Followers

Thursday, 13 September 2012

Pelabur asing bimbang tahap keselematan Malaysia : Apa yg Mustapa cuba sorokkan?

Mustapa Mohamed memberitahu kononnya pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.

Ait???$$$!!!???

Kenapa jadi macam tu?

Itu yang tersurat.....yang tersirat tak ada ke?

Rasa-rasanya baru lagi ketua abang polis cakap kadar jenayah sudah menurun dan setiap statistik yang dikeluarkan tak pernah dimanupulasi malah menjadi dosa besar tau.....ingat lagi kan?

Abang polis di Malaysia semuanya cekap......sebagai bukti orang yang menonggeng punggung pada gambar.....kertas yang tidak memberi sebarang reaksi pada malam hari dan yang memijak gambar VVIP pun dapat diseligi.

'Kucing-kurap' yang kencing merata tempat termasuk pada gambar pemimpin pembangkang pun sedang diburu termasuk dengan pelatih tercicir sukan olimpik dalam kategori membaling peluru (cat atau peluru?) pun sedang diburu......tapi adat memburu walaupun sudah cam 'binatang' buruan, tapi belum tentu dapat ditangkap......alahai.....

Lagi pun pelabur asing yang datang bukannya nak niaga air mineral atau kacang rebus atau nak bakar lemang di tepi jalan......mereka melabur di sini di gedung-gedung besar dan tinggi-tinggi.....di kilang-kilang gergasi......dipercayai depa tak terdedah pada peragut dan pendompet amatur yang makin daring sekarang.

Pelabur asing yang datang bukannya inap di hotel-hotel bajet nanti bersaing pulak dengan remaja yang selalu kantoi pada malam-malam yang selalu happening)......depa inap di hotel-hotel yang berbintang-bintang, hinggakan nak masuk ke bilik pun kepala pening berpusing pening hingga keluar berbintang-bintang dek canggihnya sitem keselamatan bermula ketika menaiki lif lagi hingga ke pintu masuk bilik tidur.

Pada firasat hamba satu perkara yang pelabur asing amat takut bukanya pasal keselamatan diri.

Perkara yang paling ditakuti dan digeruni ialah keadaan RASUAH yang kronik lagi menghantui keselamatan bisness mereka......ini yang Tok Pa lupa nak beritahu kot.

al-brangionline:

Walau apapun tanyalah Tok Pa kerana dia yang membongkar isu keselamatan ini......huhuhu

[ sumber .] Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.

NONEDalam ucapan di majlis dialog anjuran kementeriannya bersama beberapa dewan perniagaan asing dan polis hari ini, Mustapa berkata perkara itu ditimbulkan oleh pelabur beberapa kali dalam setahun lalu, pada dialog sebelum ini.

"Tujuan dialog kerana dalam beberapa dialog dengan dewan perniagaan hal yang berkait keselamatan ada kesan pada pelaburan.

"Saya menjanjikan satu pertemuan untuk menangani isu ini... Kita di sini untuk melihat apa lagi yang kita boleh buat untuk memperbaiki situasi di negara ini," katanya.

Turut hadir di program dialog berkenaan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan pegawai tertingginya termasuk ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah, ketua polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Wakil daripada dewan perniagaan Jepun, Korea Selatan, Eropah, Amerika Syarikat, Jerma dan Taiwan turut menyertai dialog tersebut.