Followers

Tuesday, 11 September 2012

Turun naik nafas Anwar akan berdegup-kencang jantung Umno......tulah pasal.....

Teorinya mudah.

Tak perlu belajar tinggi hingga ke Universiti.

Hendak lumpuhkan Pakatan Rakyat mesti pecahkan PAS, PKR dan DAP dari bergabung.

Tetapi untuk pecahkan PAS sebagai sebuah parti atau hendak pecahkan PKR dan DAP sebagai sebuah parti, Umno jangan bermimpi di siang hari kecuali Umno buat kerja kurang cerdik dengan meng'haram'kan parti-parti tersebut.

Umno mempunyai kuasa dan banyak masa untuk membuat kerja-kerja nakal lagi jahat seperti itu dengan hanya mereka-reka cerita dan meng'import' bukti 'segera' seperti memasak mee-segera......dengan sekelip mata ketiga-tiga parti tersebut menjadi haram.....ya haram.....bukan haram jadah tahu...mengharamkan seperti terharamnya Umno yang asal...yang ada sekarang hanyalah Umno (Baru), malulah sikit.

Mungkin Umno berjaya menyumpit racun ber'bisa' di kalangan segelintir orang Melayu bahawa DAP itu kononnya lebih ber'bahaya' daripada komunis tapi ternyata ia gagal kerana rakyat terbanyak sudah lama keluar dari kotak perkauman yang sempit dan lagi lama Umno menyerang DAP lagi merudum undi dari kaum Cina.

Setelah gagal menyerang DAP......Umno menyerang PKR bertali arus.

Kenapa sampai begitu sekali?

Seolah-olah sudah hilang pertimbangan dan ketamadunan cerdik pandai yang ada dalam Umno dan di luar Umno yang terdiri dari 'Majlis Pro-Kangkung Negara'......dan dengan bantuan dari 'perkosa negara' yang membawa tagline samseng-gedebe yang semacam tak terikat langsung dengan undang-undang negara.

Tetapi sebab musabab utama bukan kerana PKR bergabung dengan DAP dan PAS, bukan juga kerana PKR itu parti serpihan Umno, pun bukan kerana PKR itu mempunyai pengundinya tersendiri......sebab utama ialah kerana Anwar Ibrahim masih ber'nafas' kencang dalam PKR khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Setiap turun naiknya nafas Anwar akan berdegup kencanglah jantung Umno sehingga melebihi paras tekanan darah yang dibenarkan.

Umno amat maklum dan Ulaa-mak muda atau 'bangka' dalam Umno lebih maklum, untuk berlawan dengan PAS, mereka sudah kehabisan hujah dan ketandusan rujukan kitab......maka Umno cuba memporak perandakan ahli PAS kerana Umno tahu dalam PAS ada dua tiga kerat yang masih berfikir ala-ala 'Hang Tuah' kerana mungkin asal usulnya pernah 'minum' air dari perigi Hang Tuah, tapi InsyaAllah yang dua tiga kerat ini akan terkeluar tersendiri sepertimana sifu mereka yang pernah bersemangat satu ketika dahulu tapi 'Jati' dirinya rupanya bersebab......ah biarkan si-luncai itu terjun dengan labu-labunya.

Umum pun sudah maklum, Umno bukan hanya berdepan dengan Pakatan Rakyat.....percayalah Umno tersungkur bukan semata-mata rakyat telah ber'hijrah' ke Pakatan Rakyat tetapi Umno tersungkur kerana dipeteh oleh ahlinya sendiri......maka benarlah kata-kata mantan bos nombor satu Umno......jika Umno/BN merudum kali ini (PRU13) maka orang Melayu tidak akan ada peluang lagi untuk mengundi Umno/BN kerana ketika itu orang Melayu sudah membuangkan undi mereka pada Pakatan Rakyat.

al-brangionline:

Generasi akan datang akan mencari Umno di Arkib Negara untuk tesis PhD mereka.......InsyaAllah.