Followers

Thursday, 20 September 2012

Tok Pawang ini kian takut akan nasib dirinya

Tok Pawang besar ameno sentiasa cemas akan dirinya jika ameno-bee end terkulai layu selepas PRU13 nanti.

Tok Pawang itu sentiasa mengenangkan untung nasibnya selepas PRU13 nanti......kalau setakat orang ramai tak panggil dia lagi untuk menglipur-lara segelintir 'pendengar' yang masih terpesona dengan celoteh ala-ala karut wal marut...ala-ala separuh ingat dan sedar bolehlah tahan lagi tapi yang paling ditakutinya ialah memasuki rumah pasung kerana dikhuatiri akan hilang segala ilmunya kot.

Dalam ketakutan Tok Pawang besar ni, celotehnya juga menakut2kan rakyat terutama pengikutnya yang setia meng'khinzir-rabun' dari zaman berzaman tetapi tidak kepada golongan muda yang sudah tahu akan muslihat liciknya......geng muda sudah celik politik...geng muda sudah celik Agama...segala bisikan iblis-syaitan yang sudah dikenal pasti akan ditepis awal-awal lagi.

Orang Melayu sudah maklum bahawa syaitan adalah musuh yang nyata......berkat hasil dari bacaan Surah Yaasiin setiap malam Jumaat kot kerana di dalam Surah banyak dinyatakan akan syaitan itu adalah musuh yang paling nyata.

'Khurafat' moden yang paling besar yang diamalkan oleh puak-puak songkok tinggi 7 inci sertengah ini ialah negara berisiko jika ameno-bee end lingkup......hanya ameno yang pandai jaga Melayu, maka Melayu akan merana jika ameno tertiarap.

Itulah retorik politik ameno...itulah ratib harian ameno...itulah yang di'selampit'kan oleh jaguh 'penglipur-lara' ameno...itulah yang selalu dihambur dan disembur oleh Tok Pawang Besar ameno......(selalunya Tok Pawang akan bermentera dalam gelap tapi yang ni sorang akan dijemput di hotel-hotel besar untuk ber'mentera'.)

al-brangionline:

PAS dan PKR tu majoritinya berbangsa apa ya?