Followers

Tuesday, 20 November 2012

'Cotton-buds' untuk 'satu dua kerat' dalam DAP dan berus botol susu untuk cai Amenu

Dulu ada sorang sahabat beri teguran...bila menulis, tolong halakan muncung 'senapang' pada musuh...maknanya jangan tembak sahabat sendiri...ye, saya akur tapi kali ini bukan nak tembak sahabat sendiri tapi hanya nak beri 'cotton-buds'......terpulang kepada mereka bagaimana nak gunakan 'cotton-buds' itu.

Dalam Muktamar PAS baru-baru ni, Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat PAS ada menyuarakan hasrat mereka agar TG. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS jadi PM sebaik PR berjaya melangkah ke Putrajaya ......maka seperti rumah disambar api gegak gempita...riuh rendah suara kecemasan berkumandang dalam semua bentuk media pencacai amenu.

Kalau keluar dalam media pencacai amenu amatlah tidak menghairankan kerana memang tugas pak cai-pak cai dengan kepakaran mencacai...men'spin'kan berita...kalau tak mencacai maka tembolok kempis.......tapi yang lawaknya ada 2-3 kerat dalam DAP boleh terpengaruh dan terus buat kenyataan, " Calon PM: Anwar pilihan Pakatan ".

Dalam sebuah keluarga yang besar sudah tentu berbagai-bagai kehendak dan permintaan anak-anak dan harapan kepada bapanya......adakah ini salah?

Ini Mutamar...bukannya mesyuarat persatuan kompang...bukan jugak perhimpuna amenu...demokrasi dalam PAS subur, semua ada hak bersuara.

Malah tidak dibuat ketetapan pun bahawa TG Presiden menjadi PM dan tidak dinyatakan pun oleh TG Presiden beliau nak jadi PM......beliau hanya berseloroh sebagai nak meraikan hasrat Dewan Ulamak dan Muslimat PAS dengan berkata....."saya alu-alukan nak lantik saya PM.....syok jugak sepintas lalu......dalam minit ke 51.13.....".

Saya memberi tabik spring kepada Anwar yang tidak melatah serta menunjukkan kematangan dan ketokohan sebagai pemimpin besar dalam isu ini dengan berkata......" Tiada masalah Hadi jadi PM, boleh bincang, "......begitu jugak dengan Azmin Ali yang berkata " Jawatan PM: Pakatan tak perlu bergaduh" (yang mula menunjukkan kematangannya).

Jadi sebelum PRU13 ada beberapa individu dalam DAP...tolong jaga mulut dan bukak telinga...tunjukkan kematangan anda dalam berpolitik...jangan tala-kan muncung 'senapang' anda padacsesama rakan dalam PR terutama PAS...bukankah setiap dasar yang penting hanya dibincangkan dalam mesyuarat tertutup......letihlah macam nih maqa.

al-brangionline:

Nak hadiahkan 'cotton-buds' pada mereka......manakala untuk macai a.k.a pak cai amenu nak hadiahkan berus botol susu kerana kedua-dua telinga mereka penuh taik telinga

p/s tolong baca dan dengar ucapan TG Abd. Hadi di bawah. [sumber .]
_____________________________________________________________________
Apa sebenar kata Presiden PAS tentang isu jadi PM

Harakahdaily,19 Nov 2012

KUALA LUMPUR: Laporan muka depan akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA jelas mahu melaga-lagakan Presiden PAS dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain apabila melaporkan beliau bersedia menjadi perdana menteri, tetapi apakah sebenarnya yang beliau kata dan maksud.


Muka depan The Star hari ini melaporkan, "Hadi ready to be PM" (Hadi bersedia menjadi PM).

Namun tajuk untuk edisi onlinenya agak berbeza iaitu, "It is syiok (thrilling) to be PM." (Syok juga kalau jadi PM)."

Selari dengan The Star adalah, media dalam talian The Malaysian Insider juga membuat laporan sealiran dengan akhbar MCA itu. "Hadi ‘alu-alukan’ cadangan perwakilan dilantik jadi PM", menjadi tajuk media itu.

Kedua-dua laporan ini membayangkan seolah-olah Presiden PAS itu mahu menjadi perdana menteri.

Ekoran kedua-dua laporan itu, timbul fitnah kepada Presiden bahawa beliau dikatakan 'setuju dan bersedia' untuk menjadi perdana menteri.

Namun, Malaysiakini pula membuat tajuk "Syor jadi PM, syok juga sepintas lalu - kata Hadi".

"Syok (seronok) juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita menangkan Islam, lepas tu nak mati, matilah,"katanya dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu semalam.

Laporan yang ditulis Abdul Rahim Sabri itu agak berlainan dari dua media di atas.

Apakah yang dikatakan sebenarnya oleh Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan penangguhan yang disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai terbaik oleh beliau itu.

Para pembaca wajar sekali mendengar sendiri apakah maksud Ustaz Abdul Hadi dalam ucapannya itu.

Ini kerana, dalam sidang media selepas memberikan Ucapan Dasar Muktamar PAS ini, Abdul Hadi dengan jelas menolak cadangan itu.

Beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang.

Apakah sebenarnya maksud TG Abdul Hadi tentang isu ini? Berikut adalah transkrip ucapan penangguhan beliau yang berkaitan dengan isu ini.

Berikut adalah penyataan Tuan Guru Abdul Hadi semasa penggulungan itu secara verbatim.

"Kita kena hadapi pilihan raya dengan yakin, ikhlas dan ilmu dan bijak.

Saya alu-alukan nak lantik saya jadi perdana menteri. Syok juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.

Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.

Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh ikan belukang sebesar kelinking je. Ustaz Azizah ingat tak peristiwa itu? Saya tak mahu jadi macam tu lah. Belum apa-apa dah tumbuk rempah.

Kita kena belajar dengan Nabi SAW. Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri dan penduduk mereka untuk menegakkan Islam. Allah menjanjikan kemenangan.

Nabi jumpa satu-satu kabilah ini. Masa jumpa kabilah Bani Amir, Nabi tawar Islam, Allah janjikan kemenangan, boleh tegakkan negara bila berjaya. Tiba-tiba pemimpin mereka bertanya, "Kalau menang siapa jadi raja, jadi ketua, jadi menteri" lalu Nabi jawab, "Kemenangan itu bagi Allah, Allah beri  kepada siapa yang Dia kehendaki" Itu jawapan Nabi.

Jadi kita PAS ni kena ajar begitulah. Itulah caranya."


(Klik di sini untuk mendengar ucapan itu)