Followers

Thursday, 6 September 2012

Pelajar 'pamer'kan punggung pada gambar.....si-Mamat ni pulak tunjuk 'anu'nya pada orang

Sekarang ribut diperkatakan segelintir rakyat Malaysia bersifat kurang ajar dan biadab kerana berani dan tanpa segan silu menonggengkan punggungnya pada gambar seorang VVIP......walaupun pun gambar itu hanya sekeping kertas yang tidak bempunyai roh tapi ia sangat memberi kesan kerana VVIP itu sedang menghadapi PRU13 dengan rating yang tercalar.

Saya kurang pasti samada ia mempamerkan sebahagian anggotanya yang sulit lagi rahsia atau hanya sekadar menonggeng tapi masih berbalut dengan seluar.....bayangkanlah kalau sasaran yang ia halakan sebahgian anggotanya itu bukan sekeping gambar tapi merupakan manusia yang masih bernyawa.....rasanya ia akan menjadi lebih gempar sehingga ke kutub selatan.

Teringat saya ketika sedang berkhidmat di sebuah daerah di negeri yang bergelar negeri biji timah.

Ada seorang pemain bolasepak yang mewakili sebuah kelab ternama di daerah itu, berusia sekitar awal 30an atau pun akhir 20an.....ingat-ingat lupa kerana ia telah berlalu 30 tahun yang lalu telah menggemparkan masyarakat setempat.

Ia menjadi lebih gempar dari peristiwa orang tonggeng punggung pada gambar yang hangat diperkatakan sekarang. Ia menjadi gempar kerana si-mamat itu bukan menonggeng punggungnya tapi dengan selamba tapi penuh dengan makna, menunjukkan 'anu'nya pada pengadil.

Seluruh peminat bolasepak daerah itu khususnya dan Malaysia amnya menjadi lebih gempar dan 'takjub' kerana pengadil itu merupakan seorang wanita yang ayu lagi seksi yang memakai seluar pendek hitam mempamerkan pahanya yang gebu lagi seksi.

Saya tidak ingin membincang apakah bentuk hukuman kepada kedua-dua kes tersebut tapi saya ingin anda menghalusi apakah punca dan sebab musabab kedua-dua 'makhluk' yang sempurna akal itu boleh bertindak sedemikian rupa?

Jawapannya mungkin ada dalam periuk nasi.

Apabila membuka tudung periuk ketika nasi hampir masak.....kelihatan air nasi yang hampir kering masih membuak-buak......buak...buak kepanasan.

[sumber .]

al-brangionline:

Sungguh malang pada kedua-dua peristiwa itu.