Followers

Monday, 1 October 2012

Pek Ha yang 'pantang' tengok paha......adesssssshhhhh


Tak sangka wanita yang mempunyai perawakan lembut malah pernah bertugas sebagai peramugari mempunyai sifat yang panas lagi baran...membara seperti seterika.

Susah digambarkan ketika dia baran semasa di awan biru......silap haribulan air panas yang dipinta oleh penumpang akan dituang ke atas paha.

Biasanya orang yang berakal lagi normal akan menggunakan seterika untuk menghilang kerdut di baju atau kain tapi wanita ini menggunakan seterika untuk meng'kerdut'kan kulit manusia......adesssssshhhhh.

Kenapa jadi macam tu Cik Kak?.....tension...stress ke?

Akibatnya beliau dikekalkan hukuman penjara selama 12 tahun untuk menghilangkan 'stress'nya.

Ikuti kisahnya DI BAWAH .


Keterangan Nirmala boleh dipercayai

NIRMALA



KUALA LUMPUR - Keterangan bekas pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat konsisten dan boleh dipercayai berdasarkan tiga elemen iaitu tahap kecederaan, senjata panas yang digunakan serta bekas majikannya, Yim Pek Ha merupakan satu-satunya orang yang menyebabkan kecederaan tersebut.
Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran dalam hujah di peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi di sini semalam berkata, tiga elemen tersebut membuktikan Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap tertuduh.
Yim Pek Ha



Pada 27 November 2008, Pek Ha, 41, dijatuhkan hukuman tersebut selepas Mahkamah Sesyen di sini mensabitkannya bersalah atas tiga tuduhan mencederakan Nirmala, 24, menggunakan seterika dan air panas di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004.
Terdahulu, Rozela menyanggah rayuan pihak pembelaan yang mendakwa Nirmala kurang siuman berdasarkan keterangan Pek Ha sering melihat pembantu rumahnya itu tidur dalam keadaan bogel selain suka mencederakan diri sendiri.
"Kami anggap keterangan sedemikian akan mengenakan pihak pembelaan kembali kerana dari pengamatan kami, kalau benar majikan ada pembantu rumah berkelakuan begitu, sudah tentu dia dihantar pulang.
al-brangionline:

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.....tenang air muka.....sangat suka guna seterika......elok rupa paras.....tapi sangat suka main air panas......adeeeeessshhh.....