita serahlah kepada yang cerdik-cerdik dan yang pandai-pandai kerana takut jadi yang memandai2.

Cuma yang menghairankan saya kenapa ada beberapa 'figura' besar dalam PAS yang 'defend' gila-gila sehingga orang luar nampak seolah-olah kenyataannya itulah yang mencerminkan pendirian PAS.

Ada juga 'figura' yang sentiasa menimbulkan 'kontroversi' dalam PAS mendesak agar pimpinan tertinggi PAS membuat pendirian terhadap isu ini dan beberapa 'figura' yang sudah ber'talak' dengan PAS memang sentiasa meniup api perpecahan di kalangan ahli dalam dalam PAS dan ini ke yang dikatakan mereka ini masih sayangkan PAS?......payyyraaah.....

Pandangan saya ialah kenapa "tiada beban batu digalas" sedangkan parti Nurul Izzah sendiri tiada membuat pendirian resmi.

PAS tidak perlu 'jump the gun' dalam hal ini.

Soalnya PAS berada dalam Pakatan Rakyat......kata 'figura' tersebut, "kenapa tak ada satu stand?"

Apakah kamu mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat semata-mata kerana isu yang sudah diputar.....sudah di'blend'kan.....sudah dikamil.....sudah dibelitkan dan sudah dilunyaikan oleh 'figura' yang rakus dengan isu?

Saya amat yakin Dewan Ulamak dan Syura serta pimpinan tertinggi PAS amat berintergriti dan sudah masak dengan karenah 'figura' yang berada di dalam PAS ini......dan 'figura-figura' yang berada di luar PAS...maaf, kamu tak masuk 'buku'.