Followers

Friday, 14 September 2012

Si-mamat artis control macho konon.....poooooorrraaahhh hangpa jagalah persatuan hangpa tu

Setiap artis berhak untuk memilih untuk menyokong, mendukung serta menjadi ahli pada mana-mana parti politik selama mana parti itu sah di sisi Perlembagaan Negara.

Samada ia nak jadi ahli parti Umno (Baru), PAS, PKR, DAP, MCA, MIC dan sebagainya.

Akhir-akhir ini ramai artis yang masuk yakni menjadi ahli parti PAS dan dalam masa yang sama ada jugak yang masuk menjadi ahli parti Umno (BN).

Sepanjang menjadi ahli pada parti-parti tersebut maka mereka dijemput ke mana-mana majlis parti-parti tersebut untuk membantu mana-mana parti itu yang mereka melibatkan diri untuk membantu parti mereka memberi penerangan atau menarik ahli baru mengikut kemampuan masing-masing......kalau mereka pandai berceramah, maka mereka berceramah.....kalau mereka tak pandai bercakap cuma pandai menyanyi maka mereka akan menyanyi....ada juga yang tak pandai bercakap sementelah lagi menyanyi maka mereka akan menggunakan apa jua daya penarik samada ke'montok'an tubuh badan, ke'mulusan' badan...itu pun jika mereka benar-benar 'montok' dan 'mulus'...sesetengahnya perasan aje lebih.

Sudah tentu samada Umno atau PAS akan memberi sagu hati mengenangkan pengorbanan mereka......titik-peluh mereka...duit minyak mereka...makan-minum mereka. Sagu hati itu terpulang kepada kemampuan penganjur.....kalau Umno mungkin puluhan ribu ringgit atau pun mungkin PAS menghulurkan lebih banyak daripada Umno......terpulang kepada mereka.

Jadi yang si-mamat ni duk menyebukkan diri pasai apa?

Awak peganglah elok-elok persatuan awak tu.

Jagalah kebajikan ahli......jangan jadi persatuan pembodek 1Malaysia. Kalau awak tu tak faham politik dan tak nak masuk politik......tolong jangan masuk campur urusan orang lain yang nak berpolitik......kalau awak tu yang hanya pandai berlakon aje, silakan berlakon hingga ke penghujung nyawa anda (itu pun kalau pandai berlakon.....kalau hanya perasan dan control macho konon pada hal lakonan amat lembab......itu pun nasib baik 'keras' sikit aje dari maknyah siam.....macamana nak menang anugerah itu-ini?)

Kenapa awak sebuk artis itu dibayar puluhan ribu ringgit?

Memang dasar artis Melayu umporno (maaf, bukan semua......segelintir) yang hidup hanya berhasad dan berdengki sesama sendiri.......macam ketam dalam bakul.....bila ada member dapat naik ke atas akan digigit belakang agar jatuh menonggeng.

al-brangionline:

Lain kali masuk kelas tadika politik dululah......baru buat statement.