Followers

Saturday, October 27, 2012

Apa yang tak kena pada gambar ini?......apa yg kurang?


Semalam 26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433, umat Islam seluruh dunia merayakan Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban di seluruh pelusuk dunia dimulai dengan solat sunat Eidul Adha dan selepas itu dikuti menjalani korban haiwan ternakan seperti unta, kerbau, lembu, kambing, kibas dan seumpamanya walaupun berlainan waktu dan tempat bergantung kepada kedudukan geografinya.

Laungan Takbit dan Tahmid berkumandang membesar dan memuji Allah SWT di segenap Surau/Masjid di seluruh dunia.

Di antara hikmah solat sunat Eidul Adha yang dilaksanakan secara berjemaah dan menyembelih haiwan qurban ialah menghidupkan syiar Agama Islam dan membesarkan Allah SWT serta merapatkan tali silaturrahim sesama Islam......sesungguhnya “Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”.(Surah Al-Hajj:37)"

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hara Raya Eidul Adha dan selamat berkorban kerana masih ada 2 hari lagi untuk kita sama-sama berkorban.

Apa kaitan gambar di atas dengan posting ini?

Sila perhatikan apa yang tidak kena pada gambar di atas?

Bukan bidang saya lebih-lebih lagi tidak ber'authority' untuk membuat teguran tapi terpanggil untuk memberi sedikit komentar......"sila rapatkan saf anda" kerana diantara hikmahnya ialah menandakan ikatan atau tautan satu hati di antara sesama jemaah sementelah lagi sesama pemimpin.......apabila pemimpin bersatu hati barulah wujudnya ikatan yang kukuh sesama rakyat.

al-brangionline:

Kenapa sesama pemimpin wujud perasaan 'takut' untuk bersentuhan tumit sama tumit dan bahu sama bahu?