Followers

Tuesday, 4 September 2012

Sudah 4 tahun 'mengomel'......akan terus 'mengomel'

Diam tak diam......sedar tak sedar rupanya hari ini sudah 4 tahun al-brangionline berceloteh dan mengomel di blog ini.

Tak disangka sudah ada 980,000 hits dan albrangionline amat berterima kasih kepada pengunjung blog ini. Kepada mereka yang memberi komen ikhlas moga Allah SWT sentiasa menRahmati anda dan kepada mereka yang sengaja mencari 'balah' moga diberi taufik dan hidayah agar dimasa-masa akan datang, anda dapat memberi komen yang ikhlas.

Apalah ada pada blog ini jika tanpa pengunjung dan sekali diucapkan ribuan terima kasih kepada pengikut tetap dan pengunjung yang sentiasa memberi semangat untuk sentiasa meng'update' posting saban hari.

albrangionline dari semasa ke semasa cuba memperbaiki mutu posting agar memenuhi citarasa pengunjung.

Asas blog ini adalah berkisar kepada politik dan isu semasa, akan juga diselit serba sedikit isu sukan dan hiburan tanahair.

Jika ada individu, organisasi atau parti politik yang terasa dengan sindiran dalam posting di albrangionline, maka saya pohon ribuan ampun dan maaf, marilah kita sama-sama meraikan demokrasi, undang-undang yang ada dan sebolehnya jangan kita mendahului undang-undang dan provokasi yang melampau......tanpa sebarang kepentingan material, posting di sini adalah semata-mata untuk menyumbangkan sedikit pendapat ke arah melihat Malaysia bebas dari rasuah dan rakyatnya tidak dikongkong dengan rasuah politik yang akhirnya hanyalah membesarkan sesetengah 'tembolok' pemimpin.

al-brangionline:

Perjalanan ke arah Putrajaya dengan cara demokrasi yang halal di segi Perlembagaan Negara walaupun menghadapi berbagai 'sekatan politik'.

p/s

'Sekatan politik' itu sendiri adakah halal di sisi Perlembagaan Negara?