Followers

Wednesday, 21 November 2012

Akhir 'kalam'......Mahathir jadi PM selepas PRU13 ?

Sempat mencuri dengar cakap-cakap kat kedai kopi beberapa totok Umno......kononnya Mahathirlah orang paling layak jadi PM.

Mereka mengambil 'consensus' begitu ekoran Mahathir memberi pandangan sinis dan memperendahkan Pakatan Rakyat dengan selamba mencadangkan Karpal Singh jadi PM.......“Bagi kat dialah (Karpal Singh), teruk lama dah dia berjuang ni, patut bagi Karpal Sigh jadi perdana menteri... Yang Amat Berhormat Karpal Sigh, bila pencen boleh dapat Tun tau, Tun Karpal Sigh, Tun Anwar Ibrahim , Tun Haji Hadi,” katanya dengan sinis ketika ditanya wartawan berhubung kecelaruan PR dalam soal siapa layak jadi Perdana Menteri. [sumber .]
Bukan setakat memperlekeh Pakatan Rakyat, malah secara tak langsung perlekehkan institusi Raja kerana hak menganugerahkan darjat 'Tun' adalah hak mutlak DYMM YDP Agong.......itulah 'antics' dari Mahathir...dia cakap apa pun macai-macai Umno akan tenganga meleleh air-liur untuk merakamkan luahan seorang yang bahasa badannya masih terpingin menjadi PM.

Berbalik pada jonggos Umno tadi......yang sorang tu tak mahu Najib...yang sorang lagi jauh sekali pilih Muhyiddin...mereka sepakat kata Umno sudah 'kering' pemimpin macam Alahyarham2 Tengku dan Tun Abdul Razak.....mereka ambil ketetapan kedai kopi mahukan Mahathir jadi PM.

Hanya mampu ketawa dalam hati......maka benarlah kata-kata 'hikmat' dari Mahathir, "Melayu mudah lupa."

al-brangionline:

Kasihan Mahathir yang kotak ingatannya telah diserang 'virus'.

p/s Mereka lupa bahawa Anwar akan jadi PM InsyaAllah..