Followers

Saturday, 15 September 2012

Selebriti dan 'rojak Singapore'....pedas...manis...panas...suam2 kuku semua adaaa

Wow seronok cuti panjang minggu ni......Sabtu, Ahad dan Isnin.

Apa yang seronoknya? Kan awak tu sudah pencen

Mestilah seronok kerana sarapan kat rumah bersama anak-anak, selalunya kat Kedai Mak Kimbung di Seksyen 4......mestilah seronok kerana cucu biasanya balik di hujung minggu.......mestilah seronok kerana malam nih Cik Puan akan kukus Nasi Dagang.

Hari ini semua surat khabar (tak pernah beli hanya melalui online) dah dibaca......tak ada isu menarik......yang ada cuma cerita semenjak dulu, kini dan selama-lamanya kisah samseng ameno-porn yang diberi makan macam harimau sarkis yang kerjanya menyerang ke mana saja PKR pergi......simbah cat, baling batu, paku......tinggal lagi kepala-taik saja yang belum kedengaran dibaling.

Kita tinggal dulu kisah persaingan politik ala-ala zaman purbakala ni sekejap.

Kita pergi ke kisah selebriti.....kisah selebriti ni sentiasa mendapat tempat dan sentiasa diberi tempat istimewa oleh pak cai ameno......pun sama gak kisahnya......tak ada yang menarik...yang ada kisah artis bukak akaun facebook, itu pun nak cerita, alahai...lainlah kalau ada artis bukak baju sempena lawatan putera di Raja Orang Putih baru-baru ni...jam tu baru ribut 1Malaysia........ada kisah penjaga gol yang dituduh menjual perlawanan, tapi ujian poligeraf membuktikan ia bercakap benar dan ada pulak penjaga gol yang lain mengaku berkhalwat dengan isteri orang...pulak?......patutlah gawang Malaysia sentiasa bolos kerana fikiran sentiasa berkecamuk diantara nak tangkap bola atau nak tangkap perempuan......bola disangkanya perempuan, perempuan disangkanya bola.

Ada jugak kisah artis sudah mengandung, baru nak mengandung dan tak mengandung2......kisah artis ditimpa lampu...kisah artis ubat sakit mata gunakan air kencing sendiri...kisah artis berdengki dengan layan artis yang sudah berhijrah......alahai....semuanya nak diceritakan pada pak cai....tapi bagi al-brangionline 2 keping gambar dibawah ini yang menarik perhatian sepanjang minggu ini: Gambar (i) walaupun cerita sebenarnya kenalah tanya empunya badan......anda jangan pulak tanya dia bila dia nak mengandung nanti tak pasal2 kena penampar dengan abang misai......anda boleh tanya dia apa harapan Pakatan Rakyat PRU13 nanti dan dia mengundi di mana...di Pekan?...di Lembah Pantai atau di Kulim Bandar Baru...jangan2 di Pasir Mas kot...ko guano abe hing?


Gambar (ii) adalah yang paling menarik......syabas Abby......moga pegangannya dan apa yang dipegangnya itu kekal Abadi.

al-brangionline:

Rojak Singapore......macam2 ada...ketam...kentang...pedas...manis...sengkuang...timun...sotong.

p/s

Itulah asam garam kehidupan selebriti......ada yang panas...sejuk...dingin...suam-suam kuku...